Sunday, May 9, 2010

nota kecil


di tengah2 lagu Serah,
di baris "dan kerna hanya cinta yang ini"
dia tolehkan pada aku dengan ekor matanya yang biasa dibikin bila dia mahu bilang dia cintakan aku;

yang mana
di baris "aku berserah tinggi pada Mu"
membuatkan aku rontok dan tercairkan seperti di setiap biasa dibikinkan ekor matanya setiap bila dia bilang dia cintakan aku.

ah, cinta.
*senyum*

nota hari ini adalah untuk suami yang terpaling indah dalam dunia.
kerana sudah penuh ceruk2 rumah kita diselit2 nota yang2 kita tulis untuk dijumpa tanpa sengaja, maka yang tinggal cuma di sini.

...


kekasih,
tahniah atas performasi tadi malam.
dan terima kasih kerana tidak pernah berhenti bikin saya layu untuk kamu.
terima kasih kerana membikin saya hari2 jatuh cinta pada kamu.

saya tak punya suara seindah asmidar,
saya tak ada wajah semanis bangsawan zaiton,
saya tak mampu berwang berjuta.
saya tak mungkin semua itu walau satu pun.

tapi saya ada hati.
walau sudah sompek berjahit,
apa yang tertinggal,
saya kasikan seluruhnya, setiap manis dan pahit.

setiap hari,
saya bersyukur pada tuhan,
kerana saya dikasihankan untuk dibagi pada kamu.

isteri kamu,
sampai tua.




kamu kamu kamu kamu.
*senyum*

bahasa saya sudah kosong,
kerana kosa kata yang berbaki dalam sastera saya,
cuma--
kamu kamu kamu kamu.

24 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

sedih amat semalam tak dapat ke Maskara~

=(

doa2 moga kak fynn sentiasa gembira & bahagia~

Para Jamaludin said...

saya dan bestfriend saya menjadi saksi bila abg tri nak ke stage, dia berhenti dan mematah balik, mengajak kak fynn sama.

waktu tu di depan meja. =)

dem. so romantic.
suwwwwittt sangatlah!

miawwww~

The Poyo Me said...

Sweet love never fades, and with true and undivided loyalty those three words "I love you" never go out of style.

cheers.

QisKiss said...

Sudah lama tak rasa manis cinta .

Anonymous said...

tri beruntung dpt isteri spt kamu kak fynn. dan kamu juga beruntung dpt suami spt tri.doakan kamu berdua bahagia selamanya. =)

~nd85~

joegrimjow said...

entah bile mahu dengar live

jrg ada pemuisi yg dendangkan puisnya sendiri

Farah Rosni said...

:)

Anonymous said...

YA ALLAH, satukan hati mereka sampai akhir hayat.. amin.

aku RESTU!

Zaini said...

awesome

;)

Razman said...

kamu ketahuan ke, kamu jangan nakal?

fynn jamal said...

terima kasih untuk doa2 kamu semua.
terima kasih.

:)
tapi kami sungguh orang biasa2,
yang banyak juga buruknya.

terima kasih.

Anonymous said...

slalu baca blog kamu semenjak university lagi. slalu bermimpi yg sama juga seperti kamu. kini aku juga sudah bernikah.cinta yg kamu laung2 di sini benar2 wujud. kerna aku juga sudah mendapatnya. benar skali. moga berbahagia ya!

-Siti-

Ren Razali said...

Kak fynn dan abg tri, moga berkasih bersama ke syurga. Saya doakan.

biELa said...

saya suka lagu serah tu..suka sangat2. dan....saya suka tengok kak fynn dgn abang tri. suwiit. jeles. hahaha

semoga berbahagia selalu. ;)

Enchaoz said...

kak fynn lagi romantik! hehehe

Anonymous said...

fyn kau tak boring ke menulis?

si ngeng. said...

jealous nya.... sgt envy k.fynn mcm hari hari in love.

Banana said...

bila next perfomance kak?

fynn jamal said...

anon:

aku belum lagi kot. cuma aku dah mula slow sikit.

rendrazaleigh. said...

bila kau sudah bosan, berhenti sahaja, menulis tidak membahagiakan, kerana menulis hanya melepaskan apa yang ditahan.

kau memang penulis tegar. kau meracau tak kalau kau tidak menulis?

fynn jamal said...

rendra:

aku memang tulis ikut suka jiwa. tak ada konotasi yang memaksa seminggu lima entri. haha.

dan ya. aku selalu bikin dinding bilamana aku menulis. aku cakap sorang2, aku borak sama skrin. aku hentak meja kalau aku marah. aku nangis kalau aku parah.

:)

rendrazaleigh. said...

aku sudah agak, jiwa kau terlalu abstrak untuk orang sekeling i mean, sekeliling untuk ramalkan.

aku masih suka show kau, anak naga dan dermaga. penuh keihkhlasan. semacam kau naga itu.


bukanlah meminta, tapi request kau perform sekali lagi boleh?

fynn jamal said...

masalahnya aku tak tahu siapa yang main muziknya. aku pun mahu.

The Crow Empire said...

indah nya kak fynn luahan ini.. harap semua tu jadi doa. dan bahagia hingga ke akhir cerita hidup kamu berdua ya!

aah.. rase mahu ciom seseorang lps membaca. haha cepat2 sapa mau? :)