Monday, April 13, 2009

hendak

pagi tadi aku bangun dengan mata bengkak; berselaput dengan air mata kering yang pada akhirnya mengeras menjadi kuping seperti tahi mata yang hadir ketika sakit mata di asrama pada usia aku di tingkatan dua dan tiga, waktu aku sengaja ambil lelehan air mata ira yang sudah terjangkit, demi untuk diberi pelepasan pulang dari asrama yang semacam neraka.

malam tadi aku tidur dengan sebal dan kecil hati.
malam tadi aku masuk tidur buat kali pertama mengeras menghadap dinding.
malam tadi aku paksakan tidur tanpa mengizinkan bibir mengucup suami.
malam tadi aku biarkan tidur dicela malaikat kerana bersongsang baring.

pagi terlalu awal untuk aku dan dia.

aku tahu, bukan malam aku sahaja yang pendek dan tersangkut2.
aku tahu, kerana aku sebenarnya tidak pernah tidur, dan mampu mengecam masa2 dia mundar mandir ke sini sana, ke tandas, ke dapur, ke ruang tamu, ke mana2.

rumah ini kecil untuk berahsia.

aku zahirkan bangun pagi ini dengan melangkah terus ke ruang puisitepijalan, dengan niat hendak menulis setiap sebal yang aku rasakan, secara terperinci ke setiap bintil, tentang ralat bersuamikan hazzrilfitri bin hadzir.

dia benar2 meralatkan jiwa seorang aku.

aku hendak tuliskan betapa dia tidak mengerti hati halus aku, yang dia persis seperti semua lelaki yang pernah bernafas dalam plot hidup aku, yang sememangnya tidak tahu apa dia satu2nya cara untuk memenangi jiwa aku; yang terlalu mudah sebenarnya untuk menjelir seperti anjing manja melihat bola tuannya.

aku hendak adukan betapa dia meronyokkan hati aku,
yang selama ini sudah terlalu penat memujipuja dia itu.

aku hendak aku dibacakan dengan teliti oleh dia, meski aku tahu sudah terlalu lama tidak dia buka pojok luahan ini
dan mengetahui apa yang terkini dalam hati.

aku hendak dia tahu,
di waktu ini, aku memerlukannya lebih dari yang dia mampu.

*diam*

semalam, selepas beberapa hari terlalu siksa menanggung azab yang melonglaikan, tuan doktor cina itu mengesahkan. ada hidupan dalam rahim aku. hidupan yang bukan diharapkan, hidupan yang tidak dihendakkan.

sebesar separuh penumbuk, setebal separuh jantung.

*senyum sempit*

padanlah semakin lama, setiap bulan semakin bertambah pelik sakit yang aku tanggung. bersamping muntah hijau dan henyakan dari dalam tubuh, yang memaksa aku melolong dan menangis seperti orang tidak pernah dididik dengan perkataan sabar.

padanlah tidak mungkin mampu menjadi bunda.

dan sejak pagi semalam yang dikhabarkan pada telinga ini, aku cuma berbaring, mengeras dan menangis.

menangis.
tri bukan manusia pertama yang aku yakin benci sama airmata aku.

abah akan bantai aku tanpa henti selagi ada air di mata ini.
mahu ajar aku untuk jadi kuat, jeritnya dalam setiap libas di belakang dan kaki.
ya. berjaya.
berjaya mendiamkan aku buat sementara.

yang tidak dia tahu, hasilnya pada hidup aku adalah aku menjadi gadis yang paling kuat dalam dunia, dengan airmata yang dipaksa ku kunyah dan telan dalam dada. yang di suatu2 masa, meluap2 keluar bagai air mata panas gunung berapi yang terlalu lama tersimpan dikatup dari memfizikal dirinya.

aku, adalah dua ekstrim.
keterlaluan gagah.
keterlaluan lemah.

*diam*

dan hanya lelaki2 dan perempuan2 yang aku pernah beri hati ini, secara sengaja atau tidak, secara diam2 atau tidak, secara paksa atau tidak, akan memperlihat warna sebenar aku.

aku bukan pelangi yang kalian langitkan.
aku ini kelabu samar.
dan kekuatan yang aku unjurkan pada umum adalah hati ronyok yang aku seterikakan setiap hari agar tersimpan kedutnya.

haih...
tapi aku perlu kasihan sama suami aku. dia sudah melihat bias warna asli aku.
aku terlalu memberi setiap milimeter jiwa raga.
ah. binasa.

