Tuesday, January 12, 2010

syurga neraka

ada banyak cara untuk masuk syurga dua tiga menjak ini.

1) bunuh.
korbankan seluruh ahli keluarga terutama yang nampak dalam agamanya.
penggal kepalanya dan tanamkan jauh dari tubuh dicerai darinya.

2) bom.
binakan dinamit yang mampu meletupkan keluasan 200 meter persegi.
cari kawasan yang sesak dengan manusia2 yang sibuk dengan duniawi.

3) bakar.
pergi pada bangunan2 suci mereka yang lain dari fahaman kita semua.
mulakan chaos yang dipuncakan dari arson, kerana amarah adalah api marak menyala.

kita semua akan masuk syurga!!!!

semua ini perlu. kerana kita perlu buktikan pada dunia yang kita ini tidak selemah yang mereka sangka. semua ini mesti. kerana kita mesti tunjukkan pada semua yang kita ini tidak sebodoh yang mereka rasa.

semoga 13 mei terjadi lagi. semoga ia kembali. kerana hanya itu satu2nya harapan kita untuk menghalalkan pembunuhan rawak dan terbuka. kerana kita perlu tanda nama darurat untuk mengizinkan kita menjadi kejam dek faktor terpaksa.

self defense is not murder.

cepatlah sedikit. aku sudah tidak sabar.
parang aku sudah berminggu menunggu masa untuk keluar.

aku mahu mati ketika mempertahan bangsa.
aku mahu mati ketika menjadi pasak agama.
aku mahu mati ketika patriotism memenuh raksa.

sudah lama aku benci dengan konon2 satu malaysia.

aku sudah bosan berkawan dengan macha minachi.
aku sudah jelak berteman dengan apek amoi.
aku sudah muak bersahabat dengan manusia berbangsa 'dll'.

HIDOP MELAYU!!!

hanya orang melayu masuk syurga. hanya orang melayu. sebab kita islam. sebab kita tuan tanah melayu ini. sebab kita pastikan tanah melayu ini terus islam. sebab kita pegang tanah melayu islam ini.

pergi mampos sama mereka yang baru masuk islam. cina masuk islam. keling masuk islam. iban masuk islam. kalau mereka takut mati, mereka perlu pilih. kami atau keluarga mereka yang masih kafir. kami atau keluarga mereka yang masih belum mahu tunduk pada kuasa islam kami!!

pilih.
dan pilih kami.
atau mati tak dipeduli.

pergilah mati si kafir2 di luar sana.
kuil kau, gereja kau, pokok suci kau.
semua itu bukan agama yang betul.
agama aku yang paling betul.
semua tidak betul.
aku sahaja yang betul.

kalau kau mati bukan ada syurga macam kami. kami kaum terakhir rasul. kami ada pass untuk selamat di lambat-launnya.

maka tunduk.
tunduk pada kami.

ini tempat kami!!
ini tanah kami!!
ini agama kami!!

*senyum sumbing*

babi.

semua bodoh. bangang dan hati busuk.
nama saja islam, tapi penghayatan zero.

jahat2 aku, bukanlah aku ignorant.
hina2 aku, tidaklah aku arrogant.

dan siapa yang percaya sentimen2 babi bodoh bangang busuk ini
memang babi bodoh bangang busuk juga.

agama, akhir2 ini tidak lebih dari satu agenda. medium. alat. propaganda. yang beriya adalah orang2 yang bukan pun tahu ke akar umbinya. yang menyibuk2 adalah mereka yang takut: kalau tidak diikut, dikata aku tidak tahu apa.

ah! bangang!!!

perkara paling asas tentang islam adalah asal namanya sendiri.
sim. lam. mim.
bermakna aman. tenang.

kalau pun mahu berperang, demi islam, ada caranya. ada adabnya. ada strukturnya. bukan berselinap di pekat malam dan ditikam ketika tidurnya. itu bacul! itu hina! itu bukan kita!

arak kepala lembu segala. apa itu caranya? cuba kalau masjid kita digesel anjing, mampos ditembak disiat, dituduh semua itu suatu yang disengaja dek cina.

kita ini busuk hati. bukan main busuk hati.

wahai orang2 bodoh sekalian, tentera2 rejimen yang kononnya berlindung di bawah sayap agama, pernah tidak terdetik dalam hati engkau yang semua itu politikal semata2? jauhkan akal kau, nampakkan apa sebenarnya.

yang sedang memegang joystick permainan ini adalah bangsat2 yang sedang bersembunyi dalam bilik mahalnya.

susah jadi orang muda zaman ini. hendak ditegur, dimarah pula. konon kita tidak makan garam. konon kita tidak tahu rasa masin masam. kadang2 hendak juga aku maki, kau fikir garam kau sajakah yang ada?

