Friday, May 14, 2010

1malaysia itu slogam-pank

ada dua perkara yang timbul bilamana 2 video performasi aku disebar di internet. tak perlu ditanya, yang sibuk mempersoal adalah mereka yang tidak pun pergi ke situ. maka separuh kakinya sudah terang2 belum bersedia untuk mendengar apa2 yang aku lantang dan laungkan pada manusia2.

sebelum aku beri justifikasi, biar aku ingatkan, malam itu, dia malam puisi riau itu, yang penuh adalah mereka2 yang hadir demi puisi dan kata2 halus. setiap perkataan yang terterbit memang sudah difahamkan dari awal untuk tidak diambil secara literal.

maka, entri hari ini, selepas beberapa hari, aku hendak jawabkan.

soalan pertama: "kenapa awak terlalu keras dan jelas dalam menunjukkan negara malaysia ini jahat dan teruk? sampai kemanusiaan pun awak kondem dan kutuk2?"

jawapan saya:

bukan aku tak percaya pada konsep 1 malaysia.
cuma aku rasa sinikal pada semua itu.
jadi geli. jadi benci. jadi berbulu.

persis perasaan geli, benci dan berbulu pada lakonan raja farah dalam telemovie 'semuanya ku terima' yang secara terpaksanya aku tonton malam kelmarin. bluergh. satu kapal dengan intan ladyana dalam adnan sempit.
ei geli. ei benci. ei berbulu.

1 malaysia bagi aku tak ubah seperti gimik semua pemimpin yang ada. tak kiralah pembangkang atau kerajaan, waima wakil pelajar di universiti sekali pun. semua perlu ada slogan.

seolahnya mana2 politik (kecil atau besar, rasmi atau tidak), semuanya tertakluk pada slogan yang dipertandingkan. dan slogan siapa yang lebih bagus, dia yang mampu meraih undian, yang layak mendapat kemenangan.

yang lebih kelakar, slogan2 itu bukan pun datang dari yang sepatutnya. tapi syarikat2 public relation yang membayar penulis2 kecil seperti aku (atau cikgu2 yang mencari wang poket tepi) untuk datang dengan baris2 ayat bijak dan catchy.

apebende?

maafkan aku yang agak kasar tentang ini hari ini. sebab aku tak tahu hendak bebel pada siapa lagi tentang ini. papan tanda besar2 yang memampang raju, ali, ah seng, sapok dan buhod sambil ketawa riuh berbelang2 bendera di muka; itu semua bila? realitinya apakah ada?

dalam pejabat, kalau gaduh dengan geng india: "ah keling"
dalam kelas, kalau gaduh dengan geng cina: "kencing tak cebok"
dalam trafik, kalau gaduh dengan melayu: "ada backup pakeda aa tu"

macam2.
1 malaysia sangat.

orang yang tak suka duduk satu kelompok macam aku selalu kena.
"melayu lupa diri la tu. punya banyak melayu, nak gi kawan dengan keling"
"kawan la sangat dengan hindu. borak2 pasal agama. esok masuk neraka punya"
"hari2 gi makan dengan cina. aku bet komfem minum arak tu"

bukan melayu saja. yang india pun cakap benda yang sama pada kawan india dia.
yang cina, iban, kadazan, jakon, sakai, jawa, bugis semua cakap benda sama.

1 malaysia-LAH-SA-NGAT.

ya. aku sokong kita cuba jadikan ini semua satu objektif kehidupan. tapi sudah berapa kali dalam kehidupan kita di sini yang terpaksa jadi tikus makmal? adik aku yang lahir pada tahun 1983 adalah antara mangsa. tahun suwey. anak2 yang lahir 1983 selalu jadi tahun percubaan. yang paling aku ingat, penukaran kaedah kiraan SPM (agregat ke bilangan A).

kesian, weh.

kita ada terlalu banyak slogan. tak ada makna, sebenarnya. sebab akhirnya semua ke laut. dulu, konon malaysia hendak naikkan agrikultur, berapa ramai kawan aku yang lingkup. konon hendak naiktarafkan pertanian.

