Sunday, May 17, 2009

edited: nota ringkas, mungkin mengujakan untuk beberapa.

oh sebelum terlupa.
siapa hendak tiket 3 venus.
tapi tidak mampu untuk mengejar wani ardy.

012 260 7359
wa bukan ah-long
tapi wa mau tolong.

saya mahu bantu anda.
saya ada cara.
tapi harus pantas.

PERLU DILANGSAIKAN SEBELUM RABU.
ULANGAN.

RABU, 9 PAGI


cara pertama)

1) datang nilai / adam western / limkokwing
2) bayar rm 15 by hand
3) ambil tiket

cara kedua)

1) bikin pembayaran ke maybank2you, di bawah nama nur affina yanti jamalludin, 1-64810-00899-2 sebanyak rm 15
2) telefon saya untuk konfermasi ON THE SPOT
3) ambil tiket ketika 31 mei

cara ketiga)

1) kirim kawan yang melakukan prosedur di atas
2) goyang kaki
3) risiko tiket habis, tanggung sendiri

cara keempat)

1) tunggu video2 yang kawan2 anda upload di youtube
2) rasa ralat

*senyum*

notakaki: untuk sesiapa yang hendak ke limkokwing untuk tiket, saya hanya ada sehingga hari selasa. hari rabu sudah surgeri.




nota di luar topik: untuk seorang sahabat anon. saya tidak akan menarik semula panggilan / istilah tuhan kita itu 'kool', atau dahulu saya katakan tuhan kita yang kacak, juga tuhan kita yang awesome.

kerana perkataan adalah bahasa.
dan bahasa adalah lafaz yang termampu untuk melampias suara hati. walau pun banyak masanya, tidak sejajar dengan apa yang hendak kita sampaikan.

kenapa tidak boleh saya kasihkan tuhan saya sebagaimana saya kasihkan tuhan saya? saya ada special bonding sama tuhan saya. sama dengan kamu ada relationship sama dia.

bagi saya, saya dan tuhan; kami ada hal kami sendiri. it's our thing, yang tidak semua faham. termasuk kamu. dia kawan baik saya. dia tuan saya. dia pembakar semangat saya. dia penyejuk hati saya.

maaf, saya tidak boleh terima kalau kamu hendak minta orang lain bersifat sama dalam berkasih sayang. cinta saya lain. bukan seperti org lain. harap faham. dan anda menyinggung saya bila anda seolah2 mengajar saya bagaimana hendak mengalamatkan kekasih saya.

dan saya tidak faham indikasi kamu tentang saya mengikut nafsu.
menganggap, op, saya betulkan, mengetahui tuhan itu maha mencintai ciptaannya, dan betapa dia begitu mengerti budaya dan jiwa kita, saya pasti tuhan tidaklah seburuk sangka mana2 manusia.

saya tak faham.
anda perlu ada rambut afro baru boleh kool, kah?
anda perlu pakai seluar baggy baru kool, kah?
abah saya pakai kopiah selalu, bela janggut, subuh maghrib pergi surau, ramai sekali yang panggil dia pak din kool.
salah, agaknya.

kalau begitu, saya yang silap, kot...
lepas ini saya akan minta pendapat org tentang apa makna kool.
ish. teruklah saya, kan?

*tsk*

awak, saya yakin tuhan faham apa saya maksudkan.
cukup.

26 comments:

joegrimjow said...

lebih tertarik ngan kool tu
haha
btol2
semua tu bahasa
yg penting hati pada dia

Para Jamaludin said...

sgt suka bila bicara tentang bahasa. nak pulak kita ni budak yang belajar bahasa.

hehe. promo sikit je.

a word is just a word. rasanya kita perlu belajar untuk tafsir bahasa itu bila perkataan 'syurga' saya selalu letakkan untuk happiness.

terpulanglah, kan?

BudAk hijAu said...

dapat tanggkap wani td kt capesquare.ske2...hehehe..
xsbr kot nk tnggu 31hb!!

As said...

i agree with u

coz as lebih tertarik dengan term kool itu..Tuhan kita paling baik kan =)

bahasa itu art..sayang itu juga art..gunalah art itu untuk menzahirkannya dengan cara kita sendiri, tiada salah.

nuridrin said...

kalau abah bagi keluar malam.
sekarang jugak pegi maybank kat atas bukit tu.
grrr~

Aishah Nur Hakim said...

kak fynn..
tak sabar mahu jumpa..
4 tiket 3 venus sudah di tangan saya...

saya tinggalkan katil lebih awal dari biasa di pagi ahad~~

kak fynn terus kuat ya..
kami perlu kamu..dan kamu tahu itu~

Akupuntatau said...

kak fynn~
nk call akak cmner...
no tepon nyer tatau...
sy nk beli 3 tiket on9 nih...

vidadarisakura said...

kak fynn2!
mahu beli tix alkaedah kedua.
ai rojer u thru facebook.
can ka?

xuen adyla said...

barangkali kool dia berbeza kut kak fynn
setuju yang itu semua bahasa..
dan xsemestinya kita harus ikut orang
kita bukan lalang

happy that u r back

Nona Zainuddin said...