"kau tak faham. kita bikin ini semua pasal islam"
"ini sudah perang! ini sudah halal, tidak lagi haram"
"ah. kau bukan peduli. kau tahu lompat2 moshing2 saja."
"kau memang tidak sayang agama"

ha ah. dan kau sahaja yang akan masuk syurga.

lewat ini, ramai yang sial. bunuh mak bapak demi mahu dibangkitkan sebagai wali. jahanamkan tuhan orang demi diangkat ke tuhan punya sisi. sembelih anak kerana terdengar bisikan tuhan yang mahu korban seperti mana kita punya nabi.

syurga neraka itu ada.
tapi kita sudah pesongkan adanya.

dunia ini, wahai anak2,
adalah salah satu metafora syurga neraka juga.

kita bodoh kalau kita gunakan penaakulan mantik untuk aplikasi syurga neraka.

buat A, masuk syurga.
buat B, masuk neraka.

A - B x M bahagi T = Y iaitu syurga / neraka.

takkan kau tidak tahu tuhan itu adil?
tuhan lebih tahu apa di dalam hati kita.
takkanlah jahat dan dengki tuhan itu, yang hanya orang A, B, C, atau apa2 kategori huruf yang diterima ke pangkuannya?

oprah kafir. tapi berjuta2 manusia dia bantu.
apakah dia tidak diberi peluang langsung untuk dihisab untuk kebaikannya walau satu?
ada perempuan kristian mati dirogol bergilir2.
apakah dia patut dipadankan mukanya, kerana dia bukan islam, kerana dia kafir?

hari ini aku tidak ada hati langsung untuk berbual dalam bahasa indah.
kerana hari ini aku rasakan dunia terlalu hitam dan jijik.

aku tidak salahkan siapa2.
benar, mereka ada salah juga.
tapi itu bukan tiketnya untuk menjaja benarnya kita.

"fight for your rights!"
bla bla bla.

kau orang semua SAMA dengan budak2 bangang yang bertuhankan fahaman skinheads di malaysia. ikut buta2. bukan tahu pasal apa. ikut kerana ikut.
trend.

padahal skinheads adalah white power. anti manusia selain ahli society sendiri.
dan skinheads pula bertuhankan nazi yang cuma mahukan bangsa mereka sahaja atas muka bumi.

kelakar, kan? aku teringin sekali hantar pasukan skin melayu ini ke markas orang2 paling atas. tengok mereka kena siat atau tidak? melayu nak white power konon.

ptuih.

maka, anak2 melayu, dan orang2 melayu,
TOLONGLAH JANGAN JADI BODOH.
kepala mengangguk bangang membiar hidung yang dicucuk itu dihayun mengikut mematuh.

ikut ikut ikut.
orang kata pangkah BN, pangkah.
orang kata pangkah PAS, pangkah.
orang kata pangkah roket, pangkah.
orang kata pangkah makcik kain batik, pangkah.

kita kan satu malaysia.
kita bagus.
berbudi pekerti.
bersopan santun.
berhati suci.

itu sebab aizat menang AJL. sebab ada elemen berbilang kaum. dan ada gambar orang sudah mati, yang masa hidupnya bukanlah dikasih mana.

bunch of fake people, that we are.

lepas ini, nak buat apa2, pakai jubah pakai tudung labuh pegang tasbih celak mata.
dan sebutkan ini semua demi tuhan.
selitkan ayat2 dari kitab suci.

dan kau sudah pun separuh kaki di firdaus.
kan? mudah, bukan?

*diam*

haih...

kalau beginilah,
aku tidak salahkan kenapa orang benci agama kita.

serius.

dan benarlah kata seorang mubaligh kristian dahulu:
islam is the best religion with the worst followers.

that, my fuckin friends, is the friggin truth.
we suck.

selamat berbahagia di sini.

