Monday, May 4, 2009

kompromi kekasih sembunyi

pagi tadi, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, ada soalan dari pendengar fly.fm.

"kawan baik saya ada teman lelaki. minggu lepas teman lelaki kawan baik saya luahkan perasaan cintanya pada saya. saya tersangat suka. tiga tahun saya tidak ada teman lelaki kerana saya tersangat suka pada teman lelaki kawan baik saya.

oh.. apa saya patut buat...? oh...!"

aku jerit dalam kereta pada radio:
"pala hotak kau!"

kasihan radio itu.

serius la. kau biar betul tanya sedemikian soalan?
apakah kau terlalu kurang cerdik untuk bertanya sesuatu yang begitu jelas?
atau kau sebegitu sekali bodohnya untuk tidak menyedari kau sedang dalam denial?

macam, kau pakai baju celak hitam arang, ala2 gothic, dipadankan dengan baju kurung warna merah jambu, siap dengan tas tangan hello kitty, kemudian kau tanya "over tak?"

is that a trick question?

kalau aku bohong, kau mungkin akan sayang aku sebab beriya hendak menjaga hati kau.
ada mungkin juga kau akan anggap aku kaki bodek.
kalau aku cakap betul, kau mungkin akan sayang aku sebab aku jujur, tak seperti org lain.
ada mungkin juga kau akan anggap aku macam taik.

macammana jawapan yang kau hendak?

kita suka hendak tanya soalan obvious.
seperti:

1) bila terserempak dengan kawan2 rapat anda di panggung wayang, tanpa anda.
"eh, korang buat apa kat sini?"
kawan2 rapat anda sudah saling memandang.
canggung.

2) bila lihat kawan anda yang tak pernah tak makan di kopitiam setiap kali waktu makan tengah hari tiba2 makan dalam ofis sejak dua tiga hari lepas, dengan bekal dari rumah, dan itu adalah di tengah bulan.
"itu hari terlebih shopping ke?"
kamu sudahkan soalan dengan ketawa mengusik.
rupanya anda seorang yang ketawa.

3) kawan anda sedang menangis.
"sedih, ye?"
*ternganga mulut*
ow-kay.

panggilan pagi tadi betul2 buat aku rasa menyampah. ya. aku tahu cinta itu buta. cinta itu whatever. tapi kamonlah. fikir dengan akal dulu. rata2, jawapan yang diberi rakyat malaysia pada perempuan itu adalah:

(Aminah = kawan karib)
(Mamat = lelaki itu)
(Tongong = perempuan itu)

1) kalau mamat itu boleh buat apa yang dia buat pada aminah, apa tongong tidak fikir mamat itu boleh lakukan perkara yang sama padanya?

2) aminah lebih penting dari mamat.

3) mamat adalah lelaki tipikal yang tamak.

4) penantian tongong selama tiga tahun itu kebodohan yang nyata. sedikit romantik, tapi bodoh yang nyata.

kelakar juga. kerana ramai pemanggil yang memberi komen adalah lelaki. aku fikir perempuan yang akan ramai menceceh tentang perkara sebegini. ish. tak cukup lagi, kah untuk meyakinkan perempuan itu yang apa dia kejarkan itu memang dasar tidak bijak?

ok. anggapkan itu kisah cinta agung. yang memang hanya lelaki itu benar2 dimahukan. memang cinta sejati. yang lelaki itu sebenarnya hidup menjaga hati kekasihnya, padahal hatinya memang milik perempuan pemanggil itu. bagaimana?

apa akan aku katakan, cuma ini.
tunggu.

jauhkan diri.
biarkan lelaki itu tinggalkan teman wanitanya.
tunggu setahun dua lagi.
kalau memang ada jodoh, dan terjumpa semula, dan cinta benar2 masih ada;
yang lelaki itu masih menunggu perempuan itu,
yang perempuan itu masih menunggu lelaki itu,

maka sambut tangan dan pimpin berdua berjalan.

