beberapa hari yang sudah, seorang kawan pena yang tak pernah aku sua mukanya datang dengan tertib untuk bertanya. malangnya kerana kesibukan dan kosong bahasa, aku tangguh2kan sehingga pagi ini yang mahu aku borakkan di sini secara tiba2.
sebelum aku lebarkan cerita panjang ini, izinkan aku kemukakan betapa secara peribadinya, aku sepertinya ada beberapa sahabat2 rahsia dalam alam maya ini. aku ada sedikit kawan2 sembunyi2 yang aku sendiri tidak tahu siapa. sungguh. entah siapa2 sahaja.
kerananya;
mereka datang pada aku dalam senyap dan gelap.
tak bernama, tak berwajah, tak bersejarah.
aku tidak pernah mahu tahu bagaimana manusianya mereka2 ini.
tidak, bukan atas aku ini arogan dan bongkak, tapi aku rasakan perbualan tanpa latar belakang dan salasilah sang pencerita adalah jauh lebih bagus.
pertama; aku tidak akan prejudis.
jawapan2 dan respon2 yang akan tercetus dari aku untuk mereka tidak akan tercela dek sifat aku yang sememangnya defensif bila mana ada apa2 yang cuba mencalar manusia2 yang aku peduli di keliling aku. aku tidak akan menyebelahi sang pencerita tersebut secara buta2. tidak juga akan aku sandarkan keputusan pada natijah yang aku suka sahaja.
kedua; aku tidak akan takut untuk telus dengan kebenaran.
kerana aku tidak tahu apa yang mahu didengari sang pencerita, maka apa jua yang aku kira suatu kebenaran akan aku luahkan tanpa ragu2. tidak perlu untuk aku jadi diplomat yang memanipulasi perkara2 kelabu; aku akan kasi hitam atau putih. senang, mudah, pantas dan bersih.
*senyum*
tanpa mengetahui siapa mereka,
aku tidak perlu menjadi hakim untuk sesiapa --
--kecuali berjujur pada ceritanya semata2.
berbalik pada alasan awal aku untuk menulis entri ini tadi. tentang sang pencerita2 misterius yang wujud berselang-seli dalam hidup aku. timbul dan tenggelamnya mereka ini, yang uniknya, adalah berganti2. jarang sungguh dalam satu masa untuk aku sibukkan diri pada beberapa penulis2 sunyi ini sekali gus.
jangan tanya aku.
ia masih misteri untuk seorang aku.
apakah mungkin memang ada nombor giliran berutus surat elektronik pada aku?
*gelak besar*
right.
menariknya, dalam puluhan penulis2 dalam kelambu yang berganti2 surat dengan aku itu,
percaya atau tidak,
lebih dari separuhnya adalah lelaki.
sekali lagi,
jangan tanya kenapa.
:)
namun baik lelaki atau perempuan, rata2 kisahcerita yang dihulur pada aku adalah berkenaan cinta --dan perasaannya menunggu cinta,
atau sudah bercinta --tapi dipijakhenyak pula,
atau mahu cinta --malangnya tak pernah2 kunjung tiba.
tak selalu--
tapi ada juga yang meriwayat hidup pada telinga aku ini yang begitu mudah dibekas perasaan.
ada sayu, ada marah, ada benci, ada sesal.
berpelbagaian.
dan di satu setiapnya, selagi sempat, aku cuba topangkan.
cuma hari ini, entah kenapa, fikiran aku tekun pada satu tulisan seseorang ini, mari kita namakan hadi. sejujurnya, aku rasakan setiap soalan yang dia ajukan pada aku tidak pun segar dan unik, jauh lagi baru dan pelik. klise, malahan. maka kenapa tulisan ini yang aku ketengahkan?
entah.
mungkin kerana bila soalan jenis ini ditanyakan dari seorang lelaki,
ada rasa yang sedikit lain.
atau agaknya,
kerana dia menulis dengan dakwat air jiwanya , aku dapat rasa seriaunya.
entah.
apa2 sajalah demi entri merapik ini.
haha.
lagi pula, pada seringnya, kita selalu disaji sendusayu seorang perempuan dalam berkasih.
jarang2, kita dapatkan bisu seorang lelaki. kan? tapi ah. bukan salah siapa2 juga. lelaki, sehancur mana dicambuk, selagi boleh, takkan diakukan pada sesiapa. susah benar hendak dikoyak katup bibir mereka.
haih...
