Wednesday, August 4, 2010

aku dan kekasih gelap aku

aku tak tahu kenapa lewat beberapa datangnya pagi di setiap habis malam,
aku terlalu rindukan laut kosong.

pasir yang setia menyenggama jari2 kaki yang diperosok dalam2,
bisik air yang teguh menemanbual hati yang sengaja ditenggalam,
angin yang gagah menghembustarik kulit yang tersiat2 tajam.

aku seperti berkasihgelap dengan pulau dan pantai2 seumpamanya.
perasaan disatukan bersama mereka adalah seorgasmik bertentang mata dengan manusia yang kita suka secara sunyi2 tidak terbuka. ada litris. ada sedikit erotis.


*senyum*

di masa2 begini,
aku selalu rasa
aku gila.

haha.

lain orang ada lain tertibnya. ada yang bila mahu lari dari dunia, akan menggogok tuak dan mencandu kristal. ada yang bila serabutan, akan mencari kepuasan dalam celah tilam dan bantal. ada yang bila terlalu merasa kosong, akan memburu barangan yang berbau kedai2 mahal.

aku?
aku perlu pantai.
kosong dan tidak ramai.

acapkali orang tanyakan, apa yang ada?
berulang2 aku senyumkan, aku sendiri tidak tahu apa.

kerana selalunya,
apa aku cari lain dengan apa yang aku jumpa.
dan kerana keselaluan itu, aku hentikan cari dan aku mulakan bersahaja.

tidak ramai yang tahu aku pernah hampir mati di pantai. aku masih kecil pada masa itu, dan ombak besar di pantai timur terlalu garang untuk seorang aku. ditelan, ditarik, dipusing2 dan diketengahkan.

aku tidak langsung terfikir akan mati.
bukan kerana aku belum faham konsep mati pada usia itu, bukan. aku sudah pun kenal makna ajal. tapi entahlah. pada ditelannya, ditariknya, dipusing2nya dan diketengahkannya jasad aku, aku cuma tenang dan menerima.

yang mana, setelah beberapa ketika, dipulangkan aku kembali ke susur tepi air.

aku masih ingat lagi hari itu sekuat2nya dalam kepala. sejurus, aku duduk dgn lutut aku rapatkan ke dada. bermenung. cuba memikirkan apa yang baru terjadi. tentang tadinya aku hampir mati. mujur tiada siapa yang memerhati, ahli keluarga sedang di sana2 berpenuh kerja di tangan sendiri.

kalau tidak, nescaya takkan dibagi aku menjejak kaki ke mana2 air pantai.
*senyum diam*

kenapa pantai kosong?
kerana seperti manusia, ia hidup.
cubalah berbual sama ombak. kalau dipasang betul2 telinga, akan didengar jawabnya.
cubalah mengadu sama angin. kalau ditadah sungguh2 jiwa, akan diperasan suaranya.

kenapa pantai kosong?
kerana tidak seperti manusia, ia aman.
tidak menimbangmu sebelum dikhabar. siapa dan apa pun engkau, diterima seadanya.
tidak mendengkimu sebelum dikisah. siapa dan apa pun jahat engkau, disenyumkan setenangnya.

*diam lagi*

kadang2 aku malu untuk berbual hal2 tanpa hal sebegini. tapi entah. mungkin kerana aku rindu bermain bahasa, aku hamburkan apa yang terwujud dalam dada. dan spesifiknya hari ini, saat ini, tatkala aku menaip perlahan tulisan ini, aku terlalu rindukan laut kosong.

aku begitu laparkan agoni.
aku perlu diserabutkan untuk sekejap.
kerana aku mahu kembali berkhalwat sama diri sendiri.

aku perlu ini.

17 comments:

nurnatasha binti zakaria said...

ya! i love pantai oso laa kak fynn.
kita sama :))
tenang setenangnya dpt mlihat pntai :)

shahirahkhairudin said...

kalau hati sedang rusuh, saya juga suka ke pantai.. menebarkan pandangan ke laut lepas, dengar deru ombak.. wawawa.. kadang-kadang terik matahari petang pun tak hirau.. lupa yang kulit kita ni memang dah garing kelabu.. ekeke..

Syan. said...
This comment has been removed by the author.
anisizatyA.J said...

Hmm.. The seaside. Reminds me of ikan bakar. Hehehe

selat_tebrau said...

TANYA SAMA HATI

Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya pada pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
Nanti jawab langit tanyalah awan

Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Tengok dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Mula tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang…

the sastraboy said...

@syan.

terima kak fynn apa adanya. mungkin dia sedang berevolusi.

selagi fynn masih fynn. apa pun perubahannya, harus kita raikan!

hehe!

seorangFifie. said...

betul. dah lama tunggu tulisan-tulisan akak yg mcm nie. welcome home, fynn jamal :)

Dr.Alia said...

stuju dgn syan..

seronok baca entry kak fynn yg unsur2 macam ni..

dah perhati dari entry lalu..

post sekarang banyak unsur bumi.. hahaha

thanks kak fynn..happy baca ;)

Melody said...

seperti syan, saya pun serius rindu nak baca tulisan fynn yang macam ini. serius! *rasa nak nangis*

dan pantai itu kecintaan saya juga. :)

Fiq said...

kadang2 perlu ke pantai, untuk cari solace,cari keaslian,
kadang perlu kembali semula ke hutan batu untuk berjumpa dengan manusia.
supaya tak lupa kita ini manusia.

Ayyman Rahim said...

I feel you, I feel you kak.

PAP said...

aku kalau mahu tenang suka tengok alam. ciptaan DIA ini memang sempurna dan sedap mata aku memandang.

aku suka tajuk entri kali ini.

Farah Rosni said...

perenggan kenapa pantai kosong,
setuju. :)

kami satu keluarga macam tu juga. terutama kami tiga beradik. kan along?

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Dalam byk2 entri akak, yang nie sy rasa paling sy suka.. :)

saya cuba byg kan kalau sy lah dipantai/pulau2..damainyaa..

Air terjun pun sama..hmm..pantai menyimpan seribu kenangan.. ^__^

Syazana Zan said...

k.fynn dah enjoy TC?hihi

=)

Baby Tiger said...

sambil membaca, otak mengvisuali. fuh ada ke perkataan tu?

tulisan fynn kali ini saya baca ulang2. lalu saya juga rasa saya perlu masa untuk diri sendiri.

haja said...

kamu hampir buat aku menangis... aku juga merindui saat tenang seorang aku.. aku rindu pada sang kekasih... aku rindu segala candu duniaku...