Monday, January 4, 2010

aku terlalu gamam untuk membubuh nama entri ini. maka tak perlu.

sebenarnya aku sedang takut.
dan sesungguhnya,
kuda2 aku goyah.

aku rasa,
terserlah aku kalut.

*senyum perit*
aku tidak ingat bila pernah aku bangun tanpa tahu apa rutin aku.


...


*diam*

aku tahu tuhan lebih tahu.
dan tidak.
tidak aku berserah bodoh2 tanpa peduli.
tetap, usaha akan aku kerah sampai ke mati.

cuma;
aku rasa,
sudah datang masanya untuk aku sekali lagi--

ambil satu langkah ke belakang,
duduk,
diam,
dan terima.


tuhan pesan pada aku melalui seorang gadis lewat tulisannya tadi:

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;

Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.

baqarah. 216.


*senyum*
selalu benar dijawab soalan sebegitu caranya.
betapa manis.

:)

maka sekarang.
aku perlu diam.
dan senyum.

*senyum lagi*

...

senyum.
kerana tuhan lebih tahu.

19 comments:

ape2 jer said...

senyum penawar segala..

binjidan said...

DIAM

_kalfisyah said...

Tuhan sentiasa ada

Frodo Baggins said...

ya ... Tuhan lebih tahu atas sesuatu
Tawakal ...

Mohamad Nazmi Zaidi said...

dan sepertimana angin yang menyimpan segala rahasia dulu, takkan pernah ada mereka yang akan sediakalanya mengerti selagi tidak disapa angin yang bersinggah lalu.

kerna mereka tak tahu, no, mereka takkan pernah tahu.

hanya Dia saja. dan dengan itu aku alhamdulillah!

fya zainal said...

wallahualam~

pu3 balqis said...

tabah kak fynn... apa sahaja masalah kamu...

Allah tahu utk yang paling pantas buat kamu... yakinlah itu yang terbek...

~salam singgah dari bumi barakah..~

Anonymous said...

salam fynn.

Tuhan cintakan kamu, Dia cintakan kesemua kita.

Jadi dia beri kita sedikit rasa kasih dia agar dapat kita jamah walau secebis sahaja rasa indah itu.

maka pupuk rasa itu lah fynn, jangan biarkan ia hilang lagi. Tuhan sentiasa rindukan kamu, Tuhan sentiasa rindukan kesemua kita.

walau kadang-kadang kita lupakan Dia, Dia tetap ada pada saat-saat paling tak terduga.

litupkan rambut kamu, labuhkanlah aurat kamu, moga panas di dunia ini, insyaallah sejuk di akhirat kelak.

suara-suara itu sering memangggil untuk kita kembali, kembali kepada kita yang dulu, yang sedikit pesong, sedikit bolong. kuatkan hati, teguhkan iman. aku pernah di situ, jadi aku benar faham rasanya fynn. kasut kamu itu kasut aku dahulu.

tapi dengan sementara cuma masa yang ada, gunakan sebelum bangkit kita tanpa nyawa.

mari kita sama-sama kembali cari Tuhan, somewhere di dalam sini.

kamu perempuan indah fynn, dan Tuhan sentiasa rindukan kamu.

mari kita kuat supaya tidak terpedaya lazat dunia yang sudah tua usianya kini. mari kita sama-sama rasa tidak akan kembali ke tempat gelak dan enak itu lagi. mari kita sama-sama cari jalan terang, mudah-mudahan tidak terus bernafas dalam kegusaran dan mencari-cari yang kurang.

sementara senang, sementara kuat, sementara sihat.

insyaallah :)

mahfuedzha said...

usaha dan tawakal itu selagi daya, kak...

tapi kadang perancangan Dia untuk kita rupanya lebih besar...

Allah takkan duga kita kalau kita tak mampu pikul berat itu, kan kakak...

semoga semua kita selamat dan bahagia...

sayang akak!

-mahfuedzha-

lisz. said...

khalisah zakaria likes this very much!
moga dipimpinnya kamu sentiasa..

Anonymous said...

pandang depan selalu
dan toleh belakang sekali sekala.

dir&fara said...

wahhh.. kak fynn masuk blog dirfara seh.. hehe.. tq kak..

tak terlambung pun.. abg tri je bole lambung2 akak.. hehe..

akak ngan abg tri lagi romantik ape..

haja said...

kakak..
yakinkan diri kamu..

Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

cuma kita perlu mencari hikmat disebalik yang terjadi.

nuridrin said...

aduh. dapat dah ubat hari ini.
terima kasih!

sHEmA_sHImoT:D said...

kerana itu aku selalu kata...biar cuma Dia...Sebab Dia yang lebih tahu..;)

berserahlah selalu..bertawakallah selalu selepas berdoa

Ili Khalil said...

fynn,
bila kita di bawah, kita lebih hargai apa yang kita ada.

kita lebih sedar diri.

nadyakamil said...

ingat dan selalu la yakini dalam hati bahawa ALLAH S.W.T sentiasa ada =) supaya selalu tenang hadapi likuan hidup =)teruskan tersenyum tp tekadkan usaha =)

Anonymous said...

kak...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

senyum saja walopon perit
Allah knows better..

;)

fynn jamal said...

pejus = basah kuyup

:)