aku tidak tidur dari semalam. sudah lebih 24 jam aku celik tak katup.
aku tidak mahu konon2, maka aku hendak mengakukan ini:
aku takut.
aku tidak tahu samada aku pernah atau tidak segerun ini. seingat yang mampu, belum lagi. jujur, tidak ada seumur hidup ini yang jantung aku tidak berhenti bergoncang. kalau aku diam dan tekun, aku mampu mendengar dengan telinga kasar --degupnya.
jantung, jangan pecah.
sepanjang yang aku tidak boleh lelap, jauh sekali berbaringan, aku godeh2 dan tekan2 butang telefon. semua fungsi aku godam. semua punat aku tonyoh. tri --aku biarkan hanyut dengan nyenyaknya. tidak sampai langsung hati aku hendak menganggu suami aku yang hari2 dari pagi pekat sudah ke pasar, sampai malam likat baru jejak rumah kecil kami.
bila habis setiap mililiter telefon aku noda, rumah sunyi sekali.
punggung mula panas.
masa untuk mengemas.
jam 2 pagi, dengan jarum panjangnya baru sedikit ke depan;
punggah sana,
alih sini,
sorong sana,
susun sini.
licin. bersih.
sudah macam showroom ikea.
boleh masuk pertandingan, aku rasa.
aku bongkar almari baju. aku buka semua lipatan, semata untuk melipatnya semula. cuma kali ini, aku pastikan setiap bucunya selari. aku atur mengikut warna dan masa pakainya. warna gelap paling bawah, yang paling menyilau letakkan di permukaan. baju siang di bucu sini. baju tidur di sudut yang situ.
baju yang sudah lama tidak diusik, aku jodohkan dengan sebiji kotak kosong yang kebetulan tri bawa dari kedai atas sebab yang aku tidak pasti. seragam cikgu aku --semua aku gantungkan. yang paling labuh di sebelah kanan, yang paling senteng di sebelah satu lagi.
semua hitam.
cantik.
jantung masih bagai dikejar anjing. tidak mungkin aku diizinkan tidur oleh tubuh. setiap anggota merengkot dan mengejang. apa lagi yang boleh aku bikin?
aku lantas memanjang kaki ke pc. aku jelajah hard disc. aku namakan semula fail2. aku benci huruf besar, maka semua huruf aku kecilkan. aku selesa untuk bersetuju dengan e. e. cummings, seorang penulis puisi dari massachuset. dia, seperti aku, tidak suka huruf besar.
fail2; aku susun jadi terperinci. kategori2 aku cipta, untuk meminimumkan kelebaran tetingkap. aku molek2kan folder dan berikan nama2 ringkas yang catchy. seronok. seolahnya aku sedang bermain capcom games, cuma apa sahaja tindakan aku, tidak akan dihabuan markah. yang ada hanya senyum puas.
jadilah.
apa lagi? 4 pagi, dan bunyi sunyi sudah mula menjelaskan detak jantung yang melompat, bagai hendak merabak rangka dada aku. aku ambil semula telefon yang aku abaikan beberapa jam tadi. aku hantar sms pada anak2 yang sempat mendapat tiket terakhir, tentang pembayaran, tentang pengambilan tiket, sekian sekian.
oh ya. tiket sudah tidak ada lagi. maaf, sayang2 sekalian.
untuk sedetik, aku rasa laknat. tidak ramai yang aku hantar salam ikut pesan telefon. cuma beberapa. tapi intinya, ya tuhan. berjela2. merapu dan entah apa2. aku perhati, tiada siapa2 yang hidup malam tadi. semua rebah atas lena, mungkin. atau tidak ada kredit. atau tidak simpan nombor aku, jadi malas hendak merespon.
di pecah malam, ada juga sejarum besarnya rasa sayu. entah kenapa, aku rasa terlalu berseorang. untuk sesiapa yang bijak, pasti akan menempik 'bodoh' ke wajah aku. malam memang untuk tidur, bukan membising. tapi aku akan dengan yakinnya menjawab, 'aku bijak. kerana itu aku memilih malam utk membegini'.
