Sunday, June 13, 2010

kau ada suami

lewat ini, ada di banyak masa, aku mahu meneriak dan menghambur airmata tanpa peduli.
aku seperti mahu mempelanting semua yang menyentuh kulit aku walau di inci mana pun;
baik di luarnya atau di anggota yang tersorok dalam tubuh ini.

di banyak2 masa itu, yang aku mampu adalah bertahan dan bertahan.
dan bisikkan pada nyawa,
"jangan mati".

kerana ah, aku bukan lagi manusia asing yang tersalah tempat seperti dulu. aku bukan lagi penyendiri. atau itu yang aku fikirkan dari dahulu2 sebelum tertemunya tri dalam hidup aku.

setiap keranapan aku dahulu adalah sesuatu yang begitu pentingkan diri.
setiap siksaan yang aku jatuhkan pada jiwa aku telah aku biarkan tak terbela.
aku hidup itu yang mati.

ah.
kalau difikirkan yang dulu2 itu, jadi sayu.
menyebar kasih pada ayahanda segala, tapi terlalu bongkak untuk hanya memikirkan aku cuma. mahu mati, tanpa menghirau matinya aku ada mungkin mematikan dia.
mahu hancur, tanpa merisau hancurnya aku ada mungkin menghancur dia.

benar. emosi itu utama.
menjadikan kita manusia.
tapi ada dalam hakikat;
kunci agama kita adalah moderasi.

kesederhanaan.

*diam*

maka bagaimana.
untuk aku turunkan walau sedikit perasaan yang terlalu biasa untuk penuh.
ketawa biar sehabisnya.
menangis biar sepuasnya.

sudah biasa.

*diam*

lewat ini, ada di banyak masa, aku mahu meneriak dan menghambur airmata tanpa peduli.
aku seperti mahu mempelanting semua yang menyentuh kulit aku walau di inci mana pun;
baik di luarnya atau di anggota yang tersorok dalam tubuh ini.

di banyak2 masa itu, yang aku mampu adalah bertahan dan bertahan.
dan bisikkan pada nyawa,
"kau ada suami".

26 comments:

moderat said...

"tapi ada dalam hakikat;
kunci agama kita adalah moderasi."

Tidak ada moderasi dalam agama kita.
Yang ada adalah pemikiran logikal dan saintifik untuk menolak mitos dan dongeng2 Arab dari keadaan dunia hari ini.

ayunimadarina said...

yes kak fynn. fight!

fynn jamal said...

moderat,
maafkan aku, mungkin kau ada benarnya, tapi aku terpaksa sangkal pendapat kau.

islam sememangnya berlandaskan wasatiah. bermakna berpada2.

marah jgn terlalu marah.
sayang jgn terlalu sayang.
makan jgn terlalu makan.
tidur jgn terlalu tidur.
seumpamanya.

tapi ini akulah.
terima kasih atas pendapat kau juga.

mimie mohd sam said...

ayat klise
"To the world YOU may be only one person,but to one person You may be the WORLD"

breathe kak fyn,
panjang2,
satu-satu,

celebrate life
yeay!

Sloeko loe said...

baca-baca ya kak.

Sue Anna Joe said...

You've been thinking too much babe. Jom kita pergi scream park, kat sunway lagung. Macam best jek.

fynn jamal said...

anna:

itulah dia.
nasib baik kita ada suami yang kuat kan?

ringo said...

moderation in all, moderation in all

Banana said...

bertahanlah..

dumdum said...

kak fynn,

Rindu! Malam ni kak fynn ada di GB?

Marissa said...

heheh..suami yg "gagah segala" mgkin?? heheh

=) he do the best for you. n hoping that u do da same,sayang...

(nk nyanyi lagu PERMAIDANI La..)
hgehhe

beL cLoud9 said...

dan jgn lupa, "kau ada Allah, ada agama" juga ya.

wake up.fyn bole.yeh.

atiqahidrus said...

kak fynn.

tahniah msok keynote. (:

haja said...

mana hilangnya kamu???
saya sudah rindu..

Anonymous said...

kak fynn.I tgk key notes.you're awesome.especially part "gila" tuu =DD.good luck in keynotes anyway.xoxo.

mohd fadzil said...

