Monday, December 17, 2007

apa yang aku ingat haa dua tiga hari ini?

banyak hari tertinggal.
kena tukar style penulisan.

ah. serabut.

banyak terjadi.
banyak yang terlupakan.
ah. sialan.


ok. yang aku mau ceritakan adalah perkara2 ini:

1) rantai 2007
2) walk-hunt MFA 2007

berkenaan rantai 2007. tidak perlu banyak aku katakan, melainkan kasihan pada teman2 yang jadi kerbau, dicucuk hidungnya berjoget2 untuk mendapat untung yang langsung tidak disua ke muka mereka. semata untuk memberi nama pada seorang pemalas.

tidak perlu faham. cukup untuk luahan hati aku sendiri.

yang penting untuk diketahui, semua orang sudah gila mainstream. kenapa tidak mahu terus seperti dulu? kecil2 kita dulu, eratnya bagai tali sauh. sekarang terlalu gah, seperti rantai, tertegang hampir putus kita2 ini.

haih.
jangan kalut sangatlah.

kasihan kawan2 aku yang di bawahan. tidak berbayar kerana mereka cinta seni kita2. tapi janganlah dimanipulasikan. mereka bukan khadam. engkau bukan tuan. kita bukan mainstream.

*diam sebentar*

poyo, kan? bicara tentang mainstream dan indie. macamlah hebat sangat orang2 tak berlabel ini (tiada tandatangan distributor hebat2 spt EMI dan NSR). sama macamnya dengan persoalan lebih baguskah orang teater dari orang television.

subjektif, tuan-tuan...

tidak kisah mau beramai. tapi bak kata anak2 84 Cubes, kalau datang semata mahu menonton band2 garasi, hari2 ada. di CM, di KLPac, di mcpa. jenguklah ke pameran seni2 anak2 muda kita. mana halatuju asal rantai? sedihlah begini...

lantaklah.
nasib baik performasi puisi aku disambut meriah.

tapi yang kelakar, aku panjat pentas bukan pada hari yang dicanangkan. hari aku tampil mengikut perjanjian adalah sabtu. ramai yang turun hari itu, yang memang datang kerana puisi aku, menunggu dan menunggu. bila sampai masa aku, slot puisi dibatalkan.

terdiam.

semua gara2 penambahan slot untuk promosi ahli keluarga sendiri. kelakar sungguh. tiada dalam jadual, tiba2 ada ruangan sejam dua diambil untuk memberi jalan ahli keluarga berkarya.

lain kali jangan buka slot.

manusia puisi seperti Tongkat dan dua tiga orang lagi senyum kambing. aku? kambing pun geli tengok aku memaksa senyum. haih. politik tetap ada. mainstream ataupun indie. bajingan.

perompak perasaan.

eloklah aku telah dijemput otam mlm semalamnye. manusia berbakat sang otam itu, terkesima setiap kali. dia pula pemalu seolah tidak sedar betapa agungnya jemari beliau memetik seni di gitar perangnya. pemalu sehingga tidak pernah mengangkat mata ketika berbicara. tangan masih terketar2 tiap kali di pentas. betapa aku mahu lempang sang wajah itu, lalu jeritkan: "hei bodoh. engkau terhebat, tahu tidak?"

aku kagum rendah dirinya.

hari ahad dijemput funky doryz untuk bersama bernyanyi. adlib. seperti biasa, aku suka. sambutan terlalu hangat, tidak sangka aku boleh menjadi funk. terima kasih.

kasihan sang pendatang sabtu. tidak ada peluang melayan mata melihat aku di pentas seperti janjinya. aku yang begitu capek memaksa urat untuk terus lentur dan bergerak ke venue. sampai2, "fynn. sori. slot puisi dibatalkan".

terdiam.

terlalu banyak sebenarnya mahu diceritakan. tapi cukuplah tentang persembahan2. aku sedang penat.

walk-hunt sabtu itu begitu seronok. bangun jam 5 pagi, mandi dan bersiap. selesai, berkumpul di dataran merdeka. ala2 amazing race. begitu membahagiakan. aku memang suka rasa aktif. dimarah berkali2 kerana begitu hyper, aku tidak peduli. dunia ini begitu berwarna warni untuk dibiarkan.

