itu hari, aku dan kawan2 berbual tentang rezeki.
akan sifatnya.
akan maknanya.
"kalau kita tak kedekut, tuhan akan murahkan rezeki"
sebelum aku leretkan perbualan hari ini, ingin aku luahkan rasa risau aku pada penyataan2 klise seperti di atas. perkara2 yang terlalu hari2 kita dengarkan, bagi aku, ada banyak masanya jadi sesuatu yang terlupakan atau terabaikan.
macam "saya ikhlas",
atau "sabar sajalah",
atau "aku redha apa yang jadi".
ikhlas, sabar dan redha sudah hilang intipati.
sungguh2, berapa orang yang benar2 mengerti?
seperti "laa ilaa ha illallaah, muhammadur rasulullah".
sekadar disebut.
sekadar disahut.
haih.
aku, seperti manusia lain, pun sama.
ada masa, aku sayu sendiri. kerana tidak bermampu untuk memahami konsep2 mudah yang sudah terpupuk dari kecil. kerana terlalu biasa diluahkan, maka sudah jadi terlalu biasa.
macam "sayang".
sudah murah.
suka sedikit, terus bilang sayang.
baik sedikit, terus beri sayang.
haih.
maka bila terkeluar sebaris ayat tadi, yang biasa terpancar dalam fikiran adalah rezeki materi seperti rezeki makan tak putus, rezeki anak berganti2, rezeki perniagaan berjaya, rezeki sekepuk yang tuhan bagi.
sehinggalah seorang kawan, mari namakan dia mansor dalam cerita ini, berkata:
"aku baca seorang ustaz menulis: rezeki bukan semata2 yang kita nampak.
ada banyak jenis rezeki.
lain orang, lain dapatnya."
aku senyum pada mansor.
"maksudnya?"
"maksudnya, tuhan tak pernah tak jawab doa kita"
berderau jantung aku.
gila betul.
sangat betul.
banyak kali aku dengar orang mengeluh tak ada rezeki,
atau belum cukup nasib untuk ada rezeki.
salah.
rezeki ada, cuma bukan yang kita suka.
bersedekah wang tak kira berapa pun harganya, tuhan akan ganti berganda2.
itu janji tuhan.
dia bukan yang memungkiri janji.
namun dek sebab cikgu2 selalu cerita yang kalau hari ini kita keluar 10 sen, esok2 kita dapat 10 ringgit. jadi, ada kemungkinan yang entah bagaimana dalam proses mengsintesis input ini, kita cari 10 ringgit dalam 10 sen kita itu.
maka dalam satu perspektif (tak banyak, sedikit) kita ada tanpa sengaja tanya pada tuhan tentang hal2 sebegitu. walau pun tak ada niat hendak mempersoal ketentuan, kadang2, ada di kalangan kita yang seperti mengharapkan sesuatu dari yang di atas.
"aku bukan apa... ralat juga"
"macam sedih, tuhan macam belum nak bagi aku rezeki untuk ... (isi tempat kosong)"
dapat pula ditonyoh2 dengan cik bedak cik kiah yang hidungnya memang ditampal di celah kain orang. jenis komuniti yang tidak reti sekadar duduk lepak dan bergelak ketawa, jenis yang mesti mahu ada kisah untuk jadi modal bercerita.
siapa jadi mangsa?
orang yang kurang rezeki ini juga.
alasannya:
saja bergurau senda.
saja hendak bertanya.
saja-saja.
saja.
senang betul orang guna perkataan saja.
siapa yang guna perkataan 'saja' dengan aku selalu kena.
kalau silap hari, memang kena maki.
"hai nak kenal boleh?"
"buat apa?"
"saja"
bodoh.
"bila nak kawen? tak sedih ke hidup single?"
"tak. kenapa?"
"saja tanya"
bangang.
"kau betul2 percaya suami kau?"
"percaya. kenapa?"
