Thursday, June 5, 2008

Surat untuk awak.

Hai awak. Sedang apa? Sudah makan? Kenyang? Sedap tak? Mesti sedap, kan?

Saya makan nasi dengan ayam tadi. Sayur cuma timun, kerana percuma. Cuba awak teka berapa ringgit. Oh, tidak teruk sangat. RM 4.80 termasuk air suam. Okaylah. Kenyang.

Awak mesti berada dalam keadaan yang paling seronok, kan? Kalau pun runsing, sedikit2 saja. Tidak lah sekalut saya di sini. Yang baru membakar wang hampir 75 ringgit untuk menghilang dahaga kelisa merah saya. Okaylah. Alah, dulu pun 50 ringgit untuk kasi kenyang. Apa sangat 25 ringgit beza.

Awak seronok di rumah baru? Sudah berapa tahun ya? Tak sampai 8 tahun lagi. Rumah baru cantik? Mestilah. Kalau bukan tuan rumah dulu yang membinakan, pasti awak masih di kuarters kerajaan biasa2 kan?

Awak, sembahyang masih penuh? Doa masih banyak? Baguslah. Awak memang alim. Itu yang semua orang jatuh cinta pada awak, kan? Kerana awak ikhlas solat depan semua orang, ikhlas memberitahu semua orang tentang salasilah keluarga awak yang juga alim2 seperti awak. Mesti awak masuk syurga, kan? Sebab awak orang baik.

Kan?

Seronok, kan, jadi awak? Yelah, dari dulu awak memang orang yang tenang dan aman. Sejuk mata orang memandang. Awak hebat. Zaman sekarang mana ada orang baik macam awak. Awak benci keduniaan. Awak tidak suka orang tidak amanah. Awak cuba yang terbaik menjadi yang paling Islamik. Awak sangat membanggakan ummah. Semua orang patut jadi awak.

Kan?

Cuma saya tulis surat ini untuk memberitahu awak, saya sudah penat sama awak.
Maaf kerana saya sudah tidak tahu bagaimana untuk tidak membandingkan awak dengan si dia sebelum awak.

Awak,
Jujur dan ikhlas saya katakan, saya cuba untuk terima awak seadanya. Saya berjerih mahu mencintai awak sebagaimana seluruh dunia gembira sama awak. Saya tidak mampu, awak... Apakah saya buta?

Dia yang dulu lebih mengamankan jiwa saya. Ya, banyak hinanya dia itu pada ramai. Tapi di belakang semua sifatnya, dia tetap yang terbaik. Berpeluh darah memberi yang terhebat. Awak, dia dalam hati saya, tak mampu saya keluarkan. Tidak ada ingin hati saya melepaskan dia pergi, awak. Saya tidak tahu kenapa.

Pukul saya, awak. Tampar saya. Tangkap saya dan penjarakan 1000 tahun. Saya tetap tidak bisa menerima awak.

Kenapa? Arh. Susahlah mahu terangkan.

Mungkin sebab awak kurang pendidikan menyetara dunia dan akhirat. Awak abaikan hak saya dan bakal anak2 saya untuk sentosa atas muka bumi. Mungkin bukan awak sengaja. Ya, saya faham, tidak semua mampu berfikir dengan bijaksana. Mungkin juga saya kejam kerana tidak memberi tempoh yang lama untuk mengenali isi hati awak.

Tapi saya sudah penat.

Awak, kalau terlalu membuang dunia pun salah tau... Tuhan bilang, "kerja bagai akan hidup 1000 tahun, beramal seolah akan mati di pagi esok". Awak kejar sangat hari pengadilan, tidak salah. Tapi awak kan ada tanggungjawab pada saya dan masa depan saya?

Ahli perempuan dalam keluarga awak pun gagal memakai tudung, kan...
Awak mahu masuk syurga seorang, ya...?

Tadi masa makan, saya nampak seorang makcik dengan duit kertas berwarna merah. Baju kelawar dia yang berwarna kuning itu sangat terang, mata saya yang selalu menyibuk ini mencuri pandang. Dia minta abang kedai nasi itu berikan dia tiga bungkus. Saya teka itu untuk keluarganya. Terus, macam saya juga kebiasaan di kedai makan selesai memberi tempahan, dia bertanya, "berapa?".

"lima belas, lapan puluh sen. lima belas sudah la, kak"

Awak tahu tak, kakak itu terus cakap, "tak perlu sayur, dik. dan nasi pun tak perlu. genapkan sepuluh la, dik. apa yang dapat?"

Awak, kalaulah saya ada duit, saya nak cicirkan di selipar dia. Biar dia dapat rezeki terpijak. Tapi saya pun tidak ada wang. Saya sedang nazak di kocek. Dan bukan saya seorang, beribu2 lagi kawan2 di tgh bandar seumpama saya sedang menghadap masalah yang sama.

Saya pun mahu masuk syurga...

Awak, saya tahu awak sayang saya dan masa hadapan yang mendatang. Saya tahu awak sedang bergelut memberi yang terbaik. Tapi maaf, sayang, tidak cukup.

Sekarang saya takut. Masa hadapan tidak lagi tersergam. Ia kini datang dengan muka menggerutu dan kelam. Awak, kerana awak, saya tidak mahu ada anak. Tidak hendak ada keluarga.