*diam*
oh. kembali tentang hadi.
bismillah. semoga dipermudah tulisan aku hari ini.
-----
kes secara keseluruhan:
soalan jujur seorang lelaki tentang hubungan jarak jauh.
karektor:
lelaki --hadi
perempuan --aina
latar belakang kes:
hadi dan aina terpisah laut demi tuntutan kerja.
pada biasa, perempuan yang ditinggal.
dalam kes ini, si lelaki.
tempoh sudah berdua:
bertahun2.
babak pengenalan:
hadi rasa tidak sedap hati. aina jauh; dan pelbagai imaji melintas di lebuhraya fikiran hadi. dia khuatir; aina tidak punya sesiapa di tempat jauh. bagi hadi, dia bukan lelaki yang jenisnya mengawal tindak tanduk kekasih. cuma, bagi hadi, sebagai seorang lelaki, wajib bagi dia untuk menjaga aina.
plot pertama :
jam sudah lebih 12 tengah malam , aina di kejauhan mengkhabarkan yang dia masih di kedai makan. hati hadi terguris. bagi hadi, tidak manis untuk seorang gadis keluar di waktu2 sedemikian. dengan tulisan2 pendek lewat telefon, hadi memberi tegur . aina bidas dengan elok. aina bosan dengan sunyinya di ceruk sana.
plot kedua:
aina mempertahankan diri dengan meminta hadi tidak lupa bagaimana aina sentiasa beralah bila datang perihal hadi. aina bilang, sokongannya sentiasa penuh untuk hadi, maka untuk yang kali ini, hadi harus berkelakuan yang sama juga.
aina mempersoal kepercayaan hadi.
hadi sedih ditanya sebegitu sekali.
plot ketiga:
hadi mohon tidak lagi dimaklumkan tentang tindak-tanduk aina di jauh sana.
aina mohon maaf.
penutup:
sunyi.
-----
konflik:
soalan 1--
"fynn, bagaimana untuk ditenangkan hati saban hari terganggu dengan itu dan ini?
dalam masa yang sama, aku tidak mahu dilihat sebagai seorang lelaki yang cuma mengawal dan mengongkong apa sahaja yang dia buat.
dan aku juga tidak mahu dilihat seperti bekas kekasihnya yang tidak bagi itu dan ini.
aku secara peribadi tidak menghalang apa yang dia ingin lakukan dan tidak mahu membataskan pergerakannya. kerana bagi aku, selagi dia bukan isteri aku, aku tidak punya hak untuk menghalang.
tapi, aku tak boleh, fynn. bagi aku, lewat pagi bukan tempat anak dara duduk di luar. lewat pagi, anak dara harus berada di rumah".
soalan 2--
"kolotkah aku, fynn?
pemikiran aku sempitkah?"
----------
jawapan aku:
assalamualaikum, kawan. semoga kau sejahtera.
dua soalan kau tadi, aku pecahkan dua.
soalan 1--
cara2 menenangkan hati yang bergejolak:
berhenti hayunkan dia.
berhenti buaikan dia.
kalau dihayunbuai, takkan tidak bergerak2, bukan?
soalan 2--
kolot dan sempitkah engkau:
tidak. langsung tidak.
cara dibesarkan kita berbeza2.
interpretasi kau akan hal2 tertentu adalah tergaris dari pengalaman dan didikan.
itu definasi kau, kalau itu yang kau rasa,
usah malu dengan pegangan sendiri.
----------
*diam*
kes tidak susah. klise. biasa.
kan?
namun, menjadi aku yang banyak cecehnya, izinkan aku menambah2 sedikit2, walau mungkin ianya berada di luar kes yang sedang aku bualkan.
