Sunday, September 5, 2010

150 juta kerimasan

kalau aku cakap ramai orang malaysia tak suka berfikir;
kau kata aku tak patriotik.
kau kata aku suka kutuk orang.

kalau aku cakap ramai orang melayu kuat dengki, borak tak pakai akal;
kau kata aku tak cukup ajar.
kau kata aku tak sedar untung.

kalau aku cakap ramai orang islam tak tahu apa dia ceramahkan;
kau kata aku org neraka.
kau kata aku dah murtad.

habis tu,
kalau kau memang orang melayu islam di malaysia
yang mmg tak suka fikir, kuat dengki, borak tak pakai akal dan tak tahu apa yang kau ceramahkan;

macammana ek?

apa pun,
dengan penyataan keras aku di atas,

aku KOMFEM akan disebarkan di seluruh facebook, myspace, blogspot, tumblr, tweeter segala apa yang ada sebagai manusia melayu islam terkutuk di malaysia.

maka, silakan.
sebarlah, tuan2 dan puan2.
suka hati engkaulah.

tapi untuk siapa2 yang masih berbaki masa, akal dan kesedaran,
cuba tengok bukti aku;
tentang orang melayu islam di malaysia yang mmg tak suka fikir, kuat dengki, borak tak pakai akal dan tak tahu apa yang dia ceramahkan ini.

spesifiknya tentang lagu 150 juta yang setakat ini telah mengundang pelbagai perasaan love-hate dalam ramai kita --

yang suka
--suka gila.
yang benci
--benci gila.

malangnya, objektif untuk menggoyang dan merapuhkan aku itu gagal. kerana aku okay saja. bagi aku, apa yang penting, aku ada duit sendiri nak beli nasi.
kau suka tak suka macammana sekali pun,
jumlah duit dalam kocek aku tak ada beza.

kan?

------

tajuk:
kenapa lagu 150 juta dianggap haram oleh ramai orang yang bercakap melayu (tidak kira bangsa apa) di negara 1malaysia ini:

------

hujah satu:
lagu ini menggalakkan seks.
maka lagu ini membuatkan ramai anak2 luar nikah di luar sana.

jawapan aku:

err.. *diam sekejap dan terus gelak*

biar betul. di belah mana ye agaknya? baris mana, stanza mana yang aku ajar orang2 yang mendengar lagu ini untuk mengamalkan seks luar nikah? bahasa akukah yang begitu metaforikal yang aku sendiri tak perasan simbolism yang aku tanpa sedar sudah bagi?

tapi eleh...
kalau hard drive memang penuh porno,
kalau sudah memang kerjanya menekan butang repeat di scene2 ranjang dalam dvd,
tak payahlah nak kata benda2 bodoh macam ni yang buat org nak buat benda tak elok.

kamon la weh~

kelakarnya, kalau lagu negro dan mat salleh--
yang "i want to make love to you in this club" lah,
yang "my hump my hump my hump" lah,
yang "i wanna i wanna i wanna touch you, you wanna touch me too" lah,
yang "you so fine, i want you inside me" lah;
tidak pula dibising orang.

*terfikir*

oh sori. aku lupa. orang kita tak minat bahasa inggeris. hei~ bukan tak pandai omputih, okay~
kita yang tak minat bahasa tu. hello~ kita pandai okay~ kita tolak bahasa ni sebab kita yang tak mau dijajah itu okay~

maaf. aku salah point.
aku tarik balik.


hujah dua:

"aku punya manja kau saja boleh rasa, rahsia kita berdua" adalah ayat ranjang.

jawapan aku:

abah aku suka manjakan anak. tapi cuma dgn anak dia. dengan orang dia tidak kenal, dia garang; stok tak borak langsung punya, jenis yang buat muka kosong tak peduli apa. dia askar yang mukanya ketat gila kecuali bila dia bermanja dgn anak2 dia.

soalan aku, apakah itu bermakna abah pegang aku secara seksual?

apakah bilamana kita guna perkataan "rasa", kita mesti bersentuhan? aku tak faham. kenapa perlu semua benda kena relate dgn katil, seks dan kelucahan? habis, apakah salah bila aku sms kawan baik lelaki aku macam ni, "kau okay tak? aku tau kau tgh sedih. aku boleh rasa".

apakah aku sedang meraba dia?

*geleng kepala*
bahalol.


hujah ketiga:
lirik lagu ini terlalu bodoh, chordsnya terlalu bangang. maka lagu ini memalukan orang muzik di negara ini.

jawapan aku:

pernah jamming lagu m nasir? damien rice? atau chantal kreviazuk? atau bee gees? atau rod stewart? beratus lagi nama orang muzik besar dalam dunia ini yang boleh aku jadikan contoh pemanipulasi 3 - 4 chords.

kalau kau fikir semua lagu mereka cuma 3 - 4 chords sahaja, aku rasa secara aslinya kau memang tidak berapa cerdik.
pernah dengar perkataan 'variasi'?

lagi pula, kali pertama aku pegang gitar sungguh2 untuk dimainkan adalah tahun lepas. layaklah aku cuma ada chords mudah dan asas. baru tadika dalam dunia muzik, umpamanya. atau mungkin cuma aku yang rasa belajar satu-persatu mengikut tahap itu normal? anak2 sekolah rendah kita sudah ada peperiksaan matematik tambahan kah?

adeh~

kalau hendak sangat bikin review lirik lagu, janganlah dipilih lagu 150 juta ini. memanglah takkan terjumpa apa. lagu ini sesungguhnya dibuat dengan niat sinis. aku mahu buktikan bebelan aku dari dulu tentang betapa orang malaysia lebih mahukan lagu mudah dan ringan berbanding lagu puisi dan membeban. terus, aku ciptakan bunyi yang paling klise dan paling gedik tak tertahan.