-------------------
edited:

baca ini. hanya untuk yang suka berfikir.
haram untuk yang tumpul akal.

http://bicaraalbarq.blogspot.com/2010/01/for-those-who-are-open-minded.html

59 comments:

arfasyrf said...

malaysian is an islamic country with thousands of stupid racist muslims.

nazrinzaidi said...

bahagi=÷

:)

yang diluar sana entri ini untuk anda.

salam apresiasi.

Anonymous said...

pelik kenapa kita sibuk sibuk nak mempertahankan nama Allah seolah olah Allah itu tak mampu. sepatutnya kita tak perlu risau sebab Allah itu maha segala. maha kuasa. yang perlu kita jaga iman sendiri.

do read this,
http://bicaraalbarq.blogspot.com/2010/01/for-those-who-are-open-minded.html

mosyuki borhan said...

damn good Fynn~

Anonymous said...

sori 2 say,,

13 mei or 15 mei??

Mirae said...

reputasi agama jatuh sebab penganut sendiri.

malu!

J u l i a 。.゜✿ said...

entry ni bagus kalau di print, kemudian di edarkan kepada orang2 diluar sana.

Anonymous said...

bravo~!

SoFiA.opY said...

bravo bravo!

super true weyh!

fynn jamal said...

typo.
13 mei sudah diperbetul.

terima kasih.
:)

3p4h said...

Great!

Tahniah kak... Luahan yg sgt mendalam ertinya.

Sbnrnya isu kalimah Allah ni xperlu diperbesar pn sbb sume ni sbahagian taktik musuh islam utk alihkan perhatian kita daripada isu yang lebih besar. Kan?

p/s: Segelintir Melayu terlampau emosi bl agama Islam dicerca etc, tp pghayatan thdp Islm 2 sndri tah ke mn... Hidup Melayu!

Ainee Cumi said...

betul kak fyn..
nampak sgt racistnya..
aini tak suka jadi mcm ni..
bila aini bangkang dieowang cakap aini tak sayang agama and tanya aini ni org apa..
haish!sungguh kolot pemikiran org sekarang kalah org dulu..

Rubina Yunal said...

For once, saya sgt malu menjadi melayu Muslim.

Siapa yang buat bebenda ni memang extreme, tp tak pakai otak.

Mudah-mudahan Tuhan ampunkan kita semua, amin.

cujern said...

sinis.

tapi bagus.

Anonymous said...

media dah xde topik yg lebih menarik nk wat..tht y dorg cipta topik nm ALLAH nie..

lepas isu gula..
dorg buat lak isu nm ALLAH nie..
masalah tul org2 skg..
sblm wat x pk dlu..
otak letak kat lutut..
huh!

"Segelintir Melayu terlampau emosi bl agama Islam dicerca etc, tp pghayatan thdp Islm 2 sndri tah ke mn..."

sgt setuju ngn pendapat kamo..

Huda Ramlee said...

cara mereka yg mengiakan persepsi 'org luar' yg islam ini terrorist.tp bla di ckp begitu,mereka2 ini melenting.mengamuk lg.

farisha assila said...

salam,
taniah kak fyn.(^_^)
just nak bg feedback drpd slh satu comment di atas.

yea, Allah itu Yang Paling Hebat, Allah tak perlukan kita. tapi ini janji Allah. sesiapa yang menjaga agama Allah, maka Allah akan menjaga dan memperkukuhkan mrk.

kita khalifah. yes, wajib menegakkan Islam di bumi ni. n khalifah2 kat luar sane kene phm. kita khalifah sbb kita ader otak u berfikir. masalah takkan selesai kalau pantang dicubit terus mengganas mcm binatang.

p/s : kpd mereka y still tak fhm kenapa disibukkn ttg penggunaan nama Allah ni,try bkak tehranifaisal.blogspot.com

ringo said...

bukan nak cakaplah.
tapi kadang2 malu tengok orang2 Islam macam nh.
betul,aku pun tak pelik kenapa orang agama lain benci sangat orang kita.
tengok je lah orang kita macam mana.
kalau aku jadi mereka,aku memang benci sungguh.
Islam itu pupuk supaya bersederhana.
kenapa nak jadi bangang.
eiii aku rasa macam nak mencarut macam kak fynn baru dapat lepas geram.

giGGLe said...

tkjut pada mulanya...
tp ak bangga di hujung puisinya...
rupanya masih ada muslim y sfahaman dengan ak...

