Tuesday, November 2, 2010

tunggu

kalaulah aku dibakatkan dengan keupayaan bercerita dengan gesekan biola,
atau ketik perlahan piano,
paling tidak dengan petik tali gitar secara satu2;
pasti lagu yang terzuriat dari jiwa aku saat ini akan kedengaran begitu menyiat2 dan menggiling2.

bunyi yang terpilu.

tapi aku cuma ada bahasa yang sedikit untuk aku kait2kan menjadi cerita. tidak ada lain, hanya tulisan kering untuk memberitahu siapa2 yang ada masa menumpang telinga. cukup ini sahaja.

*diam*

banyak sungguh yang berlaku dan terjadi beberapa menjak ini. dengan masalah di pejabat, dengan serabutan2 sang sahabat, dengan kewangan yang tak pernah berhenti mengikat belikat. bersungguh2 betul nasib malang mengetuk pintu aku. bersembunyilah di bantal paling tebal sekali pun, hentaknya begitu terang sehingga hendak atau tidak, terpaksa aku sambut salamnya.

terima saja.
nak lari, hendak ke mana?

kadang2 dunia seperti sengaja mahu kita menyungkur dan terkambus ke kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi kita kata kita mahu untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu kita tersembam.

apa yang tak membunuh kita, akan bikin kita lebih kukuh.
benar.
tapi kalau menderu2 serangan menubi kita yang tak langsung berpayung pun ini, ada masa, mahu juga kita hulur anggota untuk terus dikelar lehernya.

kill me, and get it over and done with.

tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi kita mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.

kita kena sabar.
kena.

aku perlu miracle.
tapi apalah makna miracle kalau segala yang indah selalu muncul, bukan?
miracle adalah keindahan yang bertiba2 hadir dalam kejahanaman.
maka aku perlu senyum untuk setiap rasa putus ini, kerana miracle akan datang.

iman aku pada takdir tuhan yang maha baik.
dia sedang pandang aku dari singgahsananya,
tersenyum pada aku yang seperti biasa tersadung kaki lalu membising-omel dan merengek.

dia sedang lihat aku dan memesan dari jauh;
"minta. dan aku bagi"

*diam*

dia sudah tunggu.
sudah lama tunggu aku.
lama.

apa lagi?

kaki,
bangun.
jangan tunggu lagi.

21 comments:

TepeT said...

apa2 pun kne balik pada yang asal..
kau belagak kuat mana pun, Dia tahu lemah kau, kau simpan mana.

tak susah nak angkat tgn, dongak kepala ke atas..

perlu sabar. Dia mmg nak bg kau.

tunggulah dulu..

Amak Kongsi said...

kita sentiasa ingat DIA saat kite berduka..

♥ نورحازانه ابراهيم ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ نورحازانه ابراهيم ♥ said...
This comment has been removed by the author.
dayanQ said...

aku suka..ayat memang mendalam..

DanieL AdiE said...

very inspirational..
thanx fynn...semoga anda terus menghasilkn karya2 yg unik lg segar..

~ DanieL AdiE ~

desperate ruumate said...

perenggan2 akhir cukup inspiring. metafora indah :)

susah mana pun kita, ada lagi yang lebih susah.
aku selalu pesan begitu pada diri.

tita

@Fr!^n@ said...

kewl giler entri ni.. membuatkan ku tersedar.. memang kita perlu sabar..
tunggu..
mintak..
tunggu..
dapat atau tak dapat tu blakang cerita sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kita.. :)

untuk kamu.. semoga bertabah..

Anonymous said...

semakin berat ujian yang menimpa, semakin utuh kasihNya pada kita. kan kakak? :)

shahirahkhairudin said...

inspirasi untuk aku kakak
yang mengharapkan keajaiban muncul
sama seperti pagi tadi
yang nyata tetap hampa
tak apa
minta lagi
dan terus kan berjalan
dan tunggu..

rahsia wanita anggun said...

Tuhan selalu rindu mendengar doa hamba-NYA

terus dan terus doa..

Anonymous said...

Saw you during Dimanakan Kucari Ganti concert.

lisz. said...

hugsss!

Pedy Shah said...

kalau yang indah memang tiada, miracle jauh sekali, bagaimana?

Anonymous said...

Kadangkala, kesabaran yang dihadap dengan takdir Tuhan boleh buat manusia makin sisihkan percaya diri. Bahkan acapkali juga ralat dengan sebuah hakikat. Makin sia dengan segala yang pernah dianugerahkan ke atas dirinya sepanjang masih ada nyawa sebagai radas hidup di bumi Tuhan. Moga kamu terus kuat dan tabah. Kamu antara perempuan hebat yang dicipta Tuhan...

Anonymous said...

ingat Dia selalu...krb Dia xpernah lupakan kita...

Rosli Arof said...

nice writing sis...
ayat power punyer...

NIAMY said...

when the world pushes you at your knee,
you are at the best position to pray.

:)

Hafiz Ashman said...

aku minat hasil karya mu.membuat ku rasa hidup ini punya tujuan.

syabas buatmu.

aku guna karyamu ubah sedikit di dalam blog aku.
harap tidak marah dan kecil hati kerana tidak minta izin dahulu.

Hafiz Ashman said...

aku minat hasil karya mu.membuat ku rasa hidup ini punya tujuan.

syabas buatmu.

aku guna karyamu ubah sedikit di dalam blog aku.
harap tidak marah dan kecil hati kerana tidak minta izin dahulu.

fazzira said...

k.fynn mintak share.inspirasi bermakna :)