Tuesday, December 4, 2007

hipokrasi itu perlukah?

ezane penah tanya aku satu hari dulu: "mana kau lagi sanggup label diri kau, 'bitch' atau 'slut'? tadek pilihan lain."

erti kata lain, nak jadi pukemak ke sundal.

aku jawab aku lebih rela jadi biatch, dari jadi sundal. aku lebih rela jadi perempuan hipokrit (contohnya dgn perasaan aku; walau aku sayang cemana pon kat mamat yang bukan teman lelaki aku), dari jadi perempuan sundal. semudah itu.

entah la. hebat sangat ke dengan merasa diri tu tak hipokrit? depan mak bapak, aku rasa rata2 kita hipokrit. konon sembahyang full. konon tak pernah comolot. konon masih tak faham dunia sosial. konon naif. konon mengata anak jiran yang terlalu hanyut.

siapa tak hipokrit?

aku lebih rela diamkan perasaan menyala2 dari menjaja diri dengan alasan kesunyian. come one la. cliche yang terlalu masam, semata untuk mendapat perhatian. hipokrasi tak kacau orang, tak salah kot.

maka, jawapan saya, digelar 'biatch' lebih okay dari dipanggil 'slut'. ish. jijik seh. sebab slut biasanya berkenaan moraliti terhadap orang lain. biatch sekadar kejam. slut: maruah tu yang diperkatakan sebenarnya.

*diam* sekadar teringat soalan ezane. satu soalan bernas, aku kira. sebab dua perkataan itu walaupun acapkali dicarut mak nyah2 atau gadis2 peleser, adalah dua perkara berbeza.

good question, lad.

---

tadi pagi aku bangun jam 6.30 pagi. fatin berkali2 suruh aku bangkit. selimut babi terlalu tebal mungkin. aku agak liat sedikit. hari pertama kerja. dan aku takut.

aku mmg gemuruh setiap kali mahu mula melakukan apa saja. ramai tidak percaya. tapi sampai sekarang aku masih ada pre-stage fright. dem.

jam 6.45 aku sudah mandi dan sekaligus bersiap2. aku capai tudung putih dan kurung biru kegemaran dari zaman belajar dulu. lama tak berlitup begini. manis. hilang semua pandangan jahanam.

hipokrit!!
*hahahahaahahahah*

sampai di U, pelbagai kerenah birokrasi yang aku dapatkan. bayangkan, dari jam 7.40 aku dah tercongok di situ, menanti bagai cik bedah menunggu turn jamban, sampailah jam 2 ptg. tiada apa yang berlaku selain kertas kerja yang dikotak katik. jumpa si polan di department itu lah. di tempat tersebut lah, jumpa si polan yang satu ini pula lah. pusing... pusing...

bagus juga, sempat aku lepak2 bersama adik2 junior yang tak grad2. masih seperti dulu. oh, senangnya zaman belajar. aku suka. aku rindu. lecturer2 lepas nasib baik masih cam muka aku. aku bukan kaki bodek (futnot: aku memang pantang kawan2 dan pelajar2 aku yang kaki menjilat kaki atasan), tapi aku mmg cukup gah kerana fikiran poetik dan rajin berdebat dalam kelas. bukan bergaduh dan kurang ajar. cuma gemar bermain akal. seronok berbual, bak kata Prof Qayyum, pensyarah aku dari India. dia killer. lelaki yang sgt feminis. ekstrim!

jam 2 lebih aku mula naik fed up. aku keluar dari U. pergi dentist kerana gigi geraham bengkak. dlm seminggu ni, 2 kali ke dentist. hancur dekat rm300. sakit weh gigi... segantang emas sanggup aku tolak andai sakit gigi jadi timpalannya. tak sanggup!

settle semua, kembali ke U. dapat bilik persendirian. bilik lecturer seh. hahaha. kelakar. ingat lagi dulu2 berkejar sana sini di kampus, jumpa lecturer di bilik2 mereka. sekarang, pelajar2 pula yang cari aku. kekeke. seronok lak rasa.

jam 4 aku gerak jemput pok cham yang mahu ke KJ. dia ada final exam esok. selamat maju jaya. semoga pandai goreng. keke. semoga tercapai impian ayahbonda kamu mahu kamu mendapatkan ijazah. amin...