keputusannya?
proven.

dengan tiba2 (atau atas gahnya video gadis bertudung labuh yang membawa lagu 150 juta dengan seorang penari latar yang juga bertudung yang tersebar di facebook: yang mana yang kecoh sebenarnya bukan pun lagu itu, tapi isu tudungnya. urgh!), ramai menjumpai aku.

ya. aku syukur. mereka sudi luang sedikit masa untuk mendengar bunyi2 lain yang aku biarkan terbuka untuk semua. sungguh, aku berterima kasih. walau datangnya kerana 150 juta, kekalnya kerana yang lain.

tapi itulah dia. point aku. lagu klise dan mudah adalah lagu orang suka.
150 juta adalah eksperimen.
bohonglah kalau aku kata aku benci lagu itu. aku cuma tak berapa suka.

aku punya gedikmanja kan rahsia.
HAHAHAHAHA.


hujah empat:
lagu ini begitu hina sehinggakan orang2 hebat malaysia macam m nasir, yasmin ahmad, ida nerina, afdlin shauki, harith iskandar (dan ramai lagi nama2 yang disenaraikan) akan tersompek dengan hinanya lagu ini. maka penulis lagu ini sampah kalau dibandingkan mereka2 itu.

jawapan aku:

i - beberapa artis yang dicontohkan bukan dari malaysia.

penjelasan:
sebelum apa2, izinkan aku menjelaskan yang m nasir asalnya orang singapura. tapi ah. entah apalah relevannya obsesi kita dengan kewarganegaraan. "buat malu org malaysia", "inilah contoh orang malaysia yang bagus" atau "malaysia bangga dengan dia".

setakat hendak pampang pada nama, jangan panggil diri engkau patriotiklah. aku geli. sokong malaysialah, support indie scene sajalah. cakap saja berapi. tengok barang dalam rumah, tak mungkin tidak, mesti ada berpuluh barang bukan malaysia. tak perlu jauh2, tengok telefon bimbit kau, dan tengok komputer yang sedang kau pakai sekarang. dari mana?

cuba ada duit lebih, takkan kau hadap beli proton kerana cinta negara semata2.
kan?

memalukan malaysia konon.
siapa kau nak bercakap untuk malaysia?

*tunjuk jantung*
patriotik tu benda dalam ni, dol.
dalam ni.


ii - beberapa artis yang dicontohkan membesar dengan english culture.

penjelasan:
menggunakan harith iskandar dan ida nerina sebagai rujukan; mereka datang dari keturunan bijak pandai, atau ayahbondanya profesional gred A, atau keluarga mereka sesungguhnya kaya-raya, atau semua ketiga2 sekali gus, sedangkan majoriti kita masih lagi dalam kategori working class.

separuh artis2 yang disenaraikan sememangnya western educated dan bertutur secara perdananya dengan bahasa inggeris. komfem la tak layan bahasa melayu kampung macam dalam lirik ni.

duh!!


iii - beberapa artis yang dicontohkan datang dari genre berbeza2.

penjelasan:
pelakon, pengarah, sasterawan negara dan lain2. pengkelasan sampel rujukan kau benar2 lari. bersyukurlah wahai tukang pembanding, kalau kau anak murid aku, pasti thesis kau tidak memenuhi kriteria kertas lulus.

lain kali, kalau mahu membuat thesis tentang perbandingan, sila pastikan ada karektor relevan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk perbandingan. kau tak boleh suka2 buat paper tentang beza rambut dengan ayam percik, kan?

*diam sekejap*
tapi kalau nak, boleh je.

topik: perbandingan antara ayam percik dan rambut.
1) ayam percik akan lebih lazat dengan sos. rambut cuma akan melekit kalau dibubuh sos tadi.
2) rambut di kepala boleh tumbuh selepas dipotong, ayam percik tidak. sebab dia sudah mati.
3) ayam percik bila berbau, boleh buat orang puasa jadi kecur. rambut kalau berbau, boleh buat kau hilang boyfriend.

aku boleh bagi 150 juta lagi perbandingan rambut dgn ayam percik. serius. aku suka main game macam ni.


iv - beberapa artis yang dicontohkan telah pun mendengar hasil kerja aku. live dan secara video. jadi jangan pandai2 bercakap bagi pihak mereka.

futnot: wallahi, tolong jgn baca perenggan seterusnya dgn nada bongkak atau apa2. sungguh. aku cuma mahu mempertahan diri sendiri.

didasarkan dari nama2 artis besar yang dicontohkan,

1) m nasir:
dia sudah dengar aku live. dia kata kerja aku ada jiwa.

2) a samad said:
dia sudah dengar aku live. beberapa kali. dan di dua pentas yang berbeza, dia kata pada penonton secara terbuka yang dia suka kerja aku. pernah sekali, dia baca semula hasil kerja aku depan semua.

3) yasmin ahmad:
arwah juga pernah dengar aku di youtube. komen arwah masih ada di sana. bacalah betapa sukanya dia pada salah satu piece aku.

haih.
aku pelik.
macammana orang besar seperti mereka boleh rendah diri dan terima aku dgn jujur;
sedangkan orang2 tak berbukti apa di luar sana itu pula yang sibuk menceramah ilmiah untuk menekan2 orang macam aku?

tolonglah.
jgn fikir dalam hidup aku, lagu ini sahaja yang aku ada. tanyalah org, lagu 150 juta inilah yang paling aku tak suka bawa bila aku naik pentas2 aku yang biasa.


hujah lima:
lagu ini membuatkan bangsa melayu hancor <-- ejaannya ditulis begini, mungkin ada releven pada mereka. entah. jawapan aku:

*geleng kepala*

ya. betullah tu. melayu memang senang hancor dengan benda2 sebangang lagu 150 juta yang bangang ni. melayu, kalau hancor, memang sebab aku. serius. sila sebarkan.

bukan sebab propaganda2 yang dikatupketat.
bukan sebab politik2 yang diperkosa amanahnya.
bukan sebab bisikhasut dalang2 yang kabur muka.
tapi sebab aku.

aku yang hancorkan melayu.
ha ah.

betul la tu.