*aku terlalu positif, sesuatu mesti tak berapa betul ni*

dari dataran merdeka berjalan kaki ke maju junction, kemudian harus ke bukit bintang, dan akhir ke berjaya times square. semuanya berlarian. jika perlahan akan dipintas. masa sangat singkat diberi. dem.

aku mesti selitkan info ini: aku, pok cham, pok arm dan ezane sememangnya punya kimia. aku seorang yang kompetetif dan beriya. ezane jenisnya gelabah tapi penenang keadaan (ironi, bukan?), pok arm jenisnya sangat supportif dan wing-man terbaik manakala pok cham adalah manusia yang kuat semangatnya. tukang neutralasi.

betapa kami ini indah bersama2.

banyak masa bergelak ketawa sambil berlari, itu yang bikin penat melampau2. orang lain serius, kami tak berhenti2 meriuhkan suasana. terang2, ahli kumpulan kami antara kumpulan kegemaran, kerana semua ahli setiausaha dan peserta2 lain sibuk dengan kumpulan kami ini: the warm iced tea.

mungkin kerana kami turutserta kerana main2, jadi terasa kelonggaran sedikit. tiada tekanan.

tamat segala jam 430. dapat tempat ke 19 dari 160 kumpulan. wow. boleh tahan, dibandingkan dengan percubaan pertama, bertemu pasukan2 yang sudah menyertai treasure hunts seperti satu therapi.

futnot: tempat pertama sehingga ke nombor sepuluh semuanya otai2 belaka. usia sudah hampir 50, tapi begitu tajam dan cekap. kami antara pasukan paling muda yang teratas.

lepas ini mahu cari treasure hunt lagi!!

hari ini, selepas 3 hari barulah boleh jalan semula tanpa hincutan. semua gara2 aku yang terlalu bengong bermain futsal bersama teman2 kecy malam walk-hunt itu sendiri. aku siap dengar bunyi "ktakk" di peha ketika sedang menyepak bola. dem. degil.

esok pagi aku dan fatin akan ke kelantan. saja mahu cuba menjauh ke negeri orang. kami akan ke sana, tidur hotel, tengok2 kiri kanan tanpa haluan. di pagi raya aidiladha. tidaklah gila mana. cuma entahlah. sesekali mencuba berdikari ada excitement nya.

tidak lama. sekadar 3, 4 hari.
maka puisitepijalan akan tergantung lagi.

difikir2 semula, benarkah ada yang mahu mengetahui apa yang terjadi pada aku? heh. mungkin aku patut tulis tentang perkara2 mudah saja lain kali. kan?

haih... maaf, aku tidak punya minda yang tenang buat masa ini. maka diari ini terserabut. maaf maaf maaf. semoga di enti seterusnya aku bisa menulis dengan lebih cantik bahasanya.

assalamualaikum.

3 comments:

[siti] said...

ouh.. that explain why i couldn't found u that day. Mesti time saye sudah beransur Fin baru sampai. Tp nasib juga.. kalau tak penat tunggu, tiada slot puisi.. itu matlamat asal ke RANtAi.. sama seperti tahun lepas, mau hirup nikmat indah seni anak muda di luar arus perdana.

Ya, saya akui tidak ramai penonton di bahagian pameran. Kalau dulu mau lihat artwork secara dekat pun perlu lalu di celah2 orang ang duduk2 dan berdiri2 berhampiran artwork2. Tapi kali ni boleh kata pengunjung yang berkali ganda ramainya itu hanya lepak2 santai2 di luar.. tanpa hirau lecak, sanggup aja mereka berkubang.

Harap2 penganjuran pada tahun hadapan lebih balance ya. Mereka jug kata "life itself is art". Mari kita hidup dlm art.
*phew*

fynn jamal said...

oh siti. sesungguhnya kamu memang memahami saya, dan fikiran gila saya.

tidak apa lah. mungkin puisi masih picisan.

tak sehebat musik garasi.

Hann Haidar said...

ha rantai was awesome