*yeah,mereka terlalu bodoh dan jijik untuk digelarkan pejuang islam..bukan itu yang islam ajarkan..

Anonymous said...

puitis sungguh.

fynn, nak pertahankan agama juga bukan dengan cara begini.

banyak lagi perkataan boleh ganti perkataan 'babi'

apa pula pandangan orang bukan islam terhadap kita nanti.

kalau ada benda salah, buat sesuatu, bukan setakat melaung2 di sini sahaja.

sama2 kita.

lisz. said...

if only that friggin-abang-botak-hensem-pakai-spek-mata-selalu-keluar-tv could read this..


INI semua PROPAGANDA!
INI semua OBSESSION!
INI semua STUPIDITY!
dan..
INI semua SANGAT LOW!

*berdukacita*

lisz. said...

inilah kalau tak reti nak bercakap sambil guna logik akal..

aKu NaKaL said...

Perlu difikiri..
Perlu difahami..
Perlu dihayati..

Tersilap langkah..
Tersilap kata..
Tersilap rencana..

Hancur!
Rosak!
Binasa!

Inikah dunia..?
Inikah rasanya..?
Inikah perjalanannya..?


Usaha, Tawakkal, dan Ingat tanggungjawab kita sebagai khalifahNYA.. x)~

Anonymous said...

salam kak fynn..jujur sya ktakan syg amat2 suka dan sokong dgn apa yg ditulis oleh kak fynn. dan sya tk nafikan ada banyak kebenaran dlm kata2 tu :)

tpi pada saya, mybe apa yg membuatkan org2 Islam yg kebnyakannya Melayu berasa marah dgn penggunaan nama ALLAH ni mybe sebab nama ALLAH ni disamakan dgn agama lain. tegakah kita bila mendengar atau melihat org lain mempermainkan Maha Pencipta Kita?

Penutur bahasa Arab yang menganut agama samawi, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, menggunakan perkataan "Allah" untuk bermakna "Tuhan". [wikipedia]

dimana disnin mereka menyamakan dan mengatakan bahawa Tuhan Yang Bapa, Tuhan Yang Anak dan Tuhan Yang Roh Kudus. kita tahu bhwa ALLAH itu ESA, TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH.

mybe ini yg membuatkan mereka "terasa" sedikit bila agama dimainkan2 sebegini rupa.

sedih bila difikirkan kembali bahawa ALLAH yg kita puja2 dan sebut namaNya lewat doa2 kita, disamakan sebegini rupa. saya mengaku yg dlm hal ini, sya juga terkesan.

i might not be a good preacher or pious person, but, i too, have the heart to feel sad and ashamed of what happened around me.

tpi, who are we to judge them kan? let HIM, THE ONE AND ONLY jatuhkan hukuman keatas mereka2 yg berbuat onar ini. dlm kes ini, sya stuju dgn kak fynn. betul..siapa kita nk jtuhkan hukuman pda mereka, kan? kenapa perlu bakar-membakar ni semua? klau beginilah, org yg melakukannya pun termasuk juga dlm kumpulan mereka2 yg mencetuskan onar ni. mcm orng kata, "2x5 je"

itu sja yg ingin sya kongsikan disni. sya tidak bertujuan untuk mencetuskan chaos . sekadar berkongsi pendapat dgn semua :)

memetik kata2 dri http://bicaraalbarq.blogspot.com/2010/01/for-those-who-are-open-minded.html

"Different people have different opinions, dosen't mean that we are always right and the others are always wrong. It could be that you are the one thinking wrongly and the others are right".

salam. peace, no war :)
salam 1MALAYSIA :)

Anonymous said...

fynn, mungkin juga kerana politik.

Sarah H said...

Islam is perfect, Muslims are not.

Anonymous said...

hebat~

*senyum*

saya ada email pde awk.check lah kalau mempunyai masa

AIYER said...

kokping! dib nk deklamasi entri ni dkt BENL nite boleh??whahaha

pakcik said...

satu entri mengutuk kepeningan org dari orang yang lebih pening. hasilnya ialah kepeningan berganda.

p/s:penin-penin...org camni pun ade.

pakcik said...