"negara malaysia akan sokong perniagaan kecil anda!"
"kita galakkan usahawan kecil untuk bisnes kecil2an!"

bila kawan aku sudah siap beli tanah, sudah siap bercucuk tanam, tiba2 terbengkalai. pergi ke persatuan khas untuk peniaga kecil, tuan besar situ cakap "sebenarnya kita tak ada dapat bahagian dalam belanjawan. duit semua tidak ada".
mana pergi semua itu slogan?
mana?

jadi ya. memang aku sinis dengan 1 malaysia. sudahlah lagu 1 malaysia yang asyik dimain2kan di radio itu rip-off 80% dari lagu josh groban. konsep pun sangat murah; boleh didapati di buku2 teks darjah 1 di mana2 sekolah.

konsep ahmad raju dan ah seng.
semua orang tahu.

bagi aku, 1malaysia itu semua tipu. sesama melayu pun berpuak, apa lagi lain2 bangsa.
kan?

tak percaya? minggu lepas, kawan aku yang sedang berada dalam keretanya yang dalam keadaan pegun dilanggar motor. kawan aku hindu. yang bawa motor, perempuan melayu. terus, tak sampai seminit, penuh keliling kereta, hampir 20 orang, haruk dia. kawan aku terpaksa kunci diri dalam kereta.

orang dah jerit2 "keling", "jangan percaya cakap keling" dan "memang nak kena keling ni". semua orang2 lelaki melayu, dah besar dah ada akal. termasuklah ada seorang makcik yang sedang pimpin tangan anak kecilnya; dia bising2, "panggil dia keluar. keling cakap apa jangan percaya!!" sambil hayun2 jari telunjuk macam aku-kenal-sangat -keling-macam-ni.

budak yang langgar dia langsung tak kena apa.
padahal dia tidak pakai topi keledar.
padahal dia baru 16 tahun.
padahal dia tak ada lesen.
tapi dia melayu.

1malaysia-NYA.

jadi aku minta orang2 yang sibukkan patriotisme aku ini dengarkan; aku bukan benci malaysia. aku cuma sudah hilang percaya pada kemanusiaan. dan ya. aku sudah berhenti pedulikan politik malaysia. aku masih baca2, tapi cukuplah. aku sudah penat.

*diam*

aku bukannya buang agama bangsa aku sendiri. aku benci individu2 yang konon2 mahu menjaga agama bangsa ini. semuanya penuh tipu daya.

tak perlu jauh2, pakeda yang sangat gah di kalangan melayu. atas perjuangan melayu, asalnya. entah orang tahu tidak, kalau mahu jadi manusia yang memegang nama pakeda itu, sewajibnya agama teguh, tidak sentuh arak, tidak berzina, tidak ada niat busuk, dan banyak lagi sifat2 indah yang selari sama objektifnya.

yang ada sekarang? *gelak* yang paling rempit itulah, yang paling gangster itulah, yang paling kuat main perempuan itulah. pakeda akhirnya jadi mafia-tak-menjadi. buat geng bertumbuk, buat cakap besar, buat jadi kebal.

*diam*

ah. aku tengah marah. esoklah aku bagi soalan lagi satu yang aku janji tadi.
hari ini aku jawab satu saja.

*ketap gigi*

aku, jenisnya, lantaklah.
kau keling ke, kau iban ke, kau gemuk ke, kau kening bersambung ke, kau badan busuk ke, kau peluh terlebih ke;
selagi kau tak kurang ajar, selagi kau tak busuk hati, selagi kau tak kacau aku --
aku akan sayang kau.

ok. aku berhenti dulu.
aku tengah emosi.

38 comments:

oney said...

kak fin!
ini setuju sangat.
laung macam-macam,
isi kosong. kosong!
realitinya racist itu masih ada.
paling benci bila ada pilihan raya,
janji itu janji ini.
cakap saja kau mahu undi!

Enchaoz said...

tatau macam mane nak bangkang ape yg kak fynn tulis ni.. sbb ia mmg sgt macam tu.. semua pun da porak poranda.. da perasan sgt, paling senang nak tgk pemarkahan spm, drp dulu lagi pun berubah-ubah, tak pernah tetap.. sistem pts dl, langkau kelas darjah 3 ke darjah 5, pun sama..

