Sunday, May 23, 2010

gemuk




1994.
darjah 6.

percaya atau tidak, aku sudah buang semua bukti2 aku pernah hidup sepanjang usia darjah 3 hingga tingkatan 3. aku bakar, staple sampai berkali2 sampai koyak, siat2 dan macam2 lagi.

aku seperti mengharapkan diri aku yang dulu itu mati tak dikenang.
aku geli, jijik, benci dan malu menjadi yanti.

menjadi yanti, aku cuma terlihatkan sebagai si gemuk.
menjadi yanti, aku teruk dimalukan orang.
menjadi yanti, aku asyik terpandangkan sebagai si gergasi.
menjadi yanti, aku hanya dimainkan orang.

aku lupakan aku yang itu sedikit demi sedikit. dan benar2 berjaya bila aku jejakkan kaki ke universiti.
aku menjadi fynn,
dan aku bunuh yanti.

*diam*

tadi ketika aku buka laman yang satu lagi, satu2nya kawan yang dari darjah satu hingga ke tingkatan tiga sekelas mengepilkan gambar ini untuk aku.

untuk kali yang pertamanya, selepas bertahun2 dan beribu2 detik masa, aku pandang semula pada dia. si perempuan kecil yang hidup tak berarah, kecuali penuh dengan mimpi2 romansa yang dipandangkan selama 3 tahun dari ayahandanya yang tidak berapa2 kecuali menyembah diri pada permaisurinya yang menunggu hari untuk mati.

*tahan sebak*

mungkin. aku terlalu besar kalau hendak dibandingkan sama anak2 perempuan comel yang lain.
mungkin. aku terlalu pelik dengan kasut wanita berbanding anak2 perempuan yang lebih gemar kasut kanak2.
mungkin. aku terlalu buruk untuk menjadi si budak yang dicubit2 di pipi untuk kau ajak main.
mungkin. aku terlalu aku, dan untuk menjadi si sempurna itu, terang2 aku tidak layak.

tapi...
kenapa aku...

*airmata mengalir*

terima kasih wahai bangsat2 dan sial2 yang meyakinkan aku dari dahulu betapa buruk dan terkutuknya aku, kau semua memang anjing.

...

kejap.
bagi aku masa kejap.
mata aku tak mahu kering sekarang.



...



*diam lagi*



...


*ambil nafas*

sehingga hari ini, aku masih benci dengan apa yang aku pandang dalam cermin.
sehingga hari ini, tak mungkin tak ada satu pun yang tidak aku nangiskan bila melihat aku tanpa seurat kain.

kasihan pada aku. hidup tak tahu menghargai diri sendiri.

padanlah aku bahagia menjadi sampah.
padanlah aku tak kisah dinanah.
padanlah aku biar dipijak orang.
padanlah aku redha dilayan seperti barang.

pukimak.
tengok apa kau orang semua dah buat pada aku!
tongok, babi!
tengok!!

tahu tak perasaannya merasa diri itu buruk?
haa?
merasa diri itu menjijikkan?
merasa diri itu meloyakan?

*airmata aku meluncur2 saat ini. pergi mampos*

aku tidaklah buruk mana...
mungkin tidak secomel mereka2...
tapi aku ada jiwa...

kan...?

*diam*

"budak2... memanglah suka mengusik"

pergilahmampos.

habis aku? bukan budak2?
kenapa aku tak mampu rasa semua itu kelakar?
kenapa aku tak faham kenapa kawan2 sekelas ketawa bila cikgu suparmi ukur pinggang aku depan semua orang?
kenapa aku tak faham kenapa kawan2 sekelas berdekah2 bila aku berjalan semua orang mengajuk seperti tanah sedang bergoyang?

*diam*

maaf.
aku tak tahu apa yang masuk dalam kepala aku sekarang ini. aku cuma terpana. tidaklah aku buruk mana ketika aku kecil dahulu. tidaklah aku hodoh mana ketika di usia anak2 itu.

bertahun2 ini,
terbazir dengan membenci diri sendiri.
dan betapa kasihan,
sudah terlalu terlewat untuk aku ajar diri aku yang aku ini manis berseri.

*diam lagi*

padanlah aku tak dibagi anak.
kalaulah ada, pasti buruk seperti aku.
pasti diejek dan dan dihina2 selalu.

dan menjadi aku, akan aku ke situ dan tamparkan sial mulutnya.
biar ditanya emak bapaknya, akan aku laung pada semua,
budak2 perlu diajar:

cantik itu dari jiwa, wahai budak celaka.
bukan rupa tubuhnya,
bukan luar kulitnya.

79 comments:

#23 said...

tapi kakak comel!

*cubit pipi.

#23 said...

ahh, jadi budak gemuk memang tak pernah menyenangkan.

kita dijadikan bahan-ketawa-satu-meja tanpa dipedulikan apa kita rasa.


seronok sangat gamaknya jadikan kita bahan ketawa.

haih.

Anonymous said...

Nice...
aku x rsa gmok tu bkn stu bbn, sbb bknnya ko mntak jdi macam tu..
so jdi dri ko sndiri..
mgkin slapnya sbb ko msih kecil dan x mngerti dulu... bla org mngata ko sedih, bla org mngata ko terguris,

aku pon biasa juga djdikan bhn cacian dan umpatan, cma bezanya bkn sbb aku gemok.. :) tp ak x prnah nk cuba pdmkan ingatan aku pda aku yg dulu..

skang msti kau dah fhm.. sbb gmok kalau bbudi bhsa, cntik jiwanya, org akn terima, dan kurus tpi prangai teruk org akan mngata juga..

cntik bkn dr tbuh bdn, sbb bla dah dmakan usia msti akn bkedut..
tp dri jiwa yg mmbawanya.. slamanya kekal..