------

menemui engkau2 di luar sana,
yang pokok pangkalnya memang dari awal2 memilih untuk prejudis dgn aku,
yang sudah ditetapkan dalam kepala untuk benci aku,
yang sanggup bukak blogger kosong, buat channel youtube tak bervideo dan cipta akaun facebook palsu,

semata2 untuk menyampaikan kebencian pada aku;
ini jawapan aku.

yang penatnya engkau.

:)
serius.
aku tidak peduli mana, sebenarnya.

bukan aku dapat singgit sekepala untuk setiap yang suka aku pun.
kan?

dan oh ye. sebelum aku lupa.
ada satu lagi komen yang menarik mata aku.

"kalau pun dah kawen, buat apa kecoh2 kat orang sampai tulis lagu pasal orang dah kawen?"

ini komen aku.
minggu depan, aku upload video aku main.
stok night vision punya.

baru betul2 haremmmm~~

115 comments:

joegrimjow said...

slamat hari raya 3 hari lagi

malas nak baca pasal org melayu ni
sampai sudah xkan habis
hehe

Anonymous said...

terus berkarya..!! (nak ckp tu je)

Nurul Chomot said...

nurul rasa 150 juta is a lovely song .. sweet sgt . x pnh plk terpikir ada kelucahan .
gilo apa org yg cakap lucah tu , manja tu maksudnya luas . bukan manja , bermakna romen kan . HAHA !
pedulikan org sis , maybe dorang dengki dgn hasil kerja org lain ..
teruskan berdiri , hee :)

Anonymous said...

3) ayam percik bila berbau, boleh buat orang puasa jadi kecur. rambut kalau berbau, boleh buat kau hilang boyfriend.

ini terbaekkk.. hahaha.

ahh pegi mati lah sama dorang. orang macam kau tak perlu kisah langsung apa dorg cakap. dan entri untuk mereka seperti ini pun tak layak untuk dorang. pegi mampos.

Anonymous said...

Biarkan sahaja mereka.
Takkan pernah sudah.
Kalau penat, diamlah tu Kak Fynn.
We'll support you :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kak Fynn, walau apapun, bila benda itu kita tulis dengan jiwa, orang yang takde jiwa takkan mengerti.

=)

dinafarhana said...

hahahahahaahaahaa!!!! cayalah!!! hahahahahahaa.. bongoks.. ntahpapentah.. sibok kacau fynn... haizzzz.. =.=' gudluck!! truskn truskn!

shahirahkhairudin said...

haish.. menjatuhkan orang lain, mengkritik tanpa ada rasional yang benar-benar bijak melainkan cakap-cakap kosong.. hah tu lah mereka.. persetankan je kak..

tetap ramai yang suka pada kamu dan karya kamu kakak..

dengan sejujurnya..

Zo Ahmad said...

hahaha gelak besar bile bace..
biase la tu,
manusia kan,
melayu kan,
mana boleh tengok orang lain ada kat atas,
mesti nak jugak tarik dari bwah,
mesti nak gak selak kain orang yg kat atas tu..
lumrah...

ringo said...

cuma mampu gelak. kah kah. sabar kak fynn

kekatu said...

wuts ever people say to me thats wut im not.~alex turner

kita tahu siapa kita.
siapa mereka.dan apa kehendak mereka.
kita buat apa yg kita suka, bukan apa yg mereka hendak.setiap org ada kefahaman masing2.ideologi sendiri kononnya.tap cuma kita tahu siapa kita.jadik, bykkan bersabar atas tomahan orang.

Anonymous said...

Salam fynn

rasanya, paradigma mereka dikaburi dengki.

aku rasa, kau bahan sensasi.
lepas ni mesti muka kau berada dimetro dan mastika. =)

selamat hari raya.
lepas ni aku kaji kau secara scientific boleh? hehe. *aku tak serius aku bergurau.

razaleigh

.o r k e d. said...

ah, bia kn je diorang. cemburu bila karya kak fynn dah femes.

AH said...

Salam, Kak fynn..

Biarlah tentang manusia2 yang selalllllllllllu nak cari kesalahan orang lain. Pantang sungguh lirik orang lain dipuja. Jujurnya, lagu itu menarik, dan ada 150 juta jiwa yang menyukainya. Jadi biarkan mereka yang picisan-picisan ini ya.

Mungkin diorang bengang sebab lagu diorang masuk youtube/facebook, tapi takde orang komen/suka?

A.H

hatifragile said...

hahah!
kak.
yang last tuh kool. hahahahahhahah

GRuNGe said...

Ades, 150 juta kali ades. Tapi lagu tu memang best.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

150 juta memang best~

liriknya dekat dengan kita,

ramai yang ada persamaan dengan lirik sebab tu senang diterima~

=)

Mimi Saidi said...

org melayu tu otak sempit ckit.xde hal..wat hal.hal kecik,dibesarkan..mcm2..

jnji aku suke 150 juta

.waniey jamaludin. said...

hahah...suke ini
"*tunjuk jantung*
patriotik tu benda dalam ni, dol.
dalam ni."

teruskan dgn karya anda.

Indrawanie said...

saya tetap suka lagu 150 juta tu kak fynn.

lirik sampai dalam jiwa. siapa takde hati je tak boleh rasa.

biarkan dorang nak kata apa. yang saya tau, saya suka. saya pasti kak fynn pun suka kan? dan ramai lagi yang suka.

selamat hari raya kak fynn :)

petak daud. said...