Sabar gitu..

nUFAs said...

akak... akak masuk key note astro ria erh??..
best2 saya akn slalu tgk perkembngan akak. semoga akak menjadi komposer yg terbaek~

Anonymous said...

kakak, itu kamu ke dlm reality show astro, x ingat name, rase "key notes" kot, tgk sekali, name fynn, rupe iras kamu? kalau kamu. comella. fighting2!!! mahu lagu kamu meletup2.***hica*** wish u all the best.

Mustaffa Bukhari said...

salam kak fyn...lama saya x jumpa akak post blog baru....saya terasa bahan bacaan saya seolah sudah terkurag satu pencetus usaha saya berfikir terkurg satu.....

nosyamia said...

fynn kau peluk aku lagi tak ni?

Pemuzik Amatur said...

Hey Cik Fynn ok la composition hari tu kat TV, KeyNotes kat Astro Ria, yang M Nasir kata yang terbaik malam tu!

Cuma saya pernah tgk Fynn kat youtube, fynn suka guna semi tone ala new sound atau orang asli semiang. Dah agak mcm mana agaknya M Nasir nak terjemah gaya Fynn tu ya. Kalau komposer terbaik Malaysia kata lagu Fynn terbaik,itu memang istimewa.

Maybe musik pun kena bunyi semitone. M.Nasir tanya Fynn guna semi tone ke?

Memang part of the song. Alat muzik apa ya yang boleh ikut semi tone Fynn yang pelik tu ya?

Kalau tidak orang ingat lari dari chord sedangkan memang itu efek yang Fynn cari.

Tahniah..Fynn

fynn jamal said...

pemuzik amatur:

samalah kita. amatur. saya baru saja belajar pegang alat muzik. selama ini saya menumpang bunyi org saja.

terima kasih tentang lagu itu. saya cuba sebaiknya untuk kekal dgn jiwa dan dunia saya. malangnya itulah satu2nya masa yang mampu. lagu2 selepas ini perlu lebih pop dan kontemporari, kerana saya dinasihatkan utk mengikut arus. :(

tapi cukulah. dipuji m nasir, sudah terlalu indah. dan terlalu cukup.

ye. saya memang suka semi tone. atau kata org2 professional, saya suka sumbang. saya pun tak tahu kenapa. sekali sekala sahaja saya akan bernyanyi mengikut tone tepat; contoh lagu2 gedik saya yang bersifat pop dan kontemporari.

<-- yang mana tidaklah saya minat sangat, tapi rating download membuktikan lebih ramai yang suka lagu2 gedik tersebut. :(

alat muzik yang saya pakai adalah seruling, gamelan dan erhu. :) lain2 adalah midi2 biasa. itu semua terima kasih pada arranger yang gempak yang membantu saya.

terima kasih sebab sudi cuba utk faham saya.

saya sesungguhnya org baru belajar.

Pemuzik amatur said...

Jalan terbaik adalah membuat lagu untuk dijual dan membuat lagu untuk kita syok sendiri.

Sebab citarasa kita kekadang bukan citarasa market. Kalau citarasa kita boleh dibeli oleh market itu paling optimum lah.

Sebab itu dari dulu ada serious art ada popular art. Popular art untuk cari makan. Dan bila dah ada duit buat art untuk diri sendiri.

Fynn ada trade mark sendiri. Keep tu that. Lan,Kate Bush, Enya semua ada pelik sound.

Alanis Moriset pun pelik tapi dia dapat attention sekejap dengan lirik2 yang mengancam.

So nak jadi pelik ok tapi ayat mahu power dan ada humour mcm Eminem.

Just suggestions k.

Y u Z z 9071 said...

yes...kita ada suami...

;) flyyyys

Y u Z z 9071 said...

yes...kita ada suami...

;) flyyyys

Anonymous said...

hye kak fynn! love your music! baru je dengar 150juta..sahgat best! love the lyric...it is real..orang yang kat luar nampak ganas & garang, is actually somebody with a fragile heart..i mean..mudah tersentuh hatinya..=)

with love,
wawa