Saturday, December 8, 2007

tentang tiga hari yang biasa

tentang rabu.:

aku bangun jam 6.30 pagi. hari ini aku akan terima jadual kelas. bertemu anak2 murid buat pertama kali. wow. eksaited.

sampai U, aku dengan begitu ghairah ke pejabat untuk mengambil jadual. hampa, rupanya jadual tidak lagi selesai.

cantik ah. aku amik peluang, balik ke bilik, tidur sepuas2. aku cuma ada dua jam untuk tidur malam sebelumnya. bila lagi mahu mengular gila-gilaan.

jam 12 aku turun ke pejabat semula. jadual sudah siap. aku perhati2, jadual aku untuk hari rabu selsai sebelum jam 1030. hahahaha. mengular lagi!! agak2 dalam jam dua, aku terus gegas pulang ke rumah damansara. tido tido tido tido tido.

sampai umah, lepak2 kejap, tertido. tak sedar sampai maghrib. pok arm sms, ajak lepak. pok cham pon okeh saja. aku pula dari semalam kepingin mahu makan nasi goreng USA. cantik la tu. aku gagahkan diri ke Idaman. tgh demam2 pon gila berjalan.

sampai idaman, aku pok cham dan pok arm dah boleh gurau2 macam orang gila. sebut nama sue pon dah tadehal: in which a very good thing. sebab fatin pun dah kool tentang tango ini. maka aku sedikit sebanyak sudah tenang.

bak aku katakan, aku seolah ibu ayam yang terlalu protektif. pada anak2 kecy. pada teman2 sampai mati aku itu.

borak gila2 dan sewel, kemudian pulang dan tidur.

tentang khamis.:

bangkit jam 630 pagi lagi. gosok baju, bersiap2, gerak ke U. sampai saja, terus ada kelas. pertama kali bertemu anak2 murid. setakat ini, mereka adalah kumpulan yang paling dewasa. lebih tua dari aku pun ramai. dulu di SEGI college tidaklah seramai ini. rata2 lebih lebih muda. sini: dah la lebih tua. lebih hebat2 pun ada.

pelajar aku di sini kebanyakannya jurutera, arkitek, ekonomis dan saintis. mereka semua pelajar bukan dari tanahair. professional A di negara mereka, tapi mahu menyambung MA atau PHD di universiti aku.

harap2 tempias pada bakal anak2 aku nanti. jadilah mereka manusia bijak2, tak macam aku, sekadar guru bahasa. chett. merendah diri yang tahapahapa. haha.

betul, apa. sekadar pensyarah bahasa.

emm. habis kelas, lepak2 sedikit di HS cafe, kemudian pulang dalam jam 3 atau 4. ainul, teman paling rapat aku ketika di U, sms. tiba2 teringat dan rindu, katanya.

beberapa sms dilayang dan aku buat keputusan mahu bertemu dengannya malam itu.

sampai di rumah, aku telefon eddry n shan. the other girls. called eeman and sheena tak dapat. jadi plan kami untuk empat gadis2 metropolitan akan bertemu di damansara.

bila malam tiba, yang ada cuma aku, eddry dn ainul. shan ada temujanji andaman. lepak di cafe freindster. harap saja mahal. ikan dory yang digunakan untuk fish n chips rasa macam pasir. tidak sedap. tapi chicken chopnye sedap juga.

habis lepak2an, aku pulang. tiada apa kerja boleh dibuat. aku tidur.

rumah begitu sunyi. aku tidur dalam tangisan lagi.

tentang jumaat.:

siyal!! aku bangkit jam 7. baju belum bergosok. tudung masik ronyok. kelas mula jam 8. tidak tahu bilik mana. sial sial sial. aku terlambat!! bergocoh2 nak keluar dari rumah. mahu dijadikan cerita, parking aku pula dihalang kereta lain. dengan tumit tinggi, tertonggeng2 aku menolak kereta itu ke tepi. nasib baik brek tangan dilepaskan. haih...