*diam lagi*

aku hendak luahkan yang aku punya suami yang sangat kejam kerana semalam, ketika aku mengesak padanya, yang aku ini hanya akan menjadi seperti emak yang menyusahkan abah ketika sakitnya, dia marah2 dan membengis.

aku hendak ceritakan yang sewaktu aku mahu dia tahu aku hendak menjadi isteri yang menyenangkan semata dan tidak sebaliknya, yang aku sudah berikrar untuk sentiasa membahagiakan dan tidak menyukarkan, dia terus berdiam namun mengguris.

aku hendak marah, benci, ralat, kecil hati, membuak, geli, jijik: kerana imaginasi aku di getir2 begini, seorang lelaki bernama suami itu akan merangkul aku dan meluahkan bicara langit sambil mengurut2 ubun2 dan mengucup tanpa henti, seperti dalam wayang dan lagu2 bidadari.

aku hendak macam2, yang penting menyampai rasa aku yang penuh dengan rasa defensif di sini.
sehinggalah pagi tadi.





lumrah aku sebelum membuka sudut sendiri, akan aku dapatkan nasihat2 kecil dari pojok kawan2 dan manusia2 yang aku ikut. tini wakilkan satu frasa yang menjawab soalan2 aku malam tadi (yang aku sebalkan betapa jahatnya suami aku, betapa sampai jiwanya membiarkan aku): "yang tidak sempurna itu adalah yang terindah."

aku tonton untuk pertama kali.
dan aku tonton lagi.
dan lagi.

seperti biasa, airmata gembeng ini mengalir dan tidak mahu berhenti.
seperti biasa, aku sedari betapa penuh dengan kepentingan diri si aku ini.
seperti biasa, aku malu sendiri.

"the little imperfections that makes them perfect"
dia tidak sempurna, persis aku juga.

lalu kenapa perlu aku rujukkan wayang dan lagu2 bidadari bila aku juga, seperti dia, tidak menqurankan aturan plot fiksyen dalam hidup sehari2.

aku hendak tamatkan tulisan ini dengan satu positiviti. aku akan katup komputer riba ini, dan menggelungsur di bawah selimut dia, dan memeluknya dari belakang. aku hendak hidu bau lehernya yang berkepam di antara bantal dan tilam, dan mengucup ampun kerana tidak mahu memahami dia.

dia, seperti abah, adalah lelaki yang tidak mampu berbuat apa2 ketika berhadapan mata ke mata bersama airmata. dan untuk mengeji dia akan bersusah untuk aku sepertimana abah untuk arwah emak dahulu adalah sesuatu yang terlalu kejam.

"siapa saya untuk awak, sayang? masih orang luar yang perlu awak risaukan untuk jaga hatinya? sampai bila baru awak terima yang saya suami awak, dan tidak ada semata2 senang bersama?"

aku hendak setuju pada kata2nya malam tadi.
aku isterinya.
dan susah, adalah milik bersama.

bersama.

62 comments:

atn.yusry said...

be strong and congrate kak. you'll have a baby (: *peluk cium*

Da Ahmad said...

be strong.
be strong.
be strong.
=)

Tini Rahim said...

the video's beautiful right kak fynn?

and takpe kak fynn, if you're not destined to have a baby, ada banyak anak di luar sana tu yang tunggu kak fynn hulur tangan dan bagi kehidupan. lagi besar pahala kak fynn. insya Allah satu hari i'm going to do the same thing.

whatever it is, always hold on to this saying; Tuhan takkan uji kita lebih daripada apa yang kita mampu tanggung :)

be strong. love you.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

hmm..kak fynn, harus kuat k..
pasti ada rezeki akak nanti..
doa byk2..

jgn menangis lagi..
senyum ye..harus senyum walaupun pahit.. :)

be strong!! ^_^

NanaNeriza said...

kakak..
kakak boleh harungi sume ni...
DIA tak kan biar kakak sorang2 dalm mengharungi ujianNya...

C a R t i N i said...

congrats fynn. `pembawakan' yg penuh emosi..

Sabar >> sbb tak tahu nak ckp apa...

Anonymous said...

Fynn, ini nasihat ikhlas, jangan terlalu fikir apa yang patut kita dapat, kenapa suami kita tak begitu begini, kenapa tak boleh beri perhatian macam kita damba.