awak,
tiga tahun sudah tunggu, apa sangat setahun dua, kan?
takkan tidak boleh nanti?
kata cinta sejati?
kata cinta bawa mati?

haih...

aku sedih.
sedih sebab ramai kita hidup dalam penafian.
dalam denial yang obvious.
dalam silap yang kita benarkan.

berapa ramai kita2 yang mengizinkan diri menjadi yang kedua ketiga.
membiarkan hidup menjadi yang tersimpan.
membiarkan diri menjadi yang disembunyikan.
dan kita rasa agung dengan setiap pengorbanan yang kita berikan.

sampai bila, sayang?

awak sabarkan dengan percintaan sekadar di sms yang dihadkan pada masa2 tertentu, meredhakan jiwa dibelai cuma sesekali ada masa, tidak seperti kawan2 yang dipujuk sentiasa. awak hidup dipopok dengan prospek hidup bersama di masa hadapan; di suatu masa di mana anda bukan lagi perempuan simpanan, selepas wanita dalam hidupnya itu dilepaskan.

sampai bila.

aku tidak pelik kalau ada antara kita yang rasa iri sedikit pada kekasih kawan sendiri. ada masanya kita siap kata dalam hati, "ish kalau kau aku punya, tak mungkin kau dilayan begini". biasalah. sebab kita selalu nampak tempat orang lebih indah.

the grass is always greener on the other side.
cuba kau pindah.
tak sampai berapa hari, kau sedar, rumput belah tadi pula yang lagi cantik.
itu semua lighting.
angle semata2.

maaf kalau ada yang terpana dengan entri ini. aku tidak ajukan entri ini pada sesiapa. aku pun pernah menjadi manusia tamak haloba. tengok mana ia dah bawa aku. kehancuran dan kehinaan. jangan jadi macam aku.

orang tamak memang dapat banyak.
tapi itulah sekali engkau ada orang ajak.
lepas tu semua tak hendak.
sebab kau buruk lantak.

maka di situ datang rugi.
betul tidak?

seperti yang aku selalu salin tampal di puisitepijalan; soalan2 kehidupan seperti ini sudah terlalu jelas untuk dibincangkan. tapi ye lah. nama pun kehidupan. sejarah memang berulang. hidup pergi datang. balik2 jadi lagi.

tanya sama diri sendiri.
kau lebih tahu.

tidak ada salah betul dalam hal ini.
ya, kita ada garis panduan yang berlabel etika hidup, tapi sebenarnya, siapa yang layak kata awak salah, siapa yang layak kata awak betul, betul tidak?

mana ada seratus peratus kebenaran?

kau hidup dengan duit perempuan, contohnya, makan-minum-internet-baju-duitminyakmotor segala ditanggung beres.
bagi perempuan tu, kau bangsat pengikis.
bagi kau, dah perempuan itu nak bagi, habis..?

kau benci kekasih kuat todi, makan haram, ambil dadah; maka hari2 bergaduh, minta sekurang2nya dia berubah depan kawan2 kau.
bagi lelaki itu, kau memaksa dia menjadi hipokrit.
bagi kau, kenapa kekasih kau tidak faham kau sikit?

tidak ada semua itu.
kebenaran sesuci itu.
semua perkara ada manipulasi.
semua perkara ada regangan.
semua perkara ada kompromi.

sedangkan tuhan pun toleransi.
tidak ada air, wudhu' dengan tayammum.
tidak boleh berdiri, boleh solat bersimpuh.

cakap memang senang, kan?
apa lagi menulis.
dengan tidak ada sesiapa untuk kita pertimbangkan rasa.

entahlah.
cuma, aku nak tanya,

tak penat ke main tak nampak dengan kekasih yang sedang berpimpin tangan dengan juwita hati dia?

49 comments:

iamstradust said...

sy tunggu fyn selama 5 tahun

*bunyi dari radio

Aishah Nur Hakim said...

kak fynn..huhu
saya terasa...

bukan saya perempuan simpanan
tapi menjadi kawan rapat yang terlebih perasaan

saya sedang cuba..bak kata kak fynn...menangis setiap malam hingga habis air mata

masalahnya...tak ada air mata yang nak keluar kak~

Railey said...