*senyum sedikit*
*menung sekejap*
tentang cinta jarak jauh:
aku kira, ramai pecinta di luar sana yang gagah merempuh ribut dalam cinta berjarak ini. aku perlu akui, aku bukan salah seorang daripada mereka2 yang hebat tadi. aku lemah, longlai, patah dan berderai bila dijauh2.
aku tidak mampu bersendiri kecuali untuk yang dua ini:
1) sekejap.
dan 2) aku yang mahu menjauh, bukan si dia.
tidak adil, aku tahu.
tapi dengan alasan "aku lari2 ke sini-situ, hati aku tetap pada yang satu" ini, aku terpaksa akui yang kadang2, perempuan ini sifatnya ada sedikit pentingkan diri sendiri. ya, tidak semua. seperti mana "tidak semua lelaki itu egois", tidak semua perempuan hanya memikirkan tentang dirinya semata2.
mungkin cuma aku.
yang ada masanya begitu degil dengan prinsip sendiri,
yang tanpa aku sedar, aku mengejami sang lelaki.
bergerak mengikut emosi sendiri. dengan jawapan-siap "aku tahu menjaga diri".
*gelak kecil sambil geleng kepala pada diri sendiri*
pandailah sangat~
tahu jaga diri konon.
haih.
futnot: aku tidak tahu apa ada perempuan2 lain yang mahu akukan hal yang sama,
kalau memang langsung tidak ada,
bermakna dalam dunia ini cuma aku yang begini sifatnya.
jenisnya orang yang seperti aku ini;
sunyi akan datang dalam peringkat2.
satu:
fasa mengunci diri dari dunia.
peringkat di mana tidak ada sesiapa yang mampu memahami diri. serasa seperti berseorangan walau sebenarnya dalam riuh. lalu, alang2 rasa begitu, baik dibuang saja keriuhan dan terus berteman kekosongan. di sini, si perempuan hanya mahu dijumpai lelakinya;
bukan orang lain.
tidak mahu orang lain.
jangan orang lain.
nanti habis diherdik,
mampus ditempik.
di peringkat ini,
perempuan itu kebal.
dua:
fasa terlalu lama tak dicari.
peringkat ini projeksinya adalah seorang puteri raja yang sudah hilang remajanya selama menanti di menara tinggi tak berpenghuni. terlalu lama menghitung saat untuk dicari, namun sepertinya tak ada yang peduli. sekelumit demi sekelumit, imannya pada bohong2 yang selama ini memberi gagah padanya akan terhakis. proses ini sememangnya memakan masa kerana seorang perempuan itu gagahnya tak tercabar dek langit tinggi, tak terpengkes dek tanah bumi. sementara berbaki, selagi bersempat, dia perlu diselamatkan.
di peringkat ini,
perempuan itu mula bersoal.
tiga:
fasa memujuk hati sendiri.
peringkat ini, hati yang dahulunya basah dengan kasih dan cinta mula mengering. perasaan mula membanding. soalan2 muncul dan timbul. satu-persatu yang dahulunya diikhlas dan diredha tak terlafaz mula terungkit dan terbangkit. kesedihan yang sudah terlalu lama dibiar tak berbasuh menjadi semakin berkulat2 dan seterusnya menjadi amarah dan benci yang meruap.
peringkat ini, perempuan itu mengental.
dan di peringkat ini,
perempuan itu sudah tidak kenal sesal.
empat:
fasa semua boleh pergi mati.
peringkat ini adalah yang terpaling jahat. terlalu-paling-melampau jahat. ustazah boleh terbang sejadah. iman boleh terpelanting bersepah. iblis boleh senang2 menerjah. susah untuk sampai ke fasa ini, selagi mana kita masih punya agama. tapi iyalah. kalau sudah terbuta dek ini semua, apa lagi yang mampu kita kata?
berselari dengan peringkat ini adalah hati yang mati. hati yang asalnya sarat dengan kasih, bila sudah terlalu lama terpejal dek taufan, memang akan kering dan mengeras. dan dari kekontangan ini, seribu macam lagi durjana yang akan termulakan.
vicious cycle.
orang hati ranap ranapkan orang lain pula.
orang lain tadi kemudiannya ranap lalu dia ranapkan orang seterusnya.
pusing2.
ia terus jadi lagi dan lagi,
sampailah ada yang nekad untuk tidak lagi terlibat dalam konsep bodoh ini.
atau sampai terlihat bahana2 teruk yang dimangkin dari setiap yang terjadi.
atau sampai tersesal bila adik sendiri diranap askar2 ranap yang juga penuh benci.
atau sampai terjumpa seseorang yang berbaloi untuk dikasihi.
