Friday, October 22, 2010

3 ism paling bangsat

favoritism.
cronyism.
nepotism.

3 ism yang paling banyak masalah dengan aku. memang kalau lalu depan muka, memang akan aku sengaja carikan pasal. 'benci' tidak cukup untuk aku gunakan sebagai perasaan aku terhadapnya. 'jijik' masih terlalu manis untuknya. tidak ada perkataan cukup hina untuk aku pakai demi memberitahu apa aku rasa.

you get what i mean.

anak murid yang tak malu cuba membodek aku pernah dapat bahana. peminat yang sekadar baru kenal sehari dua yang hendak memuja-tak-kena-gaya pernah kena bahasa. kawan yang cuma kawan bersebab tapi beriya mangambil hati pernah terima ubatnya.

jangan bodek aku,
jangan puja aku,
jangan ambil hati aku;
kalau setiap bodekpuja dan ambilhati itu dipaksa demi mendapatkan sesuatu untuk diri kau sendiri.

ikhlas itu sesuatu yang kita tahu jujurnya.
takkan boleh dilakonpaksa.
takkan boleh.

kalau sungguh suka, kalau sungguh cinta, tak perlu dibuat2 --tak kiralah sesungguh mana. kalau diwayang pelakon paling hebat dalam dunia pun, kita boleh tahu kalau bodekpuja dan ambilhati itu propaganda semata2. kebaikan yang paling betul tidak ada mustahak dibuktikan pada sesiapa. kalau benar ikhlas, biasanya didiam sahaja.

"aku doakan kau bahagia"
betul.
bagus.
malangnya,
tak cukup bagus.

sebab apa?
sebab kau nak dia tahu kau doa dia bahagia.

kita tak perasan. sebab kita sudah biasa tunjuk kebaikan kita.
diajar untuk tahu kebaikan itu ada pada apa yang terzahir.
pelacur tak mungkin bagi sedekah pada pakcik buta, kata kita.
abang kopiah yang jeling pelacur tadi mesti akan bagi derma, rasa kita.

sebab jelas.
pelacur jahat total.
kopiah baik total.
fixed mindset.

jadi orang buat baik depan2 akan dianggap baik. walau kebaikan sebenarnya adalah antara topeng yang dipakai syaitan. berapa banyak kisah nabi2 dan sahabat dulu --masih kita tak belajar. kita; termasuk aku.

semua lupa cerita 'abid yang kerjanya beribadah seluruh hari dan malam tapi jatuh di kaki syaitan yang pada asalnya datang dengan imej lelaki soleh malahan lebih soleh dari 'abid tadi.
semua lupa cerita hawa yang makan quldi kerana dipujuk iblis dan bukan pun dipaksa dengan belantan yang mencambuk tulang belakang.

kebaikan itu sebenarnya mengerikan, wahai tuan2.

sifat bodek dan mengambil hati adalah perbuatan melakukan kebaikan secara eksesif dan berlebih2. bila tuhan sendiri selalu memberi amaran pada kejahatan setiap yang ekstrim, kenapa tidak kita percaya? tak ada manusia sempurna. sungguh! rasulullah yang ma'sum itu pun dipelihara; diambil jantung dan dicucikan ia untuk menjaganya; maka siapalah kita?

mungkin aku skeptik yang terlampau. sudah hilang percaya. mungkin juga. tapi aku mahu percaya yang tidak-menjadi-buta-pada-3-ism tadi akan memberi peluang untuk aku cuba menjadi adil.

tak termakan budi bermakna takkan terpaksakan untuk membalasnya.

kalau amin boleh bagi aku rambutan hari2 untuk aku suka padanya, bagaimana dengan raju yang tidak? kerana raju cuma mampu beli nasi untuk anak2nya yang perlu wang sekolah, dia tidak dapat memenuhi expectation "orang baik adalah orang yang memberi".

macam lepas sosilawati habis nyawa terhancur jasad tempoh hari, sibuk hendak cerita derma tahunan sejuta ringgit malaysia. buat orang2 yang beli tisu dari apek main piano kat uptown walau tak pernah guna tisu itu pun rasa macam palat.

tidak semua orang ada dusun rambutan, kan?

