Monday, December 24, 2012

sesal


dimulakan dengan--
"i have no regrets in life".
kemudian disambung--
"i am proud with the mistakes i made".
dan secara default akan disusuli dengan--
"for it moulded me who i am today".

tak ada sesal.

begitu inspirational. untuk beberapa, ia kedengaran sangat meremangkan roma. motivational. self boosting. dan so friggin awesome.

ia seperti sudah jadi anthem. terlalu sering dilafaz, sehingga terbudaya di telinga kita saban hari.

macam perkataan 'karma'.
berapa normal sudah perkataan karma lahir dari bibir seorang muslim?
sedang jelas dalam kitab yang cuma ada qada' dan qadr--
kita tetap memilih untuk mengadaptasi terma dan jargon dari agama lain.

sebab kita suka dengar cerita ya kita faham 'logik'.
buat jahat dibalas jahat.
buat baik dibalas baik.
adil.

dalam tak sedar, kita mengajar dan mendidik anak2 kita menjadi prejudis. orang baik AKAN dapat baik. orang jahat AKAN dapat jahat. jadi semua benda yang kelihatan baik seperti 'harta banyak' atau 'kereta besar' adalah habuan. perkara2 seperti 'dompet hilang' atau 'tayar pancit' adalah balasan.

sebab karma.

*geleng kepala*
haih...

karma bukan qada' dan qadr, ya bunayy!
bukan.
karma adalah fahaman hindu.

kita muslim.
dan setiap taqdir kita adalah hak tuhan untuk tahu sebab musababnya. hanya dia. tidak kita.
maka jangan sibuk hendak jadi referee.

ah. itu tentang karma.
aku sudah pernah borakkan.
malas hendak cakap lagi.
hari ini aku mau ajak kita fikir2 tentang "no regrets".

tak ada sesal.

*diam*
*taip padam taip padam*

dem.
macammana aku hendak mula, ya?

anthem 'tidak ada sesalan' sebenarnya bukan untuk kita. seperti konsep 'karma', pegangan 'aku tak ada sesalan' tidak seharusnya dibiarkan meniti bibir menjemberang hati kita.

sebab tuhan telah pesan:
"taubat adalah apabila seluruh inci tubuh, jiwa dan raga menyesali perbuatan yang terdahulu dan berjanji untuk tidak memperulangnya".

sesal--
adalah kata kunci utama.

ikhtiar.
itu konsep kita.
datang dari perkataan 'khairu' yang membawa makna 'yang lebih baik'.

betapa islam itu cantik, ia lebih cinta berbual tentang sekarang dan masa depan berbanding siapa dan apa kita di masa lalu. apa sahaja di waktu lepasmu, tuhan bisikkan-- itu biar antara kau dan aku. sesalkan, tinggalkan, jalan ke depan.

pergh.
semudah itu.
sehebat itu kasihnya tuhan aku.

tapi tidak.
kita gemar cerita2 masa lalu.
terlalu risaukan bising orang kiri kanan itu.

"aku tak ada sesalan kerana aku terima diri aku apa adanya dulu. kau juga patut begitu".
-- salah..

"aku terima diri aku apa adanya dulu. kau juga patut begitu".
-- cukup.

"aku tak ada sesalan" adalah ayat orang defensif. ayat orang2 yang terlalu hidup di masa lampau. sedang telah kita tahu-- apa yang paling jauh-- adalah masa lepas. tak terpegang. tak terjangkau.

berhenti.
kalau boleh--
cuba buang kebiasaan yang ini.

percaya pada cintanya tuhan.
pada rahmaan.
pada rahiim.

orang boleh bilang apa saja.
kita yang tahu apa dalam hati kita.
kita semua pendosa.
tak perlu malu sehingga jadi ignoran dan tak peduli.
jangan pernah hilangkan setiap sesal dalam hati.

hanya dari sesal datang segan pada diri sendiri.
tertunduk dongak,
terjatuh bongkak.
sesal itu peringatan kita tentang kebodohan dulu--
maka jangan buat lagi.

andai datang siapa2 bertanya tentang masa lepasmu--
ubah.
jangan lagi kita jawab dimulakan dengan "i have no regrets in life". kemudian disambung "i am proud with the mistakes i made". dan secara default akan disusuli dengan "for it made me who i am today".

bilangkan--
"aku bersyukur atas setiap kesilapan yang telah pernah aku perbuat. kerana in away, itu adalah cara tuhan mengajar aku sesuatu tentang sesuatu. namun andai aku ditembungkan dengan situasi yang sama-- aku berdoa agar di setiap kali pertembungan itu-- aku memilih untuk melakukan yang lebih baik dari yang sebelumnya".

ikhtiar.
always choose the betterment.
yang lebih baik.

sebab tak ada 'hari ini' yang paling sempurna.
there is ALWAYS a room for improvement.
thing you could have alter.

tak percaya--
bayangkan kau hidup di satu tarikh secara berulang2.
hari ini, contohnya.

apakah kau akan lalu jalan yang sama?
pilih sarapan yang sama?
bertembung dengan perbualan kopi yang sama?
mengenakan baju kerja yang sama?
mengisi minyak di pump yang sama?

:)
kita manusia.
kita penuh cela.
tuhan sendiri selalu beritahu.
maka terang2 dia tahu.

jadi kenapa perlu kita terlalu malu untuk mengaku kita pendosa?
kenapa perlu malu semata2 demi manusia yang sama2 pendosa?

embrace yourself.
terima diri kita apa adanya.
terima kita ini ada sompeknya.
sesalkan.
dan ikhtiarkan.

buang 'aku jahanam tapi aku gerek'.
tapi tanyakan--
bagaimana untuk aku mempermolek apa yang kini sudah tersompek.

ingat.
tidak ada istilah "tiada sesal" untuk kita.
faham?

sekarang--
pasti kau menyesal baca status panjang2--
semata nak kena bebel, kan?

hahaahahah.

4 comments:

�MiS AyA� said...

taw takpe..
budaya dah jadi karma tu -.-"

anati said...

Thank you for this entry.
Terima kasih terutamanya pada Tuhan yang mengurniakan perasaan dan pengalaman lampau kepada kamu hingga terhasilnya entry sebegini.

Though, thank you would never suffice.

diod pemancar cahaya said...

may Allah bless you and your family kak fynn.

thank you ;)

Anonymous said...

thanks kak fynn