Tuesday, June 3, 2008

berbual dengan jiwa

assalamualaikum, jiwa.

dengar cerita kau sedang tidak lepas dari senyum. apa khabar engkau? berada di langit? sedang pelangi dalam setiap detak rasa? hey, apa sebenar suara hati kamu sejak awal bulan bermula?

berani benar engkau melangkah. apa jauh engkau renungkan sudah? habis rela untuk memasrah?
haih, jiwa... jiwa...

sungguh engkau si tongong mengejar cinta.

tidak... bukan aku marah engkau mengangkat kaki. tidak mungkin juga aku paksa engkau tunggu2 matahari yang tidak pernah sudi. tapi apa engkau benar2 selesai berfikir tentang ini?

jiwa, engkau itu sudah ronyok. membuka depang tangan kamu bererti kehancuran yang maha, nan terjadi sekian kali. engkau berani melebar rangkul dan mengharap lagi bangkai bernama cinta ini?

bagaimana kalau rosak lagi?
bagaimana kalau teracik lagi?
bagaimana kalau dihenyak lagi?
bagaimana kalau terjadi lagi?

jiwa menyahut:
haruskah aku bersetia pada satu imaginasi? bila suatu yang terlalu indah itu, yang realiti itu, sudah berdiri menghulur jemari, meminta izin membawa aku pergi?

jiwa, kau sudah penat, kan? bagus. maka kenapa harus kau paling dan masuk kembali ke sangkar harimau itu? sudah lupa engkau itu teranap kerana harap? menanti pada rasa yang mati?

cinta tidak pernah ada untuk seorang engkau, bodoh.

jiwa senyum lalu membalas:
kalau ini bukan sangkar harimau?
ada mungkin tidak ini syurga firdaus?
kalau iya, bukankah pasti aku akan meruntun rugi?

jiwa hai jiwa.
sungguh engkau ini mahu mati.

dengan tunduk, jiwa menjawab lagi:
dan andai benar ini akan menghancurkan,
biar aku mati dengan senyum,
kerana aku ini pecinta, wahai fynnjamal.

dan jiwa ini sedang bahagia.

dengan pemuzik itu, yang hari2 bernyanyi lagu halus di dalam hati.
dengan penyair itu, yang cuma reti berpuisi dengan mata sunyi.
dengan pecinta itu, yang tidak langsung tahu berbicara.
dengan si dia itu, meski cuma aku seorang yang rasa.

*menung*

jiwa,
diamkan. cinta dari jauh itu lebih tinggi.
yang kalau kau hebahkan, ada mungkin tidak menjadi.
kerana engkau si gila yang cintakan dunianya.
kerana engkau ditakdirkan bersunyi tanpa mata semua.

jiwa,
senyumlah.

aku izinkan.

14 comments:

Ainul Anne said...

jiwa yang kuat.
:)

tri said...

tulisan yg sgt indah. sangat!

sangat!

rasa terharu tak tentu pasal. kalaulah aku yg aku dapat menawan jiwa kamu.. akanku peluk sekuat hati.

y u z said...

kamu menulis sambil menguntum senyumkah?

...depang tangan untuk dakap hari-hari esok yang indah!

ledisordre said...

simpulkan jiwa itu di kekuatan tanganmu supaya terbangnya tidak terlalu tinggi, dan langkahlah dengan senyuman dan pandanglah ke hadapan. hanya ke hadapan.

Unknown said...

jiwa aku tidak seindah jiwa kamu yang bisa berbual sama diri sendiri.dan jiwa aku mudah rosak.

syukurlah kak fynn mampu menyelami jiwa sendiri

Feng said...

camane rase bual sama jiwa sendiri?

bagus bukan?
hee.
kna bkuat!

Anonymous said...

(senyum)

benar...
sangat kuat

weirdwEEda said...

=) bila kamu nak berbual dgn kata hati pula

Mohd Effendi said...

macam mana tu bahasa jiwa?
Cinta tu abstract.
Can't be judge easily.=)

Kulat.Hidup said...

jiwa.nah ubat.ambil lah.mungkin kau memerlukan.aku ikhlas.

jiwa.ini ada kotak kosong.kau letaklah senyuman kalau kau kata cinta itu syurga.kau letaklah tangisan kalau cinta itu ada didalam sangkar harimau.

[siti] said...

pasakkan indah tu kuat2 tau
lps tu kibarkan bendera tanda menang melawan derita
nah, kan kini bahagia milik kamu

pasakkan rasa menang itu kuat ya
kerna andai dtg lagi ribut menerjah, masih ada rasa menang meski tinggal sisa. ia bisa jadi tangkal, mengingatkan bahawa sengsara yang pernah kamu tempuh punya reward yang sgt berharga dan punya makna.

*senyum ikhlas*

moga saya juga akan berjaya pasakkan bahagia dan redha di hati, untuk kecap sama rasa indah dan menang itu. sering aja tiang ini patah, namun tetap cuba cari tiang yang lebih kuat agar bisa aja tegap berdiri meski badai lebih besar mendatang.

*senyum lagi*

tini said...

sgt mantap.
ske bangat~~

Anonymous said...

semoga berbahagia wahai jiwa.
:)

Farah Rosni said...

senyum dan terus senyum. kerna kamu, dia, dan siapa saja, layak sebetulnya.