Ini lah cara melayu buta berfikir. Jenis nak jatuhkan bangsa sendiri. Tak seronok tengok orang lain bangkit berdiri. Babi. Dan semakin lama, makin panjang senyuman yahudi. Sabarlah kak.

Misya Idris said...

saya rasa lagu 150juta adalah lagu awak yg paling terus terang.lagu gedik yg x sesuai dengan imej abg john. Ha ha! Tapi kenapa mereka2 nak korek sangat pasal lagu tu hingga akhirnya elemen yg kata mereka lucah tu terkeluar. Atau mereka yang memang suka lucah-lucahan?
Lagu yang straight forward rajin je review.kenapa bukan lagu biar,kenapa bukan lagu lain?

Anonymous said...

Memang sekolah tak belajar Bahasa Melayu betul betul tu Kak Fynn.

Tenang saja. Mereka nak bising boleh buat apa?

(Y)

ENCIK TIKUS said...

biasalah orang melayu memang macam nie. kolot. opppssssss ...

Anonymous said...

ini betul2 kes takde modal untuk jatuhkan orang lain. kamon people! wake up!

hujah pertame je dah nak buat aku muntah.

150 juta tu best la wey! :D

go fynn

Sofiya said...

wanna know what i think? lagu 150 juta is the sweetest song. sampai harini pun saya simpan kat desktop, kak fynn, untuk senang play. biarkan diorang tu. diorang cuma ada satu perasaan je : hasad dengki.

nuridrin said...

haha. sebab tu, sebab tu.
tamakkan awak untuk simpan sini je.
simpan diam2.

ღKekunangpelangiღ said...

Mulanya tak percaya 150 juta milik Fynn Jamal lepas tonton Hana Zatie Cover, kenal Fynn Jamal pun sebab dalam blogspot.

Komen tersenarai dalam entry Fynn Jamal, ada baca dalam komen youtube dan lain-lain. Jangan risau, jangan hirau dan jangan hairan.

Jika ahli politik sesama melayu masih bertongtang aorta politik, bangsa lain tersenyum bila melayu jatuh. Dan tak hairan jika ramai melayu memilih untuk tidak mengundi mana-mana parti politik berasaskan melayu, apatah lagi bangsa lain.

Melayu kita semakin teruk, bukan semakin baik. Rasanya kepuasan merdeka pada 50 tahun dulu lebih bermakna untuk dicapai, banding sekarang menegak benang yang basah.

Kita menjadi kita, kita dunia kita. Satu hari, bila semuanya hilang hak demokratik, masing-masing mula menggelupur bila dijajah semula satu persatu.

Atas dasar kemelayuan, kita terus layu. Sebabnya, pepatah Hang Tuah 'Takkan melayu hilang di dunia', dibiasnya dengan pepatah Tun Mahathir 'Melayu mudah lupa'.

Fikir pakai otak, bijak bila berakal. :)

Carnation said...

biar apa orang cakap
yang penting sy suka :)

t h e s c r a w l said...

pelikye ade jugak org pk lagu nie lucah?
celah mn je lucah?
lawak2. hahahaha
btw tieta suke sgt lagu nie.
lgu nie sgt best ok! sweet!
trskn usaha fynn jamal!
lantak p org nk kate pe.
mulot org bukan mcm mulut tempayan leh ttp2.hehe

Selamat Hari Raya. ;)

Unknown said...

hey, aku pown nk join gelak skali...

gyahahahahahaahahhahahahahahaahahaha

terserlah bisik aty di situ...

1st time aku dgr lagu ni, simple tp sweet...xderk pown terpk ianya porno... -.-"

aku syak dorg nih pk jauh sgt...

KauYangFikirLucah said...

orang yang kritik tu yang otak lucah sebenarnya. bukan lagu ni.

maksud lagu yang simple dah jadi jauh terkedalam dan merepek tafsirannya.

Anonymous said...

kak fynn,
chill

aku suka je 150juta tuh.. dan aku taw ramai lagi yang suka..

yang tak suka. kau tolak je tepi..

t h e s c r a w l said...

kak fynn,sy ade buat skit psl entry kak fynn nie.
and sy de copy paste skit dr entry ni gk.huhu
nnt klu sng2 tgk la blog saya tittle "orang melayu"
bg la komen pape skali k. ;)

PuanPepel said...

saya layan jek... bground music kt blog laie...tpulang pada persepsi masing2...

[ a D D y ] said...

nasib baik wa x perlu baca entri ni sampai 150 juta kali..

panjang gila sis entri2 kali ini..

tapi wa sangggup baca..

sekali..

honey bunny said...

biar kan mereka terjun dengan labu2nya.. "lagu 150 juta = Lucah.." rasanya org yg berpendapat mcm tu yang berfikiran lucah.. *sigh..

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

biar 150 juta orang xsuka lagu ni pun.
tapi saya tetap sukaaaaa.
tafsiran orang lain2. so biar je la kot. betul hujah kak fynn. lirik lagu lain xdipedulikan pun.
rasanya betul kot.orang seni jek paham orang seni.
even saya bukan orang seni.tapi bila ada part yg terasa kena dgn hidup.boleh je suka dan hargai karya orng lain.
bertabah la kak fynn

elyse said...

mulut busuk tu kak
pagilamam :D

dill said...

Pertama kali saya dengar lagu 150 juta, saya sangat tertarik dengan melodi dan liriknya. Sumpah, tidak terfikir langsung ada unsur kelucahan dalam lagu itu. Sehingga saya terbaca komen-komen di Youtube.

Dalam hati saya, mereka ni bongok ke? Suka sangat buruk sangka & langsung tidak membenarkan otak berfikir. Ingin sekali saya jerit pada mereka. "Cuba kalian fahami ayat yang tersirat dan bukannya ambil terus secara literal atau bulat-bulat." Mereka tidak faham sastera. Kata saya dalam hati lagi, "Saya pasti mereka bongok!"