dan aku akan jelir lidah cecah ke dagu.
such loneliness makes us feel human.
kalau sempurna, kau bukan orang.
di keantaraan jarum saat yang mengengsot seperti insan kurang upaya, tidak semena, salah seorang sahabat puisitepijalan yang aku hantarkan makluman2 (yang sebenarnya aku hulur lewat pesanan ringkas itu demi memekakkan desing sunyi semata2) menjawab salam.
silap haribulanlah, cik adik.
habislah aku ajak kamu ambil kudapan akal.
kasihan kau tersangkut sama aku menemanbual.
sampai berserak rata cahaya matahari di lantai bumi, aku dan budak kecil itu berbalas tulisan. perkara yang pada lughahnya dinamakan pesanan ringkas aku tukarkan kepada pesanan berpanjang sekurang2nya 6 muka surat. begitu meleret, aku rasa, ia lebih sesuai dialih ke ruang messenger siber; tapi tidak -- kerana di rumah aku sudah tidak wujud internet.
tidak pula aku tanya pada budak kecil itu, hendak atau tidak menaip atas talian.
tapi seronok.
sumpah seronok.
aku seperti berbual dengan diri sendiri.
diri aku yang dulu2.
budak kecil itu ingatkan aku kepada aku di suatu masa yang lepas.
suatu masa yang lepas yang sejujurnya aku tidak perasan sudah begitu jauh melampau.
aku lupa sebentar tentang takut aku.
lupa langsung.
siap aku gantikan dengan senyum penuh.
aku rasa hidup ini cantik sangat.
terlalu bijak plot hidup disusunatur.
begitu kemas. sampaikan di banyak masa, tidak kita perasan peralihannya.
ketika sedang di separuh jalan berbual biruhijau kehidupan, aku baru perasan, aku pernah juga bertukar khabar di kotak komen. kenal jugalah sama dia. walau tidak pernah bertegur sapa. maka apa lagi, makinlah rancak menggelegak borak.
namun, ketika sedang, tiba2 mati.
dia senyap.
aku andaikan dia sudah tidur. ada juga sedikit risau kalau2 dia senyap dek tersinggung. mana tahu, tersilap baca, tersalah faham. aku ucap terima kasih kerana meneman aku melupakan rasa seriau aku awal2nya. dalam hati, aku harap dia had fun sama aku, macam aku had fun ditemannya.
*diam*
haih...
giler la.
apa aku buat sebenarnya?
mungkin bagi ramai, ternyata giat aku tadi malam sangat merugikan. masa dan tenaga tertumpah bazir. kredit beringgit2 melimpah macam air.
tapi entah kenapa.
ketika aku taipkan perkataan2 ini; ya, yang ini, yang sedang kalian baca ini; aku yang dari mulanya tidak berhenti berketargigil separuh tubuh, celaru dan kusut tadi, kini sudah lebih aman dan tenang.
semata2 menulis tentang kekosongan dan tentatif bunyi sifar sudah berjaya membuat aku sentosa.
semata2 mentertawakan diri yang seperti sang obsessif kompulsif sudah berjaya menembok rasa bangga.
semata2 mengingat perbualan halus (tapi berat) sama seorang asing yang tidak aku ketahui mana duduknya dan berapa usianya sudah berjaya menambak lapang dada.
menulis memang terapi aku.
maaf, kerana sudah berjanji tidak menulis dalam masa terdekat tapi mungkir.
kalian tahu, di ketakutan sebegini, hanya tulisan mampu membobok keronyok jiwa aku.
aku rasa jelas ketarnya.
tulisan aku hilang lagu.
berbunyi pincang.
tapi inilah dia.
aku manusia biasa.
lihat.
aku takut.
40 comments:
*peluK*
kakak..malam2 yang begitu selalu buat kita jumpa sisi lain yang buat hati membunga kan..
sungguh kamu kuat..
kerana kamu masih disini..
take care kak fynn.
