Tuesday, September 28, 2010

nota pendek tak bertujuan.

kadang2 aku harap sangat aku orang paling kaya dalam dunia.
sebab kadang2 aku rasa aku macam penat dengan semua benda.
sebab kadang2 aku tak larat nak bohong diri aku --yang perlu ada cuma cinta.

sebab semua benda, yang untung cuma orang kaya.

september ke 30 macam berkejar2 untuk sampai ke tepi peha aku.
celaka.
gaji tak masuk2.
kalau masuk pun sekadar lalu.
setakat singgah untuk aku hulurkan pada segala jenis piutang yang ada.

kita kerja dari subuh sampai malam menjelma,
yang seronok diarak2, yang bahagia membakar harta,
tetap bukan orang bekerja macam kuli macam kita.

cinta itu cukup untuk hidup.
dengan syarat, kita takik kepala kapitalis2 yang meletak harga.
semua benda naik ringgit,
gaji tetap di takuk lama.

yang kaya tetap kaya.

ptptn pun nak minta balik.
beriya cerita kita semua tak malu hidup berhutang.
halang keluar negara segala.

ingat semua orang macam anak2 orang kaya?
yang habis kerja masih boleh lepak2 stabak tak kerja?
yang kerja pun kalau tidak di pejabat daddy, boleh terus ke luar negara beli master?
semua benda boleh beli.
jawatan yang layak dibagi dekat kita yang belajar ini dia bagi pada keponakan dia.

nak cakap kita elak bayar hutang konon.

tunjuk aku mana kawasan dalam kawasan selangor yang boleh kita sewa kurang dari 500 ringgit?
kalau ada pun, terperuk. dengan duit transport ke pejabat, sama saja. kadang2 berlebih.
takkan nak menyewa ramai2. dah kahwin, mana boleh begitu?

makan zaman sekarang kalau sepinggan kurang dari rm5, memang penuhlah kedai pemurah macam itu. untuk orang pekerja tegar macam aku, dapat makan pizza hut itu, masyaAllah, mewahnya. senyumnya sampai telinga.

itu baru makan, tempat tinggal.
belum benda2 lain lagi.
belum duit air api.
belum tiba2 kereta tak boleh hidup.
belum tak pasal2 demam seminggu keluar masuk klinik.

syukur aku tak ada anak.
tak sanggup aku nak jawab pada dia yang aku belum mampu untuk bagi dia segalanya.

yang untung,
sentiasa orang kaya.

30 september dah dekat.
aku nak merompak.
aku nak bagi suami aku segalanya untuk hari lahir dia.

sebab dia dah sihat.
dan dia buat aku bernafas semula.

27 comments:

Anoneemus™ said...

Syukurlah Tri dah sihat. Takpe, Fynn..tu semua dugaan. insyaAllah everything will be better in time (pujuk hati sendiri juga)

Asyraf Abdul Rahim said...

mungkin lepas dapat anak rezeki akak bertambah murah? mana kita tahukan? :P

|arieza| said...

wah bday tri ek.. selamat hari lahir, kata padanya ye :)

tapi beb, duit itu memang mampu bagi apa segala. kadang-kadang perihal nyawa!

hidup tanpa duit, umpama hidup dalam istana, besar ya Rabbi, tapi berapa penghuni? oh, tolak orang-orang gaji :p

hidup tanpa cinta, umpama hidup dalam gua, gelap yang amat.

:) pilih. hidup jarang sepenuhnya adil. cuma ada yang menghampiri adil.

stay stronger dear~ xxx

shahirahkhairudin said...

kirim salam sama arjuna jiwa kakak sekali dengan ucapan hepy besday..

aaa.. kita boleh hidup dengan cinta, dengan syarat takik segala kapitalis.. aku suka bait-bait yang itu kakak..

Nia_dEeyA said...

salam

rindu rasanya menjenguk bolg kamu..rindu lagi meninggalkan sesuatu di situ...

betul fynn..aku juga kadang2 mimpi menjadi kaya..mampu lambak itu ini untuk yang aku cinta..tapi apa daya, aku jugak cuma kuli yang masih ditolak-tarik hutang sana sini..yang masih tangga gajinya di takuk ini tak tinggi2..

haih.."bersyukur dengan apa yang ada"..itu kata orang sekeliling tepi tepi..tapi yang rasa itu aku, bukan dia..

kutak jinggong said...

hi fynn..
bday aku pun 30 Sept tapi gaji xmasuk2 lagi..haih.. kalo mau merompak sila ajak aku sekali.. :)

susudalambotol said...

Semuanya serba tak cukup sekarang nih. Lagi banyak duit masuk, lagi banyak duit keluar.