Haha!

Kak Fynn, saya mungkin hanya mengenali Kak Fynn secara maya. Tidak kenal di alam nyata. Saya ini antara ratusan peminat Kak Fynn. Teruskan berkarya kerna pasti ada yang menyokongmu dari belakang.

Salam Aidilfitri.

noor said...

orang yg slalu mengkondem, hatta slalu sgt mencari salah benda2 kecil mahupun yg besar .. adalah org yg secara batiniah nyer lemah tenaga batin atau x puas dr segi seksualitinya.. pedulikan mereka, teruskan berkarya.. (mulan jamila gedik2 xder plak diaorg nak kondem kat youtube)

Emira Darmia said...

dear kak fynn....

persetankan ape yg mereka ckp...cara mereka berfikir xkan pernah sama dengan cara kamu berfikir...manusia...sejak dari kecil dah berlajar menunding jari...walaupun dorang sendiri kadang2 x pernah paham ape yg dorang persalahkan....yang bercakap ttg unsur lucah tu sendiri la yg sentiasa fikir lucah..if otak dia betul2 suci..dia xkan ckp menda tu ada unsur lucah..musti fantasi otak dia begitu lucah hingga lagu yg xda maksud lucah pown boleh dia kategorikan sebagai lucah...lawak lah!!!


suka karya kamu...

Ayu Mahayu said...

biasalah ramai yg ada PHD ni. PERASAAN HASAD DENGKI!

i knew u. u just hang in there fren!

ajezahmad said...

Wow, well said. walupun sy x berp kenal Cik Fynn, tp saya agak bersetuju dgn beberapa point yang diutarakan.

Kesimpulannya, org melayu kita mmg cepat melatah. :)

lindaoff said...

"GILA"nya "mereka2" itu

! Nurida Ardy said...

salam kak fynn..

sgt suka dgn lagu 150 juta vrsi kak Fynn..

ummm..tu jew nk ckp..~_^*...

sgt2 suka....

mood time dgr lagu tuh: idup rasa happy..lucah???giler celah mana lagu tu lucah??

Farie Amrah said...

kak fynn btul2 marah ni.:)

terus kn berkarya. saya sokong kak fynn.
biarkan dowg nk cter gebang psl kak fynn, dosa dorg dpt. pahala kak fynn dpt.

selamat bkarya. happy eid fitri. :)

Love you & don't need it... said...

Explaining would only make a worse misunderstanding... (Elliot, T.S)

Those who love you don't need it.
Those who dislike you won't believe it.

~mesti mereka akan tetap cari point aje nak sedapkan hati bangang mereka.
~mesti mereka tertunggu-tunggu video nite vision itu. haha.

Pedy Shah said...

betol tu..
perangai xsenonoh org melayu yg mmg plg sgt xsenonoh adalah bile xsenang tgk org melayu sndri senang..wateva..
sabo je la kak fynn..

filzah aj said...

teruskan berkarya kak fynn! sesungguhnye mereka yang berfikiran cetek tidak mengerti apa itu seni.
dan juga,terima kasih atas nasihat akak.
:)

Ainee Cumi said...

I love u lah kak fynn..

jannahshahab said...

ini komen aku.
minggu depan, aku upload video aku main.
stok night vision punya.

baru betul2 haremmmm~~

aku suka ayat ko yg last tu..hahahaha...biasala tu, x seme org akan suka dan x seme org akan benci..jgn peduli..m nasir pon x seme org suka..tp ai like him so much..muehehehehe..

GRuNGe said...

Nak tambah sikit lagi komen sebab baru ada idea.

Kenapa nak cakap lagu 150 juta tu lagu lucah sedangkan banyak je lagi benda-benda lain yang lebih lucah di pamerkan di media cetak dan massa. Aku bagi satu contoh, iklan Jin Power tu, tu salah satu iklan yang aku rasa kurangggggg sesuai walaupun niat untuk berlawak. Tapi, masih disiarkan (aku tak kisah cuma aku quote untuk menunjukkan ada lagi benda lain yang tak sesuai).

Jadi, kalau sesapa nak kutuk kena bukak mata dan pandang sekeliling dahulu. Seperti biasa, manusia ni penuh dengan hasad dengki.

AqilahSuhaimi said...

xkan melayu hilang di dunia.
adat dijunjung agama dicicirkan
org mahhu tolong cakap orang nak amek kesempatan.
pegi mane2 bawak nama Melayu, nama Islam. tp perangai tetap mcm makan babi. haishh.
xpe la. kita yg melayu yg ader otak ni la kena tlg diorg. tu pun klu diorg mahu ditolong.

Anonymous said...

Aduh.. membazir peluru besi. Patutnya tahan jelah peluru getah mereka tu.

Bazir ilmu bertengkar dengan kaum lembu. Buang tenaga tekak bertengkar dengan kahak.

Owh.. usah risau. Mereka itu takkan mampu menggoncang media. Nak buka buku pun tak tau dari muka mana, tak payahlah mereka bermimpi.

p/s : Lucahnya lagu 150 Juta, adalah kala mana mereka sang-sang pendengki itu terpaksa mencarut setiap kali mendengar lagu tersebut. Sekian.

Mohzam said...

1st time aku dengo lagu tu dari blog member malam tadi..dan aku dengo berkali-kali...tak de yang lucah pun.

*geleng kepala*

Hmmm...kenapa lah manusia tidak lari dari sifat dengki?

uni.uni said...

salam kak fynn.
biarkan saje diorang.kalau 10 orang yang tak suke,ada 150 juta orang lagi yang suke karya kak fynn..huhu.
btw,teruskan berkarya dengan ikhlas.keikhlasan tu orang boleh rasa.ops!adakah saya tengah meraba kakak??hahahaha.

salam lebaran.semoga diberkati kakak sekeluarga.