kak fynn,
saya nona,saya ada kwn baik
sgt baik
saya sgt sayangkan dia
dia sgt mengilai,meminati kak fynn
dr dulu sampai sekarang
dia suka berpuisi
dia mencintai puisi
birthday dia jatuh pada hari 31mei
saya ingin belanja dia tiket venus tu
sbb ada kak fynn
mesti dia syg saya sgt2 nnti

saya cari booth wani ardy dkt capsquare
tp xde la plak
:(
jd saya nk beli la ticket tu

boleh x?
dan kalau boleh
nnti saya nk mintak tlg kak fynn tgkp gmba dgn dia
mesti dia seronok
thanks kalau kak fynn fhm

nona.nonana@yahoo.com

. said...

apa yg penting.....kerjasama.
haha.
btol2. niat di hati tu penting.
janji kita tau apa yg kita mksudkn.
kan3?

Azira Anhar said...

kakfynn, kalau datang nilai, nak jumpa kakfynn kat mana? kena pergi adam western jugak ke?

Saya dah dapat tiket.
tapi ada kawan2 yang lambat bagi tau dan kemungkinan akan bermasam muka dengan saya.

nangis2.
=)

Amin Ahmad said...

kadang2 aku tak fhm dengan kerajinan anon2 di byk blog...

madumerahjambu said...

moga kak fynn terus kuat menghadapi hari mendatang..

T.E.M.B.U.N said...

sgt teringin nak tgk fyn jamal live!
im sure dewi dah tak dpt tiket tu:(

bell said...

gembira berguling-guling bila dah dapat tiket. ;)

saya bukan anon said...

nampak seperti begitu cepat encik anon menilai...

oh, saya juga tidak mahu menjadi seperti encik anon (yang begitu cepat menilai)... jadi saya tarik balik kata2 itu...

ye, tuhan saya kool. saya tahu tuhan saya paham apa maksud saya.

darfi_zaheem said...

kak fynn paling 'coolness'! ;)

doa dirahmati Allah untuk surgeri kamu itu...
patut la masa saya singgah jamu selera di adam western tak nampak kelibat anda..
tapi abang tri juga kelihatan agak 'cool'.. hehehe..
dapat juga saya singgah jamu selera di situ..
komen saya??
hidangan di kedai milik anda terbaik!!!
*lepas ni mesti dapat diskaun!! *
;p

p/s: teman lelaki sy bakal jadi pelanggan tetap kedai anda... katanya, 'nasi goreng pattaya kak fynn terbaik!!'... dia budak MIAT...

naematul said...

kak fynn...
komen ini diluar topik tiket mahupun perkataan "kool" itu
hanya..
smoga sugeri itu berjalan lancar
smoga akk cepat sembuh
smoga Tuhan Yang Satu itu sentiasa mau lindungi kamu...
jaga diri selalu

Para Jamaludin said...

btw, saya dah beli tiket 3 venus. dua. dgn bestfriend. saja nak jeleskan yang belum dapat apatah lagi yang tak dapat langsung.

lalala~

laily said...

amin sista. masyarakat kita terlalu mementingkan rona bahasa. Tuhan itu Maha cool. Dia tak memerlukan bahasa-bahasa puitis untuk memahami hati kita. cukuplah ayat ringkas, asalkan isi hati kita sampai.

lidah said...

fyn jamal. aku nak satu. aku tak confirm , tapi aku nak satu. tiket.

Anonymous said...

ayah beta pon cool juga

Sara Musfira said...

Kak Fynn, insyaAllah jumpa nnt 31st May ya?heeeeee

Anonymous said...

slm~
doa smoga kak fynn oke & oke2 slalu.
yg lain2 jgn cepat melatah dgn si anon mana2 pun. mungkin niat mnegur.. jika kita berpesan pda anon itu ttg niat sbenar "kool" kita, perlu kita igt juga kemungkinan niat sbenar si anon itu oke? ( si anon2 di luar, mari borak & tegur dgn kool serta berhemah)
Islam bermazhab krn umatnya bermacam-macam. Ttp kita ttp percaya & pulang pada yg 1, Allah. Kalau perbezaan pandangan dipertemukan utk ditelagah hingga pecah, baik xusah. Sy juga terkejut dgn istilah kool kak fynn tp dgn ada si anon yg mempersoal & ada kak fynn yg memperjelas, kita jd faham,mungkin.
tp ikut pandangan sy (pandangan sj lah) kata sifat mcm kacak & hensem utk tuhan, itu bunyinya pelik sedikit. Kerana bunyinya pelik, xpelik lah jika ada yg pelik walaupun kdg2 pelik xbermakna slh. (salah @ tidak Allah shj yg mha tahu)
almaklumlah bukan semua tahu berbahasa dalam. Yg gah bahasa juga xsmestinya fhm untai kata hati2 lain.

johan adam said...

aku cinta Tuhan aku
walaupun aku sering ber'aku-kau' denganNya..
aku pasti, Dia pun sayang aku.

Tuhan aku pun kool..
aku setuju Dia memang kool.
tuhan kita sama.. =)