Farahah Rosni said...

tahun 1992 pon selalu jadi percubaan gak..huhu

(●.•) aKu NaKaL (●.•) said...

terbaik!! x)~

sy juga kadangkala berbincang tntang hal2 seumpamanya, tetapi masih di peringkat kecil2an di meja makan.

secara terangterangan tak berapa sgt, kerisauan itu ada lg. almaklumlah, mata2 banyak.

persoalan yg saudari fynn ceritakan itu menarik.

kepada yg memahami setiap kata2 yg diceritakan mmg ada benarnya. jadi bacalah dgn rasa memahaminya.

kita bukan mahu mencari dan menunding jari salah siapa. tetapi bermuhasabah diri kepada sesiapa sahaja yg merasakan sesuatu perkara itu ada benarnya ataupun tidak.

kehidupan ini ada baiknya sentiasa diperbaiki dan berubah kepada yg baik kepada yg lebih baik dari hari ke hari..

joegrimjow said...

slogan
sapa2 pon kena ada bile dah memerintah
supaya dikenang katakan

at least 50 tahun lagi
bile PM dah xde
1malaysia
baik buruk
org akan ingat yg dia yg asaskan

huhu

impak?
memang pada pendapat
tiada signifikan
retorit sematamata

Cik Yuki said...

kak fin!
stuju sgt. mmg tu la kenyataannya.
kbnyakkanny melayu sma melayu pn berpuak2.
snang citer. mcm piala thomas ari tu. y pemain kne boooo tu..nmpk sgt !
1Malaysia la sgt..hmmm

si ngeng. said...

mmg ! pekida skrg knon nya atas dasar islam. tapi hampeh !! budak2 hingusan pun blh jd ahli. bila merah laju. bila kenduri lembap !!

ahh mmg dr awal slogan 1 malaysia tercipta lg boleh tahu itu semua hanya kata2 janji manis, sekadar propaganda.


tahun 1990 pun selalu menjadi tahun percubaan bila penggunaan bhs inggeris dlm matematik dan dan sains dan mcm2 lg.

farwalis said...

samseng2 tu memang kebal.

sebab tu semua segala dorang buat kak.

samseng katakan

Mohd Adziim said...

1989,selalu jadi last generation.
Adik aku 1990 jadi mangsa percubaan kerajaan.

oh farah said...

terangkat-angkat kening aku baca entry ni. memang semangat.

Es Din said...

sokong 100%...
dalam fb sndiri pn sy slalu tgok...mlayu same mlayu mnyetankn antare satu sama lain... wujud puak-puak yang kateny brjuang atas name kbnaran.. atas name bersatu...
atas name agame...
tp maki-memaki sesame sndiri.. politik yang hipokrit...
ad yang ckap prjuang hak melayu.. tp sndiri jatohkn mlayu.. cina india n lain2 pn lbeh kurang gak...
sedih ngan masyarakat hipokrit...

aisyaazman said...

saya selalu nak suarakan perkara yang sama bagi jelas. tapi tak punya kata sebijak kak fynn!

kipidap!

:)

masih ada mereka yang setuju dengan kata-kata kak fynn :)

saya kagum!

zaidharis said...

Pegi kedai kopi,
main dam haji,
masuk haji,
kenyang.

main lagi sekali.

PembunuhSenyap said...

slogan?
percubaan?
puak?

kita merancang...
masa depan tak dapat ditentukan...
lumrah manusia..
takut dipijak mereka berlagak atas nama kebaikan..

Ayyman Rahim said...

Kak Fynn, saya bukan jenis orang yang angguk je apa kata Kak Fynn hanya kerana Kak Fynn ini Fynn Jamal.

Tapi nyatanya, saya sangat setuju. Apabende 1 Malaysia kan? Bagi saya, kalau nak buat perpaduan kaum ke apa, biarkan ia terjadi sendiri, ianya lebih kepada propaganda yang dikata orang besar kepada orang-orang kecil yang hanya tahu mengangguk.


