Friday, August 13, 2010

berkejar

ali suka minah.
minah suka razip.
razip suka maimun.
maimun suka mamat.
mamat tak mau siapa2.

:)

berapa kali dalam hidup kau pernah berada dalam situasi ali, minah, razip, maimun atau mamat?
dan berapa kali dalam hidup kau berganti2 situasinya dari menjadi ali ke minah ke razip ke maimun ke mamat?

*gelak kecil*

pelik, kan, hati?
haha.

tiba2 aku mahu cakap tentang perbuatan mengejar.

pernah aku tonton sebuah filem yang didasarkan dari kisah benar; lakonan will smith, suatu masa dulu; pursuit of happyness.

aku tidak mahu cecehkan tentang sinopsisnya yang aku kira rata2 sudah tahu. aku cuma mahu timbulkan kembali soalannya; pertanyaan di tengah2 perjalanan cerita itu.
mengapa perkataan 'pursuit'?

perkataan itu membawa maksud mengejar.
proses mendapatkan.
maka frasa 'pursuit of happyness' (ejaan dibiarkan begitu) adalah satu proses tanpa henti dalam mengejar bahagia.

manis.

jelas, kebahagiaan itu adalah sesuatu yang perlu kita kejar2 dan dapatkan. kerana kebahagiaan tidak pegun. tidak duduk setempat dan tidak teguh berdiri di satu titik. kebahagiaan seperti ada satu sifat nakal yang gemar mengusik.

sebab bila mana kita rasa kita sudah berjaya mendapatnya, kita akan menyedari yang bahagia itu bukan pun di tangan kita; kontradiksinya, jasad bahagia itu berada di seberang sana, menunggu kita untuk kembali mengejarnya semula. dan kalau pun dicari semula bahagia yang di tangan tadi, tidaklah perlu diterkejutkan, ia sememangnya tidak pernah ada.

*sengih sumbing*

kelakar, kan,
cara bahagia yang dalam entri ini (aku lukiskan sebagai jisim berjasad seiras manusia) mengusik2 dan mengacau2 fikiran kita?

lebih kelakar,
kerana sebenarnya kita tahu, jauh dalam jiwa kita,
encik atau puan bahagia itu tidaklah jahat mana.
sekurang2nya tidak sejahat kita yang tamak haloba.

*gelak kecil*

berapa kali dalam hidup yang kita sedari betapa banyak perkara dalam hidup ini sendiri yang sebenarnya tiada org lain dalam hidup ini tadi yang boleh dipersalahkan;
kecuali kita sendiri?

dan berapa kali dalam berapa kali itu tadi yang kita sanggup berdiri dan akukan?

ah.
bangsat, kan, rasanya?
bila kita tahu tidak ada orang lain yang patut ditujalkepala kecuali kita?

terlalu bangsat, kerana apa yang mampu cumalah kita yang sedang bersendirian duduk di depan kaca yang penuh tulisan namun tak memberi makna apa.

dan tidak ada alasan apa pun dalam dunia yang mampu memujuk hati.
kerana kita tahu,
kita juga,
seperti manusia lain,
punya silap dan jahat.

bezanya;
kita tak mampu untuk bercerita.

Wednesday, August 4, 2010

aku dan kekasih gelap aku

aku tak tahu kenapa lewat beberapa datangnya pagi di setiap habis malam,
aku terlalu rindukan laut kosong.

pasir yang setia menyenggama jari2 kaki yang diperosok dalam2,
bisik air yang teguh menemanbual hati yang sengaja ditenggalam,
angin yang gagah menghembustarik kulit yang tersiat2 tajam.

aku seperti berkasihgelap dengan pulau dan pantai2 seumpamanya.
perasaan disatukan bersama mereka adalah seorgasmik bertentang mata dengan manusia yang kita suka secara sunyi2 tidak terbuka. ada litris. ada sedikit erotis.