Kadang-kadang Sakit Menanti Cinta Yang Tak Dibalas.... Tapi Sebenarnya... Cinta Bukan Hanya Untuk Diberi Dan Diterima... Kadang2 Kita Hanya Mampu Memberi Cinta Tanpa Diterima....

Anonymous said...

yeah.dats true.buduh itu perempuan.
ngok tol.heheh,

agreeagree.

nuridrin said...

selagi kita bukan di tempat itu,
maka kita boleh berfikiran dengan norma-norma yang logik dan rasional.

lucu,
kadang-kadang ketamakan yang pasti-pasti membawa kehancuran,
menjadi sesuatu yang dikejar.

tiba-tiba terasa,
untungnya jadi diri sendiri,
dengan apa-apa yang sudah ada.
:)

.amiey. said...

*teringat nasehat kak fynn di satu masa dulu. heeeee

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

best n3 ni..
em....
yerp...
sangat penat main xnmpk bila sang kekasih pnya bahgie dgn yg lain...
penat..
smpai akhirnya..
undur diri...

~letting go is better rather than keeping a wounded heart ~

erk...cekgu bi..tol ke ? ngee

Shemmi said...

aku penat dah tunggu..hihi...

sampai skang..xnk tunggu dah..penat.

hanisahmckenn said...

owh,alangkah sedihnya perasaan; andai si aminah itu ketahuan.huhu

hidup dlm penafian.kedengaran spt melelahkan..menarik amat.
nice one kak fynn =p

Salji said...

saya bukan perempuan simpanan. tapi dia yang saya mahu mahu kawan baik saya yang tak mahu dia.

hidup ini memang kompleks atau manusia sengaja mengkomplekskan hidup?

T.E.M.B.U.N said...

yes!
cita yang paling atas tu
mmg sudah menunjukkan pempuan tu xder perasaan seperti monyet
main redah je

sepatutnya dia boleh belajar jadi pempuan yg bijaksana.lol!

hzrh said...

seronok ke bila satu dunia dgr psl kebodohan sendiri?
haihhss~

kirataro said...

sy adalah ayat terakhir

kenapa begitu bodo

bukan tak cuba melupakan.
sumpah. mencuba.
cuma,
terasa setiap genap masih dikongsi sama.

bodo nya saya.

meeq said...

oh..saya dengar jugak isu tu pagi tadi kat fly fm.

mmg tongong la itu pompuan..

dah jelas lagi bersuluh kot.

mungkin tak byk pengalaman lagi.

.tak jumpe ramai org lagi kot.

adeh.

Malisa Sabil said...

ini bukan soal bodoh pandai..
kita boleh cakap macam-macam tapi bila jadi kat diri sendiri tengok kita buat apa..
banyak dah jadi..
nasihat orang, kata orang memang senang..
tapi bila kita yang kena, tetap buat kebodohan yang sama..

fynn, saya cakap pasal diri sendiri dan apa yang jd dikeliling..

kalau ada masa, maybe boleh cerita lebih.

honeylemon said...

saya tidak tahu sama ada saya sedang bermain dengan kekasih tidak nampak dan dia nyata sedang bahagia atau kekasih yang tidak nampak dan dia sendiri sedang sunyi..

kami bersms dan bercakap di telefon semasa kami sama2 sedang sunyi..kehilangan yang terchenta
apakah kesudahannya..

saya nyata mahukan dia
tetapi dia mungkin juga dan mungkin tidak

kami masih setia bermain teka silang kata
tetapi ntah bila untuk kami menilai sama ada tekaan pada teka silang kata itu benar atau tidak..

yang pasti kadang2 ia amat membahagiakan..kadang2 ia amat menyakitkan..

Amin Ahmad said...

gua sapot lu!

