Friday, April 16, 2010

siapa nak jual anak, jual pada aku. terus terang, tak payah malu2.

sekarang,
aku nak maki.

niat aku elok.
nak tolong orang.
nak selamatkan anak orang.

orang kata aku cari publisiti, kata aku macam bagus.
orang burukkan niat aku, aku buat pergi mampos.

aku kata lantak.
sebab niat aku elok.
nak tolong orang.
nak selamatkan anak orang.

tapi kau buat aku rasa macam najis.
sebab bodohnya aku hendak tolong najis yang seperti kau.
kau memang dasar celaka bangsat anjing jahat.

pisang busuk yang sebiji inilah yang biasanya menjahanamkan setandan keluarga pisangnya.
si celaka seperti engkau inilah yang buat masyarakat pilih untuk berhenti bantu anak2 yang tersalah langkahnya.

lantak engkaulah kalau memang betul rasa seperti bernanah alat kemaluan engkau kalau tidak mendapatkan jantan.
lantak engkaulah kalau memang betul rasa seperti semua ini tak ubah bagai kau punya permainan.

tapi, kalau kau belum rasa kau mahu berhenti dan insafi setiap apa yang terjadi,
tolonglah jangan cari aku.
sebab aku tak mahu jadi kawan dengan orang macam kau.

perempuan apa tergamak berpisah dengan anak sendiri.
dua kali!
kalau betul engkau sudah jujur menyesal dan sedar diri, cukuplah sekali kau dijarakkan dengan cahaya mata sendiri; cukup sekali.

engkau tidak.
engkau bongkak.
engkau tahu engkau mampu ada anak.
lagi dan lagi.

engkau tahu tidak apa orang macam aku sanggup beri untuk rasa ada nyawa dalam tubuh sendiri?
engkau pernah fikir tidak orang macam aku begitu teringin menumpangkan jantung kecil itu walau beribu2 hari?

kau memang keji.
kau layak untuk mati.
aku benci orang macam kau;
aku benci!

*seka airmata yang tak malu untuk meluncur*

kelmarin, seorang bonda yang sepatutnya mengambil bayi sakti itu khabarkan pada aku yang dia tidak mampu dari banyak penjuru untuk mengambilnya. pada asalnya, aku yang akan jaga anak itu, tapi ketika urusan tersebut berlaku, aku masih di kazakh. jadi, dek kerana kesungguhan dia, setiap hari dua tiga suratnya berjela2 meminta izin dari aku, aku berikan juga.

kelmarin, atas takdir yang bersimpang-siur, dia terpaksa bertanya; apakah aku masih mahu sama anak itu, kerana ada orang yang lebih senang dan lebih mampu sudah menghulur diri untuk mengambilnya. dia bilang, janjinya pada diri adalah kalau bukan dia, biar aku yang menjaga.

aku baca pesanan dia perlahan2 dan satu-persatu.
kami cuma tinggal 4 orang dalam ruang pejabat,
dan berlima, kami semua bergeliga dengan riang bahagia.
mereka paling tahu, tak ada apa lagi yang lebih membahagiakan aku.

ketika aku langkahkan kaki ke telefon untuk mengkhabarkan jutaan mahu aku, entah bagaimana aku tersedar kembali.

apalah yang aku fikirkan? aku dan tri, makan pun sekadar ada. baju pun boleh dikira. nak ditanding dengan orang yang lebih senang hidupnya, aman poketnya. aku tidak patut teragak pun sepatutnya.

kawan yang meriuh di belakang masih riuh.
aku yang berjalan terus berjalan.
aku capai gagang dan aku khabarkan yang anak itu selayaknya yang lebih baik.
dan kalau yang lebih baik itu bukan aku, seeloknya dilepaskan dari tangan aku.
aku tak mahu pentingkan diri sendiri.

apakala terputus talian, terus aku pergi pada kawan2 yang masih tidak tahu. aku minta pelukan dan aku bocorkan tangki mata aku pada tudungnya. aku nangis habis2 dan aku biarkan kering sendiri.

tak apa, aku kata.
untuk yang terbaik.
apa sahaja yang terbaik untuknya.