Menyampah do. Semua benda nak kena 1 Malaysia, padahal kita dengan Cina dan India memang boleh je masuk. Propaganda hebat.

atheera veslee said...

kak fynn saya setuju sangat, pasti yang diluar sana juga setuju, kadang2 mereka berfikiran benda yang sama, tapi masih tidak berani nak suarakan, nak jaga hati konon, padahal diri sendiri merana...

mmg konsep ini boleh dikatakan buang masa, mak bapak sekarang pon racist apatah lagi anak-anak. promote lebih konsep ni, bukan ikhlas pon, nak power je lebih, padahal rakyat kucar-kacir gak!!
tak bersatu pon, tak settle pon masalah perkauman, tapi orang tuh senyum macam harmoni gila malaysia neh!!

Anne M. said...

setuju!


dah2 g pekena abc lu,baru sejuk sket.

wawa the beayR said...

kak fynn !! siai stuju sgt dengan yg ni !!
ta kan jadinye lah 1 malaysia ni ..
menyesatkan lagi adelah .. sket hati kdg2 dengn bende2 1 malaysai ni ..serius ..
thnx kak fynn sbb bwat entry ni .. (:

nazrin zaidi said...

saya gemuk.

wannh ardan said...

selagi kita tak jadi lembu dicucuk hidung.

Banana said...

dalam dunia hanya ada 2 jenis manusia
1. yang jahat
2. yang baik

pokok pangkalnya hati kita..diri kita

Yaya said...

ai is like!

1malaysia LAH-SA-NGAT.

rendrazaleigh. said...

yang busuknya,
orang
rakyat
penduduk
manusia
homosaphien.

analogy-nya sama dengan agama.
agama itu indah, orangnya gila.
orang yang merosakkannya.
akal rendah, paradigma sial.

politik itu indah,
orangnya sial.


tuntas, fyn jangan kau salahkan benda benda yang tidak perlu disalahkan.
politik tidak buat orang racist,
politik tidak buat orang sociocentrism,etnhocentrism,
xenotricsm, serta apa lancau lagi manusia suka buat.

yang salah manusia, manusia yang rendah akal.

oh ye, harta dan pangkat tidak kotor. tapi orang sial yang buat semua benda tu nampak kotor.

mari kita belajar fallacies. semoga
kita faham dan amalkan.

illii illina said...

aku, jenisnya, lantaklah.
kau keling ke, kau iban ke, kau gemuk ke, kau kening bersambung ke, kau badan busuk ke, kau peluh terlebih ke;
selagi kau tak kurang ajar, selagi kau tak busuk hati, selagi kau tak kacau aku --
aku akan sayang kau.

luv luv luv luv this :)

.o r k e d. said...

if only PM notice this alangkah bagus. haha. sokong kak fynn!

Anonymous said...

So true. Macam agak memalukan bila kaum sendiri lagak macam..

anyway, im here to invite everyone to join this event and support this cause. maybe we can unite the people of malaysia using this medium :) wont hurt trying, right? 18th of may people!! :)

http://tiktokearth.blogspot.com/

sinchan-SINCHANANG said...

haha.
ini fyn banyak betol
1malaysia.ak x nmpk ape selain dekat tv penuh dgan iklan dan lagu faizal tahir.realiti di luar.hampeh dan hampas/..tapi disebabkan org macam kau fyn ade..ak hrap stu hari sume akn tersedar.sume akn bersuare sprti kau..perjuangkanlah demi keamanan sejagat=)

fynn jamal said...

rendrazaleigh:

fallacy adalah antara topik PALING aku suka dulu. untuk aku perbahas kat sini, mahu berhari, agaknya.

sangat tepat.

rendrazaleigh. said...

fyn,

fallacies need not to be thought,
it happened everyday. need not to be debated.

im very upset with the mentality of our own kind. politic is not th issue, racist is not the issue either.

lack of KNOWLEDGE. that the main issue.

u see, how many of ur fellow bloggers, wrote something without any valid arguement? simply by saying ur words are true, yet, PATHETICALLY failed to SUPPORT their ARGUEMENT.

