Sunday, July 6, 2008

entri tiada idea ketujuh

nolalitalife: kenapa dunia ini tidak adil sekali?

dari kecil, aku benci along. semua orang tau. sampai besar, aku menyampah langsung pada along. setiap gerak matanya menjengkelkan. lebih memunah rasa adalah apabila setiap perbuatannya terlihat indah. padahal, dari tadika, akulah satu2nya yang sentiasa bawa pulang piala tempat pertama kedua ketiga.

semua orang sayang dan kasih pada along.
terutama abah yang sentiasa membelikan yang terbaik untuk along.
sedangkan aku sentiasa harus berkongsi dengan adik bongsu ketika itu.

tidak adil.

seorang kanak2 lelaki di sekolah rendah aku, begitu comel dengan wajah cinanya. kegilaan anak2 perempuan. hari2 aku simpan wang saku untuk membelanja dia makan. kalau aku kira, rasanya dia tidak pernah keluar duit kantin. semua aku tanggung. kerana aku mau dia tau aku siapa.

tapi dia pilih si anak guru yang bertahi lalat di bawah dagu.
sebab dia jauh lagi cantik.
dan aku ketika darjah enam itu adalah segemuk2 umat.

tidak adil.

aku yang begitu utuh mencinta dari dulu tidak pernahnya dilayan selayaknya. sentiasa dipijak2. dihenyak2. makan hati berbulan2, berhabis2an wang ringgit memberi bahagia pada cinta, sedang aku menyiat kulit sendiri untuk dimamah ketika lapar.

tetap, aku ditinggal demi perempuan yang tidak pernah sanggup menitis setitik peluh pun untuk cinta itu.
semata aku tidak sehebat gadis2 itu.

tidak adil.

*diam*

kenapa dunia begitu tidak adil, kau tanya?
sumpah aku tidak punya jawapan.

dari definasi literasi, adil itu bermakna satu dibalas satu. dua dibalas dua. dalam erti kata lain, harus kita mula berkira.

maka, andai begitulah, kita sudah menjadi tidak ikhlas, kan? membuat kebaikan untuk dibalas2. mengharap dilayan sebiji sama.

eh, sudah lain pula ceritanya.

dari sudut lain, adil juga bisa difahamkan sebagai kesetaraan karma. perkataan berasaskan buddhisme ini begitu popular meski pada muslim seantero. what goes around comes around. seumpama itu.

maka, jika begitulah, kita sudah menjadi terlalu keras, kan? bermakna, andai tidak diadilkan, kita akan punya rasa kesumat minta sama2 rasa ranap.

baru adil.
ah, susah.

aku tak mau bicara tentang apa itu adil. mari kita tanyakan bagaimana yang dikata tidak adil itu.

rasa tidak adil yang kita rasa lahir dari jiwa yang tidak mencapai puas. perasaan "aku lebih tahu apa yang selayaknya" terlalu tebal. terbit dari sedikit keegoan yang memang ada dalam setiap manusia, sealim mana pun seseorang itu.

aku contohkan: kau belajar matematik berlebih2, berbanding subjek lain. sanggup berhabisan membeli teks dan latihan matematik kerana kau benar2 mau dapatkan 100% dalam periksa penggal. ketika hari diuji, soalan2 yang muncul boleh tahan mudah. kau tahu A1 dalam tangan.

tapi kau cuma dapat B. dan kau jadi separuh gila bertanya tuhan kenapa kau tidak diadilkan.

rasa tidak adil itu normal. semua manusia pernah merasa dikeronyok2 begitu. apatah lagi kita ini jenisnya yang suka membanding2 sesama sendiri. sekonyong2 wujud makcik2 saripah di tepi rumah yang suka bercerita2 tentang kurang dan lebih orang lain.

haih.

aku dari dulu gemar bersoal sama pencipta kenapa aku sentiasa diranap. dan aku masih tidak reti dan faham. kenapa aku. kenapa ini itu.

tetap, tidak pula tuhan turun dan bualkan sama aku objektif setiap dugaannya pada aku.

*diam*

tapi, kan...

kalau tidak kerana along, tidak pula aku beriya2 mahu jadi yang terbaik di dalam kelas. yang mana kini membuah hasil dalam kerjaya aku. untuk seorang yg 25 tahun, aku kini mendidik pelajar2 universiti.

kalau tidak kerana budak sepet itu, tidaklah aku belajar menguruskan wang saku. mendisiplin diri untuk tidak terlalu belanja untuk mendapatkan apa yang aku mahu. mengajar hati untuk nekad dan teguh berusaha.

kalau tidak kerana cinta2 yang meranapkan aku, tidak mungkin aku sudi menerima seorang lelaki yang begitu asing dalam hidup aku untuk menyunting aku menjadi bunda kepada anak2nya. kerana sudah terlalu penat dan jerih dipermain bahagia sementara, aku sedar cinta itu sebenarnya bagaimana.

*termenung*

dan tanpa setiap tersiatnya nyawa ini, tidak mungkin mampu aku menulis.
yang mana tidak mungkin akan ada puisitepijalan ini.

kan?

maaf, dik. tidak mampu menjawab soalan kamu. aku juga masih menunggu tuhan bercerita sama aku.

hanya aku mau katakan di sini,
tuhan kita tak pernah berkira.

tri ajar aku banyak tentang cinta tuhan.
cinta dari tuhan yang sangat baik, sedang cinta kita pada dia sangat memalukan.
bagai pasir dengan gunung.

masih aku ingat bualan kami di hari pertama bertemu aku mei lepas.

