Tuesday, May 5, 2009

ya. aku kinky.

dari dahulu lagi, aku memang agak kinky. bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu kinky, dan bagi yang terlalu memahami apa maksud istilah itu, aku hendak jelaskan, perkataan 'kinky' bagi aku adalah spesifik merujuk pada sifat aku yang agak pelik: definisi seksi pada aku pada sesuatu yang nampak ganas.

uuu.
miaw!
(pinjam perkataan pjoe).

salah satu cabang kinky aku adalah memakai boots.
rau rau~

tapi untuk mencintai boots, seseorang itu harus kuat semangat. sedangkan memakai kasut tinggi sudah menyiksa betis, apa lagi bila seluruh kaki diikat ketat dengan material kulit secara seluruhnya. kaki tidak dapat bernafas, urat darah akan menjerit2 minta dilepas.

apa boleh buat,
beauty is pain.

keindahan dan penyiksaan selalu datang dalam pakej.

untuk masyarakat cina dahulu kala, para gadis perlu dari kecil membalut mati jari2 kakinya, sehingga terbantut tulang kaki itu dari membesar. lebih kecil saiz kasut seorang perempuan, lebih dikejar menjadi isteri.

bagi masyarakat terpencil di afrika, seorang perempuan yang dipinang akan dihantar ke rumah yang dibina jauh dari kampung, dibiar terkunci dalam bilik sempit untuk semata2 tidur, bangun dan makan cuma susu masam, keju, dadih dan produk2 tenusu tradisional, selama dua tiga bulan. lebih gemuk tubuhnya, lebih mahal harga hantaran.

soalannya:
apa harga menjadi indah itu, bagi lain2 individu?

seperti yang aku katakan di entri lepas, semua orang ada cerita sendiri. cindy mungkin akan dengan rela hati menyakitkan tubuh. rozi mungkin akan buat, dengan seranah maki penuh. mona mungkin akan migrasi dari budaya itu. maya mungkin akan berperang dengan ideologi sebegitu.

pakai boots memang sakit.
tapi janganlah depan orang sibuk nak khabarkan "sial punya boots. sakit, okay, kaki ai".
sebab kalau kau bisingkan itu depan orang, agaknya orang fikir apa dalam hati?

siapa suruh kau pakai.

tapi hari ini aku bukan bercakap tentang kasut.
atau fesyen.
ini cuma analogi bodoh2.

namun berasas.

kau sudah pilih untuk pakai boots. kau kena tanggung sakitnya. kau kena tahu jerihpedihnya. kau kena faham yang kau sudah buat keputusan untuk menerima hakikat memakai boots itu bukan langsung berjalan atas kusyen.

tolong mengerti orang lain yang nampak kool dengan boots sebenarnya tabah menghadap agoni yang diberikan boots.

kami pemakai fesyen ini, gagah mental dan fizikal.
kerana itu, kami nampak sangat santai dan seksi dengan gaya ini.
maka berhentilah mengandaikan senyum yang ditampal ini adalah kerana kami tidak merasa sakitnya.

kuatlah sikit.
tutup mulut.
tadi nak sangat.

bagi aku, tidak salah kalau di hadapan orang, kita pura2 nampak kool dan gembira. sedang bagaimana bergaduhtempik pun sama kekasih, nan datangnya rakyat lain, kita tiba2 sudah sengih2 dan ketawa. padahal tadi sudah hampir meluku kepala, tapi bila adanya orang, kita reti untuk menjaga tatasusila.

bukan hipokrasi. cuma jaga maruah sendiri.

tolong. jagalah aib engkau sama kekasih. celaka bagaimana pun perangai kekasih itu, tahanlah. usah jadi celaka juga. apa kau fikir orang suka dengar ceceh engkau? orang lain bergaduh juga, tapi tak seriuh engkau. dapat pula kekasih engkau itu kawan2 kita juga. kau nak kita buat apa? masuk campur? nanti kita sibuk, dua tiga hari, kau orang berbaik semula. yang kita2 ini? sudah tarik muka.

orang rimaslah dengan sikap kau ini, dik.
orang pening.
orang serabut.

untuk dilayan seperti puteri raja,
kau perlu lahir dengan darah raja.
okay?

banyak sangat drama!
boots sakit.
flip flop sakit.
sandal sakit.
kau nak apa??

aku pakai boots cantik, kau nak pakai,
aku ajar kau beli satu sebab kau sibuk nak try.
tapi dengan sifat drama kau ini, sekarang ini,
kau buat boots aku nampak jahat.
kau buat orang takut hendak pakai boots.
apa kau punya muslihat?

aku sayang boots aku, tahu tidak?
toksah pakai kasut lah, budak!

ps: melainkan anda faham entri ini bukan tentang kasut, harap jangan berikan respon cetek. tolong mengerti saya SUSAH hendak menulis tanpa kiasan. saya dah penat memberi penerangan. dan TIDAK, ini tidak ada kena mengena dengan isu pakai tudung ke, isu orang alim ke, isu agama ke, isu seks yang kinky dan melangkaui etika islamik ke, apa ke.

saya fynn jamal, melaporkan.
sekian.

29 comments:

As said...

hehe
kinks pun ada guna dalam medical term

kecantikan itu harganya kesakitan kan

sape nak, sila dan jangan buat bising. Ini kawasan peperiksaan

heh

elyse said...

paham2

kak fynn,mari berlink link

Tya Matdiah said...