Farah Rosni said...

nice one kak fynn.

F.A Hazim said...

Kak fynn,orang yg cakap lagu tuh lucah ialah org yg otak kuning rasanya!

terlalu berfikiran negatif!mereka lgsg tidak memahami mksud 15o juta yg di sampaikan.

peduli sama mereka
teruskan berkarya kak fynn (:

Nurul said...

tak suka pun dengar jugak lagu kak fynn.

ah kantoi besar dia disitu hahaha

Cieri said...

nape lah orang melayu asyik2 pikir pasal menda lucah2 eh?
tapi pendidikan sex takmo.
Taboo katanya.
at the same time abes sume menda nak dijadikan bahan penguat tenaga batin.tak paham tol.

pasal orang nak bising kak fynn kecoh kecoh pasal orang yang dah lepas kawen tu,waddehek?? hubungan yang dah halal,nak kena sorok2 pulak ke?yang haram boleh dan bangga pulak tayang2?
tak paham tol.

for me,ok j kalau married couple nak tunjuk2.tak kesah.itu hak dorang. in fact,my parents pun siap berpeluk2,pimpin tangan kat public.

"aku punya manja kau saja boleh rasa, rahsia kita berdua" adalah ayat ranjang.

?????
ayat aku punya manja kau saja boleh rasa,rahsia kita berdua memang kena ngan saya. sebab saya dengan orang lain kalah puteri ais.tapi dengan tunang saya,dengan ayah saya,mak saya,adik2 saya,saya manja.manja saya hanya certain2 orang sahaja yang boleh rasa.manja bukan macam nak kiss2 cemolot,nak kena hug2,etc

分けわかんないla malaysian.

zarahana said...

haha. kalau 'orang'2 yang tak insaf tue tak sedar juga. tak tahula. hahaha. ambi!

JuwitaSyafique said...

entri panjang yang buat fie rasa sesak. malu juga. kerana sesama melayu masih dangkal pemikiran mereka.

sebenarnya tak mahu beri pesan.
kerna tiada apa perlu dirisau.
saya kenal fynnjamal yang takkan terkesan dengan kebodohan ini.

cuma itulah,
fie malu membacanya.
sesama melayu masih begini gayanya.
haish~

Anonymous said...

Fynn,

I love your writings.It inspires me.seriously.
Those who hate you, I dont know what's their problem. Suka hati kau lah kau nak tulis pasal apa and macam mana kau nak tulis,kan? Dont waste your time on them. Its not worth your attention at all.

nurnuha said...

saya sentiasa suka kata-kata kamu..:) mmg ummpph!! persetankan la orang2 yang tak tahu menghargai..yang tahu cuma mereke mengeji..selagi bole, silap orang mahu dicari..

xordy said...

untuk support pasal chords basic. four chords song

http://www.youtube.com/watch?v=5pidokakU4I

Anonymous said...

best what lagi tu.adik aku yg kecik dok sebut "Untuk kali keseratus lima puluh juta" beberapa kali coz tak igt lirik tp still nak nyanyi.sapa bg komen yg pelik-pelik itu adalah jeles k coz dorang jeles dan jeles. haha. sakit aty hasad dengki punya pasal. kalau nak penuhi semua kehendak org laen, SUSAH.. baik penuhi keinginan sendiri dan orang yg kte syg,asalkan pd landasan yg betul.

nanchan said...

haha..
biarkan mereka benci,
x kira siapa..
mereka-mereka berfikiran kritis kononnya...
memang ada golongan begini..
tiada asal tapi cuma mencampakkan ke cemburuan disitu..
biarkan yang menghina,
terus maju fyn..
teruskan.....
sekeliling memang begitu..
mengabaikan adalah terbaik..

:)

Unknown said...

mmg sgt lucah!!!lagipun aku suka lucah!!

keep up the good work!!



p/s:greenday pn 3-4chord juge~~

Anonymous said...

ak nk komen gk r...
memndgkn ak da bce post ni...
mentaliti2 org2 yg dga lgu ni sume d tahap bwh ag...
so, dorg da slh terjemahkn maksud lgu ni...
mungkin yg wat lirik lgu ni org sastera yg ada byk maksud tersirat...

nazrinzaidi said...

Tak Melayu la kalau tak pesimis.
azali seorang melayu.

*gaya karamsing walia*

"macamtulah!"

*ramai tertunggu-tunggu video night vision lepas raya ni.hohoho.

karang puisi terus karang,
jalan kita ke depan,
bukannya mengundur ke belakang.

Anonymous said...

hai kakak fynn :)

berharihari tinggalkan dunia internet,baru dapat tahu ADA MANUSIA yang taksuka lagu 150 juta kakak. GILAAA gamaknya manusia tu. seperti TIADA OTAK fikir lagu tu lucah lah apa lah. sah! mmg diorang tu GILAAA.

tapi, hak masingmasingkan utk SUKA atau TAK. tak perlu layan diorang tu kakak. kita relaxrelax sudah. jgn biar AURANEGATIF diorang lekat kat diri kita. SENYUM SELALU kakak!! ;))

di kalangan yg taksuka, LAGI RAMAI YANG SUKAAA dgn karya kakak. terus berkarya ok! :))

salam aidilfitri~~

~nd85~

Sha Syalizz said...

gila panjang explaination.

150 juta ho hal beb. mereka yang tidak faham atau mereka jeles with your abilities. caiyok kak Fynn!

AnEs said...

wah!tak sangka ada orang boleh terfikir lirik lagu ne lucah.apekah?! masa saya dengar line 'aku punya manja kau saja boleh rasa, rahsia kita berdua' dalam kepala saya mknanye macam seseorang tu garang dengan orang len, tapi bila dengan orang yang dia sayang, dia manja and orang2 terpilih je yang boleh tahu.Its a go0d thing kan? kalau da tergedik dengan sume orang apehal?Itu saya yg fikir camtu..tak tau pulak ada orang boleh fikir terlampau dalam..hahaha

Anonymous said...

they are malays that never fail to make me laugh. happy eid mubarak fynn!