atas mukadimah tulisan aku hari ini, aku mahu fokuskan elaborasi aku pada politikus manusia. spesifiknya dalam kumpulan sederhana besar. dalam geng, dalam pejabat, dalam keluarga. tentang betapa ada begitu ramai manusia yang sanggup menjual integriti dan maruah diri demi materi yang pada hujung hari tak penting mana.

untuk keselesaan. wang. kuasa. kelebihan eksklusif. menjadi prioriti. selamat dari bahaya. jaminan masa depan. macam2 jenis alasan.

benar. banyak untung yang datang dari perbuatan melelong prinsip dan harga diri. hendak pula, apalah makna pun sesuatu bernama prinsip dan harga diri? ada atau tak ada; apa ada beza? punya beribu orang2 besar yang hidup dengan korupsi dan kejahanaman; tak ada prinsip dan harga diri pun, tak ada memberi kesan apa.

kalau sudah merempat,
hutang keliling pinggang,
guna apa prinsip itu?
penting apa harga diri itu?

bukan boleh jadi nasi.
kan?

kadang2 kelakar tengokkan manusia di keliling aku yang terjelir2 lidah seperti anjing itu menjilat tahi yang terlekat pada tongkeng pemegang2 kuasa. geli benar aku pandangkan seringai yang tiba2 ada bila mana pemegang kuasa berbual bersamanya. penat pun ada aku rasa, bila aku lihat mereka berebut2 ketawa galak2 pada jenaka yang sesungguhnya tidaklah kelakar mana. aku geleng kepala. teringin aku tanya: tidak letih agaknya?

banyak masa, aku tepuk kepala sendiri yang tidak reti main diplomasi.
susah, celaka! memang susah.
kalau tak kelakar macammana mahu ketawa?
kalau tak menarik macammana nak jawab aku suka?

"ya allah lawanya boss!"
padahal baju hijau striking, seluar purple neon, muka smokey eyes siap lipstik merah darah likat.

"yu dah kurus!! omaigot!!"
padahal pinggang yang terjembul macam buasir masih tersadai atas tali pinggang ketat.

"wai diden ai ting of det!! yu so smat la boss"
padahal baru tadi je kita bagi cadangan bernas tu yang mana idea itu cuma diekjas ayat sekerat.

adeh.

aku selalu beritahu diri aku yang bodek game ini tak semua orang reti main. walau hakikatnya semua orang boleh menang. semua orang kecuali manusia2 degil seperti aku. lebih jaga ego tahap langit dari berserah dan ikutserta kebodohan yang menguntungkan ini.

kenapa aku tak sanggup jemput anak pemegang kuasa dari sekolahnya?
bukan susah pun;
kawan2 aku siap tak pernah peduli minyak keretanya,
maka kenapa dengan aku?

kenapa aku senyum sedikit sahaja bila pemegang kuasa berjenaka?
bukan susah pun;
kawan2 aku siap boleh keluar airmata dalam ketawanya, bertepuk2 meja,
maka kenapa dengan aku?

kenapa aku tak tahu apa perlu aku respon bila pemegang kuasa bercerita kejayaan yang sebenarnya dicuri dari pekerja dan bukan dari dia pun?
bukan susah pun;
kawan2 aku siap pujipuja dia ke langit biru, bersekali dengan cekang mata penuh adorasi tak terhingga,
maka kenapa dengan aku?

jawapan paling tepat:
sebab aku bodoh.
dan sebab aku bodohlah,
hari isnin ini aku akan dihadapkan ke pengadilan untuk dijustifikasi.

yang mana aku rasa begitu ironi, kerana kalau antara pengadilnya adalah pembohong besar yang memanipulasi kebenaran dengan merekacipta situasi, bagaimana sesuatu itu boleh dipanggil "mengadili"?