*terdiam*
tapi berapa orang dalam dunia sempat jumpa seseorang yang berbaloi untuk dikasihi?
yang mengasihinya kembali, sama setara, sehidup semati?
haih...
ya. fasa satu sehingga empat adalah antara ramai perempuan dalam dunia ini.
benar, menyerabutkan.
susah. dan leceh.
kejam. dan bereceh.
tapi aku tahu lelaki juga ada fasanya.
namun mereka punya sedikit beda.
orang lelaki tak ada fasa yang satu, dua dan tiga.
sabar mereka tinggi. tabah mereka tak terlentur macam besi.
eh, lebih bahaya.
takut2, sedar2, sudah di peringkat ke-empat tanpa semena2.
tahan punya tahan, meletup terus pada dunia.
berdentum.
siapa kata lelaki tidak ranap?
*diam sekejap*
tak adil diskusi aku hari ini;
aku tak suka.
sebab tak akan boleh kita kata lelaki sahaja ranap. atau perempuan semata2.
tidak boleh.
sebab kita ada qais yang menjadi gila kerana laila.
romeo yang hancur kerana juliet.
berbilang kawan2 lelaki aku yang sudah tolak cinta kerana terlalu sakit.
sama tandingnya dengan laila yang terpecah kerana qais.
juliet yang bersepai kerana romeo.
sejumlah kawan2 perempuan aku yang sudah melelong diri kerana terlalu perit.
haih...
tak akan ke mana bual2 kita ini hari. langsung tak berganjak. tulisan entri ini tersorong dari banyak kisah di zaman2 yang sudah lama menjauh dari aku; baik milik aku atau orang. yang ada cuma borak kosong yang langsung tak relevan sama siapa2 termasuk aku. tapi aku yakin, dalam jujur aku dalam cecehbebel ini akan ada yang mengangguk2 kecil dengan hati sayu.
perempuan terutamanya.
*diam*
ah, perempuan.
*diam lagi*
mudah, sebenarnya, untuk buat sang perempuan tidak pergi.
kenapa perempuan suka lari2?
sebab sunyi.
maka jangan bagi dia sunyi. jangan bagi peluang pada sunyi untuk singgah dalam hatinya. agama kita sudah berkali2 pesan, seboleh2nya, jangan ditinggal2 isteri berlama2. sunyi adalah musuh utama perempuan. kalau kau masih terang ingatnya pada kisah hawa, ingatlah: ketika sunyilah si iblis datang dan membubuh cerita dalam kepala hawa.
perempuan ini fitrahnya tidak suka disendiri. ya, mulut mereka mungkin mengaku mampu dan gagah. tapi itulah dia. perempuan hidupnya perlu ada peneman gundah.
ya. memang mengada2.
tapi itu fitrahnya.
jangan bagi dia biasa bersunyi. kalau pun dipisah jauh, jangan biar dia tersedar yang dia sunyi. sebelum dia isikan kosong sunyinya dengan sesuatu yang tidak perlu, bersegeralah cari dia yang selalu menunggu untuk dijumpai itu. sunyi, bagi seorang perempuan, adalah pucuk2 kemurungan yang terlalu tajam dan mengilukan kalbu.
sebelum dia penat, kejar dia dan sambut ketentuan jatuhnya. jangan percaya sama bibirnya yang mendabik gagah, yang menempik takut goyah. itu memang caranya. perempuan perlu sesuatu untuk membukti perkasa.
cara termudah adalah dengan melupakan yang sebenarnya dia tidak lemah dan tidak terpatah;
dengan melakonkan watak sesasa badang dengan paling bersungguh dan meyakinkan, dengan harapan terbohong hati sendiri dan terus terpercayakan.
