pelakon:
seorang karektor perempuan.
empat orang pelakon tambahan.
situasi:
setiapnya berlangsung secara berdua2 di mana karektor perempuan yang bernama lulu akan berbual bersama pelakon2 tambahan lain dalam waktu yang berlainan. temanya: perempuan idaman lelaki.
sinopsis:
syed kata tomboy itu hot, lulu kata "eh, aku pun masa kat sekolah tomboy".
halim kata girly itu hot, lulu kata "kawan2 suka usik aku suka pink dan sgt girly".
zack kata sempoi itu hot, lulu kata "aku tadehal la budak2. derang pun kata aku sempoi".
mat kata funny itu hot, lulu kata "tak paham la kenapa orang pun suka aku yang funny"
*sengih*
semua yang gempak itu kau, kan, lulu?
*sengih*
kenapalah lulu terlalu bodoh (atau naif) untuk menyedari yang lambat-laun, syed, halim, zack dan mat akan berbual sesama sendiri, dan cerita thambi engkau itu akan terbongkar dengan sendiri?
pergh.
hilarius.
sketsa di atas adalah situasi yang pasti wujud dalam setiap inci abdomen masyarakat. sifat manusia seperti lulu ini sudah terlalu biasa dalam sehari2, seolah2 mereka sememangnya dilahirkan dengan kromosom berkarektor penipu dan pembohong abadi.
dan jangan fikir kau terlalu bagus sangat.
semua kita ada cik lulu dalam hati.
kan?
betul, kan?
tapi hari ini, aku tak ada hendak untuk berceramah hal2 yang masih bagi aku boleh aku anggap bodoh2 dan masih boleh diterima akal lagi. bohong sunat, bohong diplomatik, bohong politik, bohong putih, dan apa jua nama lain bagi bohong yang sayup2 ini, aku tak mahu sentuh.
entri ini, aku hendak cakap terbuka tentang penipu.
apa beza pembohong dan penipu?
ye, kalau sudah salah --tetap salah.
tapi, untuk siapa2 yang mahu tahu pendapat aku,
bezanya boleh diumpamakan dengan "apa beza jahat dengan bangsat".
atau "apa beza dengki dengan busuk hati".
tolong fikir sendiri.
aku bukan cikgu sekolah menengah rendah untuk suap makan akal yang telah tuhan bagi kita sama rata ini. tapi kalau salah kau interpretasi, itu atas bahu kau sendiri. :)
ok. kembali pada topik.
kenapa orang menipu? keseronokan? kehebatan? kepujian? kemartabatan?
mungkin.
tapi untuk berapa lama?
cukup setakat tempoh yang orang pasang telinga.
sepanjang sang penipu bercerita.
sampai diselidik betulsalahnya.
penipu2 ini tahu, dan mereka sedar, yang untuk sentiasa tepat pada kisah2 tipunya ini bukanlah suatu kerja mudah. tapi remeh dan leceh.
nah. di sinilah dapat kita kelaskan penipu2 kepada dua kategori:
1) penipu bijak.
2) penipu bodoh.
penipu bijak biasanya gempak. penipu beginilah yang biasanya akan mendapat keuntungan yang begitu maha mustahil, seperti wang hasil kumpulan modal 15 orang separuh kaya yang ingin kaya sepantas mungkin tanpa usaha. penipu begini selalunya cemerlang dalam kegiatannya. penipu begini objektifnya besar, dan kerana mereka bijak, mereka menang dengan kaedah "pelan2 kayuh". modus operandi: usahakan dan dapatkan kepercayaan dari mangsa.
penipu bodoh biasanya tetap pegun dalam keadaan bodoh. mereka ini yang biasanya hidup mengharap untung pada angin. selalu tidak ada kelebihan; di banyak masa, kebijaksanaanya biasa2. modus operandi: tiru kaedah yang biasanya berjaya.
dalam contoh mudah:
rozana kata perut dia sakit dan dia rasa pening2 sejak semalam.
penipu bijak:
ulas tentang penyakit2 dengan istilah2 saintifik yang sebenarnya adalah rekaan dan agak2 sahaja.
penipu bodoh:
kata pakcik dia doktor (pada ema), kata nenek dia tabib (pada ina), kata kakak saudara dia doktor jantung (pada mimah).
dan nak lagi bodoh, di lain masa, dia kata pada ema --kakak saudara dia pulak yang doktor; dan bila ema tanya "eh itu hari kata pakcik kau?", dia kata "kakak saudara aku pun doktor juga".
