saya sedang sakit.
teruk.
saya sedang minta tuhan gagahkan.
saya minta tuhan bantu saya berlakon gagah.
cukuplah.
tidak senang hendak menampal kekeh ketawa riuh gempita,
bila tubuh tidak ada mampu.
bila terlalu ramai yang sudi memapahmu.
bila sebilangan hendak memaut tanganmu.
menjadi lemah dan tewas itu tidak patut aku gantikan pada setiap kobar semangat yang dicurah pada seorang saya.
sahabat2,
doakan saya.
saya akan hilang agak lama.
saya tidak minta duit belanja,
cukuplah doa dan kasih sayang ikhlas.
tidak perlu dikhabarkan.
cukup pada saat kamu2 bersendirian.
mintakan pada tuhan agar dikasihankan saya.
sesungguhnya doa yang tidak diketahui penerima adalah doa yang lebih mujarab khasiatnya.
dan saya tahu, saya ada ramai sahabat sunyi begitu di antara kita.
rabu ini penentunya.
semoga ada sinar di hari2 selepasnya.
amin.
buat anak2 di luar sana, sementara tidak ada suara saya,
ambil tulisan2 kecil ini dan semat dalam dada:
hiduplah dengan cinta.
berhentilah menjadi sampah.
kurangkan menyenang semua.
hentikan sifat mengalah berserah.
redha cuma untuk tuhan kita yang kool itu.
bukan pada manusia pemijak manusia.
okay?
salam atas kalian, dengan sejahtera.
semoga dipelihara tuhan.
42 comments:
tuhan yg 'kool'?
tp api neraka die hot.
jgn tulis ikot nafsu puan.
wamakaru wakarallah.
kakak fynn.
kenape?
"Ya Allah,
Bantu kak fynn.
pinjamkan kekuatanMu kepadaNya.
Dia seorang yang tabah,
Jangan biarkan dia kecundang.
Amin"
bakal merindumu.
tahu tak,
ini kali pertama adik tinggal komen.
jangan lama lama hilang,
nanti adik kurang kata kata penguat hati daripada kakak lagi.
Jaga Diri..
love,
aimi.
semoga cepat sembuh kak..
doakan kesejahteraan kak fyn.aminn
harap kakak terus kuat..dan semoga Tuhan sentiasa lindungi kakak..
sentiasa sayang kakak..
C:
apa jadi ni? moga sihat2 dan tetap semangat!
aku jadi sampah tak apa - sampahseni.
get well soon :)
semoga Allah beri kegagahan kepada kamu untuk melawan penyakit itu.
sakit?
smoge cepat smbuh
tri kan adew
mase ni la "gune" die sebaiknye
hope cepat smbuh
お大事にodaiijini akak fynn~
Semoga cepatsembuh.. InsyaAllah..
sakit tu dugaan tuhan sekali sekala ^-^"
kak fynn sakit ape?
terima kasih kak fynn untuk tulisan2 kecil tu
kasi semangat pada saya sikit sebanyak
doa moga kakak baik2 sahaja
=)
Salam,
Apa2 pun moga dipermudahkan tuhan jalan yang terbaik, insyaAllah.
i'll pray for you.
insyaAllah..semuanya pasti selamat.
sy akan doakan..kuatkan smgt ya!!
kesakitan akan pergi dan satu cahaya akan muncul...:)ameennnn.
yeah! tak nak jadi sampah!
fynn sakit?
fynn,
membaca ini seperti memercik air ke wajah sendiri. berkali saya cuba membalas nota pendek kamu di myspace tapi akhirnya saya tersedu sendiri.
terasa yang kata-kata tidak mampu lagi mengubat remuk hati.
saya terimpi untuk bertemu kamu dan merasa dipeluk dengan perasaan yang saya tidak berseorangan dalam dunia ini. tidak perlu bicara panjang kerana kata-kata kamu di sini terlalu dekat di hati.
your writing echoes me.
akhirnya seperti selalu, doa ini terus untuk kamu. saya perlu nyatakannya, kerana tidak ada teman lagi yang akan jadi suara harapan saya.
yang terbaik untuk kamu, InsyaAllah.
moga kamu juga dipelihara tuhan
cinta kamu!
nape puisi kak fynn mcm ni..? Ya Allah berilah kesejahteraan keselamatan kesihatan kepada fynn jamal..
semoga Allah membantu kak fynn menghadapi apa jua bentuk hari2 mendatang. amin.