*diam*
ah. tersasar jauh aku dalam tulisan ini. entah kenapa menderu2 begini sekali, sampai berhenti pun tak mahu. maaf lagi kerana sudah berkali2 dari tadi tulisan aku ini terkeluar dari cerita asal. harapnya, adalah dalam seribu --barang dua atau tiga yang terkena di mana2.
*menung sebentar*
kembali kepada pangkal.
cinta jarak jauh;
apakah mudah, apakah sebal?
apakah pelik, apakah normal?
jawapan aku paling mudah. ada orang, duduk selang sepintu, jalan selisih bahu, tapi kalau sudah memang tidak mahu,
tetap takkan juga permata keluar dari batu.
tetap takkan menjadi.
tatap takkan mampu berdiri.
beginilah;
ada suami isteri tidur sekatil seselimut sama,
tapi kepala terawang2 di fantasi berbeza2.
ada suami isteri tak bersua langsung tidurnya, suami pekerja malam, isteri pekerja siang,
tapi bercinta berindu berkasih setiap masa.
jarak tidak menentukan apa2 sebenarnya.
tapi usaha dalam ilusi jarak itu.
kalau tidak mampu untuk memberi komitmen usaha seperti yang diharapkan,
kata orang2 lama, pasanglah percaya.
ada betulnya.
yelah, apa lagi yang daya?
percaya sahajalah semata2.
cuma kadang2, aku seperti sudah mahu berhenti menggunakan perkataan "percaya".
apa makna percaya?
yakin?
entah kenapa, aku nampak adanya sifat keterlaluan dalam percaya dan yakin.
seolahnya kita merasa posesif sama ketentuan.
merasakan seperti ada pemilikan.
"aku percaya dia takkan curi duit aku"
"aku percaya dia setia pada aku"
kita terlalu pegang sama kemungkinan.
sedangkan kemungkinan adalah sesuatu yang belum ada pastinya.
mana boleh miliki kemungkinan, tuan2 dan puan2.
percaya itu ilusi.
konsep yang tidak boleh diaplikasikan pada semua perkara.
bagi aku,
konsep percaya yang begitu;
yang berkeinginan untuk memiliki kemungkinan itu
--adalah salah.
bagi akulah.
"aku percaya dia takkan curi duit aku"
"aku percaya dia setia pada aku"
yakinnya~
kalau dia curi duit kau?
kalau dia curang sama kau?
macammana?
semua ini ilusi --konsep percaya ini.
kecuali pada iman yang kita janjikan pada tuhan, percaya adalah satu figmen yang samar2 untuk perkara2 berfizik.
jadi pesan aku, jangan terlalu gila dengan konsep percaya.
terutama dalam sesuatu serapuh cinta.
sebab nanti kau yang gila.
yang perlu ada adalah redha.
tapi bukan redha yang begini:
"aku lebih rela dia tidak cerita sama aku,
dari aku sakit mendengar cerita yang keluar dari mulut dia"
sebab syaitan itu jauh lagi gempak dari apa yang kita sangka.
putarnya.
pusingnya.
sebagai contoh, meminjam cerita hadi dan aina tadi;
kalau hadi minta aina tidak bercerita terus, untuk tidak memberitahunya apa2 langsung,
agar dia tidak perlu cemburu;
apakah hadi benar2 mampu untuk tidak mendengar kata2 hasut yang membisik:
"ada sesuatu yang disembunyikan dari engkau"?
atau
kalau hadi minta dia bercerita habis, untuk memberi setiap inci apa perbuatannya,
agar dia tahu setiap satu;
apakah hadi benar2 mampu untuk tidak mendengar kata2 hasut yang membisik:
"dia ini ada gaya tidak setia pada engkau"?
'percaya' patut bersekali dengan 'redha'.
percaya semua sudah ada ketentuannya.
redha dengan setiap yang sudah ditentukan dia yang kuasa.
cakap senang aaa.
cuba bikin tengok~
payah, weh!
