Saturday, June 28, 2008

tentang hidup baru yg mendatang

dunia ini sangat kelakar.
tuhan juga begitu menguji.
hidup ini boleh tahan memeningkan.
tapi harus kuat, harus gagah berdiri.

kan?

tidak salah, kan, mahu terus mengikat cinta walau baru bersua sebulan beberapa hari? tidak ada satu undang2 mengatakan lelaki yang lebih muda akan menghancurkan perkahwinannya dengan seorang isteri yang lebih tua, kan?

*diam*

pada hari performasi di DBP beberapa minggu lepas, aku telah melepaskan rasa harap pada semua. mengasingkan rasa mahu, pada kawan2 dan pada cinta2 yang aku pingin.

kerana hari itu, aku adalah manusia yg paling sendiri. semua memurakan kesibukan, memilih dunia lain selain aku yang sangat memerlukan.

tapi tidak pula aku benci mereka. cuma pasrah dan redha. maka terkeluarlah puisi "berbual tentang saya".

dan malam itu aku minta pada tuhan agar hati aku dibuka utk dunia.
kerana malam itu aku sudah benar2 penat.

dan esok paginya, dengan rasa yang lebih terbuka dan optimis, aku membalas bualan tri. dia bagai gerhana. ada, ada. lebih biasa, tiada. berbual tidak lama, tapi cukuplah.

2 mei, tri muncul lagi.
kali ini aku benar2 gembira. selama sebelum itu aku fikir dia masih di negeri orang. rupa2nya dia sudah pulang ke tanah malaya.

berbual dari jam 5 hingga 4 pagi. terima kasih yahoo messenger.

seminggu selepas itu, aku dikenalkan pada mama dan ayahnya.
beberapa hari selepas sebulan, kami diikat untuk dinikahkan.

*gelak*

aku tidak tahu apa mungkin ada kebahagiaan bercinta selepas bernikah. aku masih dalam proses mengenali tri. ada kurang 6 bulan lagi sebelum 1 januari 2009. semoga aku mampu hidup dengan manusia bernama hazrilfitri, sehingga mati.

*diam*

sudah mula bahagia di sungai dingin ini, dan langit memanggil2 aku kembali. menyoal aku apa ini bahagia aku cari. kejam. bila aku sudah melepaskan, kau mahu aku menghulur tangan.

apa aku ini mainan2?

*diam lagi*

terpulanglah. katalah aku sudah menjauh. berubah. lain.
aku tetap pecinta yang sama.
pemuisi gila yang dulu.
selalu.

*senyum*

sebenarnya abah tidak merestui ikatan ini. mana ada bapa yang sanggup mengizinkan anakandanya dikahwinkan pada seorang manusia asing yang tidak langsung dikenali? sebulan. cukupkah untuk mengikat? lelakinya lebih muda. mampukah menjaga anaknya? menatangnya seumpama dia?

malam itu aku tidur dengan airmata yang teruk. aku katakan aku sudah terlalu hancur dengan cinta2 kejam. sudah tidak mampu mahu mencuba2 rasa dengan lelaki yang tidak pernahnya ikhlas. aku kisahkan sunyi aku meski dikeliling penuh teman2 handai.

abah tetap diam. rasa takut terpancar pada wajahnya, tapi bibirnya mengatakan dia tidak mahu peduli lagi apa mahu jadi. seperti tersinggung kerana aku terlalu melulu.

aku katakan "abah takut? angah lagi takut. ini hidup angah. tunggang terbalik, tanggungjawab angah. tapi kalaulah ada waktunya angah minta abah berdiri di belakang angah utk menjaga tulang belakang angah, inilah masanya"

esok tengah harinya, sebelum tri dan keluarga tiba, aku bertemu tuhan dalam keadaan yang paling merendah diri. menyembahkan rasa hina dan malu untuk meminta. yang aku doakan cuma kelapangan. andai tri itu jodoh aku, moga dipermudahkan. andai tidak, selesaikan.

saat tri langkah kakinya ke rumah aku, jantung aku sudah mula mau roboh. makan semua tidak berapa selera. takut dengan haji jamalludin. aku, tri, mama dan ayahnya juga.

selesai makan, tri mengasing diri bersama ayahanda aku di hujung rumah. berbual lelaki sama lelaki. dia berikan gerakan mata pada aku.

pandangan takut. pandangan gagah. pandangan redha. pandangan penuh harap.
kecamuk semuanya.

dari jauh, aku lihat abah diam tidak berbicara. cuma tri sibuk berkata2. pelik. tri bukan manusia membuka bibir. dia terlalu pendiam.

selepas beberapa detik, aku nampak abah menahan airmatanya. senyum dan lebih lega.
dari situ aku tahu semuanya akan menjadi lebih baik.

