Tuesday, December 25, 2007

tentang kawan2 dahulu yang disekarangkan.

ketika di rumah, sementelah tidak bisa ke kelantan, aku memberi cadang pada pok cham dan fatin: buat makan2 meriah. apa yang terjadi ada hikmahnya. jadi buat apa bersugul, kan?


mereka suka aja.


aku dengan kepakaran biasa, memasak soto yang sudah terkenal di kalangan kawan kerana resepi asli, temurun dari bunda. cili kicap berlimau, begedil, segala. fatin membantu di setiap penjuru. rajinnya.. anak siapa ni rajin ni... haha.

siapa kata bila perancangan tidak menjadi kita patut rasa mati. kreatif juga idea rumah terbuka kecil2an.

ajak zac komplot dan rewan rodeoscope sekali. along pun aku ajak, sama jue teman wanita rasmi beliau. yang tak rasmi aku malas ajak. ramai tak terbilang, takut tersilap sebut.

yang kelakar, rupa2nya along dan zac sudah bertahun2 kenal, cuma terputus di satu ketika kerana jarak dan masa.

ah, sudah. jangan tiba2 mereka klik dan berkawan kembali sudah. aku tidak berminat melepak bersama abang sendiri. kami patut punya bulatan teman yang berbeza. jika jumpa, bergelak gembira. jika tidak, bila2 masa bertemulah.

bak kata abah: jauh2 bau bunga, bila dekat bau tahi.
ada betulnya.

katalah apa saja. hubungan kami adik beradik memang komplikasi. susah hendak diterangkan. tapi kira untunglah, dekat 20 tahun hidup membenci dia. ini namanya sindrom middle child, sakit psychologi.

dem. puisitepijalan semakin hambar. bukan tidak ada cerita tapi masalah had masa. tapi kalau nak diceritakan pun tidaklah menarik sangat.

betul tak aku kata dulu, bilamana aku mula berkarier, hidup akan menjadi begitu statik. tidak ada dinamik. tiada pelangi. tiada kicau meriah.
haih...

sebentar lagi ada penggambaran. konti yang itu hari. shot aku keluar dari pintu. malasnya mahu menhadap set lagi. cukup2lah. nanti akan ketemu pelakon utama yang sedang top masakini. muka harus plastik kembali. arghh!!!

futnot: anak2, jika kau rasa berlakon ini dunia hebat, datanglah. jika kau tanya aku, tak usahlah. baik sambung belajar.

video puisi terbaru aku di youtube sudah ditonton ramai. 80% suka: pasti kerana mereka dengarkan rasa dan jiwa puisi itu. 20% lagi tak habis mencemuh secara peribadi, di email atau di komen.

untuk sekian kalinya, AKU TIDAK PUNYA SUARA YANG INDAH. tolong mengerti. aku bernyanyi kerana aku suka. aku berpuisi kerana aku rasa. dengarkan bukan diskriminasikan. berbuih2 aku akui, suara yang ada tidak sehebat mana.

hey, aku bukan mau jadi penyanyi, ok.

sama juga pada yang tak berhenti2 mengeji lakonan aku. ada di web page mana entah, aku quote: "Hasni mana boleh jadi pelakon utama. tau sajalah kenapa.. dia kan tidak ada rupa."

ye ye ye. aku sedar diri aku tidak punya paras menawan. tapi aku sudah mula yakin pada figura aku yang kini. aku sudah terima jasad aku yang baru ini. cukup2lah aku dibenci dibuli ketika zaman anak2 dulu, kerana buruk, kerana busuk, kerana hina, kerana celaka.

maka, sila berambus jika tak suka.

aplikasikan pada kelahiran puisitepijalan. aku tidak pernah mencanang pada orang tentang dzat blog ini. kamu2 yang berada di sini adalah kerana kamu antara yang teliti, memerhati di setiap perspektif. terjumpa dari blog puisi2 aku. (yang mana, 90% manusia yang berhubung secara online sama kau adalah mereka yang klik buta2. kerana mahu list kawan yang berjuta2. untuk dibanggakan)

terima kasih kawan2 yang sedikit ini. aku selesa bersama anda.

bicara tentang teman online dan teman plastik, dua tiga menjak ini, tiba2 berderet2 kawan di sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan dari mana2 ceruk mengaku pernah bergembira sama. nama2 yang aku tidak kenal. wajah2 yang aku tidak cam. kelakar betul.

ada yang kembali bertegur kerana mahu pinjam wang. ada yang mahu ajak kopi2. ada yang mahu tumpang rumah. ada yang sekadar mahu aku mengaku kawan.

kelakar.

mana pergi kau orang selama ini? selama dulu tidak pernah bertegur pun ramai. padahal sekelas selama 2-3 tahun. nasib baik aku tidak seglamour fazura atau farid kamil. apa entah permintaan kamu nanti, ya?

aku pendendam? mungkin. acapkali ditegur "lupakanlah smua itu", "masa itu kan budak2", bagi aku bukan satu alasan. jika benar masa itu kita masih tidak faham dan tidak matang, kenapa aku begitu sedar dan mengerti? kenapa pedihnya sampai kini aku rasa? kenapa pijar dikeji dulu masih berbahang?