"dan benarlah kata seorang mubaligh kristian dahulu:
islam is the best religion with the worst followers."

antaranya:

-nama islam budaya kafir
-jiwa islam bahasa mencarut
-orang tegur....kata tak kena cara

so camana? pikir2 lah

sedarlah adik2....jgn cakap tapi tak sedar diri yang kemudiannya menyesatkan diri dan org dengan cakap kita. nauzubillah min zalik

fynn jamal said...

pakcik,

terang2 saya kata saya jahat dan hina.

:)

ceritasahaja said...

sokong apa yg d sampaikan oleh akak =)

bg yg menganggap diri nya islam tepuk dada tnya hati

islam kah anda?r u true muslim?
[sy dlm perbaiki diri sendiri masih]
beria2 membantah bagai tentang perihal nama allah
tp diri sendiri iman nya kemana

kata farisha

"yea, Allah itu Yang Paling Hebat, Allah tak perlukan kita. tapi ini janji Allah. sesiapa yang menjaga agama Allah, maka Allah akan menjaga dan memperkukuhkan mrk"-

sgt betul itu satu kewajipan bukan?menjaga nama itu dari di pijak @ diludah isu niy da lama sy pikir igt lagu agnes monica satu masa dulu?tp xde pape pun. tp sekarg sebaliknya

~melatah lebih~byk ckp tanpa pegerakan pun xguna

haihh

ini suma politik semata mengalihkan pandangan saja.
bodoh mmg bodoh
hahah [gelak besar]

"semua bodoh. bangang dan hati busuk.
nama saja islam, tapi penghayatan zero"-btul ckp akak

kepada Anonymous

babi?penggunaan perkataan tu?mencarut?salah ka?
doest means kalo selalu mencarut/gna perkataan babi anda sgt jahat!cetek bg pendapat aku.nama pun luahan

islam itu indah tp yg memburukkan nya pengikutnya

aku rasa jalan terbaik
let HIM, THE ONE AND ONLY yg buat balasan nya- igat dia bukan tumpu pada seorg saja tp seluruh - nantikan saja azab yg bakal turun kat sini- bertaubat seblum iyanya terjadi seperti negara2 jiran.

u will get what i mean =) semoga selamat semua nya.ampunkan sy ya tuhan

jangan melatah? said...

Sabar Fynn, sabar hehe.

Jangan cepat melatah. Kekadang kita kena gunakan mereka yang cepat melatah untuk mencapai matlamat kita.

Contohnya Lau Bee Lan, (penyebar Kristian yang mengambil cuti tiap2 dari Kehakiman untuk menyebar bacaan bible) mencebik kepada Kerajaan, mana ada national security isu?

Kalau tak ada mamat yang bakar gereja, penganut Kristian ni pun puas lah, keputusan dia mengatakan Allah bapa Jesus berjaya.

Sebab itu kita mesti sabar. Sebab ada yang sanggup bakar gereja lah maka Kerajaan tergesa2 buat rayuan.

Alangkah baik kalau penganut lain baik macam kita. Tapi yg sebenarnya Katolik adalah ugama paling evil dalam sejarah.

Paderi Catholik main bontot budak altar, nun seksa budak perempuan, ajar dunia ini leper dan bunuh sape yang tak setuju dan macam2 lagi.

Sebab itu Katolik diharamkan di Rusia, Cina, Jepun etc.

Dia orang bukan orang baik jadi kita patut berterimakasih juga pada mamat2 yg cepat melatah tu.

selipar said...

kak fynn,
pembakaran dan pengeboman gereja tu masih dalam siasatan polis. jangan terus-terus menuding jari ianya angkara orang Muslim, orang Kristian dan sebagainya. mungkin juga ada yang ingin melaga-lagakan isu ini. mungkin juga ianya dilakukan oleh orang yang sengaja ingin memolitikkan isu-isu agama. Allah lebih tahu.

dan, buat semua yang mengatakan "aku malu menjadi Melayu Muslim". Islam itu sendiri akan tetap berada tempat tinggi, jadi siapa yang menjulang Islam kalau bukan orang-orang Muslim? sekarang ni, jangan menyalahkan sesiapa. jangan salahkan golongan extreme atau apa. cuba cermin diri kita. bagaimana pula yang hidup dalam dunia hedonisme itu semua? mereka tidak salahkah? pokoknya, semua orang Muslim muhasabah diri sendiri. bukan hanya tahu berbalah. Islam kena, antara Muslim yang berbalah. please lah.