"saja"
bajingan.
semua perkara akan berbalik pada perkara sama. berulang2.
kita jadi jahat sebab komuniti sekarang pun makin jahat.
kalau kita pilih untuk jadi kera sumbang, pun kita jadi jahat.
kita jadi kurang bersyukur sebab masyarakat. sebab makna rezeki dah terlalu klise, yang cuma beberapa fenomena sahaja yang jatuh pada kategori rezeki.
anak masuk universiti, itu rezeki.
habis, anak yang belajar tak tinggi, tapi berkebun bawah terik matahari?
itu bukan rezeki?
suami kaya raya, itu rezeki.
habis, suami gigi rongak bercakap guna hidung tapi tak pernah kasi makan bersendiri?
itu bukan rezeki?
untuk kali yang entah berapa juta, aku salahkan makhluk2 yang hidupnya asyik hendak membanding2 nasib. masalahnya, kalau dia pendam seorang, tak apa. ini, diajak sekali mereka2 yang dikatakan kurang rezeki ini masuk sama.
tak ke niaya, namanya?
haih.
siapa yang kenal aku akan perasan yang aku tidak suka pergi ke majlis kahwin orang. andai kata betul2 hilang alasan, aku gagahkan juga. tapi biasanya, aku takkan ada. aku benci gila.
sebab aku pergi ke majlis orang untuk menyaksikan indahnya cinta, serinya yang memancar satu semesta walau pun sekadar sehari semata2. tapi yang ada:
1) perempuan2 yang sibuk dengan harga. berapa kos baju. berapa sewa kanopi. berapa persalinan. berapa hantaran. kenapa? kenapa kau sibuk? kenapa?
2) perempuan2 yang sibuk cerita tentang bekas kekasih lama pengantin. sama ada kasihan bekas kekasih itu ditinggalkan, atau betapa bekas kekasih itu sedang bergembira sakan. kenapa? kau peduli apa? kenapa?
3) perempuan2 yang berpermata berlian mengalahkan pengantin yang di singgahsana. bercantik2 tak apa, tapi sampai seolah2 hendak membuktikan sesuatu pada pengantin yang dia juga ada harga. kenapa? kau dapat apa? kenapa?
4) perempuan2 yang pandang panas perempuan yang macam lelaki yang lebih suka lepak sama lelaki kat luar yang hisap tembakau sebab rimas dengan perempuan2 seperti di atas. kenapa? kalau nak join, mari ajelah, kenapa nak marah? kenapa?
banyak situasi lain. itu baru majlis kahwin.
yang sibuk membanding anak pun satu hal. yang kelakarnya, kadang2, bukan mak budak itu yang haruk, yang tak ada kena mengena ini yang bukan main lagi hendak menyibuk2.
"anak nik lagi lawa dari anak yeop"
"anak dia tak berapa sihat sgt. matanya juling sikit pulak"
biarlah!
dari tak lahir langsung?
dari tak bunting langsung maknya?
hish.
kita lupa sebenarnya kita sentiasa diberi rezeki.
cuma sistem pulangan kredit kaedah tuhan berbeza dengan cara manusia.
takkan ada yang tahu bagaimana cara kiranya.
tapi yakinlah.
memang ada.
dan rezeki tak boleh pilih2. yang mana dikasi, yang itu kita punya.
maka terima.
rezeki duit;
kaya raya tapi makan tak semeja.
rezeki cinta;
bahagia ke langit tapi kerja tak seberapa.
rezeki bijak;
pandai tahap saintis tapi membujang sampai tua.
rezeki bakat;
hebat melampau bikin muzik tapi tak ada seorang pun pernah mendengarnya.
ye.
aku melalut banyak.
aku pun tak tahu kenapa.
*diam*
ayuh.
cintai diri kita.
sebab kalau bukan kita, siapa?
*ambil nafas*
*hela*
*senyum*
rezeki aku adalah aku lahir menjadi aku.
baik buruknya.
ini rezeki aku.
dan lagi satu,
kau memang gempak, aa mansor.
41 comments:
wah, post ni best gila. so true and make me think a lot. nice. :)
kak fynn,
saya suka rezeki yang saya ada.
suami saya.
bagi saya dia la rezeki paling teragung yang Tuhan pernah beri.
doa yang dijawab terang2an.
cukup. sangat2 cukup.
terima kasih di atas peringatannya.