kenapa kamu lupa?
kenapa aku dipaksa untuk lupa?

tapi aku harus berterima kasih juga. tanpa semua kejatuhan, tidak bisa aku berjiwa begini. bernyawa kental. berkalih musibah. tapi cukuplah aku ucap itu.

cukup.

biarkan aku dengan lingkung kecil ini. hanya jika aku tahu kamu itu jujur mahu mencintai fynn jamal yang ini, maka aku gapai genggam tangan kamu. jika tidak, cukuplah sekadar kamu memerhati aku dari situ.

aku tidak bersedia. aku takut beramai.

maaf, entri2 terakhirku tidak kutamatkan dengan harapan sebelum tidur. selamat, kawan2!
selamat.

18 comments:

emme~ said...

manusia kak..

diagung ble glamor..
ditindas ble kurang rupe..

itulah fitrah manusia!

Anonymous said...

saye harap saye tidak tergolong dlm 90% list kak fynn itu..tapi saye akui,mula mengenali insan bernama fynn jamal ni semenjak sebelum tanchap merdeka..that was bulan 5 ke kot..and i was impressed n hoped for u to perform lagi..blog menemukan saye dgn kakfynn lebih dekat..=)

FATENEDAN said...

anak zalidah zakaria..^_^..kudrat yg 2 3 kerat tu jek mampu sy bg..apalah sgt tolong sy fynn jamal..sbb bayarannye lumayan..soto fynn jamal..sedap wooo!!!besh in flora n JB!!hahaha..

[siti] said...

hm...
cambes je soto..
*drooling*

fynn jamal said...

emme,

fitrah manusia yang satu itu sesungguhnya lumrah.

ketika senang, terhegeh2.
ketika sakit, dileweh2.

haihhhh

fynn jamal said...

cici,

alhamdulillah. kamu bukan antara yang menyendeng ketika saya senang.
seperti yg kakak kata, yg menemui blog ini mmg mau mengenal siapa fynn jamal.

sanggup membaca setiap sudut tulisan saya, maka terjumpa.

teman2 puisitepijalan sememangnya teman2 sy yang dalam lingkungan kecil itu.

terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya.

fynn jamal said...

contengancarotngarot,

kudrat yang sedikit itu dah banyak bantu saya. berbaloi ke semata dibayar soto itu?

*perangat. haih. haha.

fynn jamal said...

siti,

soto sayep mmg classic tau¬
hahahahaha

y u z said...

senang sekali dapat mengenali sisi lain seorang fynn,glamor itu cuma topeng dunia.

benar,sy baru dtg ke sini.xperlu sy sua wajah sy utk kamu kenali,yg penting rohani kamu sy kagumi.itu lebih bererti dr terkejar2 utk sama2 mnjadi plastik.

salam kenal,cik affina.

btw,sy seorang guru.mmbaca omelan kamu,sy senyum sendiri.tetapi hakikatnya fynn,ramai yg memilih utk tidak brsusah-payah mau brfikir tntang nasib bangsa mereka.cukup masa,tekan punch card dan habiskan separuh hari lagi di sogo memunggah longgok baju dan handbag.

jika sy boleh jd seperti itu,pasti tiap malam tidur sy lena.bahagia yg dipaksa2!

fynn jamal said...

wah. terima kasih kerana kamu sudi mencari sisi yang tidak plastik. saya sudah penat memasang kebenaran pada pandangan serong manusia2 yang memasak prejudisan pada saya.

salam kenal, cikgu yuz.
kita tergolong dalam kategori mereka2 yang mungkin dikatakan penyibuk: tak sedar diri tak sebagus mana tapi mau mendidik, banyak lagi perspektif negatif terutama kawan sebaya sekolah dulu.

tapi kita ikhlas, bukan?

saya juga, di setiap malam, rasa gembira kerana bisa berbakti pada anak2 yang takkan habis memanggil saya cikgu. walau bila saya sudah pencen nanti.

kepuasan, kan?

-icha03- said...

cha juge...arap...cha termasuk dlm lingkungan teman2 fynn yg sedikit.. itu saja...

[siti] said...

classic tu yang slalunya mahal kan?
tapi resipinya mahal tak?
:D

fynn jamal said...

cha:
kamu sudah lama berada dlm lingkung itu.

entah kenapa, kita serupa dlm jiwa.
itu yg saya rasa.

fynn jamal said...

siti:

resepi murah sgt.
bahan pasar biasa.

air tangan kot..

ahahahaha

[siti] said...

air tangan tu yang mahal
takde jual kat kedai
hehehe

*harap2 satu ari nnt bley la rase masakan air tangan anda

enot.midori said...

ouh.kakak.sy maseh belum penah rase soto kakak.dem

-icha03- said...

terima kasih kerana percaya pada "rasa" itu...

*tenung fynn lelame*

paRi2 hiTAM said...
This comment has been removed by the author.