sampai rumah terus demam. geraham semakin sakit. aku dah rasa nak cabut pakai plier jek. sakit sakit sakit. tertidur dan sedar2 fatin sudah goreng keropok lekor yang jannah bagi tempoh hari. sos dia sedap. berselera tapi tak bole makan. dem yuh gigi. ikut ati nak aja aku blender keropok2 itu. kemudian hirup saja. tapi hilang pulak feel. rasa macam muntah pulak nanti.

didi ada skali tadi. pok cham pun belum mahu gerak ke KJ. aku main2 internet. didi dan pok cham macam bouncer, diri belakang aku paksa makan ubat. dem dem. aku benci betul telan pil ni. melainkan bila aku benar2 serabut, yang mana akan aku telan sekali 7 ke 8 biji. kasi drowsy.

lepas dipaksa, aku makan juga. dan dan pula ada kawan ym nama 'gasolinee' tegur. aku tak ingat dia siapa. tapi ada juga sekali sekala dia tegur. aku ni jenis kalau tak kenal, memang buat bongok jek. biasanya aku cari silap (macam bualan pervert ke, bualan bodoh ke, lousy pickup line ke) aku terus block. tapi sebab mamat ni selalu borak ilmiah, aku tak buang dia. aku suka manusia bijak. dia suka bincang tentang life dan art.

aku tergerak ckp pada dia sejujurnya, "saya tak cam la siapa anda". dia jawab, "em, ni razman semalam" (masa gig), manager annexe.

oh shit. mamat hot dari pertama kali aku perform di annexe. melayu, tapi ada tatu. minum arak tapi tak pula mabuk dan merapu ((terlalu biasa, mungkin)). tipikal manusia central market. dem.

kemudian segalanya mula masuk akal. tiap2 kali aku perform / hadirkan diri ke gig di sekitar annexe, dia mesti pilih kerusi sebelahku, berdiri sebelahku, berbual sama aku. kalau tidak pun, dengan kawannya di berdekatan dengan aku. padanlah selalu tegur aku di ym.

rupanya dia. wah!! sudah perasan.

berbual dengan lebih mesra kerana sudah kenal. dia seorang painter. texture painter, untuk lebih tepat. brilliant artist. kelakar pula. fatin tergelak2 melihat aku yang kalut terjerit2 di pc: "dia ke rupenyee!!" "dem! selama ni mamat ni borak sayep buat bodo jek Tin"

futnot: teringat semalam di annexe ketika razman datang menghampir aku: fatin dan beesya yang menyipu2. e eh? hahaha. aku nak juga malu2, tapi dia tengah borak sama aku. rilek la siket...

entah agakya selepas sejam berchatting, aku minta diri mau lepak. sakit sgt gigi ini. tambah satu lagi kenalan. biasalah manusia suka pada kecantikan (terutama pada rupanya), tapi cukuplah. ini namanya fitrah. tidak pula mau forward ke apa2, walau ada nampak beberapa hint dalam bualan kami sejak aku kenalpasti id ym beliau.

maka tolong jgn gossip.

didi keluar selepas beberapa minit. pok cham menurut dalam selang 30 minit atau lebih kurang. tinggal aku dan fatin. tiada apa yang aku bikin bersama dia. kasihan. mesti dia bosan. tv terpasang, matanya ke telefon. kenapa haa? ah, tamau tanya la. tamau masuk campur. tapi takut pula aku jika dia rasa hambar. dua tiga hari ini aku mmg agak kurang mau beriya2 dengan adik beradik kecy. mencuba untuk cool.

tadi ketika sedang ym sama razman, tiba2 fatin keluar dari bilik. mengongoi dan menangis hingga sedu2. lepaskan, dik. luahkan. aku tak halang dia dari teruskan airmata. banyak sangat yang dia pendam. apa pun yang ditangiskan fatin, aku biarkan. dia pun tak cerita apa. cuma menangis.

aku biarkan hingga lebih 10 minit.

kemudian dia lega. cukup role aku detik itu tadi. tak semestinya perlu masuk campur, cukup sekadar menjadi pasak bila diperlukan.

pok arm mesej fatin tadi, kata fatin. dikatakan tentang perasaan pok arm yang sedang merundum. tuhan, kerana aku kah? *perasan* aku tak tahu apa yang perlu diperbuat. agak melarat sudah kami2 ini. aku sms pok arm, dia balas. sedikit2 saja. benci la bila semua orang mau menjadi hero heroin hindi.