*senyum sambil berfikir*
sangat tepat dan betul.
terima kasih kerana mrngingatkan
kadang-kadang rasa nak racist dengan kaum sendiri. haissh.
soalan : pengalaman sendiri, dah kawin, rezeki bertambah tak?
joe:
jawapan jujur, semua benda bila berkongsi akan lagi sedap.
:)
tak caya, cuba makan cuisine paling mahal, tapi sorg2.
bandingkan dengan makan goreng pisang tapi berebut.
mana lagi lazat?
:)
betul. kita selalu lupa. termasuk saya.
kak fyn kite pernah ckp
"lum ada rezeki"
tapi kita tak endah
walau terkilan
membuat saya berfikir dan mengangguk sepanjang saya membaca. dan selepas ini saya akan lebih menghargai segala rezeki yang saya ada. terima kasih! ;)
p/s; post kakak yg pertama saya baca dan tanpa ragu-ragu saya memiih untuk menjadi pengikut.
hye fynn..suke bace entri u ni...mdlm sgguh~
byk yg saye fikir lps bace entri ni..
=D
(zarin_ina)
yang ni memang sangat bestlah.
nak panggil ramai2 orang baca.
kak fynn, doa semoga tuhan memurahkan rezeki.
bagi rezeki melimpah ruah ke ladang gandum.
jangan pernah berhenti berdoa dan memohon rezeki.
saya pun mintak dengan Allah murahkan rezeki dapat berkahwin secepatnya!
bersama-samalah kita!
;)
kak fynn, doa semoga tuhan memurahkan rezeki.
bagi rezeki melimpah ruah ke ladang gandum.
jangan pernah berhenti berdoa dan memohon rezeki.
saya pun mintak dengan Allah murahkan rezeki dapat berkahwin secepatnya!
bersama-samalah kita!
;)
seronok baca post yang ini. :')
KAK FYNN,
kim salam ngan mansor.
saja... ;p
hohoho
sy suka. spt selalu.
kak fynn..saya da follow akak xde la lama sangat..but still saya suka semua entri..sama mcm aennykaio..first time baca terus follow..saya sgt respek ng akak sebab berani..sgt jauh beza dgn saya..just keep things up..okeh..n saya doakan agar Tuhan murahkan lagi rezeki akak.. :)
this one is good ajar bersyukur.
terpaksa komen setelah banyak kali tak jadi nak komen. setelah basah lenjun kene basuh. hari2 kene siram. sejuk. menggigil. ok serender....
Babu,
Terima kasih
dari aku dan robert :)
mansor itu hero saya dari kecil, seperti jamal hero pada cik puan fina. heheh.
hm.. good entry. buat sayep buat mase ni yang tgh congak2 mana rezeki empunye saye nih. :D
sangat menarik..suka baca..
setiap orang rezeki xsama tapi Tuhan berikan memang saksama.. tq k.fynn
fynn, aku syg kamu. sungguh.
:) memang mendalam post ni. tapi yang buat saya terasa, part yang pandang perempuan macam lelaki and lepak bersama lelaki tu. haha saya memang jenis yang pandang diorang tapi tengok tempat la. kadang tu tengok diorang smoke, memang lah itu hak diorang tapi kenapa gaya diorang macam nak tunjuk lagi keras dari lelaki? ada sebab kot?
anyway, post anda tersirat banya mesej :)
superb entry! =)
we may not get what we wanted. but afterall its actually what we needed. God knows best. so, be thankful! ;)
suka tengok fynn nyanyi last weekend (saturday)kat gravy baby...sempoi but nice..i like the voice!
kita dah dicelupkan dengan acuan murahnya rezeki itu dgn adanya duit berkepok2, berlian bling2 smp siku, kereta mewah berderet kat garaj yg sebesar rumah dan suami yang boleh beristeri 4. itu barulah rezeki namanya
tp kalau kita cuma ade diri kita sndr yang sedang2 nie itu bukan rezeki itu malapetaka bagi mereka sebab mereka cuma lihat betapa miskin manusia itu.
sayang sekali.
bila kita cuba berkata 'saya berasa cukup dengan apa yang ada'
orang lain akan haktuih kat kita sebab dorg akan ckp bodoh kalau kita tak mahu semua itu.
living in denial.omputih ckplah :)
sayang 2 kali.
susah nak buat orang paham rezeki itu ada banyak cabangnya.maka tak payah buat orang paham janji diri sendiri tahu syukur.orang lain tak perlu amek tahu.