-----
kau pasanglah semula mana2 kisah superhero dalam filem, nemesis terhebat adalah sama taranya dengan hero. sama bijak, sama cerdik, sama pantas, sama licik. cuma nemesis ada sesuatu yang hero tak ada: hati kering -- yang memampukan mereka untuk mempergimamposkan siapa2 sahaja, di mana hero hidupnya didedikasikan setiap manusia walaupun yang mempergimamposkan mereka.
moralnya, kalau hendak jadi penipu terulung, kau kena bijak. baru kau bisa jadi yang terulung. baru penuh kreditasi dan pujian sabung-menyabung.
malangnya, walau sudah berjuta kali terbukti menjadi penipu bijak itu jauh lebih menguntungkan dari menjadi penipu bodoh, masih terlalu ramai yang tidak mahu mempertingkatkan kelas penipuannya.
atau mungkin mereka rasa menjadi penipu bodoh itu lebih bagus, walau pun tidak kool.
kerana, kalau meraka memilih untuk jadi penipu bijak, besar kemungkinan, mereka akan kehilangan orang2 tersayang; yang mana, menjadi penipu bodoh, orang keliling biasanya memilih untuk cuma senyum dan terima.
*sengih*
apa sekali pun;
tak penat ke nak maintain cerita sama setiap masa?
entahlah.
secara jujur, orang yang macam aku ini, tak patut masuk campur dalam perniagaan tipu-menipu ini. orang bermemori pendek seperti aku adalah lauk percuma bilamana ada ingin untuk cuba nasib saja2; memang bunuh diri.
aku boleh bayang pergi pada ujang "weh, bapak aku ada mercedes", lepas itu pergi pada jeff "beemer bapak aku ada kat workshop" dan seterusnya pada danial "aku kena balik sebab bapak aku nak jual alphard aku". kemudian, ketika hari raya, orang datang nak beraya rumah aku, tengok rupanya2 yang ada cuma motor beggali jual roti.
pergh.
gila tak mampu kaver.
haha.
cuak, sial.
untuk amatur2 di luar sana yang mungkin memerlukan tip2 untuk menipu, aku akan lakarkan sedikit observasi yang aku rasa berkesan untuk dikesankan keberkesanannya.
tip satu: penggabungan
gabungkan fakta dengan bohong2 sedikit. maka kebarangkalian untuk dipercaya itu ada. kegagalan anda untuk menjalinkan dua perkara ini akan menggagalkan penipuan anda. jika 100% yang keluar dari bibir anda adalah tipu, ternyata anda akan tewas sebelum apa2. contoh: "mak aku ada 3 suami dalam satu masa". jika seluruhnya fakta, ternyata bodohlah sesiapa untuk memanggilnya penipuan memperdaya. duh!
tips dua: bohongkan sesuatu yang mahu didengar
semua orang suka bergossip. semua. kecuali mereka yang menjaga solat dan amalan sehari2nya dengan ikhlas dan jujur saksama. kebiasaan gossip akan bermula dengan "katanya" atau "orang kata". nah... bila anda memulakan penipuan yang memang mahu dipercaya, anda sudah menang 50% dalam ini bisnes. bagaimana untuk anda ketahui kejayaan penipuan anda? bila ada yang menyambung "oooohhh!!! padanlah!!! patutlah ... (isi penipuan anda tadi. biasanya sejajar)"
tips ketiga: jangan selalu menipu
jikalau imej anda sudah tercalar, yakni anda sudah masyhur dengan gelaran "parya" atau "putar alam" atau "saya putar, abang halim", anda digalakkan untuk meminimumkan penipuan anda. andaikata nama anda masih lagi bersih dan rekod anda masih cantik, menipulah sewenang2nya namun dengan penuh hati2. andai kata anda sudah terlalu gah dgn imej penipu, dicadangkan supaya anda pindah lokasi kerja / tempat belajar / permastautinan. dan seeloknya menukar nama (koleksi menipu lagi).