Ann said...

sy prnh berada dlm situasi yg sm,dijdkn yg ke-3,menerima kerana sy suka kn dia yg juga kwn baek sndr.jth cinta pd kwn baek sndr.tapi mcm K'Fynn ckp,smpi bila sanggup jd yg disembunyikn walau dia brjnji utk mncr jln kluar, akhirnya sy undur diri..mengalah tak bererti sy kalah kn?sekurang2nya sy dh mng sbb dpt bertarung dgn perasaan sndr..tidak mengapalah..mungkin kami mmg ditakdirkn utk jadi kawan baek sahaja..yg pntg saya bkn lagi yg ke-3,yg disembunyikn..dan kalau diberi pilihn, tak mungkin sy akan ulang perkara yg sm..sakitnya hanya diri sndr yg tau.

fynn jamal said...

mel.
betul tu.

tu sbb saya tulis untuk memarahi diri saya.
saya pernah berada di perspektif ini juga.

haih.
kenapalah saya bodoh sekali dahulu.

ps: jom la. citer panjang.
:)

mr.J said...

hidup dlm desakan.
perempuan akal 1 nafsu 9. selalu ikut nafsu

Para Jamaludin said...

saya suka konsep tunggu itu.
kesabaran itu penting.
kuasa Allah siapa tahu.

tapi manusia itu versus.

Anonymous said...

kak fin,td tengok gamba kat fesbuk,kak fin dah takpakai tudung ke?just asking je.no ofens.

uni.uni said...

entahlah akak,kadang2 perasaan suke kat sape2 ni kita tak boleh nak halang..tetibe je datang kan.

ape2 pun,terimalah orang yang sayang kat kita...sebab itu lagi bahagia..kan...kan...

L.H.R said...

soal hati tak siapa tahu
lebih lebih lagi bila sunyi
sepi
bagi orang yang memandang memang bodoh
bagi orang yang menyayang
bahagianya di situ.

Anonymous said...

apabila kehendak sudah menguasai, apa yang kabur akan nampak terang, yang hitam akan nampak puteh,yang tersembunyi akan terkeluar juga akhirnya.

aminah itu apa punya org deyy.??

joegrimjow said...

analogi yg bgus
2 la manusia
yg da ade
yg 2 yg d rebut
solo molo ni
xde nak
aiseyyy

Nurul Binti Ibunya said...

saya tunggu nak pegi kedai nun di sana..
mahu makan tomyam..
da lama tunggu neh..
haha..
xda kena mengena..

Nurul Binti Ibunya said...

saya tunggu nak pegi kedai nun di sana..
mahu makan tomyam..
da lama tunggu neh..
haha..
xda kena mengena..

Ice Rose Princess said...

slm,
sy 1st time komen :)
..pasal benda ni, bagi saya alam percintaan memang x rasional. Hukum alam percintaan sama sekali lain dari hukum alam realiti kita ini. Oleh sebab ini, org yg dilamun cinta tak kan rasional. Kdg2 rase nak ketuk2 kepala mereke n ckp, "ko buta, x sedar ke???"
...tp mereka xkan kisah. Sebab mereka dilamun cinta.
Soal hati dan perasaan mana boleh dihukum dengan logik akal.
..itu yg sy fikir la ;)

fynn jamal said...

anon:

oh. kak fin masih pakai. cuma di pd itu sedang mandi manda.

kak fin belum mampu mandi pantai pakai tudung. :)

n said...

cinta itu BUTA & memBUTAkan.

Cinta itu apabila kau merasai & membuat pilihan yg tepat...kunun!

nana said...

soal hati dn perasaan juga harus dijaga. mungkin si tonggong itu terlalu tamak sampai mahu kebas bf kawan baik dier sendiri. mungkin si tonggong itu tidak mngerti bagaimana rasanya bila org yg paling kita syg diamik oleh orglaen. cuma apa yg saya fikirkan si tonggong xpatut bersifat tamak mahukan sesuatu walaupun si tonggon tahu yg ia sudah dimiliki oleh org laen.

aina hazuani said...