--CikBisu--

atn.yusry said...

tapi itu lah namanya kehidupan. kan? jadi satu panduan untuk kita teruskan hidup. Tuhan dah kata. Dia buat kita sebaik baik manusia. Cantik. Yang menghina, mereka menghina Tuhan. Pahala, kepada kita. Kan kakak? Biar buruk rupa, jangan buruk akhlaknya.

Loves, Aten.

ღKekunangpelangiღ said...

satu perkataan,
gerun.
2 perkataan,
usah sedih.
3 perkataan,
budak semua comel. ^^"

Anonymous said...

kak, jadi gemok kene bahan, apatah lagi yang kurus keding..mmg benci zaman sekolah dr ting. 1 - 3..mmg kene hanjing jer setiap masa..smpai mtk pndh sekolah..sobs smpai skrg sy xsuka sekolah lama sy..

violet said...

kak fynn, biar betapa cantiknya kita macam yang orang cakap ketika ini, kita masih tak dapat terima,kn?

i know how it feels like. really.
palitan luka silam sudah menjadi konflik jiwa sekarang.

sampai sekarang aku tidak pernah berasa yakin dengan diri sendiri.

amu mejie said...

biar gemuk asal bijak dari kurus tp bangang~ ........slogan budak gemok yg tringin kurus tanpa bantuan dr rozmey~ ...

Anonymous said...

kak fyyn.
saya pon camtu jgk dulu, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. mmg gemok sgt. org duk panggil saya kingkong, gajah. kalau ade bau kentot, msti saya yg kena. *dlm hati saya, babi ah mak kau yang kentot bodoh!
haha. tapi sedih jgak, hari2 pegi skolah ade je nak kene bahan.
until one day, saya kuruskan bdn, and mmg lain lah rupa saya. ramai org terkejut. saya pon terkejut jgk. saya diet, exercise, smoke. kurus. tapi saya tak berubah jadi confident, saya jadi lebih pendiam. and saya emo. saya gembira dpt ttp mulut org. fucker diorang tu, kalau diorang tu hensem/lawa takpe. it's ok. aku sabar, sampai hari ni :)

Adziim said...

Aku pun gemuk semasa sekolah. Sangat rendah diri.
Syukur tidak pula dikutuk rakan. Maklumlah sekolah rendah dulu aku sangat pemarah tak boleh orang mengata pasti aku tumbuk sebijik.

Tindakan mempertahankan diri.

fndrocka said...

aku tidak pernah membaca atau mendengar luahan seseorang yang dicaci fizikalnya sebegini mkn dalam.perasaan sebegini sepatutnya aku dan kita harus faham. perit sangat bila aku baca entri ni.cuma aku harap ...kita biarkan org mengeji..selagi kita tahu siapa kita dan menghargai diri sendiri.jangan menjenayahkan diiri sendiri dgn tidak respek terhadap diri sendiri.

Latest Entri : Peristiwa Subuh

rObOt said...

saya tahu jawapan saya agak klise,
dan mungkin menyakitkan hati.

ape yang ada skg pada fynn jamal,
rasanya terlalu banyak indahnya dari masa-masa itu,
walau saya tahu, masih ada kekurangan yang ada skg,
tidakkah itu yang akan dibayar oleh tuhan, pada masa yang depan? sama macam dulu.

saya bukan sapa-sapa,
untuk mengatakan,
bersyukurlah kak fynn,
bertabahlah kak fynn,
bersabarlah kak fynn,
berkuatlah kerna tuhan sedang menguji kamu!
saya bukan sapa-sapa pada kakfynn.

kamu lagi arif dari saya.
manusia itu, kalaulah dia tahu,
apa segala yang dia minta,
lagi tinggi nilainya Allah bayar di sana nanti, nescaya skg juga dia minta tuhan tidak membayarnya cash.

tahukah kamu bahasa jiwa kamu,
membuatkan orang-orang menjadi bahgia. merasa gembira walaupun tidak pernah bersua.

rasanya org2 keji itu harus diterimakasihkan dan dimaafkan,
kerna ada di depan saya, kak fynn jamal yang seadanya.
perempuan yg mereka keji dulu-dulu,
skg menjadi kesayangan kami hari-hari,yg membahgiakan hati-hati kami tanpa dia sedari.

maaf kak fynn.
segala terbaik untuk kamu, kak.

.akmar.