dan setiap masa aku angankan bagaimana rupanya.
anak kelantan, putihlah; kata kawan itu.
macam emaknya, lawalah; kata kawan itu.

aku tak fikir apa2 kecuali untuk anak itu. pasti akan membesar jadi anak gadis yang molek, dijaga keluarga elok2, dengan pendidikan baik2, dengan kasih-sayang penuh2.

sehinggalah tadi pagi yang aku dapatkan berita tentang betapa bangsatnya perempuan celaka itu.
dimain2kan perasaan orang yang sudi mengutip dosanya.
dikocak2kan jiwa orang sekeliling yang beriya membantunya.

kejap hendak bagi, kejap sayang.
kejap tak cukup duit, kejap hendak masa lagi.
alasan sama kau dulu.
cakap terus teranglah!!

BERAPA RIBU?
BERAPA HARGA ANAK ITU?

*nangis kembali*

ya. aku menangis sekarang ini.
kerana aku sudah terlalu marah.
dan aku sudah terlalu benci.
aku pun tidak tahu bagaimana lagi.

aku tidak tahu bagaimana ada wujudnya orang2 begini.
yang tidak ada hati.
yang tidak peduli.

keluarga perempuan bangsat ini ceritakan satu2 tentang dia. yang ceritanya pada kami dulu2, betapa dia dikejami dulu semua reka2. betapa setiap kisah2nya dulu ada mungkin bohong belaka.

aduhai, begitu terkeris jantung aku membaca pesanan kawan aku.
sakit.
perit.

*diam*

padanlah asyik sahaja tuhan batalkan lancarnya anak ini untuk aku.
dari kazakh lagi aku sudah turun naik emosinya tentang ini.
sebab kalau ini jadi pada aku, mungkin aku hancur dan patah hati.

nasiblah sudah aku pesan pada kawan aku untuk tidak sekali2 berikan dia apa2 jenis wang pun selagi belum apa2. pernah diminta beberapa ratus. konon tak cukup wang sini sana. aku cuma harapkan yang kawan aku itu betul2 mengikut apa yang aku kata.

*diam lagi*

sedang aku yang tidak kenal apa2 pun anak itu, sibuk mencari apa yang terbaik untuk anaknya.
kenapa ada wujud sang celaka seperti ini, wahai tuhan yang mencipta...?
kasihanlah anak2 itu...
izinkanlah diberi pada orang macam aku...

*kesat lagi airmata*

kau perempuan.
sepatutnya kau penuh cinta.
penuh rasa.
kau lembut, walau sekeras mana.
kau halus, walau sekasar mana.

kerana kau perempuan.
dan itu indahnya kita.

walau tak cinta pada semua,
rasa pada semua,
lembut pada semua,
halus pada semua.
walau hanya pada seorang sahaja.
pasti ada.

apa agaknya rasa menjadi engkau?
hati kering.
jiwa hancing.
kau memang dasar anjing.

*diam*

tapi kau kan perempuan...
takkan secebis kasih pun tak ada...?

*diam lagi*

takkan tak ada...

48 comments:

natashaliyana said...

i cried reading this.
inside and out.
funny. baru lepas baca pasal baby yg kena dera in the papers.
lain rambut lain hati. sangat.
sabar kak fynn. God has a greater plan for all of us :) you, your husband, the child, the 'celaka' lady.
all of us.

Bai said...

sangat menyentuh perasaan ;(

si ngeng. said...

sabar lah k.fynn. orang macam tu mmg takkan sedar diri. anak yg tak berdosa dibuat jual beli. mcm takde harga diri. org bangsat mcm tu tak ptt hidup. tggu saja balasan Allah.

mungkin, belum masa utk k.fynn. yg penting, masa depan anak kecil itu terjamin.

Muni Faudzi said...

manusia sekarang,
mmg pemikiran kurang.
iman kurang.
agama kurang.

DarkHeart said...

sabar kak fynn..moga Allah membalas apa yang dilakukan oleh hambaNya yang keji itu..