saya dan kekasih boleh berkongsi kekasih
tapi masa di tingkatan tiga saja
hehe

:)

sekarang, hell no. kawan, kawan gak. kekasih, mana boleh kongsi beb, kan
:)

hatifragile said...

eii..
tulah.

tahlah.
haih...

jajakaren said...

hey cinta itu buta kan?
mmg bodoh perempuan itu sanggup caras balak besfrennya sendiri.

lelaki maken pupuskah?
hehhhh.

cik nurulain said...

kak fynn...beri sy smgt...
ini mmg lame..tp sy break br 2mggu die sdh ada pganti...mgkin telah bmula lbh awl dr itu...hati skt bagai dirobek...mcm mana nak benci dia...7 thn dah dgn dia....

Munzir CK said...

aku suka membaca perenggan yang ini:

"the grass is always greener on the other side.
cuba kau pindah.
tak sampai berapa hari, kau sedar, rumput belah tadi pula yang lagi cantik.
itu semua lighting.
angle semata2."

kena dgn isi yg ingin disampaikan.

manusia sememangnya tamak. bila dah dapat yg ini, mahu yang itu.

Sofia Nin said...

suka pertanyaan terakhir :)

ada rasa bodoh.
ada juga rasa sakit.
sehingga tetes air mata juga penat.
jenuh mata melihat.
dan bermain seperti tidak melihat.

mungkin perlu lebih tabah
perlu lebih gagah

baru boleh !

Anonymous said...

ini tentu lebih menyaketkan kak Fynn. apabila dia pergi tinggalkan diri lepas orang yg dia tunggu 5 tahun datang pd dia. sedangkan hubungan ni 4 tahun apalah sgt.

kecewa. mula ingt sy pilihan pertama. rupanya yg kedua. dan entah yg keberapa.

hadi anuar said...

haha.
tak tahu la, perempuan tu.

*18tahun ni tgh tgelak

cujern said...

thanks......entry ini membuat saya terpikir tentang hubungan saya....

ayu said...

saye bukan perempuan simpanan.bukan juge cintai kekasih rakan karib.saye dan dia cume.tpi rase diri die makin hilang.penat juge mnanti kekasih sendiri.akibatnye,sy undurkan diri.cukuplah.cinta x smestinya bersatu.

longlashes said...

from my pov, this is the best entry so far. teruskan menulis, fynn :)

cik nab said...

Masalah cinta tu sebenarnya masalah yang remeh. Kita sering anggap masalah cinta tu complicated sebab kita sangkut-pautkan dengan banyak perkara. Dan seringkali dalam menangani masaalah cinta, kita lebih mengutamakan hati. Utamakan perasaan. Takut hati sendiri terluka. Sedangkan, kita sendiri tak tau kat mana letaknya hati dan perasaan tu..
Bukankah kita ada otak yang padanya ada akal, yang mana akal diguna untuk mengawal hati dan perasaan kita.. hmm..

iYda Juhar said...

fynn, saye pinjam "puisi perempuan curang" kamu. yang dari dulu lagi saye suke.

*fuhhh

NanaNeriza said...

kakak...
n3 ini boleh bt aku menangis teresak-esak..+_+
manusia bukan takder pilihan..tapi kadang2 pilihan tu sebenarnya sendiri bukan pilihan..
sgt heart n3 yg ni..minta izin save sebagai bacaan peribadi dan sendiri..

weirdwEEda said...

bestfriend tolak tepi untuk dapatkan lelaki yg die nak...owhhh sangat keputusan yang 'arem'...saya setuju sgtttt denga fynn dalam post ni

Sara Musfira said...

Kesian kawan karibnya tu. haihhhh.

fafa said...

suka masa ni

'berapa ramai kita2 yang mengizinkan diri menjadi yang kedua ketiga.
membiarkan hidup menjadi yang tersimpan.
membiarkan diri menjadi yang disembunyikan.
dan kita rasa agung dengan setiap pengorbanan yang kita berikan.'

pk pk laa...ramai lagi kat lua tu kan kakkk ;)