*gelak sendiri*

kelakar bila pemegang kuasa sederhana lebih berdentum dari pemegang kuasa besar.
mandur lagi gah lagak dari tuan punya kilang.

sama konsep dengan orang tak berapa kaya yang beriya ke klcc dengan cermin mata lalat sambil hayun tangan berbeg kertas cap guess.

yang dia tak tahu--
guess tu, cabuk je kat luar tanahair kita.
tahap parkson je sebenarnya.
topshop zara MNG semua itu, sampah kat luar.
orang tak membaca je yang jadi obses dengan capitalism bangang ini.

maka pemegang2 kuasa taraf sederhana ini, seperti mangkuk2 perasan kaya tadi, lupa yang apa mereka sedang ada dan kejarkan itu tidaklah menjanjikan apa2. kuasa, imej dan pelbagai lagi jenis material adalah ilusi mata dan delusi kepala sahaja.

seriously,
apa yang kau ada sebenarnya?

kuasa?
setakat meliputi beberapa bangunan dalam perimeter tempat kerja, kuasa apa?
imej?
setakat dipandang bila dipandang, tidak dicari kalau kau hilang, imej apa?

kau sunyi. kau sepi. kau rasa mati. sebab itu kau perlu sebab untuk kau beritahu diri kau yang kau wujud. kau perlu konflik untuk bikin kau hidup. sebab kau rasa diri kau tidak punya harga tanpa social validation seperti ini.

kau perlu wang.
kau perlu kuasa.
kau perlu imej.
kau perlu dilihat berjaya.

kau terlalu memaksa diri untuk nampak sempurna sebab jauh dalam hati kau,
kau tahu kau tidak,
kau tahu kau siapa.

buli adalah antara simptom inferiority complex. secara saintifiknya, membuli adalah salah satu defense mechanism mereka2 yang takut dipandang kurang. membuli adalah satu cara membuktikan kuasa; perasaan mengatasi seseorang atau sesuatu yang lain adalah antara jalan untuk meyakinkan diri yang sentiasa merasa lemah.

merasa berkuasa itu sebenarnya satu ketagihan.
dan tidak ada ketagihan yang boleh berhenti di satu2 tahap.
ketagihan adalah kehendak kuat untuk mengulang kelazatan sesuatu substance;
yang mana apa sahaja dalam dunia ini pun kalau ditelan hari2, akan hilang sedapnya.

kuasa itu menagihkan.
sudah makan peha, mahu betis.
sudah rasa betis, mahu kepala.

maka bila seluruh perimeter dapat dikuasai kecuali beberapa kerat,
akan keluar semua jenis soalan2 dalam kepala --berselirat.

aku ambil contoh perempuan cantik yang sudah terlalu biasa menangkap pandangan lelaki. ke mana2 pasti ditegursapa, diajakkenal dan dipuja segala. di satu hari yang ada lelaki yang tidak mempeduli dia tapi teman baiknya yang jauh lebih buruk dan tidak lawa mana, pasti hendak dijawabkan.

"kenapa dia tidak suka saya bila semua melutut pada saya?"
"apa yang kawan baik saya ada bila wajahnya terlalu biasa berbanding saya?"

*senyum*
betul, kan?

dan mengambil situasi perempuan cantik ini tadi, cuba kita renungkan. siapa sebenarnya yang istimewa? perempuan cantik? lelaki2 yang mendapat perempuan cantik? teman baik perempuan cantik? atau lelaki yang tidak peduli pun sama perempuan cantik itu tadi?

jawapan kita akan berbeza2.

tapi bagi aku,
yang teristimewa pastilah lelaki yang tidak peduli pun sama perempuan cantik itu.
sebab bagi aku,
tidak berserah pada normaliti adalah misterius.
dan misterius itu bagi aku,
jauh lebih seksi.

siapa lebih kasihan?
perempuan cantik yang merasakan dia begitu dimahukan.
bila yang sebenarnya apa yang dia ada cuma luaran.

:)

aku mungkin pelakon bagus atas pentas teater. tapi malang sekali aku adalah pelakon yang paling hancur bila ada di realiti atas mukabumi. aku tidak reti untuk bermain2 dengan rasa. suka itu suka. tidak suka itu tidak suka. aku tidak mampu ketawa pada sesuatu yang baru sahaja bikin aku panas hati dan kepala. aku tidak mampu benci sesuatu hanya kerana kau bencinya dan mahu aku benci ia buta2.

aku ada akal untuk aku guna.

aku tahu aku ada peluang untuk selamatkan diri. antara pintu masuk kelab bodek adalah membuka rahsia yang paling hendak diketahui. aku cuma perlu beri apa yang dimahu, dan kepercayaan olok2 akan aku dapatkan. bodek adalah alat penting untuk memastikan kepercayaan tadi mengeras menjadi sesuatu yang lebih kukuh.

bodek is like the ultimate tool of maintenance we must never leave home without.

kalau ada orang acu pistol di tengkorak kiri kita pun, cara terbaik untuk lolos adalah dengan membuat si pemegang pistol itu percaya yang kita memahami dia.

betapa pentingnya konsep bodek ini.
:)

aku pernah dengar--
dalam dunia ini, tak perlu selalu jadi baik.
aku tahu.

tapi aku juga tahu yang dalam dunia ini,
kalau hidup tak ada prinsip,
baik mati.