Kak fynn dah cuba mcm2 cara untuk pulih kan kesihatan kak fynn??
Kak fynn cuba la..jgn putus asa..
Bahagianya kalau kak fynn dpt baby sendiri..Saya doa yg terbaik utk kak fynn..aminn

♥naematulsaadahismail♥ said...

sedihnya.
saya yakin
dengan izin Allah.
pasti satu hari nanti DIA akn beri juga
when the right time comes. "KUN FAYAKUN" dan DIA xkan uji kita luar dari mampu kita :)

terus bertabah okay,
biar Allah saja tahu niat akak mcm mana..

saya sgt kagum sungguhnya akak nak bantu dia.

♥farra♥ said...

sabar sis.. mayb de hikmah nie sume..

y@n@ M!B said...

pergh tu bkn perempuan tu betina namanya..hehh..
geram lak bc kisah ni..

balasan Allah itu pasti!
yakin padaNya...

joegrimjow said...

tak reti2 bahasa
takde hati ataupaun takde otak?

atyrah said...
This comment has been removed by the author.
crazy_labelle said...

kalo jual bayi ni dah lg mende biasa...n anak2 luar nikah ni dah ade tmpat selamat utk diorg dibuang...
xrase implikasinya kat mase depan ke?

nnti sex luar nikah dah jd x taboo...
diorg rase xtakut kalo hamil etc..

tp klo xde sape nak bela susah jugak... ahh pening2....

ili syazwani said...

fynn, selang beberapa buah dari rumah saya, ada rumah penjagaan utk yang hamil luar nikah. selalu offer kiteorang untuk ambik anak angkat kat situ.

kesian juga. sebab most people pandang serong.

cik fatima said...

ouch.
sangat sakit rasanya bila berada di keadaan kak fynn.
semua yg membaca pasti mendoakan yang terbaik serta rezeki melimpah ruah pada kak fynn.
terus tabah.
terus kejapkan pegangan tanpa goyah.
saya pasti kak fynn mampu harungi hidup bersama sang pencinta.
usah terlalu tambah nanah pada luka yang semakin parah.
semoga Allah memberikan kekuatan & rezeki utk kak fynn, encik tri.
;)

Syafy. said...

kakak..

*peluk*

Ayyman Rahim said...

Memang tak ada. Masa sekarang hati perasaan mana ada dah. Ada tu memang ada, tapi boleh bilang.

Lepasni boleh buat business besar-besaran jual anak, semua suami isteri yang takda duit boleh buat anak dekat situ dan syarikat tu jual.

Dah nak duit sangat kan!

Angel Koboi said...

i lvoe tihs! ;)

awangkenali said...

mmm itu la .. bila yg sepatutnya menjadi isi di isi ngan benda lain...

azLina z. said...

Duit boleh gilakan manusia. Mungkin dia terlalu cintakan dunia sampai sanggup butakan hati. Nauzubillah.

Semoga bayi tersebut selamat dari bencana. Amin.

miedot said...

kak fynn,,, insyaAllah kalau kite ikhlas nnti Allah akan tolong.. dlm keluarga saya ade sorang anak sedara saya,, yang mak nya tak mahukan dia. jadi akak saya ambil die.. yee kisah nye lebih kurang same.. bermain dengan harga,, tapi akak saya kata.. bukan mahu membeli nyawa. cuma dia mahu anak kecil terbela,,,


:)

sHEmA_sHImoT:D said...

tak tahu mahu menangis dimana lagi.manusia manusia begini.caranya cuma satu,langgar dengan lori.

kita sama kecewa.paling punanh adalah saya.yang cuba jadi terbaik,dan buat yang teraik.tapi airnya dipalitkan taik pada dahi saya.

mungkin benar.setiap halangan utk dpatkan iya ada hikmahnya kan kakak:)

mungkin ada rezeki lain.
*peluk*

Water Lily said...

Teringin pula nak mencatat di entri fynn pasal ni.

Fynn masih muda,insyallah mudah-mudahan masih ada harapan.

Kak WL, sudah 4o tahun dan lima tahun bergelar isteri.

Mengapa kita, sedangkan yang ada sanggup memjual, mendera dan membunuh.