Anonymous said...

betul kak fynn
bosan dengan perangai manusia
bukan semua, tapi tetap ramai

gemok salah
hitam salah
pendek salah
banyak jerawat salah

prinsip gila mereka
perangai burok tak apa
janji cantik
janji pandai menggedik
janji pandai mengipas

ntah hape-hape

oh farah said...

sungguhnya kita hidup ni macam roda.
bayangkan apa yang mungkin jadi pada sundal-sundal yang bicara macam haram tu. mungkin pada anak-anak, mungkin pada cucu-cucu. tengok mampu tak diorang ketawa kalau jadi pada keturunan diorang. :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kak.
sampai sekarang pun orang akan panggil zara gemuk, zara hodoh~dijeling2, dipulaukan hanya sebab rupa.

dan mungkin itu salah satu sebab kenapa zara takut beri komitmen~sebab siapa yang sudi pada orang macam zara?

kak fynn hebat~
kuat~
mampu harungi segala cabaran~
pinjam kekuatan kamu kak~
moga zara bisa melangkah terus ke depan~

kak funn comel.
cuba ambil gambar muncung~
lagi comel~

biELa said...

akak buat saya ingat waktu saya sekolah dulu. T___T

Anonymous said...

hi.
first time masuk sini dah terbaca entry sedih ni [trust me,awk dh buat sy sebak sedikit].
ermmmmm....

sy gemok.

yeah-nampak hodoh sgt tambah2 sbb sy pendek.so terus jd pokok rendang.
bole x sy nk share pngalaman sy?bole laaa eh..utk dikongsi.

act sy bru umur 18.

sy sedar sy gemok tapi apa nak buat dah nasib hidup dr kecik mcm ni.normallah kutuk2.sy x terasa sgt apa2 masa zaman sklh menengah form 1-3 sbb sy sekolah agama+semua perempuan=semua baek x maen kutuk2 org.tapi semuanya berubah dan mengajar sy utk terima realiti dunia masa sy pindah seklh bru form 4-5.

sy masih ingat masa form 4,sy dan rakan2 sekelas buat jamuan.rakan2 kelas lain yang tak diundang pun datang menyemak and u knw wat saya terdengar sorang mamat setan durjana berkata2 dgn kuat gile kalah mikrofon:

"ko jangan jadi macam dia ni!!dahlah gemok pendek pulak tu."

wtf,bila sy dengar terus sy rasa downnn sebb sy tahu kata2 itu ditujukan khas untuk sy.

sy sedih,malu,menangis diam2.

kawan2 sy sedar sy spchless,diorang langsung tak gelakkan lawak bodoh tu.
terima kasih pada mereka.
habis je jamuan,sy bagi semua baki kek,biskut satu balang yang tak habis pada kawan baik sy.sy tak sanggup nk makan apa2 hari tu.mesti faham kan perasaan sy?

then pernah sekali,sy dah dipilih oleh cekgu utk sertai................PROGRAM PELAJAR OBESITI...adohhh hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa.dahlah cikgu cakap depan2 pelajar lain.wtf malu2.balik rumah sy bagitahu mak sy yg sy terpilih utk sertai program tu.dan pd masa tu juga buat pertama kalinya sy menangis depan mak sy kerana rasa-rendah-diri yg st pendam selama ni....nasihat mak buat sy menangis...

byk lg cerita kalau ckp pun tak habes.yg plg perit bila ditinggalkan kwn sbb rupa dan fizikal.

walaupun sy gemok,lama2 sy dah tak kisah apa org nak kata.
sbb???????
sy cuba utk jadi yg terbaik.
dan terbaik n terbaik dr semua org.
terbaik drpd setan2 yg pernah gelakkan sy...
n alhamdulillah,
sy jd pelajar terbaik utk kelas sy dan antara pelajar terbaik spm di sekolah sy.

conclusion,sy dah berjaya buat org pandang sy bukan kerana fizikal etc sy, tapi OTAK sy.

sekian.

Ara said...

kesian kak fynn...itulah...fungsi facebook skrg...semua nk scan gmbr2 lame..

ntah kenape stgh org gemar sgt nk bkk balik kisah lame...ntah knape...ingatan yg kte da buang jauh2...dtg kembali...

bkn salah, tp...ntah la..kdg2 kte xnk pndg ke blkg...tp stgh org xphm...mereka anggap x apa2...sy faham perasaan kak fynn..sy pn cukup xsuka diri sy waktu kecil...tp bkn juga sbb gemuk...cuma, adalah..jd bhn ketawa juga..bila buat reunion, kena tahan je org nk ungkit2 blk kisah lama..

-terpanjang pula komen saya.maaf..

M said...

kamu cantik dengan cara sendiri
pedulikan mulut2 berbau hanyir tu
senyapkan mereka dengan puisi jiwamu

ps: sangat fhm perasaan dihina tu.

Anonymous said...

betul.
yanti manis.

nampak manisnya.

joegrimjow said...

1994
tadika
;)


gemuk akhak takpe
jangan gemuk rasuahq

si ngeng. said...

i know exactly how you felt before. cause i've been there too. n yes, it suck. we spent years to accept who we are. but then i realise that, how can people accept who we are if we ourself dont? i learn to love myself since then..

LuNikisha said...

manusia selalu bilang diri mereka sempurna.
manusia selalu bilang diri mereka lengkap.
barangkali mereka tidak ada hati seperti hati kita yang menjadi bahan mereka.
barangkali itu cara mereka mahu menutup kelemahan mereka.

takpa,Tuhan itu Maha Adil.
tidak dibayar tunai disini.
dibayar tika berada disana kelak.

hidup perlu diteruskan!:)

btw, sangat minat sama kak fynn!
teruskan karya kakak yang lahir dari hati itu.

3p4h said...

Aku suka Kak Fynn yg skrg!

Go kak Fynn, go!

miss lyianne said...

yeep..;( gmuk mmg keji.. ak pn xtwlah npe gmuk tu jd msalah sgt bgi org lain sdgkn yg gmuk tu kita T-T..

CAHAYA said...

aku gemuk. dari dulu sampai sekarang. imagine that!