-ini cuma luahan yang ditujukan buat diri sendiri dan semua. sila abaikan kalau tidak berkenan-

I.N.T.A.N said...

kak fynn,
ur comment sgt sinis dlm puitis.

tapi ianya betul.

sy ignore bahasa2 yg kak fynn guna, it's only a language.

sy sgt takut hal ini menyebabkan 13 mei jadi lagi kali ke2.

Nau'zubillah min zalik.

Matematis Muda said...

Maaf keluar tajuk sikit

"oprah kafir. tapi berjuta2 manusia dia bantu.
apakah dia tidak diberi peluang langsung untuk dihisab untuk kebaikannya walau satu?"


erm, saya pun tak berapa arif sangat ilmu agama ni. tapi saya rasa pernah dengar tazkirah pasal syarat amalan utk diterima ialah Islam.

contoh paling senang, bapa saudara Nabi sallallahu 'alaihiwasallam, abu talib. walau betapa baiknya beliau terhadap baginda, tetapi satu hakikat yang sangat menyedihkan nabi sallalahu 'alaihiwasallam ialah sehingga ke penghujung nafasnya, beliau tidak mahu mengaku ke-Esaan Allah.

tetapi kita semua tahu Allah Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari pak Karamu

Anonymous said...

fynn, cari cermin, lihat diri sendiri dahulu sebelum teriak.

kita semua banyak onar, banyak cela, tapi harus jangan kita lupa.

sedar diri.

tak perlu maki bangsa seagama sendiri. kalau benar mahu yang lurus, luruskan diri sendiri. tak perlu maki sana sini.

hidup cara islam, tegur dengan ilmu dakwah, bukan dengan emosi amarah.

tapi aku faham, kalau malaysia, sudah jadi amerika.

seperti kamu contohnya.

masa terus berdetik, moga sama2 tidak lupa.

fynn jamal said...

anon;

terima kasih. :)

cuma lain kali, janganlah tunggu entri jadi terkebelakang baru hendak komen2. tidak perasan.

lagi satu, saya anti amerika. kalau benar mahu kata saya sudah berpaling, saya lebih ke arah british dan kanada. jauh, itu.

selamat maju jaya.

arfasyrf said...

andai benar dirimu hebat.
andai benar hatimu kebal.
usah lah berteriak disini,
usah memangkah disini
bertopengkan sang anon.
apa guna
berteriak lah dengan yang di atas.
berteriaklah dengan terbuka.
apa guna kamu benar andai kamu diam.


bodoh punya anonyous

Lee said...

Officially your fan now..
macam baca thoughts sendiri je but i never have the talent to put it down in words.

F A L T 0 said...

sin.lam.mim

Mr_Aries said...

entry yg paling aku suka..

myfr3ak said...

minta salin! Kerna aku jua seperti LEE :D

hmm said...

emm.. sim.mim.lam..

mcm patutnya sin.lam.mim kan..
salam.. =)

fynn jamal said...

hmm:

oh terima kasih! sungguh tidak perasan.

:)

terima kasih lagi ya!

Hati Bangkai said...

Aku terbaca satu entry..aku rasa ada baiknya dapat dikongsi di laman ini..


~Bayangkan apabila sampai masanya,orang-orang Kristian akan berkata:

"Mengapa pandang serong dengan kami?Tuhan kami Allah jua sama macam tuan-tuan,kami juga menyembah Allah.Kami tahu Allah itu Tuhan Semesta Alam.Dia yang mencipta kami dan tuan-tuan.Cuma kami juga percaya Jesus adalah Anak-Nya.Itu sahaja.Dan sebenarnya agama tuan-tuan sudah silap.Kristianlah agama yang benar kerana Allah sudah angkat Jesus sebagai Rasul-Nya bukan Muhammad.Muhammad sudah rampas takhta Jesus.Jesus ini lebih maksum dari Muhammad.Malahan AlQuran yang tuan-tuan baca itu adalah hasil karya Muhammad.Marilah kita bersatu atas nama Allah.Beriman dengan Jesus,nanti tuan-tuan diberkati-Nya.

Lagi satu,Tuhan Allah tidak memberatkan orang-orang yang sesat macam tuan-tuan.Bila bertaubat senang saja,tuan pergi ke gereja dan duduk dalam bilik kecil,nanti paderi akan datang dan tuan hanya perlu mengaku kesalahan.Father akan ampunkan dosa tuan-tuan dan tuan-tuan akan bersih dari dosa...berkat Tuhan Allah!"