Tak berapa sedih jika dituduh perempuan mandul, tapi lagi sedih dengan situasi jual-menjual,dera-mendera, bunuh-membunuh anak2 tanpa dosa ini. :(

fynn jamal said...

athirah,

betapa bunda kamu itu mulia.
cantik pula dididik kamu, hai, begitu bagus bunda kamu.

kakak begitu terharu kamu sudi untuk menjadi suara anak2 yang diambil untuk dijaga. kamu begitu manis, dik.

zawani said...

kak fynn, ketahuilah, Allah menjawab doa dengan 3 cara.
1. diberikan terus kepada kita apa yg kita hajati.
2. menangguhkan kurniaanNya sampai satu masa yang cukup sempurna dan sesuai utk hambanya menerima nikmatNya.
3. Allah tidak memberikan apa yg dihajati, sebaliknya memberi sesuatu yang jauh lebih baik dari hajat itu, jauh dari imaginasi.

bersabarlah kak fynn..semoga Allah merahmati kak fynn..

peringatan bagi diri saya dan semua, dekatkanlah diri kita dengan Tuhan. andai jarak itu cukup rapat, manisnya iman hanya Allah yang tahu...

nabiha said...

sis.. if im not wrong.. kelantan? hurm..malu

.::fuschiafasha::. said...

sabar banyak2 kak fynn..
god has a greater plan for u..
yakin ya?

jgn sedih2..
semua ada hikmah..
sooner or later akan tersingkap jua..

tak kenal kak fynn..
tp kagum, dan sayang juga..

insyaallah rezeki tuhan nak beri, dlm mcm2 bentuk..
kita tunggu.
kita doa banyak2..

ShahidaAzlini said...

hai kak fynn..

saya bace entry ni smbil nangis..menang sedey bace..

hope kak fynn tabah hadapi dugaan..mybe anak itu bukan jodoh akak..

to athirah,saya bangga dengan kamu..

Anonymous said...

salam kak fynn:

sy delete comment sebelum ini 4 some reason.

semoga kak fynn dan suami baik-baik sahaja.

=)
athirah

Banana said...

banyak yang perlu kita renungkan k.fyn..
mungkin Allah tak beri kita beli2 anak begini..
sabarlah..
sampai masa ada rezeki..
tentang bayi itu usah risau..
allah maha adil kan..
kalau kita yang begini bangsat masih disayang
inikan pula bayi suci itu yang belum pernah ada dosa..
kita doa sama2..

abdul hakim said...

rosak akhlak kerana cintakan dunia..

semoga berjaya kak fynn

Nia_dEeyA said...

salam fynn..
lamanya tak rasa emosi macam ni..beul kan fynn..kalau diberi anak tu pd ibu yang langsung xmacam ibu, kenapala x diisi dalam rahim org mcm kita...yang sanggup bagi segalanya dlm dunia semata untuk merasa degup jantungnya dlm badan kita...

sabarlah fyn..tu je mampu dibuat masa ni..dan doakan la yang terbaik utk si anak yang suci tu..

kita kuat fynn kan?? *hug*

1234 said...

doa saja senjata kita.wlau sesedih mana. mengadu kita pada yg satu.di maha segalanya.

anggap saja dugaan. menguji tabah hati akak. kuat atau tidak tabah hati.percaya pada DIA.

MMG lahanat org2 sebegitu. tp seperti kita tahu,dunia sudah akhir zaman.mcm2 berlaku.keterbalikkan perilaku zaman purbakala timbul kembali.


buat akak dan tri-walau sy xberapa knal anda berdua hanya mengikuti dari laman ini. sy doakan akak tabah dugaan-Nya. pasti ada sebb kenapa tidak diberikan nikmat itu sekarang. dugaan untuk menduga kita.insyallah berkat ketabahan akak dan cinta hati akak ALLAH S.W.T akn beri nikmat yg mgkin lebih baik yg kita sendiri tidak tahu. mana tahu kebahagian berpanjagan sehingga akhir hayat. siapa tahu?bukan?kita tidak tahu apa bakal berlaku.

semoga diberkati =)

nur said...