*senyum*

di masa2 begini,
aku selalu rasa
aku gila.

haha.

lain orang ada lain tertibnya. ada yang bila mahu lari dari dunia, akan menggogok tuak dan mencandu kristal. ada yang bila serabutan, akan mencari kepuasan dalam celah tilam dan bantal. ada yang bila terlalu merasa kosong, akan memburu barangan yang berbau kedai2 mahal.

aku?
aku perlu pantai.
kosong dan tidak ramai.

acapkali orang tanyakan, apa yang ada?
berulang2 aku senyumkan, aku sendiri tidak tahu apa.

kerana selalunya,
apa aku cari lain dengan apa yang aku jumpa.
dan kerana keselaluan itu, aku hentikan cari dan aku mulakan bersahaja.

tidak ramai yang tahu aku pernah hampir mati di pantai. aku masih kecil pada masa itu, dan ombak besar di pantai timur terlalu garang untuk seorang aku. ditelan, ditarik, dipusing2 dan diketengahkan.

aku tidak langsung terfikir akan mati.
bukan kerana aku belum faham konsep mati pada usia itu, bukan. aku sudah pun kenal makna ajal. tapi entahlah. pada ditelannya, ditariknya, dipusing2nya dan diketengahkannya jasad aku, aku cuma tenang dan menerima.

yang mana, setelah beberapa ketika, dipulangkan aku kembali ke susur tepi air.

aku masih ingat lagi hari itu sekuat2nya dalam kepala. sejurus, aku duduk dgn lutut aku rapatkan ke dada. bermenung. cuba memikirkan apa yang baru terjadi. tentang tadinya aku hampir mati. mujur tiada siapa yang memerhati, ahli keluarga sedang di sana2 berpenuh kerja di tangan sendiri.

kalau tidak, nescaya takkan dibagi aku menjejak kaki ke mana2 air pantai.
*senyum diam*

kenapa pantai kosong?
kerana seperti manusia, ia hidup.
cubalah berbual sama ombak. kalau dipasang betul2 telinga, akan didengar jawabnya.
cubalah mengadu sama angin. kalau ditadah sungguh2 jiwa, akan diperasan suaranya.

kenapa pantai kosong?
kerana tidak seperti manusia, ia aman.
tidak menimbangmu sebelum dikhabar. siapa dan apa pun engkau, diterima seadanya.
tidak mendengkimu sebelum dikisah. siapa dan apa pun jahat engkau, disenyumkan setenangnya.

*diam lagi*

kadang2 aku malu untuk berbual hal2 tanpa hal sebegini. tapi entah. mungkin kerana aku rindu bermain bahasa, aku hamburkan apa yang terwujud dalam dada. dan spesifiknya hari ini, saat ini, tatkala aku menaip perlahan tulisan ini, aku terlalu rindukan laut kosong.

aku begitu laparkan agoni.
aku perlu diserabutkan untuk sekejap.
kerana aku mahu kembali berkhalwat sama diri sendiri.

aku perlu ini.

Thursday, July 29, 2010

air

kalaulah aku ini elemen;
aku air.

setenang2nya ia,
segarang2nya ia.
aku sesungguhnya seperti air.

dan sepertimana aku ini tidak pernahnya pegun dan teguh,
aku begitu mudah dipecahgoyangkan,
aku begitu murah direnyahhilangkan.

ada juga mungkin dalam fitrah ini, aku tidak mampu untuk cuma hidup di satu2 ruang.
mungkin di muara, mungkin di kuala.
mungkin di permukaan,
mungkin juga disedut ke langit sana,
demi kemungkinan untuk aku menghujan kembali rasa mendiami bumi bulat kita.

penat menjadi aku.
penat kerana tak reti setempat.

aku air.
dan keteguhan aku dalam sesuatu mampu menyompek besi waja yang tak terhancurkan.
sekali dengan amarahku ada upaya untuk menghancur dan membinasakan.

aku air.
dan aku takkan larat diempangkan.

Friday, July 23, 2010

aku bukan ahli muzik

kenapa aku masih mahu meratap,
sedang dari dahulu aku selalu menceramah tentang
betapa manusia itu sememangnya plastik dan penuh pura2?

*senyum*

kenapa masih aku sentap,
sedang aku sudah lama tahu itu semua?