cibai la masalah yang timbul ini. jahanam hubungan kita-kita.

haih. aku yang patut beredar. bukan kamu, pok arm.ini adik beradik anda, kenapa kamu mau pergi dari kami? datanglah 40 juta perempuan yang kamu kenalkan pada kami, kami akan sokong. kami sudah professional.

lantaklah apa saja. cuma diharap sesiapa pun yang menyayangi adik-beradik kita, menyayangi kecy.

kecy sudah berubah. sudah matang.

perjumpaan yang dirancang bersama pok arm batal. pok arm sibuk. dan dan. tadi kata percuma. hmm... kamu ok tidak pok arm...?

sekarang fatin sudah lama tidur. aku sedah mengantuk, tapi gigi terlalu membengang. tak mampu mau tidur tika ini.

hari pertama bergelar pensyarah professional sangat hambar. jadual kelas hanya akan diperoleh esok pagi. harap2 anak2 murid suka sama aku, sepertimana aku punya anak2 kelas yang hormat dan cinta pada aku di Sri Cempaka dan Segi College dulu.

aku sedang menutup pc. aku yakin malam ini aku takkan bisa tidur nyenyak.

selamat berhipokrit lagi esok, miss fynn.

7 comments:

Friendster Addict said...

kadang2, hipokrit membuat kan diri kita brs lebih selesa.
tapi kadang2 itulah yg boleh mbunuh diri kita.

but life must go on.
belasah saja, yakin BOLEH!

fynn jamal said...

hipokrit itu perlu ada kerana tak smua sanggup bersemuka sama kebenaran.

contoh, jika sang isteri yang sedang sarat mengandung tidak mahu makan kerana gemuk; mahu dibiarkan atau mahu dibohong dia tidak segemuk mana?

atau bila sang ayah bertanya tentang cgpa anda, mahukah berkisah tentang subject yang diulang, atau dijawab "okay saja"?

anti hipokrasi konon. chett.
:P

Hanafiah Ghazali said...

hipokrit tidak perlu jika bijak menggunakan kejujuran; melafazkan kejujuran. jika sang isteri sedang sarat takut makan kerana gemuk, dipujuk sahaja katakan dia tidak gemuk tetapi comel; bukankah wanita memang nampak comel dan seksi semasa mengandung. bila sang ayah bertanya tentang cgpa, katakan sahaja sejujurnya kerana sang ayah walau segarang mana jauh disudut hati mahu melihat kesenangan anak2.

siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

dan kita mencuri dalam ibadah
mencuri dalam bersahabat
mencuri dalam berkasih
mencuri dalam diri

fynn jamal said...

nah... bukan itu hipokrasi namanya?
cuma hipokrasi yang berselindung di balik bahasa indah.

jahat.
sama jahat.
tapi bersembunyi di bahasa manis.

Anonymous said...

niat tidak menghalalkan cara
begitu juge bisikan ayat halus tidak bisa lindung hipokrasi
pokoknya, sama.
sudutnya saja berbeda.

Hanafiah Ghazali said...

jika berbahasa indah itu hipokrasi
maka kata bagaimana yang jujur?
adakah kata kasar?
atau kata-kata hamburan?

hamburan itu mungkin jujur
kerana puncanya amarah
datang marah dari hati
jika hati itu punca kejujuran

namun jujur juga jika marah
tetapi berbahasa manis
juga datang dari hati
cuma diakali pemikiran waras

kata-kata sindiran juga jujur
kerana datang dari hati
kata teguran juga jujur

nah... semuanya negatif sahaja
maka jika positifnya
seperti puji-pujian
seperti ucapan terima kasih
seperti ucapan maaf
adakah jujur atau hipokrasi?

jujur atau hipokrit
bukan pada kata
namun pada mata dan hati

aku percaya kamu tidak hipokrit
dalam mendidik

Fynn Jamal said...

hipokrasi itu bualannya tak bertepi.
maka mau ku biarkan.

perkara yang terlalu intangible seperti ini takkan bersudah.
maka harus aku abaikan.

apa yang aku tau, yang terbaik adalah untuk tidak lagi berterus2 memaut tangan,
kerana itu yang mengkomplikasi semua.

aku sudah pun melangkah dan memerhati dari jauh.
lebih mudah.
seperti aku dan anak2 didikku.
seperti itu.
seperti dulu.