Saturday, July 10, 2010

seru

dan bila dikata kau takkan mampu hidup
dan bila disuruh untuk kau terus merecup
janganlah kau hirau
janganlah kau berisau
sabarlah
tuhan ada untuk engkau

teguhkan berdiri
yang patah kau ganti
semangat kau besi
tak mengenal mati

usungkan kendati
buka langkah kaki
gagahkan
derukan

dan bila dihenyak jangan kau terus tersungkur
dan bila dikoyak jangan kau terus terkubur

teguhkan berdiri
yang patah kau ganti
semangat kau besi
tak mengenal mati

usungkan kendati
buka langkah kai
gagahkan
derukan

----

*diam*

masih, berkali2 orang2 pesan2kan pada aku. tidak kiralah dengan bisik atau tempik;
"lagu puisi tak boleh jual, fynn".

mungkin, aku terlalu egoistik untuk mengakuinya.
tapi,
cuma mungkin,
dalam kekerasan wajah aku yang membuat tak mempeduli,
jauh dalam sudut hati,
aku tak mahu menjual apa2.

cuma mahu terus hidup dalam kau punya hati.
biar sampai lepas aku mati.

*diam*

dan oh ya.
tuhan,
aku terlalu kasihkan setiap 12 ini.
terima kasih kerana sempatkan aku dilengkapkan.

23 comments:

aliadijamina said...

Suka dengan karya dan ilham Fynn, moga terus sukses. Teruskan perjuangan mu Fynn. Ada rezeki, Fynn juara Keynote.

nabella alias said...

go kak fynn..!
ily...!

NanAFarhanA said...

fynn

i'm ur silent reader. Nak wish Good Luck on "Keynote" kay..

Anonymous said...

aku suka. mana lagunya?
aku nak dengar.

Y said...

terbaek <3

ceritasahaja said...

"teguhkan berdiri
yang patah kau ganti
semangat kau besi
tak mengenal mati"

yeah teguhkan kuatkan semangat =) ALLAH S.W.T sentiasa ada

juleha.aripen said...

kakfynn dah sebati dengan puisi dan lagu puisi.
biarkan...

.theweirdo. said...

lumrah manusia suka menegur dan membetulkan. tapi lupa nak tampal carik kain sendiri. it takes ages for water to shape a stone. and it takes centuries untuk hasilkan petroleum - sumber berharga negara. dan untuk hasilkan manusia hebat takkan pernah mudah. :) *oh word verification sungguh nice. 'humble'.

Unknown said...

sweet gler..mang bes la..terima kasih kerana mengingatkan=)
lagu puisi mungkin sukar dijual..
tapi berharga sepanjang zaman, insyaAllah.

mimie mohd sam said...

rindu sajak2 dari fynn...

Anonymous said...

pedulikan kata org kak fynn...
siapa kata lagu puisi xleh jual???? saya suka apa???
teruskan!!!!!!

Prinzessin said...

i saw this song in keynote. suka!! terus berkarya kak fynn!

kekatu said...

be on ur own stage.we always support u!

Mami Naufal said...

salam fynn~
lama sgt xjenguk sini..tapi slalu jenguk kamu di KN..

sape kata lagu puisi xleh jual fynn..??kt malaysia saja ada dekat 30juta org..citarasa stp org tu berbeza..

apepun..150 juta adalah yg tbaik~

Afiqah Sahillah said...

terbaik :))

Ju|ia said...

untuk lagu ini. kakak vote sy untuk kamu

kaki merepek said...

hai fynn.. i slah seorang silent reader u sbelum u msuk keynote g.. xsngka fynn msuk keynote.. mule2 dulu xtringin pun nk tgk keynote tp ade skali mse iklan ternmpk muka fynn.. rse mcm familiar dn penah tgk.. pikir2 blik bru knal.. skang i xnk miss tgk keynote sbb nk sgt tgk fynn.. seriusli i suke karakter u.. go fynn go!

yuyu said...

ada..

ardzmarn said...

"lagu puisi tak boleh jual, fynn"

kata kata itu buat orang yang sedang naik, sedang diatas, sedang gembira, belum pernah jatuh dan berduka..

gua tak mampu menghafal puisi.. gua mampu menghafal lagu.. lagu puisi adalah satu gabungan yang terbaik bagi seorang yang bukan jenis yang kuat ingatan minda seperti gua..

nyanyikan sebuah lagu yang dapat membuatkan kita sentiasa berfikir untuk memotivasikan diri.. kata kata puisi adalah abstract.. hati kita lain, situasi kita lain, cara kita lain.. satu puisi yang sama untuk setiap orang yang lain lain hatinya..

gua perlukan sangat puisi ketika gua berduka.. gua sayang lagu seratus lima puluh juta.. mendalam maknanya pada gua..

kata kata diatas itulah yang lu akan dapat kalau lu hendak menjual lagu puisi kepada hati yang tidak memerlukan..

..
banyak yang gua nak katakan .. tapi gua tak pandai mencoretkan ayat..
kekadang maksud yang gua nak sampaikan tak kesampaian.. maaf..

gua suka lu punya ayat.. terperinci tepat dan mendalam..
teruskan.. just think as you bersedekah.. puisi lu penting pada orang yang memerlukan.. seperti nasihat dalam diam..

tanpa lu sedar lu telah menceriakan hati orang lain..


sekian terima kasih..



p/s: gua tak pasti yang gua bikin nie komen atau gua bikin surat. hahaha..

Hapam John said...

kalo kita kata cina tu kaya
kita yang melayu slalu dengki
pasal cina tu suka buat benda yang baru
dan kita masih ditakuk lama.

untuk merubah perkara yang baru perkara yang mesti ada "hati batu"
kene degil dengan apa yang kita mau.

saya lebih suka tengok kak ping terlolong lolong dengan penuh rasa
*serius , bulu roma jadi tegak2 .

kaki merepek said...
This comment has been removed by the author.
zaza aqma said...

Kak Fynn!
Buat yang terbaik untuk KeyNote.
Setiap minggu pun dapat pujian dari judges. Congrats!
And sangat excited okay tengok Abg Tri datang buat surprise! :)

peminat said...

Wooi, you all jangan sokong kosong pada Fynn. Ini program realitila. Kena hantar undi SMS.
Kalau suka lagu pusis Fynn hantar SMS...hehe


SMS: Taip KNFYNN atau KN<3/5/10>FYNN untuk (3/5/10 undian) ke 32999.
Contoh : KN3 FYNN KE 32999

Bagi info sikit bolehkan Fynn