God bless
oh msg reminder kak fynn pagi tadi sangat lucu.
hee
suke bab isi tu
betul kan hidp ni lawa dia punya susun atur
kita yang tak sedar
sebab tu baik kita berfikir sekjap
introspeksi diri seminit
banyak silap
kene ubah
-mau study
panjang benor ngeluh!~
Kak, indah ceritanyaaa. Btw dah dapat dah ticket :)
kakak ,
tengs giler untuk pertolongan semalam !
:)
lebiuh ♥
kak fynn.
kuat!
p/s:jgn slh fara lg.hehe
kata takde isi, tapi berjela-jela :b
kakak..
pasti kamu sedang gundah gulana
tenang kakak..
K.Fynn,
all d best for 3 venus!!..
ketakutan tu kadang2 baik utk kita..cuma jgn sampai tahap trauma & fobia
salam.
Akak, jangan risau atau takut.
tuhan ada.
dia teman kita.
semuga semua selamat.
amin.
maks saya cakap,
kalau tak boleh tidur minum la susu panas atau hot choc.
berkesan!
ingin disuakan cadangan, tapi bimbang kita tak seangkatan! hehehehe.
aku punya cara, untuk menggigit isi malam. tapi jelasnya tidak sama dengan kamu.
cuba la isi dengan amalan rohani, mujarab! (tapi ini bukan cara aku)^_^
doakan kakak sentiasa kuat..
(^_^)
saya rindu sama tulisan kak fynn..
risau juga memikirkan berapa lama kak fynn ambil masa untuk tidak menulis..
tapi..
kalau menulis itu terapi kak fynn..
membaca tulisan kak fynn terapi buat saya..
(^_^)
kakak jangan takut..
sis fynn..
just cOoL k ..
saya berpuisi melalui pic??
klu rajin usha2 my blog k..
*cium*
~_~
Kakak, rindu kamu.waaaaaa
jangan takut lagi :)
rindu nak jumpa!
-aifaa
i wish i am like you. i tried writing out what i feel. but i failed. i fail everytime. how does it feels? im losing my mind. mcm mana nak minta Tuhan cucikan hati?
takut itu perlu
jgn terlalu byk fikir, yeh...
C-H-I-L-L
:))
goo fynn jamal!! go!!~
ya, perasaan yang teramat takut.
walaupun tahu itu untuk kebaikan, tapi takut itu yg Tuhan saja yg tau.
smoga cepat sembuh :)
kak fynn..
sudah sehat?
harap kamu sehat2 selalu.
bila mau post entry semula?
saya rindu sama kamu
kak fynn..
miss u..
ogie doakan everything gonna be fine.
:)
jgn takut2..kite ade..hehe
tabah~ moga akak kuat^_^
kak fynn, mana kakak ? rinduuu.
ps ; cepat sihat ya :(
setuju,fynn..
update la lagi
rindu kak fynn~
menanti tulisan kakak.
setiap hari sy jenguk puisitepijalan.
moga segalanya dalam rahmat Allah.
puncanya.sbb kita semua sama.dah baring ttp lampu pon otak ligat lagi nk befikir.apelah lah otak..behenti la fikir..org nk tido ni..haha
lelah membacanya namun terisi juga rerongga masa ku, senak dan kenyang pula sekarang, blurp! ahhh alhamdullihlahh, terima kasih :)
kakak perlu banyak rehat~ xoxo..
kita mau kakak sehat dgn anggun..
aku bongkar almari baju. aku buka semua lipatan, semata untuk melipatnya semula. cuma kali ini, aku pastikan setiap bucunya selari.
ya, kita semua hampir pernah buat perkara yang sama.
kita semua sama,
biasa.
hye there, i luv what u wrote, menenteramkan jiwa dgn puitis yg semkin jrg ditemui, life is tough, bt live it kan... teruskan usaha
entri yang sangat sesuai menterjemahkan perasaanku sekarang ini. aku baru kehilangan anak kembar kami yang lahir tak cukup bulan, genap sebulan yang lalu
update la fynn
Post a Comment