Nasib ada suami dan anak.
Kuat sikit.
:)

si kosong said...

aii..ptptn cuma tau cakap tu ini..langsung x tau hal kita2 ni.

azniza anis abdullah said...

salaam
ye lah
i yg jadi housewife ni pun dah kene blacklist dah bayar ptptn
dah nama pun housewife nak bayar camane?

fynn jamal said...

kutak jinggong:

aku plan nak merompak jabatan landscaping cukuplah. duit dalam department tu, bukan penting sangat. bayar org2 tengah je lebih.

kasi aku projek landscaping satu, boleh kaya beb makan atas angin.

Deana Amane said...

selagi kita di MY, selagi kroni masih mencelah2, selagi tulah yang kaya makin kaya. yang kayap makin kayap...

cik nurulain said...

sabar kak. its ok. trust me, its the thoughts that counts.

jari | jemari said...

duit duit duit. tapi takde duit kite pun tak hidup.

GaDis CoMeL said...

gaji hanya singgah sebentar sebelum say goodbye.hehe

laguitu aset said...

Awak ada asset awak tak nak gunakan.
Awak tahu satu download lagu RM3. Tolak lain2 mungkin dapat RM1.

1000 download dah RM1000.

Tu Aziat lagu dia hanya kau yang mampu lebih sejuta download beb.

Jadi gunakan apa asset yang ada pada anda.

Kalau tak dapat RM1 dapat 50 sen satu download pun duit juga.

Download lagu kedalam hp ni cara penyanyi buat duit.

Promo di youtube, blog.. lagu apatu yang separa sex tu..hah..

Kalau tak tahu tanya..

aien said...

:)

alhamdulillah tri dah sihat.sbb klu dia sakit saya rasa awak pun sakit sama.kan?

fynn jamal said...

laguituasset:

saya ada masalah pemalu tahap dewa.
saya tak rasa lagu itu cukup sempurna untuk dijual2.

lainlah kalau betul2 dibuat elok.
saya malu jual orang barang tak ada kualiti. saya dah diajar bagi servis yang terbaik, kalau tak, kesian duit org.

macammana...?

crazy_labelle said...

kalau kaya sgt pon nnti kene bunuh... T_T

laguitu aset said...

Pertama memang diakui anda ada sikit complex rendah diri.

Tapi kerana ini periuk nasi anda dan keluarga so anda perlu atasi.

Anda notis, bila Siti mula menyanyi dulu, lagu asli cover version. Dia kata hanya untuk menambah khazanah lagu melayu. tak ada peminat pun.

Ikut philosophy ini. Berkarya untuk menambah khazanah muzik melayu. Kalau diterima bagus. Tak diterima tak menjadi padah.

Tak siapapun notis. Karya menimbun dihasilkan. Apa yang anda boleh buat hanya keluarkan karya anda.

Soal laku atau tidak soal kemudian kerana modal anda jika indie sangat murah. Hanya masa anda dan kawan2 anda.

Kalau nasib baik ada yang ingin download berbayar bukan yang pirate.

Lagu 150 juta separa seks itu sudah cukup bagus untuk first single. Ada kontroversi sikit lagi bagus. Liriknya remaja2 perempuan suka.

Itu saja. Fokus kepda berkarya. Jangan perasan. Bagus atau tidak bukan anda yang tentukan. Kalau ada yang suka download itu sudah cukup. Kalau anda fikir bagus tapi tak ada orang download buat apa?

Just buat as many single as possible. Katakan satu lagu 100 download saja sebulan. 10 lagu dah RM1000 sebulan jika dapat rm1 per download. Takan 100 download pun tak dapat.

Jangan fikir over sangat. Over thinking. Ambil attitude..This is Fynn Jamal. Suka atau tidak terpulang kepada pendengar. Dia orang yang akan bayar.

Kalau masih malu, ingat periuk nasi anda. Ini lah kualiti anda. Anda tak boleh improve lagi. Nak malu apa?

Taylor Swift ada lah pemuisi. Dia hanya nak buat lagu country. Tapi kerana ramai suka lirik dia, dia jadi pop sensation. Forget the crap about lagu puisi. Tenguk saja taylor swift atau eminem.

Rekod dan masukan dalam download website. Dan tunggu wang masuk...hehe .

5% untuk penasihat..jangan lupa.