well, at least a simple tesis statement will do.

i know you are highly paid English lecturer and u have lots of followers. educate them. give them knowledge.

heh? Saya nak kelas english percuma sekali boleh? hihiihi.

words written and each one of us will interpret differently. some just merely glanced, and some read analytically. i think the jeez of ur witting mainly about the people.
LAME people, shallow minded.

salam dan sila terasa. hehehe.

fynn jamal said...

rendrazaleigh:

haha. i got you, man. i got you. but aku terlalulah selalu memaksa orang untuk never take my words just by mere nods and blind ye-betul-ye-betul.

how can i educate people, dude. it's basic common sense. aku rasa semua org tahu. cuma tak mampu menulis argumentative sentences and phrases perhaps. so i let them be.

i believe yang diorg pun bengang dgn the people, too. i believe diorg pun rasa panas dgn the manusia, not the ideology. the everyday inevitable fallacies happening. semua orang boleh pancit, beb dengan mainan akal macam ni. so lama2, alang2, liek me, they stopped believing in everything too. (tolong jgn ambik literal meaning in the word 'everything')

dan lagi satu. aku sesungguhnya tidaklah highly paid.
-_-' hahah

Anonymous said...

ini salah satu orang malaysia melayu yang tak tahu erti bersyukur apabila kerajaan malaysia selalu menyebelahkan pihak melayu.
bodoh.
padanlah di malaysia cina dan india asyik aja maju.melayu malaysia hancur.

Anonymous said...

i totally agree with rendrazaleigh.
not the govt but the corrupted people much!

Shiba Hisham said...

kak fynn...

sangat setuju dengan apa yang kak fynn tulis. sebab mengaku atau tak, kita memang racist. kita memang selective. saya ada sorang kawan yang sangat selective kalau nak tlg org, smpai pernah nampak motor pancit kt tepi jalan, sanggup ckp "kalau melayu memang aku tolong" macam lah cina/india/ bangsa lain tu bukan manusia. 1 Malaysia, cuma omong kosong

fynn jamal said...

anon:

ye. kita perlukan melayu macam kau. bebel tanpa nama.

alhariesz said...

nama pun politikus...licik...

masyarakat kita memang mudah dibobrokkan dengan sentimen...juga dengan 'ism'...

sokong itu, sokong ini...sedangkan tidak bijak langsung ttg apa yg diperjuangkan...

bosan juge...tapi dah namenye manusia...selagi tak mati, segala menda dalam dunia ni 'dijajanya'...digaduhkannya...

ahh. sengal...

Faith said...

1 malaysia is a concept that already existed in malaysia since merdeka. however, this thing is slowly fading away. the government realised this and they had to highlight the peace we once achieved between races again, so that we will unite as one. sadly, our leaders are just hypocrites. they hide all their lies but their trick has grown old, we already know that this 1 malaysia thing will never be practised in the government system. malays, will always be given the main priority in anything even if some of them do not deserve it at all. the other races have to struggle to survive and live in this country, the country they sang "tanah tumpah nya darahku" every single day, they have to struggle a lot. tapi saya rasa 1 malaysia ni bagus untuk generasi yang muda. generasi kita semua ni dah tak reti hormat kaum lain. jadi dgn ada nya 1 malaysia ni, harap harap kita dapat lahirkan generasi yg saling menghormati antara kaum lah

Anonymous said...

negara mana yang paling bagus??

apiz-rage- said...

kak fin...
entri kak ne mmg berani!
sy bkn mo cari gaduh ek kak just pendapat...
sy xberapa setuju ngan entri n pendapat kwn2 laen dlm entri ne...
sb bg sy slogan 1Malaysia tu ada baeknya...
mmg masalh2 yg kamu ckp tu adalah relevan tp apa2 pon mesti ada percubaan baru kita tau kesan kn?
so jgnlah menghentam terus..
bagi kak n kwn2 laen ia bermasalah tp bg org laen mb ia kebaikan..
so kita perlu give n take la...
sb apa2 pon x ble puaskn kesemua org...

just my mere opinion~~~