32 comments:

Wan Mohamad Shaharudin said...

huh..penuh makna

mirot. said...

Buat fikir panjang dan dalam tentang entri ni.
Hmm, bodek?

TepeT said...

kadang apa yang aku baca benar, kadang apa yang aku baca enggak.

untuk yang ini ada pro n con.

tapi pada yang benar, aku tepuk bagi kencang.

Jef Hadi said...

haha. bodek itu sakit, walau zahirnya macam best gila. haha.

cik nurulain said...

nicely done. opps, itu bunyi macam bodek ke? if yes, saya tarik semula.

fynn jamal said...

tepet:

bagus. bermakna kau antara manusia yang tak takut guna akal. :) setuju pada perkara yang kau percaya. tak setuju pada yang tidak. senyum pada yang iya. tak melenting pada yang tidak.

aku perlu ramai lagi seperti kau.
:)
dunia perlu ramai lagi seperti kau.

Kasut But Ceri Merah said...

dalam dunia ini sape yg jadi baik, slalu aja di pijak-pijak.

yang jahat selalu aja menang.

sakit :(

morsmode said...

yang sebenarnya hidup itu untuk mereka atau diri sendiri?

hafizmohamad said...

terimakasih:)

unjunk said...

hurm..ak ska entri ni..msih ad lg org mcm raju n lelaki yg x pndng pmpuan cntik 2..org yg ad prinsip je tau gelak pd bnda yg x klakar lngsung 2 ssh..pnh alami situasi ni n ak trpksa byr dgn hrga yg mahal sbb prthankn ego dan prinsip "salah-mnta maaf,btol-lawan!"..prinsip yg x la mahal mne yg buatkn ak khilangan krja..xpe,bumi Allah ni luas..rezki ad je d mne2 dan bknnye 'mereka2' 2 yg bg rezki..ak kje dgn 'mereka2' x brmkna ak krja utk 'mereka'..kalau ye pn wartakn skali kt iklan jwtan 2 "pndai kipas,cpt naik pngkt"profesional konon..maaf kalo ktrlaluan..tp ini ap yg ak rse..yg len trsimpan d ati..biar brdarah x mkn..jgn mkn darah kwn..

Anonymous said...

rileks sudaa... jangan fikir sangat la bende 2 ni... da tuhan ciptakan manusia pelbagai ragam pelbagai rupa , yang perlu kita hadapi ialah untuk adaptasi kehidupan ... :)

Y said...

Kak Fynn, Buku Ranap masih ada lagi? Takut2 dah tak ada. Kalau masih ada, nak buat tempahan minggu ni asap sbb sibuk final :D

Terima kasih.

paRi2 hiTAM said...

bodek?
buat aku pikir balek brapa banyak kali aku membodek?
bila kiwa jiwa aku nk teranjak ne
like tepet banyak2 (:

Farhana Ahmad said...

love it.

Qistin Fadzin said...

fynn, nak suggest 1 buku...
A NEW EARTH - Awakening to Your Life's Purpose by Eckhart Tolle. You'll love it...

Apa ni tetiba? Takdak kaitan...

Of course ada kaitan! You just put the essence of the book in situational descriptions all in one entry... :)

Anonymous said...

AWWWWWWWWWWWWW.
Sukaa! :D

As said...

workdays aku keje 8 jam sehari.mengadap feel ketua yg kaki ampu.pemegang kuasa bercerita kejayaan yang sebenarnya dicuri dari pekerja bukan cerita baru.n org2 keliling yg penuh agenda sendri.penat!!

dan xlupa, ramai xfaham ikhlas tu hapa..

aku yg egonya tahap langit juga.

Pedy Shah said...