Anonymous said...

berdoa semoga kak fynn dapat anak. amin.

dot said...

awok,

saya dari sekolah rendah sampai sekarang dah tua-tua ni pun umur dah 22 masih lagi kena kutuk pasai kulit saya hitam tak cerah macam orang lain. boyfriend pun lari tapi kena redha sebab banyak gadis lawa2 kat luar sana so, nak buat apa ja la kan?

sentap, entah lah. aku hitam ke aku keling ke aku paria ke, bukan korang yg isi perut aku hari-hari. hehe. tp yeah bila dah kena tinggal dengan boyfriend memang insecure dengan diri sendiri tu makin bermaharajalela.

saja je nak hidup dalam denial dengan cakap dorang-dorang tak isi perut saya pun.

dah berbelas tahun. hitam keling paria bayang2 semua dah jadi makanan harian. =)

eh apasal saya cerita ni awok? haha entah lah. awok, take care.

Aisyah said...

i feel the same way as you do. sampai sekarang terngiang-ngiang suara mereka.

"tak sedar diri"

sampai sekarang juga saya tak punya keyakinan diri. selalu rasa diri ni sesuatu yang jijik. bila orang keliling pandang, dah mula hilang arah.

do you have any advice kak fynn? :(

LailaAlfisyahr. said...

Sedih baca.

Tak semua ada pengalaman semahal ini. Sebab pengalaman ini yang buat akak kuat.

:D

Para Jamaludin said...

bhahaha! wa kecik2 dh mcm gergasi. adeh.

Raz said...

saya tengok comel je kak fynn..hmmmm

Anonymous said...

orang..
tak suka yang buruk2..
dikutuk

suka yang cantik
dipuji..

tapi adil ke?hmmmm...

Anonymous said...

muLot manusia mana pernah taw totop..
biar-kan aje k.fynn..
org da pnt t taw tido juge..haha..

:.buang yg keruh ambil yg jernih.:

fynn jamal said...

adik anon sayang,

lain kali, taip elok2 boleh? kakak tak suka baca tulisan taip macam itu. ye lah. kakak org tua, tak reti baca2 tulisan begitu. cepat rimas. cikgu lah katakan.

Kak Lily said...

Aku bunuh diriku dengan menjadi Lily

Aku terpaksa,supaya tidak teus dihina & ditanya solam2 bodoh.

Contoh: Boleh membaca ke?

Kak WL

susudalambotol said...

saya kena ejek olive.
perasaan yang tak tertafsir.

(-_-)

Aslina said...

wehh...selama ni aku silent reader... tapi aku nak komen sikit sekarang...

hina gila cikgu siap pegi ukur pinggang...

tak patut betul la cikgu buat macam tu depan student lain. ingat kelakar ke??

siot lah!!

Munirah Yahya said...

saya tak penah selim atau chantek pada pandangan org dari kecik kott.tapi lantak dulu sedih jugak.mcm sial je.chantek k kau kutok ak kan.tapi skrg sy bahagia.ada org boleh terima saya mcm ni.marah kuros lagi.haaa. blahh la korang kurus ingt gojes??? bla.wateber u ols.:p

izy said...

pertama, memang kelakar bila mempersendakan orang.
kedua, sangat tidak kelakar bila diri dipersendakan.

dan orang perlu merasa yang kedua utk faham dan menolak yg pertama.

kak fynn,
lupakan silam kalau itu bole buat kak fynn happy.

Jef Hadi said...

pondan.lembut.

saya pernah kena cop dengan gelaran bodoh tu semua.saya tak tahu mana salah saya.bukan saya nak.dan bukan saya ada rasa nak lelaki.saya normal!dan saya cuma nak dilayan macam orang normal.

tapi sebab saya ni jalannya macam perempuan.habis.


saya diejek.dibuli.dibuat sampai menangis.rasa masa tu macam nak lari.nak ambil pisau.dan kerat tujuh nadi.biar tak bersambung.biar yang tukang buli tu tersentap dan sedar.

tapi nasib baik masa tu saya penakut.saya takut sakit.saya tak nak nanti tangan saya mengalir darah.

tapi tukang cop,tukang label tu semua memang macam sial!

ikut sedap nak bercakap.nasib baik saya dah pindah dari neraka tu.

kat tempat baru.saya cuba ubah cara saya berjalan.

tak nak dah kena sepak terajang.kena letak hingus atas kepala.jadi 'gladiator' lembut depan kelas.argh!

silam saya menakutkan.silam saya mengerikan.saya takut dengan silam saya.dan benar-benar berharap dia mati perlahan-lahan.

nasib baik saya berjaya.walaupun makan bertahun dan kena telan sorak sorai jiran yang macam setan mulutnya.

BABI!!

Mami Naufal said...

fynn..
biarkan..
yg mereka maki2
yg mereka caci2
yg mereka buli2

yg itulah yg jadi kau
yang jadi fynn
yg mungkin skali skarang
mereka puji2
mereka ingin jadi

Tuhan tu adil
kan~??

pap said...

chill ah fynn.
semua orang ada part dalam hidup dia di mana dia duduk bawah, hari esok dia duduk atas. lusa tengah ke, tepi ke. entahlah. tapi ini la life. takkan sampai ke bila-bila pun nak maki diaorang yang ejek fynn dari dulu? maafkan je lah, it's the greatest way to let things go.

tu je nak cakap. yang lain tu sama je dengan point-point robot.

that was then, and this is now. so why bother about the past so much when you're already happy with who fynn jamal is?
;)

Anonymous said...

dah dah lah.
dari dulu.
semua tahu kau pernah gemuk.

faham, sakit hati takkan berhabis. bila kau flash back.

dah dah lah.

kau dah berjodoh dengan lelaki yang Tuhan dah tetapkan. kalau kau gemuk pun, jodoh kau tetap dengan dia.