tips keempat: berahsia
kerana anda juga seorang penipu, anda perlu tahu di dalam dunia ini, bukan anda seorang yang berbakat dalam sindiket ini. berhati2 dengan semua orang, kerana semua orang mempunyai potensi untuk menipu juga. dan mereka juga berkemungkinan membaca puisitepijalan seperti anda dan mempraktikkan tip2 di atas. jangan percaya siapa2. kurung diri anda dalam rumah, dan penuhkan masa dengan internet, atau musik, atau apa saja perkaa yang akan melalaikan anda dari berkawan dengan sesiapa pada tempoh masa yang lama. rahsia penipuan anda hanya boleh disimpan oleh anda. pastikan anda keluar rumah hanya untuk menipu.
begitulah tadi sedikit cara2 menipu yang sangat bagus untuk diamalkan. namun, seperti mana setiap perkara ada pro dan kontranya, aku selitkan beberapa soalan untuk dipertimbang sebelum diteruskan ini bisnes.
ini;
hal bernama tipu menipu ini,
MLM, wahai anak2.
persis multilevel marketing.
satu sedut satu.
sudah dapat satu, sedut lagi tiga.
sedut sedut sedut.
*geleng kepala*
macammana agaknya ada orang yang memang mampu teruskan tipunya?
tak gila, kah?
satu tipu akan bawa ke satu tipu lagi.
dan yang sudah jadi dua tipu itu akan bercabang dan mencambah lima jenis tipu lagi.
tipu tipu tipu tipu tipu.
atau mungkin,
untuk menjadi penipu berjaya, kau perlu ada buku untuk mencatat setiap tipu daya?
ah! gila banyak kerja!
kalau hilang buku catatan itu nanti,
macammana?
dan kalau sudah terjelas semua tipu dusta semua,
mukanya kena bagaimana?
perlu nangis sedu2 minta ampun, kah?
atau perlu buat tongong dan tidak faham, kah?
haih.
kelakarlah.
lebih kelakar kerana aku tahu kau tahu aku tahu kau penipu.
dan terlalu kelakar melihat engkau yang masih terus melapis2 tipu yang kau tipu untuk terus menipu.
sekali lagi aku tanya;
kenapa orang menipu?
kenapa?
hambar sangatkah hidup kau sampai kau hendak curi hidup orang lain?
bosan sangatkah hari2 kau sampai kau perlu ambil kirai2 masa orang lain?
bahaya jadi penipu, sebab kadang2 kalau lupa landasan masa, landasan plot kisah rekaan cerita.
semalam cerita lain. hari ini cerita lain.
susah.
dan yang lebih bahaya, dek kerana kau sudah terlalu biasa menipu, kau sampai hidup dengan percaya apa yang kau tipu itu realiti semuanya. nahas. memang nahas.
*diam*
erm...
maka begitulah tuan2 dan puan2,
resepi kita hari ini.
selamat mencuba!
24 comments:
there's a saying
jangan sesekali membuang masa berfikir tentang sesuatu yang anda tidak suka
there's a situation
terpaksa hadap muka penipu yang sudah kantoi menipu tapi masih berlakon tak tahu.
*garu kepala*
seryes tak tahu macammana nak senyum lagi dah.
wow.
thanks kak fynn.
nak praktikkan sat g..