"aku takut, fynn"
"kenapa"
"dari dulu, tuhan selalu makbulkan doa aku"
"jadi?"
"dan aku selalu lupa untuk bersyukur. tidak sempat lama, diambil semula semua yang makbul itu"
"apa yang telah kau doa baru2 ini?"
"engkau"

*diam*

"aku takut dia ambil engkau pula. maka aku mahu bersyukur hari2 mulai sekarang"

*diam*

tuhan, terima kasih kerana kau ranapkan aku sehancur2nya dulu.
terima kasih kerana menjahanam setiap inci bahagia di dalam diri aku.
kerana hanya dengan itu aku mengerti indah perasaan yang aku rasa hari ini.

kawan2...
aku sedang mengajar hati untuk lebih bersyukur.

mari?

13 comments:

mollyjinxed said...

dunia
setiap perkara yg berlaku ada sesuatu yg terselindung.. mungkin sekejap mungkin lama baru kita nampak apa hikmah disebaliknya

setiap perkara dlm hidup aku ni.. lebih byk yg dikesali

begitu susah utk let go.. walaupon aku yg minta? kenapa? sendri tiada jawapan.. takdir? jodoh?

penat sudah otak ini berfikir.. penat sudah hati ini merasa
penat sudah yakinkan diri ini

sabar.. sabar.. pasti akan dtg bahagia itu

tapi mengapa ya?

pencinta kenangan/ said...

setiap yang saket pasti dinyusuli dgn yang indah.

totfulness will speak louder than words.

aku dpt rase bahagia itu.

:)

aifaarizwan said...

bersyukur itu kemestian bagi kita yang beragama Islam untuk menunjukkan terima kasih kita pada Allah.

p/s : kak fynn, entry saya pada 6july ada menyelitkan sedikit entry kak fynn. sudah pun di creditkan dengan nama kak fynn, jangan risau. dan saya harap kak fynn dapat menaip entry tentang 'gaya bertudung atau bertudung gaya?'.

thanx.
lots of love from me.
;)

Anonymous said...

Fynn, kalau belum tonton Ayat Ayat Cinta, aku suggest kau lihat film itu. Tentang cinta kepada semuanya; Allah, Rasulullah, dan sesama manusia

HaNi said...

sungguh aku melalui ranapku dengan sumpah seranah. pada dia2, pada nasib2, pada hati jiwa.

bila melihat kamu sudah bahagia, ada sedikit cahaya buat aku. ada sepoi2 berkata "lihat saja dia, satu hari.. masa kamu akan datang seperti nya jua"

thanx kak fynn

tri said...

Dia itu maha adil. maka kita semua akan dapat kurnia yg sama. cuma kita tidak dapat dari mata kasar.

terlalu halus semua ciptaanNya.. sangat halus..

Hanim Amron said...

ayat-ayat yang buat aku kebas dada.
1st time baca blog nih. Jiwa terus tersengat.

Bersyukur. Alhamdullilah dengan apa yang ada..

Allyza said...

S.Y.U.K.U.R

Mudah dieja, mudah disebut tapi tak mudah dihayati. kita mengeluh bila panas terik tapi bila hujan pun komplen. sedangkan hujan dan panas itu amat dipuja oleh pak tani. kita maki hamun bila bersesak dlm keta, makin panas bila dah kena langgar. sedangkan kesesakan itu menandakan kejayaan penjual2 kereta dan setiap eksiden ditunggu oleh pomen2 supaya dikunjungi workshopnya. semua yg berlaku bersebab, tinggal lagi kita untuk menerima atau tidak. percaya pd setiap yg buruk mesti ada baiknya untuk kita...

fynn, whoever u are, i'm ur big fan now. teruskan menulis apa yg terbuku dihati.seronok membaca kisah hidupmu yg saling tak tumpah mcm diriku. seringkali dikecewakan.seringkali dipinggirkan.sering jugak dinafikan peluang.sebab itu, bila diberi peluang oleh seorg gadis, ku tak tunggu lama untuk melamarnya dibulan ke-2 perkenalan

misZ NoLaLita said...

trima kasih kak fynn menjawb entri adik..adik sendiri masih mencari..sebab knape..masing2 menjalani hidup yg berbeza..tetapi adik percaya..sesungguhnye manusia ini LAYAK utk diberi peluang kedua utk meneruskn hidup mereka...

skali lgy adik nk ucapkn ribuan trima kasih dekat kakak fynn..anda terlalu telented..dan adik sggt kagum dgn kakak...

weirdwEEda said...

ya..mari mrnsyukuri setiap kurniaannya...susah atau senang mesti ada hikmahnya..Dia sentiasa mahukan yg terbaik utk kita..

ledisordre said...

fynn, best gila entry ni.

cik jz said...

kak fynn.

u make me think twice.

ada hikmah disebalik apa yg terjadi.

sabar atas segala dugaan.

moga² yg gelap kembali cerah.

amin!

m0ns+Er_zaRa said...

I.N.D.A.H...
xtau apa nk ckp..
hanya itu yang terlintas..