*diam*

tri,
kita akan dinikahkan!

percaya tidak?
haha.
gelak kuat2.

43 comments:

^-^icha^-^ said...

majlis itu
di kota tinggi ke?
jgn lupe
jemput saya..!!!

syuxx said...

oh, best nya.
semoga jodoh kekal sampai bila2.
bina lah masjid ini dengan sebaik nya. hiasa ia dengan secantik nya.
tapi penting perlu ingat, sentiasa saja berserah pada yg esa.

bukan kah dia yg lebih kuasa kn?

katahatianakrazali said...

so happy that it all end up in a beautiful way...
insyallah no more heartbroken. i can bet that.
all the best in next life sister, and dont stop throwing those beautiful words in your blogs.
;-)

Hanna The Belgariad said...

fynn, im happy for u..
rase mcm tak percaya pon ada..
bila baca cerita kau.. rase takut nak bercinte pon ade.. tak tau knp... no offense.. tapi, kdg2 btol org ckp...tak gune bcinte lame2...

arghhh!! fynn.. aku nak kawin jugak!!!

SYFNS said...

kak fynn, usah risau.
sy percaya hazrilfitri mampu utk
membahagiakan kak fynn.
usah terlalu risau ya.
semoga bahagia hingga ke anak cucu (:

adinda anne said...

nak pegiii majlis kak fynn! ;)
ohh saya seperti tidak percaya,
namun itulah jodoh kan?
dtgnya tanpa kita duga.
semoga bahagia kak fynn,saya tumpang bahagia.

*lagu kalian nampaknya memang bernyawa :)

[siti] said...

sorry sms u last nite even u dah inform earlier u won't be there. sbb syai dok sebut nama u dlm line up performer, i tot u finally come. tp mmg takde.

It was not as merrier when u were around, but the performances was great. Luv ana rafalli, poet stories and sundae. and the rest too.

Dear, so happy and glad untuk kebahagiaan baru kamu. Doa kuat2 cinta yang ini bahagia selamanya. Kamu dihargai seadanya. Secukup rasa.

I know we're not that close, but from the first moment i saw u on kafan's ms, and confirmed that u're the nur affina yanti that i use to know in class (the weird girl, haha) i do fell we have a few things in common. yeah, we're the virgons!!~

all the best to u. wish to see u soon. hopefully u'll be around (and me also) during the Tanchap Merdeka.

cheers!!~

Sue Anna Joe said...

*does the happy dance*

now bila nak kenalkan ngan kami. :P

alip said...

waa... syiokkk tarikhnya 1 january 2009!!
im happy for you!! but dont stop writing those lovely poems...!!!
puan nur affina yanti..!! hhaha got a nice ring to it... xlewh laa panggil miss fynn pasney... madam fynn...!! hehehe

n u r i d r i n said...

tahniah!
smoge ini menjadi titik tolak bahagia!
all the best kak fynn!

msYuz said...

seronok membaca cerita gembira anda.

apa lagi ya?semoga yg baik2 saja!InsyaAllah,yakin ramai yg mendoa sama.

=)

syah saliman said...

kak fynn,syah org johor juga.batu pahat.nak gi nak gi.hehe


*senyum juga bila baca entri ni.
semoga kakak bahagia :D

pang pang kepuk kepuk.pang pang kepuk kepuk,sabar....
haha

QaSiyh said...

kakak...
janji ya jgn berhenti berpuisi...

p/s ::: mahu dtg tgk kakak berinai...

Pourpres~ said...

sweet gile. congrats again :)

sakibakidaki said...

ade orang nak kawen. yeay yeay.

xylophone said...

fynn... saya ney... penonton setia show show anda.. dan juga pembaca setia puisi-puisi indah anda... saya amat gembira juga untuk anda atas pengumuman iney...

tapi kan personally... (bukan nak spoil the mood and stuff.. tapi pandangan jee...) have the solid "trust" terbina didalam perhubungan you guys.. b4 taking it to another step...??? sebab sumone pernah cakap kat i.. yang relationship ney... is based on 80%-trust + 15%-love + 5%dll = 100% commitment...

this is just my opinion.. dont take it in any offensive way... this is just to show dat i care bout sumone who i look up to...

ingat dulu "dia" pernah janjikan bulan kepada kamo.. tetapi bulan itu ditangan siapa..?? takut sejarah mengulang dirinya...