Tuhan tu Cantik la wey.

AMIEROZIANA said...

bersyukur dengan segala kurniaan TUhan insyaAllah hati lebih menjadi tenang...jangan bandingkan keburukan kita dengan kelebihan orang lain kerana sudah hakikat Allah jadikan makhluknya ada baik dan ada buruknya....jangan sesekali jadikan satu pengalaman buruk sebagai penghalang untuk kita mengecap sebuah kebahagiaan.....kebahagiaan bukan terletak pada gemuk/kurus seseorang....bukan pada kaya/miskin seseorang...tapi pada hati....saya juga bukan tergolong dalam kumpulan org yng kaya/cantik...tapi alhamdulillah saya bahagia dengan keluarga sederhana saya.....
sejak akhir2 ini saya selalu membaca entry fyn yang seolah2 menyesali takdir...maaf kalau saya salah tafsir....saya ikhlas bagi pendapat...harap fyn dapat fikir....ingat Allah akan menguji hambanya yang mampu memikul beban ujian itu dan janji Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi....Allah kurniakan fyn seorang suami yang baik itu adalah rezeki yang patut disyukuri...tidak semua orang yang cantik/kaya mampu miliki suami sebaik suami fyn mungkin....jangan sekali mempersoalkan segala takdir Allah kerana dia maha mengetahui.....
saya doakan semoga doa fyn akan termakbul untuk menjadi seorang ibu....amin...

ikhlas

fynn jamal said...

amieroziana:

saya harap awak terima kalau saya kata awak memang benar2 sudah tersalah tafsir. :) terlalu selalu saya lahirkan rasa syukur saya dgn diri saya. entri ini adalah yang sekali sekala. untuk mengatakan tulisan2 saya seperti menyesali takdir dua tiga menjak ini, saya harap dapat awak perbetul. sesungguhnya, kalau awak benar2 selalu membaca, awak akan dapati saya sesungguhnya paling selalu berterima kasih utnuk suami dan hidup saya kini, sebagaimana teruknya. sedikit, saya agak tersinggung. mustahil ada orang yang hidup hari2 tak pernah tiba2 teringatkan bangsat zaman kecilnya. entah. ini fasa paling sensitif bagi saya. saya minta usah dikacaukan perasaan saya. maaf, ya. :)

anon:

aku tak berapa peduli dengan apa kau rasa. minta maaf. tapi okay je.

pada yang lain2:

boleh tak jgn anggap aku ni sempurna, boleh tak? ada hari aku teringat terkenang semua2 hal bangsat ini. dan mengikut email2 dan luahan hati ramai org di mail aku, ternyata bukan aku seorang yang merasakannya.

biarkanlah aku merasa apa aku rasa. dan aku tak perlu kisahkan sama ada aku sudah atau tidak maafkan / lupakan ini semua.

aku sudah penat dgn orang yang sibuk hendak aku tulis apa yang kau hendak aku tulis. sebab aku TAKKAN ikut cakap orang.

ye. aku degil.

sekali lagi, ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.

kalau hidup kau penuh indah / ada cela tapi kau diamkan / tak mahu besar2kan cerita, bikinlah apa kau hendak. aku tak sibukkan pun, kan?

tolong.
hormat aku.
sebab aku tak kacau kau.

Tini Rahim said...

yeah fuck them lah

benda busuk jadi zaman sekolah, orang kata "lupakan la... zaman budak2 tau pikir apa..."

nampak sgt mak bapak yg tak reti jaga anak. tak reti pesan jangan kata orang buruk sebab kau tu tak la lawa mana. yang org tau kata, "ala budak kecik macam tu lah.. yang kau nak terasa sampai macam ni, apahal?"

adoi, senangnya ckp kalau bukan anak kau yg kena.

Banana said...

ingat lagi masa aku darjah 5
ada sorang ustazah cakap
"ape la nama awak ni
macam nama kampung
ni nama zaman nenek moyang saya
orang sekrg mane ade pakai nama macam ni dah"

sejak tu saya malu dengan nama saya

luka yang tersimpan tu jadi lagi parah
sebab sepanjang saya membesar mereka2 selalu ketawakan nama saya

dan seperti kamu kakak
bila masuk u
saya jadi "emma"
konon modern
tapi entah saya lagi suka saya yang dulu
cuma satu saya tak suka bila org panggil nama penuh saya
saya mahu tukar nama
saya rasa marah pada ibubapa saya

kenapa tak ada nama lain yang mahu diberikan pada saya?

kenapa?!

tapi sekarang saya adalah saya

dan setiapkali saya pandang ke belakang
dan mengingati memori2 silam ini
saya akan terus menjadi saya

akan lebih kuat untuk memperakui siapa diri saya

ingat jawapan2 klise setiap kali ditanya pada sang rupawan tentang erti kecantikkan?
"beauty is confidence"
"kecantikan terletak pada keyakinan"

sebangsat-bangsat kita
tapi kita bukan pewaris sifat bongkak firaun

pergimampos sama kau yang nk cakap nama aku nama kampung,
pergimati sama kau yang nak cakap suara aku garau tak macam perempuan
pergi jahanam kalau kau nak cakap aku jongang

apa2 kekurangan kita yang menjadi kelebihan pada orang
tak menjadikan mereka lebih bagus dari kita

dan nama kita
adalah hadiah paling bermakna dari orang tua kita

hadiah untuk orang tua kita?
adalah bila kita menjadi kita

aku memjadi aku

dan kamu kakak,
tegarlah menjadi kamu
jangan buang kenangan buruk itu
jadikan ia kekuatan kamu