"saya fynnjamal melaporkan"

eheheh, comel

Nurul Binti Ibunya said...

rau..rau..
teringat salah satu performance akak dulu..
haha..
'lari saja' masih ingat?
saya faham apa itu menjadi kinky..
ahah.
saya tsujun memahaminya.

joegrimjow said...

kekeke
suke kamu nye penulisan da ade yg lucu2 cam dlu

ku ade kasut crocs
mmg jahil bab kasut n slipar
kawan ckp kene beli sebab kasut tu kat malaysia mahal, sekarang buat promosi

jahil ku beli
mahal ku pakai

sekarng puas hati dengan kasut tu
patut harrga macam tu
ada teknologi yg buat pemakai puas hati

hikari said...

yes, beauty is pain :)
and i love boots too!!
definitely sexy and cool :P

zzzzz said...

setuju. saya suka tulisan kafynn dgn bahasa kiasan2nya.ditambah2 dengan metafora dan sinikal.kerana jelik baca comment yang random. no offense. kudos tu you.

iYda Juhar said...

huh?

pay foward.

Tyna Aizat said...

boots itu cuma perumpamaan =)

apis + toyol said...

ko bukan merepek pasal kasut.. tapi ko menjerit kerana hati ko ditarik..

i like it..

adey manis said...

erm... kene terima ape seadanya.. kita yg pilih utl berkasih dgn die.. jd kite kne terime seadanya baik buruk. klu buruk redah saje.. sbb kite pn x smpurna.. x perlu byk ngomel.. betul ke rumusan sy ni kak fynn?

maap kalo slh..

Ann said...

true..klau dh pndi buat sesuatu,tanggunglh risiko nya..sy xske bila org dh nasihat tntg sesuatu,tp nk buat jugk,kemudian dtg nk nanges2..haishh.pnt nk melyn

azhari azmi said...

aku respect kat ko la.
camne ek. even ko nak smpaikan mesej, kena kias baik punya sampai tak nampak clue die kpd benda yg sebenarnya. hanya orang yang dapat tangkap, maka fahamlah dia.nice2. kdg2 aku fikir, penulis blog yg rmai follower mmg susa coz rmai org bace blog ko n semakin banyak la hati yg perlu dijaga. aku salute same approach ko gune kias yg dalam!

dialicious said...

Saya ade byk kwn2 camni..yg suka mengadu masalah.Bile pilih pasangan tu,kite kenelah letak expectation yg sesuai dgn diri kita.cth:kalo bercinta dgn lelaki kaya&hensem,jgnla expect dia tak main kayu tiga.(mcm boot yg cantik tp menyeksakan)Kalo bercinta dgn suami org,jgnla sedih kalo die reject call kita kan...

si Comot (VIP boy) said...

Ni crite pe niyh?!

bekam said...

pandai makan,pandai simpan...
nak seribu daya,xnak seribu dalih...
alang2 seluk pekasam biar samapi pangkal lengan...

jajakaren said...

hehh
boots itu perumpamaan.
ya saya suka kak fynn sebab dea kinky.

Gua Tak Peduli said...

"untuk dilayan seperti puteri raja,
kau perlu lahir dengan darah raja.
okay?"

tak okay.

Anonymous said...

ini orang yang xbersyukur dan tinggi ego dalam diri... mcm nak sepak je.. gedikla senang kate..

luna said...

malas mahu layan karenah ratu drama. semua mahu diadu dengan kita. macam lah kita ini tidak punya masalah sendiri. apa diri ini tidak sepenting dirinya? kadang2 memang meluat, tapi kalau ratu drama itu ialah teman baik sendiri? aduyaiiii

madumerahjambu said...

kinky..
boots..
hee..
agk susah untuk memahami entri kak fynn yang ini..

Aloy Paradoks said...

hari ni gua belajar apa itu kinky..

kuhen said...

mungkin aku keturunan salah satu puak di africa itu hehehehehe lagi gemok lagi tinggi hantaran lagi sayang abe kat aku kehkehkeh

Sara Musfira said...

Fuhh, macam macam.

hyper said...

brgado memekak bagai = tatau adab.

utk menegur mungkin dgn sedikit tone suara yg agk tinggi..tidak salahkn? niat bukan mempamer drama menarik mata yg melihat. mengapa perlu jaga tindakan hny d hadapan org? jika tidak suka di perlaku begitu begini,jgnkan di depan. jaga juga aib bila tiada yg memandang. itu lebih baik,bukan? tidak perlu jd hipokrit. menayang yang baik2 shj utk tatapan rmi. haihh..letih!

Mya Zulkifli said...

a very meaningful post..
tepekkk jer kena. ahaha. xDD
keep it up.. i love the way u xpresss ur writing. =)

-mya-

Anonymous said...

Tiket HARI BINTANG JATUH '09: TIGA VENUS akan dijual secara BY-HAND SAHAJA dan BUKAN SECARA TEMPAHAN, di acara JOM BERSAMA 3R, booth TANGGA, CAPSQUARE KL, 17 MEI, 9 PAGI hingga 3 PETANG. Only 150 tickets are available. First come, first served. ;) http://3r.com.my/?p=1218

Anonymous said...

hi fynn,im not the anon yg pasal kool tu :D
ur words kinky and the way u put it dah kinky (seperti pemahaman saya,anda bengang dengan puteri raja wanabe?)
betul kan jika salah.
~Leez

Moon~~ said...

btol btol btol. macam orang macam ragam. hati pun sakit.