Anonymous said...

sangat sweet 150juta.... :)
peduli apa org kata..itu hidup kita...

qierana said...

haha! melayu,skit2 melayu... tp bguslah d sana masi mggunakan melayu sbg bngsa,tp tmpat ak melayu itu hanya bapa rumpun,bugis,bajau,jawa,kadazan, itulah jwpan yg d kami bg bila ada org tnya, ko bngsa apa? cheers!

FOUR LEAF CLOVER said...

hal remeh temeh tidak perlu utk diperjelaskan..buat penat..
biarkan mereka pukul gendang sampai masa mereka penat, mereka akan berhenti atau mungkin terputus tangan barangkali,mungkin selepas tanganya terputus masa itulah mereka akan berhenti menghina..
simpan tenaga anda utk berkarya itu lagi baik dari melayan mereka!!

"never to wrestle with a pig. You get dirty, and besides, the pig likes it"

Anonymous said...

"never to wrestle with a pig. You get dirty, and besides, the pig likes it!!!

si ngeng. said...

150 juta yg terbaik kot !!! cane blh termasuk ke arah seks ni ? jauh beza sgt. org kalau dah jaki, bukan taik pun die ckp busuk.


abaikan. nak lg byk2 lagu2 best!!

pujangga biru said...

tidak perlu lg cik fynn dipengaruhi dgn omong2 kosong mereka.....yg penting ketelusan berkarya.

segelintir yg tidak minat tu cuba membuat diri mereka sbg suara utk semua.

cukup la dgn satu post lepaskan geram.cukup la dgn satu video main.....heh

Nurul Ayu said...

aku suka gila lagu 150 juta...gedik yang best oke..hahaha

intanurulfateha said...

lucah celah mne
bongoks!

i lap u abe john!

http://www.intanurulfateha.com

illiii illina said...

let it be, kak fynn
biasalah,
manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain

papepun, teruskan berkarya :)

Anonymous said...

Haram kenapa pulak ngan lagu 150juta tu? Aku wat ringtone hp pe.. best la..

kau-alter-ego-aku said...

aku suka karya kau. peduli apa orang nak kata, asal kita buat apa kita suka.

benarnya, baru saja aku menjengah laman sesawang kau dan kau tahu apa aku dpt simpulkan? kau bagaikan alter-ego aku. nice. =)

teruskan!!

Unknown said...

Hai Sis ;P lagu u cute sgt. tade lucah2 pon. kalo na tgok lucah2 baik tgok vdeo teros. watpe na dengr lagu. huhu, btw nice song. ringan dan bersahaja )

Aimi Rosli said...

tak sangka pula macam-macam orang fikir pasal lagu ni. saya dengar best aje. tak ada yang pelik-pelik pun

Miss Shizu said...

salam...kak fynn, ubi kayu mane yg suke ati tengkorak dier jek ngate lagu tuh?/memang ubi kayu btol r....

saye salah sorg dr jutaan fans akak yg suker giler babas lagu tuh...sape2 yg pandai kutuk tuh bute seni...abaikan jek...

Anonymous said...

alah fynn,takyah layan sume org yg pengdengki tu.dorang tu takde ape nk buat la tu asyik nk kondem org je..

siti nur fadhilah said...

oke.sekarang paham pasal ape membe saya gemar sangat baca blog nih. haha.nice work.
memula tak tau ni lagu sape. tengok2 ade membe post kat FB. dengar lirik memang macam bangang gak. ingat girl tu suka2 nyanyi, saya layan je lah. rupa lagu awak ye lynn. :p rasanya lagu tu memang for fun. what's a big deal?lol

Bed Time Story said...

terus je berkarya. orang2 yang ada mata tapi tak ada jiwa macam tu lah.
saya suka karya2 anda :)

Hani Si Blogger Picisan said...

wahh~ xsangke plak diorg bleh review smpi ckp lagu tu lucah~
mase mule2 dgar lagu tu pun dah trus jatuh cinta dgn lagu tu...
sweet hape lagu tu...
"aku punya manja kau saja boleh rasa"
tu bukan lucah....
manja bukan setakat sentuhan, tapi dari pertuturan, tingkah laku, n mcm2 lagi yg bleh tunjukkan seseorang tu manja...
tak lucah la ayat tu...
haisshhh~ pelik bile diorg bleh berfikir smpi ke tahap...

kita digalakkan utk mendengar band2 indie la, sokong muzik tempatan la, tapi bile org buat karya?
dihina, dikutuk, dipijak!!!
yang diagungkan tetap karya dari sebarang mahupun luar negara...
apekah???

**hanya mampu tersenyum sinis & menggelengkan kepala**

anon said...

..[ohorggilapntahudukdiamkaludapenat]..
notakaki:lagu 150juta comeyh la kak fynn..
notakakilagi:seni tu benda yg halus..tak leh tgk gne mata kasar mahu pn sewaktu dgn nye..yg penting jiwa sesorg ttg sesuatu,yg len pedulikan..
"go go go kak fynn.." (^^,)v

Sarah H said...

i cant believe what u just wrote.
people really are that stupid?
gosh.

Hanna Razali said...

Bagi aku, walaupun kau tak bercerita tentang diri kau, tapi sedikit sebanyaknya membuatkan orang lain cemburu. Cemburu bukan apa, cemburu mahukan cinta mcm kau dan suami kau. Cemburu mahu kahwin juga. Ah, bak kata org, cinta org dah berkahwin ni lagi maniss.