:))
salam

mahfuedzha said...

saya nangis baca ini entri... *diam*
kak fynn, bkn kah saya pnh ckp tulisan kak fynn selalu sahaja jd ubat jiwa saya? sekarang saya sudah ketagih. pedulikan mereka yang tak pernah senang sama kamu, kak. hati kita, luka kita... mana mungkin mereka peduli. sampai sekarang kak, sampai sekarang saya rasa tak pernah yakin dengan diri sendiri. hanya kerana ayat "muka ko tu dahla muka xleh jual" dari seorang yang kononnya budak-budak. habis tu, saya waktu itu bukan budak2? bukan manusia? dan sekarang kalau rezeki Allah memberikan saya anak, samalah seperti kak fynn juga, akan saya jotos bibir budak-budak itu! mak bapaknya, kain putih itu telah kalian corakkan jadi kain apa?? (maaf emo!)
last but not least, kak fynn... jutaan terima kasih untuk ubat jiwa ini. baru minggu lepas saya tulis entri curah cuka pada luka lama kisah bangsat waktu budak saya dan sekarang saya dapat ubatnya... thanks kak fynn sayang! *peluk*

Anonymous said...

aiyak... T.T
k.fynn jgn marah..tade niat pape..
sy mintak maaf..

sarah said...

kak fynn,
i was once just like you. and even sometimes those fat kid image still do exist inside of me. Like whenever i get bad comments about myself, my whole body trembles and i feel a volcanic sense of anger bursting in me. Nonetheless,i think having that as a past doesnt really potray you in a future. everybody gets insecure. trust me. even holy hotness goddess like Megan Fox. imagine, being called a tranny.hahah. But its okay..like you said, beauty is not measure just from the outside. your so bautiful in so many ways. love to read your writings kak fynn=p

Anonymous said...

cantik itu dari jiwa,
bukan rupa tubuhnya,
bukan luar kulitnya.


setuju.

mrberett said...

sangat tersentuh...
memang tak patut untuk melihat hanya dari paras rupa...
siapa kita untuk mempertikaikan apa yang dijadikan tuhan?

.o r k e d. said...

oh, sgt tahu perasaan ini. pernah berada di tempat yg sm ): tp siapa kisah. itu sejarah silam. asalkn semakin hari semakin maju, x jd mslh, kn? (:

Hazerin said...

Kakak.

Adik-adik kembar saya yang darjah 6 gemok, selalu kena ejek. bila dorang mengadu, saya ajar dorang lawan balik.

balik rumah satu hari yang lainnya, dorang cakap "Er, kitorang kena ejek lagi tapi adik n kakak dah lawan dorang".

"Korang cakap apa?".
"Macam Er suruh - Kitorang gemok pun, kitorang tak mintak duit mak bapak korang utk makan. Kitorang gemok pon, mak bapak kitorang cukup ajar. Korang tu mak bapak tak ajar"


Tapi tetap, adik2 saya rendah diri sampai sekarang. Harap bila besarnya, dorang jadi macam akak.

Kakak fynn - Tak sempurna, tapi tabah gile, disayangi semua. Amin

rendrazaleigh. said...

tak sangka gemuk boleh jadi isu sampai sudah kahwin

Misya Idris said...

uih. aku pernah depress jadi gemok. baru setahun ni aku leh terima yang aku gemok, takper. aku cakap dengan diri aku, aku gemok tapi chomel.

Unknown said...

kak fynn sy pun tak suke zaman sekolah dulu dulu.. asik kene ejek je tompok2 taik unta cuz sy ade tanda lahir di pipi hmm actuallly perasaan sakit kene ejek tu terkesan sampai skrg..nak buat ape pun malu utk tampil kehadaapan takut org ejek.. hmm buat rase terhina sgt.. erius bile teringat hati ni mcm kecut2 sedih jer. aisshh benci malas mau ingat!

Anonymous said...

jangan menghina orang gemuk.

jangan ingat gemuk itu huduh.

jangan ingat kurus itu cantik.

saya sendiri berusaha untuk gemuk.

habis, macam mana dengan orang yang hitam?

huduh sangat ke?

orang yang putih itu cantik?

gemuk, hitam, kurus, putih, pendek, tinggi, kita semua manusia. tiada yang sempurna!

yang penting adalah keyakinan diri.

jangan menghina orang gemuk!

ArtForAuction said...

ah, now we have something in common girl.

I destroyed my old photos too.

plus i refuse to take pics until i entered university.

tak caya? ada <30 gambar dari umur 12-20 tahun. not kidding.

*ya, mmg sakit jadi bahan ketawa orang. lagi sakit jadi bahan ketawa DAN bahan buli. ya, ak tak gemuk tapi aku nerdy dan kecil. mmg cukup syarat jadi outcast.*

ArtForAuction said...

h, now we have something in common girl.