Diana Jamal said...

"tidak ada satu undang2 mengatakan lelaki yang lebih muda akan menghancurkan perkahwinannya dengan seorang isteri yang lebih tua, kan?"

** yups kak fynn! trust me, perbezaan usia bukan penentu kebahagian! my mom n my dad, beza 8thn. Alhamdulillah, until now masih bersama. :) And now, me! perdulikan ape tangapan org, yg penting kita happy with our partner.

**kalo kita berusaha utk arah kebaikan dlm hubungan, insyaAllah, relation kita akan diberkati NYA.

** congrat kak fyn! semoga dipanjangkan jodoh anda berdua! amin.. ^_^


i love ur karya!

gadisjahat said...

ha?

elmo_chemo said...

wahh!! :)

cici said...

kak fynn,

lama x menjenguk,lama x mengintip anda.saat menjenguk terbaca berita gembira anda.congrats!tahniah!

cahaya ttp menerangi saat hati ranap sdg bertaburan kan?harap kekal dan timbul rasa cinta.

saya mendoakan kakak.t.c

bulan. said...

akhirnya =)
semoga kakak jumpa bahagia yg dicari.

*wah.nak kahwin jugalah!

Amira Zafirah said...

OMG. congrats kak fynn ;DD

huwm. biar pun agk melulut (kott. hehhee) tapi takpe, if kak fynn percaya kn diri yg dia adalah orng nya, jd truskan. follow your instinct.
mungkin ini jodoh kak fynn, doa kami semua ttp untuk kakak taw. no matter what :)

weirdwEEda said...

tahniah fynn..bahagia kamu akhirnya,jangan terbang jauh sgt ke bulan yerp..heheh

fy said...

eyy, im happy for you (:

allyza said...

oh, sweetest ever moments to remember rite? i ni peminat setia puisi2mu yg puitis. org dilamun cinta ni biasanya makin cantik hasil seninya. teruskan berkarya dan teruskan kehidupan. yakin dengan setiap apa dilakukan. sesungguhnya dirimu tak keseorangan. kisah cinta ALLYZA pun, kenal 2 bulan terus kulamar gadis itu menjadi permaisuri hati. November 08 jadi tarikh keramat dihari lahirnya nanti, genap setahun pertemuan kami. sama2 kita doakan yg terbaik utk kita smua hamba yang MAHA ESA. Aminn....

tri said...

wahai pari pari, biar apa yg datang.. biar siapa yg pandang.. dan biar dimana kita datang..

kamulah permaisuriku, sahabatku, adikku, kakakku, perempuanku, isteriku, kekasihku dan ratuku..

assalamualaikum sayang..

mollyjinxed said...

my heart has soft spot for u
dearest fynn

benarkan?
Kadang Tuhan sembunyikan matahari, turunkan petir & kilat,
Kita menangis mencari hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Dia hendak memberi kita pelangi

when i brought my bf home. yg baru sahaja 1-2bulan bersama..my uncle told my father. if the guy is willing to come back with your daughter.. to meet her parents. he is really sincere

syabas pada tri..

eventhough we dont know each other
i wish u all the best fynn

one of your avid reader.

pencinta kenangan/ said...

* mata bsinar.

bahagia mmg milik kamu.
:)

Si eDaN said...

maaf..

maaf..

maaf..


dan aku yang terpaling gembira utk bahgia kamo,kakak..

Shaira Amira said...

kaka fynn nak nikah? yeay!!!! ajak mira tau!. finally!!!

p/s: mira masuk UIA campus nilai, wat law. ingat nak tukar dlm english. nak jumpa kakak. jangan berenti keje lagi tau.

maira.adreanna said...

fynn, semoga bahagia milik kamu. masjid itu aku yakin utuh nya :D

Matahari said...

salam. pertama kali saye memberi kan komen.

sesungguhnye. iklas saya tumpang gembira untuk kamu.

pilihan yg kamu buat btol. tidak perlu disesalkan.

jika die sudah ditakdir kan untuk kamu.

ia akan ttp untuk kamu.
terima kaseh kerna menjaga saya selama ini.

insyallah. saya akan membalas semua jasa baik kamu.

saye akan doakan kebahagian kamu.

semoga kamu sentiasa senyum.gembira dan bahagia.

jaga diri baik baik.

p/s: kamu tidak perlu menjaga saye lagi. saye paham. :)

sinaganaga said...