Dalam dunia mmg akan ada orang mcm ni. And it doesnt help that our culture is afraid of change.. Kalau kita tak kena jajah dulu kita masih duduk ceruk tanpa perkembangan ilmu.

Unknown said...

Fynn paparkan la nama2 yg dengki tu. Paling kuat pun kita2 yg ada bole le kutuk lak apa yg diorg dibuat. Baru dia tahu .... suruh dia tulis lagu tgk ...

Myrara Hana said...

salam,
sis fynn. i just know dat sis ni org joho and rumah pun around tmn perumahan my uncle. hee, all i wanna say ape yg sis ckp tu sume btol. ta phm dgn org melayu kite nyy. frankly, first time tgk vid ny kt FB tp cover version pnye. sumpah gempak gle. tatau npe perlu tudung tu dipolemikkan. haisyy. lgu ny terbaekk! asyik dnga jea ulang kali sbb ta klise. eheh,apape pun teruskn berdiri. pedulikan jea pe owg cp.hee

badakbiru said...

haha..nak gelak juga psl lagu ni dikata ade unsur lucah...ngengs sungguh..
aku pon suke gile lagu ni...layanzz je dgr..rileks dan senang paham.
tp yg x bestnya..baru tau ini lagu fynn jamal..sowie fynn...:D

badakbiru said...

haha..nak gelak juga psl lagu ni dikata ade unsur lucah...ngengs sungguh..
aku pon suke gile lagu ni...layanzz je dgr..rileks dan senang paham.
tp yg x bestnya..baru tau ini lagu fynn jamal..sowie fynn...:D

Anonymous said...

ayat last sangat best.. ala ala paris hilton :)) :))

Nak rasa jugak... said...

ala tak nak tenguk video Fynn.. tak best lah tenguk saja.

Nak rasa jugak..hehehe

Mami Naufal said...

fynn~
ada jugak menda yg bole buat saya gelak arini..hehehe
150 juta mmg simple..tp sy teramat suka..sbb ia simple..
tahniah for the lovely song..yet simple

Anonymous said...

pada pendapat sya lagu ni tak berapa sedap jadi perkara normal lah kalau ada segelintir org nak tegur lagunya,liriknya atau kutuk habis lagu ni..
tidak perlu lah ambil hati.. pandang ia nya sebagai kritikan yg membina..

fynn jamal said...

anon:

nampaknya awak dah salah baca.
saya tak pernah kisah pun bila lagu saya dikata sedap tidak. dari dulu mmg tidak kisah ttg itu.

cuma saya agak mahu menjawab tentang lagu ini tentang seksual. itu saja.

saya sungguh tidak apa2 dengan komen2 dan kritikan; baik yang pedas, kejam, caci maki seranah semua saya tidak ada masalah. saya elok terima.

kalau tidak percaya, silalah buka youtube saya. semua saya senyumkan saja.

:)

jannahshahab said...

cepat2..jadikan 150juta komen..hehehhe

AdilaSalehhudin said...

hai fynn,, sy sangat suke lagu 150 juta tuh,,,
hope awk xberhenti berkarya,,,
lagu rentak simple n leyh dibawa mcm lagu nih,, mmg feel gile!!
hehehehhe,,
nway jgn lupe update lah kalo ade lgu u yang baru k,,
paper pon!
i sokong indie!! hehehehehehehe

luc 150 juta!

Unknown said...

cetek sungguh pemikiran dorg..just fhm untuk satu sudut bukanya sudt yang berbeza...I LOVE YOU does'nt mean i cinta youu it could be i syg you..its 2 different thing..jgn layan org cam nih...

CakapkuDuniaku said...

saye suke je lagu tu... hoho usah peduli kepada mereka yg ingin menjatuhkan..punya hasad dengki yang yang xsudah2... keep on dgn apa yng akak rase perlu... 150 juta kali... hehehe :)

Amira Yeyey said...

endahkan mereka
orang yang buta,pekak,tuli dan bodoh aje suka mencari silap orang
lagu 150 juta memang ada jiwa !
lirik yang begitu menikam jiwa,melodi yang simple tapi padat..best la weii !! x borink dgr hehe

Unknown said...

ak rs ok je lgu 2
mmg rngks n sempoi
stkt jd sntpn minda ok la 2
klu nk dgr sntpn jiwa dgr la dakwah
lgu rlex pas pnt mngrah kudrt...
pedehal.....

Anem Arnamee said...

Kakfyn..
aduh..bukan mereka tak fikir..
cuma mereka tak cukup zikir.

p/s: 150juta angka yang cukup banyak agaknya untuk mereka rambang komen ! :)

p/s: terus berkarya yo!<ops..

Anonymous said...

HAHAHAHA gelak besar.
what the hell lucahnya?adoi first time dgr dh suka.tak langsung terfikir lucah.bodo betul siapa ckp tu.hahahahaha noobs" smbung gelak lagi. k.fynn well done! best apa :)

Sarah-sireh said...

kenapa mereka berfikir sejauh itu? ternyata otak-otak mereka tu dah tercemar dan tak suci..
sampai ke tahap ada kelucahan dan sebagainya... sangat tak masuk akal..
otak mereka yang biru, berfikir sampai ke situ..
sila abaikan mereka yang tak reti menghayati, yang hanya tahu berdiskriminasi dan membuat cerita bodoh membuta tuli, tanpa asas dan bukti.. okeh pegi jahanam sama mereka

Anonymous said...

salam kak fynn!

gila minat dengan hasil karya kak fynn!

ade sikit katakata saya buat

"mereka berkata tanpa berfikir!
mereka membaca tanpa menghayati!
mereka mengkritik tanpa melihat!
mereka menyoal tanpa mengkaji!
mereka takkan memahami seni
kerana seni tidak ada pada mereka."

terus berusaha kak fynn.saya menyokong anda! :)