:)
tentang hadi tadi,
sungguh, dari dalam jiwa aku yang paling pagi,
aku tidak rasa dia kolot.
walau sesungguhnya aku adalah antara gadis yang ada tabiat makan malam di mamak2 dan gerai2 kecil di uptown damansara,
aku tidak rasa apa yang dia rasa itu salah.
cuma nasib baiklah aku bukan aina.
hahaha.
kita semua tidak sama.
lain orang, lain jodohnya, lain pasangannya.
mujur tri jenis boleh terima asalkan aku tahu jaga diri dan nama.
asalkan dia tahu aku ke mana, dengan siapa, balik jam berapa, telefon hidup sentiasa,
dia aman.
tapi ah. biasanya dia ikut sama. cari kudapan tengah2 pagi.
hahahahaha.
*diam*
*senyum*
----------
untuk hadi,
kawan samar2ku,
jawapan yang paling tepat untuk aku bagikan demi menjawab soalan2 yang kau kasi,
secara pendeknya adalah ini;
kau terlalu cintakan dia.
biasalah.
wajarlah untuk kau cemburu, kawan.
dayus kalau tidak langsung ada perasaan.
dan tidak.
itu bukan kolot.
itu cuma suara seorang lelaki yang halus jiwanya,
yang tidak biasa terjauhkan dari cinta hatinya.
kan..?
*sengih*
aina begitu beruntung mendapat kau.
semoga dia nampak itu.
:)
21 comments:
adeh panjang yang amat!! lepas jumaat sambung bace semula!!hoh!
terkesan.
wah..panjang dan mendalam...
ada yg agak payah utk mendefinisikan...
kak fynn, kenapa terlalu memahami? sebab kita sama perempuan, kan? thanks, kak fynn.
ntah kenapa...
berderai air mata.
sayu.
baca dari mula sampai habis. terkesan. tak tau apesal aku rasa kau macam tulis pasal aku. itulah aku. seorang perempuan yang perlukan bukti untuk jadi perkasa. dengan harapan terbohong diri sendiri dan terus dipercayakan.
ahhhh. jiwa kau memang hidup, fynn.
kakfynn
sangat terkesan.
saya juga antara yang ditinggalkan kerana si dia mencari ilmu.
so,memang tepat sangat apa kakfynn cakap pasal sunyi.
terima kasih kerana menulis tentangnye.
kurang kurang saya tahu bukan saya sorang rase macam tu. :)
totally agree.
sebab posted fynn kali ni
lebih kurang tempek kena dlm hidup
berkesan dan bermakna
;]
jangan biarkan dia sunyi . ah , satu ilmu baru . :)
terima kasih kaka.
cinta jarak jauh, sulit memang. dikira dulu berhasil tempuh, akhirnya gagal lagi. entah sampai kapan.
hanya saja kalau dia tahu.
kenapa awak selalu tahu apa saya mahu?
Kenapa awak selalu rasa apa yang menyeksa saya?
kamu buat aku menangis sekali lagi...
sunyi...
kak fynn...ade sesuatu i enrty ini..trima kasih =)
kak fynn...ade sesuatu di enrty ini..trima kasih =)
saya suka cara kak fynn menerangkan sifat perempuan itu, sangat jelas dan benar sekali. fasa2 satu sampai empat itu pun, sangat memberi kesan kebenarannya.dan saya sangat setuju dengan kenyataan, perempuan dan sunyi adalah musuh utama..:) dan saya suke juga bab "percaya".. bukan ape yang kita selalu rasa, tapi ape yang kita nak percaya kita rasa..kan.
wau...
menarik cite nie...panjang gk lh...
rse mcm ade feel..
farhanzulhusmi.blogspot.com
kak fynn...
col la.. terkesan :)
kak fynn.
alamak.mmg ade satu pasangn nama hadi n aina yg saya kenal.
kebetulan.^^
best nya klo dpt jd 'AINA'
sesuatu yg jujur mmg slalunya akan meresap di jiwa...terkesan di hati...difikirkan...ditimbang-tara...disimpan sbg kekuatan untuk esok yg mungkin sama~
sy amik secebis utk di paste kan di blog sy ye kak fynn
nanti sy bg credit
terima kasih
Post a Comment