*wink wink*
owhhh....sedang mengalami situasi ini...rakan baik sendiri menipu... sangat sakit hati...da la tipu,kantoi pulak tuh.... lepas tu bole mnta simpati orang lain.....sangat pathetic
kita semua adalah penipu.
cuma tarafnya saja berbeza.
xsangka still ada orang percaya MLM ni. bapak sy ckp MLM ni mcm tikam belakang sedara2 sniri.
kepada penipu: kalau dh kantoi, mengaku! tahi lekat kt suar, still xnk ngaku kau berak. bau dh sebatu woi.
tanya banyak benda pasal apa yang dia tipu.satu hari mesti give up
utk tipu,1st sendiri mesti percaya apa dia tipu.2nd jgn kantoi heheh
I uesd to be a Lulu...
until I met an even bigger Lulu. ;-p
abaikan saje org yg menipu itu...
bikin nanar dlm hati kite...
tak rugi hilang mereka...
mereka perlu belajar teladan "harimau baham kambing belaan" dlm hidup...
kalau kakak kenal dia, mungkin betul. tapi kalau kakak tak kenal dia, dan empat orang lelaki tu yang menipu, macamana?
atn.,
kenal.
fullstop.
dan ini bukan kali pertama.
double noktah.
aku sokong ape yg ko taip ni fyn.. manusia memang mcm2.. apa salahnya hidup dengan jujur dan ikhlas, xdelah ada adegan bunuh membunuh kan kat donia ni.. haih!!
aku sokong ape yg ko taip tu fyn. Apa salahnya kalo kita hidup dengan jujur dan ikhlas kan.. xdelah adegan bunuh membunuh berleluasa sangat kat donia kan.. fyn?
nampak sangt umo muda lagi ni
xpernah alami lagi
urmm
Salam perkenalan kak fynn. selalu sy jd tetamu rahsia jer. bila bca entry kak fynn kali ni terasa nk komen je sbb sdg mengalami peristiwa tersebut...
mmg betul... sgt 'terbakar' dgn penipu yg sebegitu.
mcm kak fynn kata "terpaksa hadap muka penipu yang sudah kantoi menipu tapi masih berlakon tak tahu." mmg dh xterasa nk senyum.. tp kuat kn je semangat tuk hadapi hidup ngan ceria...
bru ku tau realiti hidup bila kluar dr kepompong keluarga yg selesa... =D
aku sendiri x paham.
skunk sapa yg tipu sapa[?]
adakah anda sedang menipu aku.
atau anda sedang menipu diri anda sendiri yg akan menyebabkan penipuan itu aku tertipu dan digunakan oleh para2 penipu untuk terus menipu dengan penipuan anda ini.
*garu2*
penin.
haha.
i keep wonder how long you spent 4 this 'lying'[?]
woh, nk tipu kne ada backup..huho..dan berkumpulan..
baru besh..
pas tipu..ngumpat2 lak sebab modus operandi berkumpulan berjaya..
cukup lengkap datang untuk satu pek bertulis "ini sekotak dosa!!"
bila sekali kamu menipu maka kamu akan terus menipu demi menunutp penipuan kamu sebelum itu.
oleh yang demikian,sekali kamu menipu maka selamanya lah kamu akan menipu.
apa kamu mahu terus hidup dalam penipuan?
kau tengah bercakap pasal housemate aku ek kak? *grin* - cikgu rock (kalau kau masih ingat siapa aku)
setiap manusia mesti ada menipu kan?
kalau nak menipu yang penting adalah confident!haha
aku suke part "saye putar abg Halim" tu...
klu kite rase tertipu dgn org pura2 baik dpn kite camne? same ke definition die dgn penipu?
confident is everything.
iya..sedang berhadapan dgn insan penipu.yg sedihnya ibu bapa kat kampung percaya bulat2,segiempat dan bujur apa saja yg dtg dari anaknya.sampai nak kawenpon menipu, tak nak reveal status suami sendiri disebabkan dia sebenarnya menjadi isteri kedua.tp nasib baik sugar daddy itu menjadi suaminya.kalau tidak, lagi byk dosa yg dibuatnya. mmg betul, gali lubang, tutup lubang utk mengcover kisah2 yg memualkan itu..siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri
Post a Comment