kadang2 aku seram tengok orang yang tak takut untuk pampang
kemewahan mereka.
memberitahu dan memberi bukti pada setiap sen mereka ada--
siap dilukis2 berapa digit wang yang dimiliki mereka.
aku faham.
orang berniaga.
memang ada yang datang cerita sama aku:
"kita kena tunjuk kita ada ini semua. baru orang
percaya kita berjaya. baru orang hormat. baru orang ikut dan turut perniagaan
kita"
dan aku boleh terima hakikat mereka rasa bangga dengan
pencapaian yang mereka kecapi.
dulu makan megi. sekarang TGIF selori.
ya. pastinya setiap perasaan yang dulu itu kini terlunaskan.
dan mereka cuma tidak lain-- mahu berkongsi pada dunia
ssluruh kebahagiaan.
"alah, kita pun kalau dapat beli iphone dah terkedek2
nak bubuh instagram. apa lagi mereka2 yang dapat beli barang harga puluh ribu
gitu2 saja"
suami aku kata pada aku setiap kali aku tunjuk gambar2
seumpama dari news feed.
betul juga.
bohonglah kalau kita tak ada rasa nak jadi kaya macam tu.
bohonglah kalau kita rasa kita tak ada sepeniti pun dengki.
tapi bohong juga kalau kita setuju perbuatan itu adalah
bijaksana.
tidakkah mereka belajar dari sosilawati?
the more you tell people you have money--
the bigger chance for you to mati.
i have friends doing swell in MLMs.
aku mmg sampai matilah takkan join.
alhamdulillah, sampai sekarang, walau seorang2 kelihatan
makin mewah dan tersohor--
makin kaya dengan duit berkepuk2--
aku masih belum ada perasaan:
"eh, aku nak jadi camtu jugak la"
some people are borne salesmen.
they can sell sand to a man lost in the desert.
serious!
some people are THAT good.
aku bukan salesman.
maka rezeki aku bukan yang 99% seperti pesan rasulullah.
aku nampak je kecah.
tapi aku paling pemalu nak suruh orang keluar duit ikut
kehendak aku.
aoa pun.
tolonglah kawan2, saudara2 dan keluarga aku.
aku tak tau macammana nak pesan depan muka.
maka aku cakap sini.
dengan seruan yang paling lembut.
dengan pesan yang halus kerana aku takut.
apa pun niat kalian--
hati2 menunjuk harta.
ini zaman internet.
xperlu tunjuk alamat--
orang tau lokasi kita.
xperlu beritahu segala--
orang tau aktiviti kita.
too many death caused by our ignorance.
tak kisah la kau kaya mana--
dengan duit paling berkepuk,
dengan beg designer sampai 20 tinggal berhabuk--
bila kena jerut, bakar dan dicampak ke laut--
darah kita tetap warna sama.
2 comments:
Yess, more ppl start losing common sense..
I like your writing, keep it up.
-anon-
Salam kak fynn ..mcm mana nk dptkan buku akak eh?
Post a Comment