'adik' saya, kami selamatkan dari dibuang ibu sendiri ke tong sampah hanya kerna dia lahir tidak berbinti dan berlubang di jantung. tragis.

namun bila berpuluh ribu duit emak saya habis merawat anak dia, setelah sihat dan cantik anaknya, semudah itu dia berhajat untuk mengambil anak dia kembali.

bajingan. syukur kasih sayang keluarga saya mengikat 'adik' saya dari memilih ibunya.

rezeki kak fynn pasti ada, Allah tahu keikhlasan kakak.

oh, emak saya sering bertemu ibu2 hamil yg tidah mahukan bayi mereka. jika ada rezki kakak, Insy'Allah saya akan sampaikan.

Tini Rahim said...

Kak,
memang kadang2 rezeki yang dah di tangan pun belum tentu kita punya. Yang sudah masuk di mulut belum tentu sampai ke perut.

Hebatnya Dia memberi kuat di dalam lemah kan?

AjuA said...

gua terdiam baca.. hmmm..

yunne kaffly said...

kak fynn.saya menangis baca ni.
Semoga niat baik kak fynn itu ditolong Dia one day.amin.Dia Maha Adil kak.

fatenton said...

manusia sekarang buang anak mcm buang taik je!

WRD said...

Masa Tuhan turunkan saya, Dia kata: "Nah, Aku pilih kau untuk kongsi keajaiban ni dengan Fynn Jamal."

I love you.

fynn jamal said...

wani...
kita istimewa kan wani...?
sebab kita akan ada beribu2 lagi yang sudi kasihkan kita nantikan kan wani...?

Anonymous said...

Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).” Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.


Dalam surah al-Syura ayat 49-50, Allah berfirman yang maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya: Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nyadan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan - dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah. Tapi kalau kita bakhil, tunggulah bala dan musibah dari Allah.

Anonymous said...

Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).” Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

bibirohana said...

fynn, aku dah lamer nak tau pekembangan ko... ko dah luper mmber ko ni ke? - bibi rohana

syera said...

nampak kak fynn kat alamanda kat kedai kasut nose. i was so excitedd seeing u n was like "wei fynn jamall!" to my friends and they were like "huh? oh.." and i was like, just so happy to see you :)
& this entry is sad.

Izzy Does It said...

Teringat pada filem "Mom At Sixteen" (cerita lebih kurang jugak la). Watak utamanya remaja perempuan terlanjur. Pada babak akhir remaja itu serahkan bayi pada sepasang suami isteri yang dah lama x dapat anak.
kata watak itu, "I heard from somewhere that babies choose their parents before they were even born. I think they choose you..." kerana dia sedar dia tidak layak untuk anaknya.

serious sedih. this is the only few movies I cried on.

Penulis 2b said...

(/_\)

sekarang smue mahal,
kecuali maruah.

buat anak, senang
jaga anak, susah

Enchaoz said...

kalau la sy boleh jd juno utk kak fyn..... biar kak fyn.. org tu punya kebahagiaan pd duit.. kebahagiaan diorang murah.. tak setanding kebahagiaan dengan kasih syg.. xpe.. biar je org gitu.. mereka mmg tak boleh diselamatkan lagi dah pemikiran mereka..

Anonymous said...

u know. i always wonder how these ppl buang anak dorg. sebetulnya, kalau sudah terlanjur, sudah buat salah, cuba tebus salah itu kembali. i mean, benda da jadi. kadang-kadang tak boleh nak salahkan mereka yang terlanjur. kadang-kadang mereka tersilap langkah. mungkin mereka orang baik yang terlupa sebentar tuhan. manusia. tapi, jangan buang rezeki tuhan da beri. jangan sakiti rezeki tuhan da kasik. anak itu anugerah. kalau tak mampu, bagilah pada mereka yang mampu. tak susah pon. jumpa je pesuruhjaya sumpah. angkat sumpah. isi surat anak angkat. haih. m crying inside.

Perempuan said...

sabar fynn.

kat sana tu ramai lagi baby yg comel dan bijak utk awak :)

baby ni pun rezeki.don't hesitate to bela...percayalah!
even anak yang dicap 'tak sah taraf' tp rezeki utk membela mmg tak putus. kuasa Allah SWT.

apapun,solat istikharah tu yang terpenting.

Anonymous said...

xde blog akak yg sy x nangis..semua sy nangis.. semua kak..semua.. :'(