*diam*

haih...
manusia alahai manusia.

tak apalah.
mungkin sungguh tidak ada patutnya aku ke tempat itu, tempat manusia2 gah dan mencari takhta dalam hidup. aku? apa ada? jiwa kosong yang cuma biasa2. bernyanyi hodoh, berlagu bodoh.

aku terlihatkan sebagai badut yang ada demi menyeri.
aku terikutkan tidak kerana bakat tinggi;
tapi semata2 sesuatu yang org lain tidak ketahui.

*diam*

aku wujud di situ dimarahkan.
"kenapa perlu ada fynn?"
"main instrumen tidak tahu"
"bikin melodi tidak tahu"

sungguh.
aku juga tidak tahu.

selarlah aku apa2.
kelarlah hati aku sampai luka.
tapi jangan berterang2 sebegitu sekali.
aku ada keluarga.
mereka ada hati.

ya. kalian terhebat.
kerabatmu dan kronimu termantap.
cuma kalian yang punya bakat.
dan aku hanya ada jiwa yang sentap.

benar,
aku drama.
dan kau tanya2kan apa seni aku.

maka dengar sini.

aku mungkin tidak ada alat untuk menyampaikan bunyi.
suara aku mungkin busuk dan menggeli.
tapi aku ada puisi dalam jiwa aku.

mungkin tidak relevan untuk engkau2.
untuk muzik kau.
tapi sekurang2nya aku tak pernah jual bunyi aku untuk kepuasan orang melainkan aku sendiri.
aku tidak perlu meniru2.
aku tidak tertakluk pada definasi.
aku tidak bohong pada diri sendiri.

ya aku drama.
lelonglah kenyataan itu pada antero.
biarlah.

aku tak mahu cuma ada dalam telinga.
aku mahu teguh dalam hati.

aku orang puisi.
bukan org radio.

Wednesday, July 21, 2010

selamat tinggal industri

dah terkeluar.
*tahan airmata*

tak apa.

aku dah berjaya buktikan pada orang,
lagu puisi tak aneh.

orang puisi tetap ada.
kita2.

kan..?

*senyum 20 sen*

Thursday, July 15, 2010

menang besar

sejak aku di keynote,
abah pertama kali hubungi aku sehari selepas lagu seru.
itulah kali yang nombor satu abah lihat aku yang aku.

abah bilang,
"abah tak pernah tahu awak ada itu semua dalam awak.
dari mana semua tu datang?"

aku jawab.
"dari abah."




semuanya dari abah.

*diam*
*senyum*

ini agaknya, perasaan anak2 kecil ketika persembahan koir sekolah dilihat ayahbunda yang memegang kamera video dengan penuh bangga.

ini pertama kali aku merasanya.

aku sudah menang besar.
sukahatilah kau kata apa.
aku menang paling besar.

Saturday, July 10, 2010

seru

dan bila dikata kau takkan mampu hidup
dan bila disuruh untuk kau terus merecup
janganlah kau hirau
janganlah kau berisau
sabarlah
tuhan ada untuk engkau

teguhkan berdiri
yang patah kau ganti
semangat kau besi
tak mengenal mati

usungkan kendati
buka langkah kaki
gagahkan
derukan

dan bila dihenyak jangan kau terus tersungkur
dan bila dikoyak jangan kau terus terkubur

teguhkan berdiri
yang patah kau ganti
semangat kau besi
tak mengenal mati

usungkan kendati
buka langkah kai
gagahkan
derukan

----

*diam*

masih, berkali2 orang2 pesan2kan pada aku. tidak kiralah dengan bisik atau tempik;
"lagu puisi tak boleh jual, fynn".

mungkin, aku terlalu egoistik untuk mengakuinya.
tapi,
cuma mungkin,
dalam kekerasan wajah aku yang membuat tak mempeduli,
jauh dalam sudut hati,
aku tak mahu menjual apa2.

cuma mahu terus hidup dalam kau punya hati.
biar sampai lepas aku mati.

*diam*

dan oh ya.
tuhan,
aku terlalu kasihkan setiap 12 ini.
terima kasih kerana sempatkan aku dilengkapkan.