Akhirnya Kristian akan diterima seperti Syiah,yang mengaku bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad namun membuat pelbagai bidaah dan kesesatan.Selepas itu ada orang yang bersimpati dengan Kristian,berpendapat orang-orang Kristian dan Islam semuanya menuju jalan yang sama iaitu Allah,cuma caranya yang berbeza.Yang seorang naik motor,yang seorang naik kereta...oh,tidak mengapa,akhirnya jumpa Allah juga.Buat apalah nak bergaduh-gaduh?Rasulullah tidak suruh umatnya yang menyembah Allah supaya bergaduhan sesama sendiri...

kalau yang ini tuturnya bagaimana????

#http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/mason-mason-melayu-bahagian-vi.html

Anonymous said...

mereka nak mengelirukan orang islam suatu hari nanti.
semakin hari kehidupan beragama semakin dilupakan.
alQuran bukan lagi panduan hidup.
sejadah bukan lagi kiblat.

regards :)

Anonymous said...

salam ziarah,
banyak kebenarannya apa yang saudari sampaikan, and it hurts.Realiti dunia kini memang menyedihkan.

Tapi,kalo boleh kiranya digunakan bahasa yang lebih bagus. Lagi pula, kita belum tahu dengan setepatnya siapa punya angkara. Ramai yang mahu melihat kehancuran Islam. Dari segi cara hidup, kita memang sudah berjaya dipesongkan. Kini, kesatuan umat Islam pula yang cuba diganggu gugat. Dalangnya boleh jadi siapa saja. Mereka,sedang tersenyum sinis barangkali.

Bila sudah jadi macam ni, maka tanggungjawab dakwah kita berganda. Berusaha untuk menyebarkan agama Islam yang sebenar. Lengkapkan diri dengan ilmu agama. Reach people out there. Ini usaha kita. Bukan sekadar mencarut, marah dan beremosi.

Akhirnya ia jadi sia2...

Maaf ya,ini sekadar pendapat. Kita semua sayangkan agama kita.

fynn jamal said...

terima kasih sahabat2.
:)

kertasgraf said...

"islam is the best religion with the worst followers.

that, my fuckin friends, is the friggin truth.
we suck.

selamat berbahagia di sini."


I like ayat nih banyak2 kali.. heheeh (^^,

kertaslembut said...

Kertas graf islam has nothing to do with you or Fynn.

You all have your own religion.

Dont disturb the Malays who want to defend their religion.

You fucking sucks thats right.

Unknown said...

sekarang ni Islam tak diletakkan di tempatnya. Org sekarang rata2 x fhm kenapa dia Islam. Islam diambil separuh2.

Padahal dalam Al-Quran ada sebut yg Islam itu perlu diambil secara keseluruhan.

Islam itu deen iaitu cara hidup. Maka, keseluruhan hidup perlu mengikut aturan Islam. Bukan mudah nak masuk syurga Allah. Islam itu sempurna, yg betul dan salah dah jelas, tinggal kita sendiri nak pilih samada nak redha Allah atau azab-Nya. =)

cheers
www.lovelylyanne.wordpress.com

Anonymous said...

pkai jubah pkai celak?
pakaian xmelambangkan hati seseorg itu bersih. Tp hati yg bersih mahukan pakaian yg sempurna menutup tubuhnya rambutnya dadanya. ter lalu disini dan ter ingin utk menegur. mcm mana, yg beragama islam (aku pun xmnyokong lgsung frasa bangsa)nak bertoleransi isu sebegini sdgkan perkara asas seperti penjagaan aurat yg sempurna pun masih jd isu yg berlawan dlm diri.
"nak pkai tudung tidak? xperlu lg belum sedia"-skejap pkai skejap bukak.
kusyuk dlm solat pun mungkin sudah pupus. atau sudah pupus dgn solatnya sekali.
alahai--me-layu
jgn ckp 'kolotnya melayu masih bincang isu solat dan tudung'. bosan.
asas pun collapsed.

decadence said...

absolutely!