dari rumah aku ke damansara masanya cuma 15 minit. sampai jam 750. dengan tidak tahu venue, aku berjalan dengan yakin. nasib baik sekali lagi, aku jumpa kelas. ada seorang saja pelajar.

selang seminit ada saja pelajar baru sampai. kelas jadi semakin penuh. aku seperti biasa dalam kelas memang perangai badut. biasalah. awal2 berkenal tidak harus terlalu keras.

habis kelas jam 11. aku sangap. lepak di bilik sama kak shaz, bila dia tiba2 berkata: "malam tadi akak tengok anak pontianak. muka hasni tu macam muka afi la"

afi nama pejabat untuk aku.

aku jawab: "ah. tidak lah. ramai sudah bilang begitu. bangga saya ini dibanding2 begitu"
kak shaz: "kalau muka saja sama, kenapa suara pun sama?"

haih. banyak cakap la pulak... suara aku memang dicam di mana2. banyak kali aku disapa orang (rupanya kenalan atau adik2 fasilitator) kerana suara. rupa aku berubah2. tapi suara serak ini, satu dalam 5 juta. haha.

maka selesai solat jumaat aku pastikan aku sudah keluar dari perkarangan U. malas nak berlama2 di U. untung kerja sama kerajaan. tapi ini kerana belum mula kelas secara rasmi. dah ada nanti, harapan lah.

sampai rumah, pok cham balik lepak rumah. aku masak daging bakar, telur sambal serai dengan ayam goreng kunyit. sedap seh.. daging dia best aaa.. yum yum yum.

habis makan, pok cham tertidur. aku terus main internet tanpa ragu2. agak2 bosan, kacau pok cham suruh dia bangun. datang umah aku tapi nak tido. ek eleh.. jom PS2 aaa. hahahaah.

pok cham cerita dia tengah kemaruk gods of war II. ok. pergi ke tesco untuk mencari game itu, sayangnya tiada. yang ada cuma...

MARIO BROS!!!!

hanya tuhan yang tahu betapa aku terus menjadi cipan di tengah2 orang. ini adalah permainan teragung, ok. gila ke kalau tak suka mario bros. dem.

kami pergi ke sentul untuk menjemput pok arm. dengan pantas, ke sg wang untuk mencari permainan yang dimahukan pok cham. nasib malang lagi, sekarang sedang musim raid. maka tiada satu pun dvd permainan yang dilanun boleh didapati.

bodoh. kalau kau jual mahal2, membazir untuk pembeli. main hanya sekali dua. original juga akan calar. akan rosak. bodoh!!

aku sokong piracy. katalah aku jahat. tapi aku hanya akan beli original bila aku rasa berbaloi. setakat filem malaysia yang sampah, jangan harap. filem barat juga tak semua yang aku mahu beli original.

turun dari sg wang, lepak di starbucks bawah. acha sedang berjalan kaki dari keramat ke bukit bintang, ke arah kami. gila gagah. padanlah badannya semakin sasa dua tiga menjak ni. siap angkat besi lagi. bagus2. teruskan. jangan berketak macam maccha iklan shieldtox tu sudah.

aku geli.

lepak borak2 ketawa2, jam 12 kami pulang. mulanya pok arm mahu ke heritage row. aku yang sedang mengantuk gila2, bawak kereta macam perempuan mabuk. kelong kiri, kelong kanan. muka ketat.

aku rasa kepenatan sepanjang minggu baru menerpa dalam sistem badan. begitu serius, aku tak tahan.

pok arm menggantikan aku memandu. dia tidak jadi ke heritage row. mungkin dia rasa da menyusahkan. adeh... serba salah pula aku jadinya. aku mengantuk, maka memang fitrah fynn jamal yang akan mengaruk macam budak kecik bila dia mengantuk.

yang mana, semalam aku macam merengek tak memasal. hahahaha.

aku sedar2, acha sudah dihantar. pok arm tutup pintu agak kuat. aku tersentak, terus rasa nak tanduk perut dia. pastu pijak leher, pastu tengking: "woi! cari pasal ke!!!!"