Hai Fynn.

filz said...

akak!

saya menangis. baca entri akak. baca entri dia. terharu.

barakallahhufikum..

Ameen :)

misshetrek said...

u'll be fine with him sis..
kami akan pastikan itu..
smoga berbahagia fynn jamal..
& saat ini,kenali laa die sebaik mungkin..
;)

*stiasa cintakan puisi2 kamu..

pandagumuk said...

congrats :D

l.i.f.e said...

fynn,
sis ter'stumble' catatan kamu beberapa hari lalu. sejak itu, menghabiskan malam terluang membacanya (yours n tri's) satu persatu. lengkap.
catatan kamu membuatkan semua rasa bercampur-baur, terasa bahagia, terasa duka, terasa lara. doa sis, kamu melaluinya dengan indah dan penuh 'bunga'.
akan diikuti luahan rasa kamu menuju detik hari bahagia itu. selepas itu, catatkan jua perjalanan cinta kamu selepas ijabkabul itu.

tri,
keikhlasan kamu juga dirasai. jagalah wanita ini seadanya diri kamu. ingat, hati wanita seperti kaca, pabila terhempas, boleh dikutip dan di'gam UHUkan' semula. tapi, retaknya akan tetap ada dan terasa walau cuba disembunyikan. andai fynn itu terasa, berduka dan lara terhadap kamu, hadapi ia dengan berhemah, jangan ditinggalkan tanpa kata dan alasan. kaum kami amat tidak suka keadaan itu. cubalah perdengarkan dendangan Jason Wade (of Lifehouse) yg bertajuk You Belong To Me. curahan rasa yang indah untuk yang tercinta (though the stories might be lilbit different).

kedua kamu,
tanpa kebenaran, sis link kan catatan kamu ini di 'mukasurat' sis ye. hanya untuk memudahkan sis sahaja. tiada tujuan lain.

dan, maaf untuk komen yang terlalu panjang ini.

salam

ainfazrin said...

dearest kak fynn,

*rasa nak peluk akak kuat2*

alhamdulillah.semoga semakin bahagia selepas ijabkabul kelak.

to mr tri,

jaga kakak manja ni elok2. you're one lucky guy.

*senyum dan hati berbisik, alhamdulillah.alhamdulillah.*

hanafiah said...

hidup ini indah bukan? tidak perlu dikecamukkan dengan ikatan pura pura bila yang sahih itu lebih nikmat lebih indah, tak begitu fynn? harap kisah kamu jadi teladan pada adik-adik.

hazwani said...

duh,baru bace sikit2 pasal tri,tibe2 balik asrama dah bace pasal dah nak nikah la pula.

congrats eh

dingin said...

*tersenyum

kawan, syaitan akan menangis

Farah Rosni, said...

'kalaulah ada waktunya angah minta abah berdiri di belakang angah utk menjaga tulang belakang angah, inilah masanya'

ayat ini mengundang...erk apa ya? tak pe lah yg penting, ayat ini menyentuh. semoga kamu bahagia.

siti diyana mohd rahman said...

jam sudah menjejakkan jarumnya ke angka 5. aku rasa sungguh tersentuh membaca luahan hati kau, k fynn. mengapa kau punya kekuatan yg begitu jitu berbanding aku? aku punya banyak perkara yang ingin diluahkan dan dibicarakan bersama orang tuaku terutamanya. tp entahlah, aku tidak sekuatmu. sudah banyak masa yang aku sering ucapkan, "nantilah, nantilah dan nantilah" walau sungguhnya aku sedar waktu xkan menunggu aku.
aku cukup bahagia kau bertemu teman hidup yg baik dan hampir sempurna. jika terlalu sempurna itu dah menidakkan Tuhan bukan? menitik air mata aku membaca luahan bentakmu. namun ini cuma air mata gembira buatmu. seumpama satu peperangan yg aku lalui teramat sakit, tp dengan membaca kisahmu, sakit itu tidak lg terasa...
aku berdoa dan sentiasa mengharapkan hidupmu bahagia ke akhir hayat...