"sama konsep dengan orang tak berapa kaya yang beriya ke klcc dengan cermin mata lalat sambil hayun tangan berbeg kertas cap guess"....hahahaha,ske part ni...mcm penah berhadapan dgn org cmni..

Pena Patah said...

'tdk berserah pd normaliti adalah mieterius, dan misterius itu bg aku jauh lebih seksi'

anda buat saya tersenyum kakak...=)

shooting for the star said...

Orang yang kuat membodek selalu tersenyum puas bila boss naikkan pangkat tanpa bekerja keras.Bangga diri kerana dengan membodek je dapat naik pangkat,naik gaji,kalau buat salah ape2 pun boss tutup mate je.Buat tak nampak,buat2 tak dengar.
Dulu masa buat part time kerja jumpa dengan orang-orang mcm ni.Dia punya bangga hanya tuhan je yang tau.Diorang ni tak malu ke dapat rezeki dengan cara macam tu.

Pada aku ada duit,ada kuasa semua orang hormat.Semua orang pandang dan boleh dapat apa je.
Orang yang tak de ni semualah yang selalu dipergunakan mereka untuk mendapatkan semua tu.

Lee Zha said...

hipokrit??

suma manusia hipokrit, x ada yg tdk.tp biar hipokrit kau ada thp.

kalau angguk2 geleng2 pd org yg mkn taik..mmg manusia hipokrit yg sial.

xda otak.

c h a said...

fyn, makayah aku banyak marah aku sebab aku anak paling kasar dalam rumah.aku tak pandai membodek.aku tak pandai mengambil hati. haha haha haha tapi aku tetap sayang diorang sampai bila-bila. bodek semua ni tak buat aku mati. aku benci bodek.

Ayyman Rahim said...

Kak Fynn, kita tak bodek bila kita puji, kita ikhlas bila kita rasa layaknya untuk dipuji :)

Anonymous said...

kak..da lama x reply email aku.haha..
u're stilln my best stepsister ever.lol.off topic.
-loserscarecrow-

LIYANA YAN YAN said...

pelik.. serba serbi salah...
dulu.. ada yang mengeji, dimarahi...
kini.. yang memuji pun kena juga..
hairan...
benar agaknya..
manusia tak pernah puas

fynn jamal said...

*senyum*

ahh~
jelas ada yang salah baca apa yang saya kata.

saya bukan bongkak dan tak bercukup dengan puji. tidak langsung. siapa2 yang sudah lama di sini (bukan sekadar satu dua entri) sudah kenal betapa saya paling tidak kenan puji puja di depan2.

doa sekali pun, saya selalu minta didiamkan. :)

entri ini ditulis khas untuk manusia2 yang berbuat baik dengan niat tidak baik. tentang kaki2 bodek di luar sana yang selamat hidup kerana bijak politik. tentang si bodoh2 seperti saya yang selalu jahanam kerana tidak reti memuji dan menjual prinsip diri.

tidak pernah saya tegah siapa2 hendak buat baik. kan?

tapi ah. usah risau. saya sudah terlalu biasa disalahfahamkan. apa saya mampu, senyum sajalah.

kalau tulisan saya ditafsir lupa diri, terpulang rasa. semua kita ada pendapat sendiri.

yang penting,
siapa kenal saya, kenal saya.
:)

zarahana said...

Belum kerja, jadi tak tahu deal dgn pemegang kuasa. tp salu bodek mama nak duit lebih. haha. ;)

penulisan yang bagus. isi hati yang kdg ku rasa juga.sgt jujur.

kutak jinggong said...

kaki kipas + kaki angguk kepala = pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang. Haih..

ken said...

perempuan cantik....teringat miss alia yang tak boleh dilupakan..gila...

Miss Ayumi said...

suke dengan ayat kak fynn. saye pinjam ayatnye ye kak!

http://ayumiwhite.blogspot.com/2010/11/bila-aku-betul-betul-meletup.html

eyzie.aliz said...

ada ya, ada tidak. setiap orang prinsip berbeda bukan? pada yang ya, syabas. penuh makna :)

Haikal said...

terbaik.. tp dalam keadaan dunia camni..nak menghindari bodek ni susah.. paham2 je la.. manusia ni xkan mengaku kalau da berak kat pintu depan klcc tu an..tp padahalnye taik die..ape yg anda kata memang betul lah..tq