Awak kejam.

Ya, bukan salah awak dunia ini berputar mengikut kehendaknya. Tapikan, awak sudah bersumpah mahu menjaga saya dan bakal anak cicit saya. Awak pembohong. Awak jahat.

Saya benci awak.

Kalau saya tahu, tidak mungkin saya lepaskan cinta saya yang dulu. Biar dia meringkuk mati depan mata saya, tapi jiwa saya tenteram. Biar orang tuduh saya pentingkan diri sendiri, tapi saya aman.

Awak, saya memang benci orang macam awak.
Tak boleh pakai.

Awak macam lebai malang.
ayam jaguh diambil orang, kampung semua habis tergadai.

Terima kasih banyak, awak. Di tangan awak yang kurang membaca itu, negeri2 kita banyak terlelong, rakyat mula hidup memerah darah, kaum2 mengepal tangan menahan dari berbunuh2.

Lain kali, ketika baca Quran, cuba awak baca surah Al-'Alaq.
iqra', awak.
Baca. Baca. Baca.

Jadi orang pandai.

Salam dari jauh, salam selamat tinggal,
awak sudah hilang satu peminat.

fynnjamal.

19 comments:

Hanafiah Ghazali said...

tiada surat seindah ini untuk menyatakan kebencian kepada dia... memang aku pun dah penat, dah lama tak maki orang dan semalam setempayan makian untuk dia... maaf la.. dah tak terlarat untuk pertahankan lagi..

FATENEDAN said...

tambahkan seorang lagi:saya..saya juga sudah lama hilang minat pada sang jagoan itu..

Mr_Aries said...

ucap saja terima kasih padanya kerana menjadikan kita rakyat marhaen sebegini..

dot said...

saya rasa saya x pernah menjadi peminat beliau.
masih lagi menyanjung pejuangg sebelum beliau.
ketinggalan kan, saya?

tri said...

saya suka dia..

Hanna Rabittah said...

well said fynn!

y u z said...

bijak.

saya rasa ini harus dibaca oleh 'hero pujaan' itu, atau tolong dibacakan di Dewan Rakyat.

dan rindu ini makin pekat buat kekasih yang dulu..........

Anonymous said...

teramat lembut untuk membuatkan dia terasa hati tapi sangat2 bagus. sudah puas cuba untuk terima dia tapi dia terus terusan menghampakan. puisi ini wajib dilafazkan dlm parlimen supaya dia bukakan telinga beliakkan mata

Unknown said...

sedih gila kisahkan makcik yang mintak genap rm10 tu.apela nasib anak2 dia kalau makan takda sayur dan nasi.pasti makcik tu tak makan semata mahu anak2nya kenyang.

p/s : kak fynn,aritu syah baca dlm the sun,derang kate pa waw lam ya sin ada buat unit baru.nak trace bloggers yang say anything pasal kaf ra jim alif hamzah ya nun.

hebat kakak! surat yang penuh makna dan bijak cara penyampaiannya.

y u z said...

saya minta izin, post ini dilinkkan ke blog saya.

tuan rumahtak marah ya...

=)

http://ceritaceriticerutu.blogspot.com/

Hanafiah Ghazali said...

bagus jugak idea untuk bawa ke parlimen, tapi sesi parlimen baru je habis, dewan negara pun baru habis kelmarin, kena tunggu sesi akan datang.. kalau dizinkan tuan punya boleh ke surat ini dipanjangkan kepada orang-orang tertentu di atas sana?

TuTs said...

Thanks god. Ak xpnah jd pminat die dr dlu lg. Huh. Kelisa ak pon dahaga kan air. Rse nk sumbat je ngan daun2 kering klu bole =( Mreka2 kaya, sgt mementingkn diri sdiri. Ini ka ahli syurga? hm

Ili Khalil said...

Dia minyak FREE. Cakap berapi-api. Minyak Malaysia untung 70 billion setahun, sibuk nak cerita harga setong minyak AS naik. Muka depan setiap hari buat aku nak muntah darah.

eryzal zainal said...

pacakkan jari tengah utk kepalsuan "awak"

Jarri said...

terima kasih FUCKLah

arkhaios said...

santun sungguh susunan suara sinikal..

saya suka..

sila selitkan sama sorak-sorai sakit serta sempit sepelosok semesta..

sekian..

Anonymous said...

goosebump saya dibuatnya, wak.

=)

Nad said...

the far most highly salute letter i ever read.

Anonymous said...

saya cuba tukar cara hidup saya seperti disarankan. saya cuba naik komuter, saya cuba naik lrt, saya cuba naik bas, saya tumpang kawan. saya terpaksa berpatah balik ke alam yang saya lakukan 10 tahun dulu, 20 tahun dulu. kesian saya

naik bas saya sampai 45 minit lewat, dan keluar 45 minit awal. tumpang kawan, saya keluar 15 minit awal dan sampai 15 minit lewat. naik komuter, lrt, bas saya exercise baaaaanyak. tiada lagi keselesaan pada usia ini.

kalau saya tak sacrifice, mungkin anak-anak kena sacrifice. no fruits, no milk, no biscuits, only basic foods