Be Strong.. Jiwa Kamu mampu bertaha...
terpanggil pertama kali setelah stahun saya ikut baca blog nie...
semoga dmudah kan segalanya.InsyaAllah. DIA sebenarnye selalu ada dan bantu kita tanpa kita sedar...PERCAYALAH.
fynn, tak tahu apa yg tjadi pada fynn. tapi doakan fynn sihat dan tabah ahdapi ujian Allh. Allah takkan uji jika fynn tak mampu harungi. insyaAllah, everything will be fine.
kenape?
sabarlah.
ramai syg kmu.
senyum.
kak.. kemana kau akan pergi.. hopefully u'll be fine...
:)
doakan yang baek2 saja buat kamu.
setiap rasa sakit
takkan siapa yang faham
datang dari Dia
kembali jua kepadaNya
moga bertabah hati tak berbelah bagi
kekuatan itu hanyalah dengan keimanan dan keyakinan padaNya
May Allah cure you, syafakillah. Ameen
fynn.. insyaAllah suma akan ok.
kuat k..
nice to meet you last night.
kamu teman sunyi saya
terima kasih
fynn
saya doakan kamu walau agak blur atau tepat lagi tak tahu menahu apa yg terjadi.
Semua kan baik2 saja
INSYAALLAH
semoga kakak cepat sembuh ya
doa saya akan selalu mengiringi
kak fynn
be strong
doakan yg terbaik buat kamu.
haluw, jgn sedey k..smg cpt smbuh!!
kak...
terima kasih untuk cinta kamu..
saya yakin tuhan amat kasih pada wanita yang penuh cinta...
kamu mampu hidup atas cinta tuhan dan manusia..
dan saya tahu hubungan rahsia kita sama tuhan sukar diungkap dengan kata..jadi kamu terus saja mencinta ya...seperti apa yang kamu rasa...
kerana kamu yakin cinta dia...
sayang kamu kakak..
saya tak paham.
banyak cara kite boleh guna untuk mengalamatkan tuhan kita.
bukan ker ada hadis,atau ayat quran (saya tak pasti,maafkan saya) yang ckp, Allah ada tangan.
dalam maknanya. bukan sebarang tgn biasa.
begitu juga istilah kool di sini. TOk guru penah cakap, allah itu samseng, lain samseng yg ingin di sampaikannya. saya bukan nk berpolitik. tapi ini konteks yg sama. baca dgn hati. jgn mudah mau hentam.
kak fynn, moga cepat semboh. saya suka kamu.
ramai yang akan doa utk kakak.
evrythngs will be fine. insyaAllah.
:)
kak fynn,
cepat sembuh ya!
amin..
haluu sis..
get well soon =)
ada hikmahnyer.....
dah lama tak bertamu ke sini,rinduu. tsk.
moga cepat sihat kak fynn. jangan lama menghilang okay. (:
salam,
dear fynn,
syafakillah ya ukhti.
semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan semoga cepat sembuh. Insya Allah.
kak fynn, harapnya cepat sembuh!
semoga cepat sembuh...saya baru shj kenal kak fynn menerusi puisi yang indah itu..
tapi tibe2 hati ini turut juga rase sedih...
sekali lagi..semoga cepat sembuh...
amin.ramai org kt malaysia doakan kau.rileks aje.biar Tuhan buat kerja
Post a Comment