I destroyed my old photos too.

plus i refuse to take pics until i entered university.

tak caya? ada <30 gambar dari umur 12-20 tahun. not kidding.

*ya, mmg sakit jadi bahan ketawa orang. lagi sakit jadi bahan ketawa DAN bahan buli. ya, ak tak gemuk tapi aku nerdy dan kecil. mmg cukup syarat jadi outcast.*

ceritasahaja said...

situasi yg sama
kawan baik yg dulunya musuh dalam selimut, mengutuk dan mengeji kata "cantik sgt ke dia tu"

tanpa dia sedari kata2 dia sebenarnya memakan diri saya untuk sekian lama.

and skrg bila terbaca artikel niy terimbas kembali. and buat saya terasa bertapa bodoh berkawan dengan wanita jijik tu. yup sy mengutuk kwn baik sendiri. haihh byk makan didalam bahana menyimpan terlalu lama. tp skrg sy syukur dgn apa yg sy ada,xpunya harta yg byk,tp satu hati yg xberperasaan dengki dan hati yang busuk, punya kekasih yg menanti waktu dan jika segalanya diberkati memnti satu ikatan yg sah.


sedangkan dia? hmm ya allah maaf atas sgalanya.


p/s: suka kata2 niy

cantik itu dari jiwa, wahai budak celaka.
bukan rupa tubuhnya,
bukan luar kulitnya.

rhazes mohamad said...

kak fynn...

kau sebenarnya ok...
sebab tuhan sayang kau...
dia bagi kau lahir di dunia...

dia bagi kau pilih syurga neraka
tanpa pilih kasih...

cik indie said...

tak payah cakap gemuk, aku yang kurus ni lagi orang hina-hina. kurus kering la, macam lidi la, tiup angin terbang la. diorang ni yang ejek-ejek orang ni sempurna sifat barangkali. tak perasan yang dia dok hina ni kejadian Allah jugak.

asalkan kita tak lupa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kat kita dah la. diorang ni nak kutuk apa, lantak la.

Anonymous said...

kau ibarat menulis kisah aku. terima kasih untuk luahan itu. menitik air mata bila aku baca. mereka kejam. mereka sial. manusia gemuk bukan suatu kesalahan undang2 atau kesalahan agama untuk disula. skrg aku cuba untuk syg diri sendiri setelah lama aku benci diri aku. memang anjing la manusia celaka tu!


si cantik dalam kostum lemak

Anonymous said...

saya sangat tersentuh.
setelah sekian lama saya
mencari orang yang sama
berperasaan sebegini sama dengan
saya.

manusia keji yang menghina
kita gemuk adalah manusia
yang sangat saya benci kak.

manusia sebegini lah
yang membuatkan saya hampir
memotong nadi di pergelangan
tangan saya ketika waktu dahulu.
manusia ini lah yang menjadikan
saya seorang yang menghidapi
bulimia. yea. saya pesakit bulimia.
saya makan dan saya benci diri saya.
akibat muntah secara kerap sejak
beberapa tahun yang dulu, badan saya telah menunjukkan kesan2 yang bukan saya harapkan, tetapi
di sebaliknya.

saya mungkin tak lama melihat dunia.

ya allah. kuatkan lah aku.

beL cLoud9 said...

persetankan mereka itu.jadikan pengajaran.jgn sama spt mereka.

yg x ikhlas akan nmpak kita.
tp yg ikhlas akan nmpak segala.

.waniey jamaludin. said...

mari kite bertabah
saya gemok dan hitam
kat skola dulu ade member name same tp dye putih
so kwn2 skolah tmbh perktaan 'hitam' dan 'putih' di blkg name kami!
ah~benci

tp gemok2 pon asal kite bhgia..x kaco org..cukup rr kan~hee

manusia said...

aku pnah jadi bahan.
tpi aku dah bunuh aku yg bahan sewaktu tingkatan satu.
sekarang aku raja.
raja jiwa aku.
raja hidup aku.
xsuka?
mampOs haram dajal2 belaka.
ini jajahan aku.
sila hilang dri kanta mata aku.

FaRhAH Za'Ba said...

let bygones be bygones~ no one is perfect and we never be perfect but it doesn't mean we cannot be perfect. Go and work harder!

noni said...

mengapa perlu dihitung pada cercaan..
tanpa mengerling pada yang sayang..

dua gadis biol said...

nota ini benar buat aku mengalir airmataa! ;'(

jndcsn said...

kak,
saya rasa sedih jadi orang gemok, kalau kita gemok semua tak nak kwn dgn kte,rasa terhina sgt kak.kadang2 saya marah Tuhan,kenapa jadikan saya macam ni!sya terpaksa jadi badut! saya kuatkan diri walupon tak sebenarnya.memang betul kata akak,dunia ini kejam

*hug akak*

fynn jamal said...

semua:

tak apa~
tak apa~~~
kuat.

tuhan kan ada...
pujuk diri kita...
ye...?

sbb kalau bukan kita... siapa lagi...?

Anonymous said...

depa cakap, "hang awat kurih sangat,isap dadah ka? muka baik."

lagi kojaq depa.

Anonymous said...

*speechless*
ini macam kisah aku juga. dari kecik sampai sekarang aku tak suka tengok cermin atau tangkap gambar sebab aku rasa aku hodoh yang teramat. aku sendiri. setiap hari mesti ada yang mengejek. sekarang tinggal igauan buruk. seronok bila tahu ada insan seperti aku, buat aku rasa ada yang memahami...i like you, fynn.