nasib baik aku masih mamai. jadi aku jeling jek. pok arm gelak2. dem. jaga ko pok arm. nanti aku sihat semula, aku hempuk pala kamu kat tingkap, pastu letak sos kat dlm telinga. kasi rasa.

salam2 pok arm, babai sket2, terus duduk kat tempat duduk co-pilot. pok cham drive. dia pulak tak berapa ingat jalan. dia tahu, tapi tak berapa pasti. aku seperti tadi, dah bersedia nak tanduk orang, menjeling saja pada pok cham yang nampaknya sudah takut nak buka mulut.

fikir2 balik, kelakar juga bila aku cranky. yang best, kawan2 yang dah faham masalah aku bila terlalu penat dan mengantuk.

sampai rumah aku dah tak sedar apa. aku buka mata tengok aku masih pakai segala yang aku pakai malam tadi. dari anting2 sampai la make up. hahahaha.

apa nak jadi dengan aku ni.

maka, sepanjang seminggu menjadi pensyarah, hidup aku mula hambar semula. tiada life. tiada apa2. sangat biasa. uff.. drama dah habis. maka kembalilah menjadi fynn jamal yang dulu.

selamat menjadi dewasa.

9 comments:

Anonymous said...

cik affina
anda lecture subject apa ya?
*ade big question mark atas kepala*

fynn jamal said...

celpad.

AHAHAHAHAHAHA.

Lepas master baru apply DELL.

Friendster Addict said...

mari ikuti fynn menempuh alam perkerjaan !
=)

Anonymous said...

owh celpad
dulu lect english saye sgt kerek
jangan jd seperti beliau ok
hahahaha

btw
InsyaAllah i'll be at RANtai by 5pm this Sat. Kalau rase2 dah tak cam muke saye buat2 kenal ok
*hahahahaha*

FATENEDAN said...

ahh!blah r korang..g gigs mont kiara tak ajak aku..bosan dimajlis kawen sepupu wooo..hukhukhuk..niway fynn,sy nk join kamu boh sos kat arm..dibilangnya sy nk ngorat dia dlu??huh?!hotstuff sgt ke dia??hahahahakk..weh!rendu kamu kakak..mo lepak umh lagi ni..huhu..lps rantai abis..bisa?=D..n topek kem slm blk..;)

fynn jamal said...

mari mari mari dtg rumah sayep.
kerinduan sekali adik sayep!!!!

Hanafiah Ghazali said...

"setakat filem malaysia yang sampah"?
aku kurang setuju kamu gunakan frasa sampah kepada filem. filem juga hasil kreativiti seperti seni lain. mungkin kamu maksudkan filem yang berpaksikan komersial semata sehingga mengaburi nilai seninya. namun ianya masih tetap hasil seni dan kreativiti yang perlu dihargai walaupun tiada pujian. sampai bila mesti kita biarkan pemikiran disempitkan dengan pandangan prejudis 'cantik' dan 'buruk' atau 'bagus' dan 'sampah'. jangan kamu prejudis.

fynn jamal said...

dunia yg anda nampak adalah hasil kerjasama media.
dunia yang saya pernah berada, adalah yang sebenar.

kalau kamu mahu lihat sekadar mereka2 yang terpampang, silakan.

tp saya dah penat melayan kerenah manusia yang berdasar wang. hasil kerja yang sampah. semua komersil.

terpulang. seperti kata saya, blog ini pandangan saya. jika mahu berdebat, mari kopi2.

Hanafiah Ghazali said...

aku hormati pandangan kamu, hak kamu. tidak perlu berdebat.

namun izinkan aku menakuk sedikit:
realiti seni itu, mahupun di zaman shakspeare, perlu didokong oleh nilai komersial, dan nilai komersial itu perlukan sokongan penggemarnya dengan pelbagai cita rasa. maka hasil seni ini secara halusnya terpecah mengikut penggemarnya, yang memberikan nilai komersial tetapi pada tahap yang berbeza, secara tidak langsung membezakan aliran seorang penggiat seni dengan yang lain; namun ianya masih kekal sebagai hasil kreativiti yang perlu dihargai.
: aku tutup bicara ini.