Tuesday, December 11, 2012

kalau ada masa


sekali sekala,
kalau ada masa,
lepak sebelah mak--
dan tengok kulit tangan dia.

tengokkan kulit warna tangan dia yang tidak sekata.
kesan lecur menggoreng ayam dari minyak meletup2.
kulit jari mati dek memegang periuk panas tak sempat katup.

tengok2kan dan ambil sedikit masa dalam 15 saat--
dan kata--
terima kasih mak.

dan bila dia tanya kenapa--
senyumkan--
dan bilang "untuk semuanya".

arau kalau rasa nak buat lawak comel--
senyum--
dan kata--
"ade leeeeeeeeeeee"

2 comments:

FaZ said...

:) malu nak ckap kat mak i love you.. tapi selalu hugs dia ketat2.. i sayang tp dnt know how to show it :)

hyb sane said...

menangis bace kesan melecur menggoreng ayam tuuuuu T.T