Hanis

Anonymous said...

skang msti kau dah fhm.. sbb gmok kalau bbudi bhsa, cntik jiwanya, org akn terima, dan kurus tpi prangai teruk org akan mngata juga.. << aku suka dengan komen Pnaz ni.. yes so true awak.. aku mula teringat akan lagu senyum nyanyian najwa dan maik tu .. senyum tak perlu kata apa2.. hahaha .. wanita hari ini haruslah jaga sensitiviti,.. kalau badan kita gemok macam gergasi.. gigi sampai ke sumatera pun.. kalau kita berkelakuan baik.. pasti ramai yang akan menyenangi kita.. opsss satu lagi kalau dah tau diri tu buruk.. jangan pula kerana desparado sampai sanggup call suami orang or msg suami orang pada pukul 1 pagi.. pernah tak perempuan gemok itu terfikir apakah perasaan sang iseri itu bila melihat msg yg boleh tunggu esok hari utk dimsgkan kpd suaminya.. sehingga memmerlukan pompuan gemok itu tak sabar hati sms kpd suami org jam 1 PAGI..jam SATU PAGI you... apakah itu???? pukul 1 pagi seorang perempuan call or msg suami orang hanya kerana nak jual sekeping tanah. isteri itu pasti terfikir ni nak jual tanah betul ke nak jual tanah perempuan gemok yg taklaku2 itu... ( haaa just kiding)..disaat suami itu sdg enak memeluk isterinya dikamar.. moralnya di sini kalau kita buruk rupa.. biarlah ada budi bahasa. orang tak akan mengeji jika kita berperangai baik... tengok tu adibah noor tu gemok juga tapi nampak cute je kan.. sbbnya dia tak pernah kena tangkap basah dsbnya.. ini dah la gemok.. kertu pulak.. halimah jngang pulak tu.. suara pulak kalau dia bercakap dari kl ke singapore pun boleh dengar.. apatah lagi bila mengilai ketawa..itu belum lagi bergegarnya bangunan bila BOB itu nelangkah ke dalam bangunan nanguzubillah lelaki dengar pun TAKOOOT maaa.... YANG PALING penting hATI KENA BAIK beb. jangan selalu berprasangka buruk dan iri hati pada orang lain.. hidup anda pasti akan lebih sempurna dan bahagia.. maaf kalau i too emosional.. but i have a reason to say so.

Anonymous said...

ada setengah orang tu kecik dari kecik sehingga lah ke dah jadi anak dara tua.. ( but dara lagi ke?? hahaha.. semoleknya jaga pemakanan tu janganlah burger tu sekali hadap sampai 3 biji macammana nak kurus kalau camtu.. kalau iye pun nak tackle suami orang slimkan diri tu dulu. hidup kita ni biar bermaruah.. kalau dah 2 kali dah pompuan gemok tu kena tangkap basah.. tak reti2 lagi ke.. yg pelik tu pihak pengurusan tak reti2 ke nak buang perempuan gemok tu dari institusi tersebut... maaf saya terlalu emosi sbb ada perempuan ni sorang yg sangat gemok dan buruk makan ditempat kerja saya.. disamping gemok dan buruk rupa( maaf bukanmenghina tapi itulah reality) beliau ni terkenal dgn badan org besar yg busy body suka kacau kerja oranglain dan mulut pulak jangan cakap lah sangatlah laser.. semua pendidik ditempat saya berkata2 tentang keburukan pompuan puaka sorang ni. suka back stabb kawan2 demi mencapai hajatnya.. moalnya di sini saya nak sampaikan kalau kita b uruk bagaimana sekalipun kalau kita berkelakuan yg menyenangkan ramai orang .. pasti kita akan disukai.. PEACE!! maaf ya puan fynn kerana saya menggunakan laman ini untuk meluahkan perasaan yg lama terbuku.. sayan sgt berharap si perempuanpuaka itu ada membacanya di sini/.

Anonymous said...

ada setengah orang tu dari kecil sehingga lah ke dah jadi anak dara tua.. ( but dara lagi ke?? hahaha.. semoleknya jaga pemakanan tu janganlah burger tu sekali hadap sampai 3 biji macammana nak kurus kalau camtu.. kalau iye pun nak tackle suami orang slimkan diri tu dulu. hidup kita ni biar bermaruah.. kalau dah 2 kali dah pompuan gemok tu kena tangkap basah.. tak reti2 lagi ke.. yg pelik tu pihak pengurusan tak reti2 ke nak buang perempuan gemok tu dari institusi tersebut... maaf saya terlalu emosi sbb ada perempuan ni sorang yg sangat gemok dan buruk makan ditempat kerja saya.. disamping gemok dan buruk rupa( maaf bukan menghina tapi itulah reality) beliau ni terkenal dgn badan org besar yg busy body suka kacau kerja orang lain dan mulut pulak jangan cakap lah sangatlah laser.. semua pendidik ditempat saya berkata2 tentang keburukan pompuan puaka sorang ni. suka back stabb kawan2 demi mencapai hajatnya.. moralnya di sini saya nak sampaikan kalau kita buruk bagaimana sekalipun kalau kita berkelakuan yg menyenangkan ramai orang .. pasti kita akan disukai.. PEACE!! maaf ya puan fynn kerana saya menggunakan laman ini untuk meluahkan perasaan yg lama terbuku.. saya sgt berharap si perempuan puaka itu ada membacanya di sini/.