Anonymous said...

puitisnya ayat. laju menyusur perasaan si pembaca. tapi fynn, indah lagi jika kata2 itu digantikan dengan bahasa yang lebih cantik. benar marah.
hilangkah dengan mencarut?
bertanya sendiri bagaimana orang bukan islam tidak suka sama islam, nah, jawapannya kerana kita tidak mengamalkan dengan cara yang sebetulnya.
sayang jika amarah awak terhenti setakat mencarut di sini. hiaskan rasa dengan perkataan yang lebih manis tapi menikam kalbu, jua hati2 yang beku di luar sana. =)

mantap dengan isi. harap dapat hiaskan dengan bahasa seorang muslim.

-salam ukhwah ^^,

Anonymous said...

ko punye blog terbaik. aku jarang bace blog2 ni. tapi bleh plak terjumpe blog ko. so layan je.. dah bace syok plak jadinye. haha..

Banyak jgk isu2 semasa, perkara2 sekeliling ni ko ambil tahu. Hebat! Aku xmampu nak jadi macam ko. senang cakap aku malas. tp kadang2 ambil tau pun tak salahkan? best2! tp kadang2 ok.

Pasal soal agama ke bangsa ke negara ke, ke itu ke ini, ke ape ke. aku rase otak dengan badan aku tak tertanggung nak pk hal2 ni. mau terkeluar nyawa dari roh dan badan klau cube jadi mcm ko. haha

ape pun aku tetibe ade pendapat sendiri plak pasal isu 'allah'. Mungkin salah orang melayu jugak yang tak letak definasi antara perbezaan jugak kegunaan perkataan 'tuhan' dan 'allah' secara fakta dan tepat tanpa boleh di sangkal logik. tak tau la aku. biar lah semua guna 'allah' dan allah yang tentukan. huhu.. bleh ke macam ni. mampos kiamat.. adeh..

ko tak yah bace la aku mengarut k. Tengah bosan mmg semulajadi macam ni. hehe... Syabas kat ko. Akal ko mmg terbaik. Aku suka. Senang2 aku folow blog ko secara haram lg. chow!

Anonymous said...

lol.. islam yang mane korang cakap ni? haha.. ape yang susah sgt. follow je mazhab imam muhammad bin idris. Setel. sape taknak ikut, lantak pi..

persoalan2 korang ni dah berpuluh ribu tahun, dan berbilion2 orang mencari jawapan nye. ape lg nak di persoalkan tentang agama? ape lagi yang nak di persoalkan tentang bangsa?

Melayu? ini tuhan yang cipta bukan hambanye manusia. tak kira la politik dalaman ka apa ka, yg penting allah bagi aku jadi 'melayu'. aku sebagai hamba menerimalah. bukan teruk sangat pun nak hidup jadi seorang melayu ni.

Hari tu allah kasi ujian kat umat islam pasal satu dunia anggap islam pencetus utama kegiatan penganas. Skang ujian kedua plak pasal isu penggunaan nama allah oleh penganut agama lain. melatah? Cet, releks la. ujian allah... datang dari mana2 sudut yang dah allah s.w.t. tentukan. wallahualam...

klau dok cite pasal syurga neraka mmg xbleh abih sampai kiamat. orang lain dah di jamin masyuk syurga kita dok cakap2 lagi. apa la haha.. firdaus ka jahanam ka, bukan kite tau pun masuk celah yang mana.

pasai soal tudung tak payah panjang cerita. Tutup aurat sunnah dan wajib. so lagi pertikai ka? ikut nabi yang mana ni nak pertikai segala? kui2. klau soalkan lg, ni kire asek attack kaum hawa je nampaknye? sian2.

klau hangpa pkai kuali skali pun atas kepala, klau adab dan akhlak di jaga. bwat pa tudung lg? ni tak, tudung pkai tp g-string tersembul klua. hehe sori2 terkutuk plak. sori2. tudung tu kiasan, dalaman kene la hayati.

Tp aku suke btol la dengan fynn jamal punye blog. MantoP! go fynn go! semoga hang esok jadi penerbit buku yang mahsyur!! tp jgn tulis buku pasal multilevelmarketing sudah. kah2. salam bahagia seisi kluarga ya!

-story about us-

cry_jane said...

sis fynn, entry kamu sama tulisan di al-barq ptt kita printkan dan edarkn dr rumah-ke-rumah.. oo ya, kamu mgkn plu tlg terjemahkan ke dlm bahasa krn english itu bahasa luar, bkn bahasa kita (walhal malu mengaku tidak tahu)