:)
kak fin,
terima kasih.
sangat-sangat.
bila kita berdoa minta diberikan buah, Allah tidak akan terus bagi buah. Dia akan berikan galah :P
Kalau Allah terus berikan buah makanya tiada manusia yang akan berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginnya.
daaaa~
kak fynn, betul. tuhan kasi sama rata, tapi lain2
:)
dh lama silent read kt blog ni, and baru skang rasa mcm nak komen.
because...
entry ini paling paling paling jujur dan realistik.
;)
let us keep being grateful for being what we are, with our own 'rezeki'.
love.
aku rase tersentap bace entri ni...
aku rase aku one of them yg kadang2 lupe dgn rezeki aku...
Ya Allah... aku mintak ampun...
thnx fynn for the wake up call...
saye pon x suke pasal wedding yg cume di plan utk ber'battle' dgn org...
aku nak kawen sbb itu sunnah Rasullah s.a.w
aku nak kawen sbb dr kecik mak aku asek cakap that sume org patot kawen...
aku nak kawen sbb aku percaye kawen tu best and rezeki akan dtg dgn sendirik dgn perkahwinan...
room mate aku sendirik bongkar brg aku sbb nak tengok preparation aku kawen... bkn niat aku utk dibongkar, tp xkan sume aku nak sumbat dlm robok kan?
aku rase ko paham dgn jenis org yg aku cakap ni kan?
aku ade kawan yg nak kawen lebih awal dr awal seminggu dr aku, kononnye tu yg buat die menang...
aku pon xsure klu die still kawan klu dh macam tu...
btw, yg aku describe tu org yg same...
aku ade angan2... dan angan2 aku pon ade batasan...
***sori fynn comment aku yg layak dipanggil entri blog ni... sharing is caring aite?
word verification: randam
ada kawan kongsi kamu punye link.
best!
orang selalu lupe mnde ni.
padahal, dalam Quran sebut;
"Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dr mereka & Aku tidak mengkehendaki mereka memberi makan kpd-Ku. sungguh Allah, Dialah Pemberi rezki yg mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." 51:57-58
(..')
entry yg membuka minda..
tp...knp kak fynn da lama xupdate blog?knp?knp? hehehe :D
rezeki sy. dpt baca blog kakak.
byk benda sy belajar.
=)
kak fynn~
sgt best post nyh.
sedarkan kte sume yg Allah Maha Penyayang.
rezki sama rata tp bentuk yg bbeza.
:)
fynn!! aku sayang kau!!
fynn!!! aku sayang kau!!
smart.. berani... hentam.. ini lah antara blog yg aku nk cari... aku bru buat... tp aku slalu baca blog.. tp nie first time blog yang aku jmpe mcm nie.. berani..
tabik dgn kau. walau xkenal.
salam.. kak fynn~ nyh 2nd post yg sya baca.. tatkala sdg rehatkan otak dr final exam.. tegerak nak jadi "bloghoppers".. dan ayat
"banyak kali aku dengar orang mengeluh tak ada rezeki,
atau belum cukup nasib untuk ada rezeki.
salah.
rezeki ada, cuma bukan yang kita suka.
" <<---sy rasa terpukul dgan ayat ini.. *hampir2 mnitiskan air mata tnpa sebab* .. entry kak fynn bnyak mmbantu.. thanx..
salam ukhwah..
bila baca, rasa tersedar sangat. selama ni macam selalu cakap, belum rezeki lagi nak dapat kerja... belum itu, belum ini.
bila baca post ni, terasa yang diri sendiri tak pernah bersyukur diberi rezeki yang lain. rezeki yang paling mudah, diberi nafas setiap hari...
Ya Allah, sedihnya dengan diri sendiri :(
thanks kak fynn...
Post a Comment