Begitulah orang lain jadi kaya. Mereka berusaha...anda juga boleh...

fynn jamal said...

laguituaset:

kau jadi manager aku la, tuan penasehat~~ ahahah.

aku tak tahu prosedur. aku segan nak susahkan orang. kau tahu siapa2?

jannahshahab said...

fynn,
aku setuju sama itu laguitu asset. ko jgn malu2 da..kko tahu, ipar aku siap hafal lagu 150 juta tu..mak aiihhh...come on dear!
u can do it!nnt aku jd org 1st download lagu ko yek!

itawazi ahmad said...

fynn, saya setuju dengan lagu itu asset.

setuju kerja kamu bagus.
setuju kerja kamu boleh jual.
setuju kamu ada sifat rendah diri yang kompleks.

percaya lah penyokong kamu lebih ramai dari haters kamu. haters kamu, screw them.

lagipun, KAMU PUNYA GEDIK KAMI SAJA BOLEH RASA...

all the best girl!

happy bday to tri. (takutlah tak kenal.. tapi sebab stalk blog kamu terus tri itu macam abang sendiri aje main sebut nama).

laguitu aset said...

Fynn, I boleh tolong jadi penasihat siber hehe.

Cuba kita buat satu lagu dulu k.

Cuba jawab soalan berikut:-

1. Lagu dah rakam ke?
Rakam dalam studio supaya soundnya ada kualiti. Kalau belum rakam, sewalah jamming studio mana2. fokus pada satu single je. 150 juta tu dulu .

2. Bukan rakam pakai camera phone. Kita nak sound quality. Bukan nak tgk muka. Pop song selalunya kurang dari 4 minit. Yg panjang tu lagu M Nasir boleh la. 3 minit lebih tu afdal. Get it, not more than 4 minutes. Adjust the song lah. Ini semua kena buat sendiri sebab indie kan?

Intro guitar dia, piano ke, pastikan jangan lebih 12 saat. Kurang tak pe. Just nice for ring tone.

Rekod dua tiga versi lagu yang sama. Ikut formula di atas.

3. Tahu nak buat MP3? Selalunya digital recording ni ada macam2 standard. Minta yang MP3 version saje dari abang studio. Tahulah dia orang convert.

Praktis dulu sebelum masuk studio sebab studio kena keluar sikit duitlah. so kalau dah ready masuk terus rekod bukan terkial2 cari kod. Satu jam boleh rekod 10 lagu. 5 minit satu lagu..hehe. tapi kalau boleh dapat dua tiga rekoding yang baik dah kira berbaloi.


4. Lepas tu baru boleh submit kat internet website.

6. so yang penting rekod 2-3 versi dgn sound quality yang baik. simpan dalam MP3.

Itu dulu.

Arahan seterusnya akan menyusul selspas itu.. hehe

manenakcariduit said...

fynn..kau untung ada aset sampingan selain dari jadi kuli makan gaji..

aku nih..gaji ciput..pemiutang segala sibuk hantar surat cinta bertubi-tubi..

baru ni dapat brita kurang enak pasal kerja asben..

minggu depan dah due nak melahirkan pula..aku rase macam mahu meroyan je..

fynn jamal said...

laguituaset:

nantilah bila ada duit modal, aku cuba. kau sendiri tahu harga studio recording berapa.

manenakcariduit:

jangan tak tahu, aku perform biasanya percuma. aku minta duit minyak saja. itu pun kalau ada.

tak apalah. aku tak ada hati nak minta2. kalau mau dibagi, aku ambik.

kau kuat semangat. anak kau ada nanti, mesti lega.


kepada semua:

kita semua ada masalah duit secara spesifiknya. tak apa. sabar saja. selagi tak buka pekung sendiri, kita orait.

rezeki ada mana2. banyak2kan sedekah. percayalah. sempit mana pun, takkan mati tak makan.

:)

laguitu aset said...

fynn mungkin kena buat satu blog pasal lagu dan muzik je.

Senang nak ikuti perkembangan muzik.

Fynn boleh cerita nak buat secara akustik ke. Lain2 lagu in the pipeline.

Rekoding tu isu lain. Setengah orang siapkan dua tiga lagu baru rekod pun ok.

Nasib Fynn baik, Fynn masuk competition hari tu, so at least basic pasal composittion dan kritikan2 profesional dah rasa.
Di bandingkan dgn indie yang lain yang semua belajar sendiri.

Sayang kalau Fynn tak teruskan. Buat muzik macam buat lukisan. Sikit2 tambah dan tak pernah siap.

Dan royalti muzik bukan untuk hari ini saja tetapi untuk generasi Fynn juga. Macam hartalah.

Dan bila Fynn senang Fynn boleh tolong orang.. hehe mcm oprah lah..

Mrdjembe said...

birthday laki mu same ngan ayoh,sepupu dan bakal laki sepupu aku...hehe...slmt hari lahir wlpn da lambat..hehe