Dua orang yang aku kenal tidak bahagia kahwinnya kerana hal begini. Yang akhirnya bawa kepada perpisahan. Aku lihat mereka, perkara yang boleh diselesai sekalipun menjadi berbelit-belit kerana hati sentiasa tidak puas. Tidak sempurna macam yang diimpikan.


Bukan maksud kita tidak boleh mempersoal bila sedih rasa tak dipeduli, banyak juga benda lain boleh kita bahagiakan bukan? Menjadi isteri kepada seseorang itu sudah cukup mulia bukan? Ramai tidak ada peluang pun.


Sangat banyak ruang untuk mendapat pahala melalui suami. Takdirnya kalau suami kamu kurang di situ sini, mungkin itu ujian bagi kamu.Baguslah kamu cuba fikir positif, jangan terhenti hari ini sahaja, ketika tulis entri ini sahaja.


Semoga lekas dikurniakan cahaya mata untuk kalian. Amin.

fynn jamal said...

anon:

betul.
sy setuju.
dan biasanya saya ok saja.
cuma kali ini agak hiba sedikit.

ye lah. hal zuriat mmg terlalu sensitif utk mana2 perempuan.

ada hari turun naik, seperti iman juga.

terima kasih kerana beri saya kekuatan lewat bahasa kamu itu.

*senyum*

beL cLoud9 said...

fynn, mungkin ada hikmah yg kita x tau..mungkin DIA suruh u berusaha membina kerjaya n belajar supaya lebe bersabar or ape2 ajelaa..jgn trlalu ikot perasaan smpi lupa kpd insan2 yg selama ni mnyokong u..terima la seadanya dan bukan masa u lagi skrg..

pape pon hope u lebe tabah..sokong u dr jauh..

Anonymous said...

kamu harus byk bersabar..
kerana kadang kala tuhan memberi kite ujian supaya terhapus dosa2 yang dahulu pernah kita lakukan..
jangan dipersoalkan kenapa manusia x memahami kita..sebab itu tuhan meletakkan hati di dalam dan akal juga di dalam..supaya kita menerima kelebihan dan kekurangan seseorang..
soal zuriat..mintalah padaNYA..hanya DIA yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu..banyakkan buat solat taubat dan solat hajat..pasti DIA akan menjawap permintaan kita hendakNYA..
Ingatlah..jangan persoalkan itu dan ini..kerana kita juga manusia biasa di sisiNYA..
semoga akan ada hari indah buat kamu..amin..

S.I.D said...

be strong~
be strong~
be strong~

(",)

t a z i z z l e said...

sabar laa kak
musti ada hikmah disebalik sume nih
be strong kak fynn!
kamu kuat, saya tau tu

Cik Lizi said...

*senyum*

sy doakan kak fynn kuat & sentiasa bahagia~

take care ya~

^_^

Suka Bebel said...

tak tahu nak kata apa. semuga terus kuat dan tabah menghadapi setiap dugaan mendatang. Ingat, DIA suka menduga makhluk yang DIA sayangi

WNRD said...

http://senikatawati.blogspot.com/2009/04/ke-hadapan-fynn-jamal-fynn-dengar-lagu.html

aqish badree said...

be strong kak fynn..
Dia xkn bg dugaan yg xmampu dipikul oleh hambaNya..

bknkah sakit itu mhapus dosa2 kecil?

=)

Para Jamaludin said...

dah, cuba cerita kenapa aku pulak yang nak menangis bila baca entri ni?

betul kata orang itu, siapa ya..
tak ingat.
tapi sesuatu itu perlu ada pro dan kontra, baik dan buruk, hodoh dan lawa..baru sempurna.

kuat ya incik kakak.
Allah tidak ke mana-mana.
Kamu cuma perlu percaya.

m@Ri@ said...

sabar ye fynn..sy harap awak tabah..jaga diri..

hzrh said...

kakFynn,mak saya selalu cakap..

"Tuhan bagi awak kegagalan dan kesusahan sekarang,supaya Dia boleh bagi kesenangan dan kebahagiaan pada awak bilamana awak perlukan,pada satu hari yang kita sendiri tak tahu.."nah,kata-kata ini saya hadiahkan buat kakak siber saya yang tersayang,KakFynn..

C:

. said...

kakak.
tabah selalu.
sy syg awk.

kak fyn org yg dpt byk cabaran.mst ada byk kebahagian juge utk dia.

percaya itu.
prcaya karma.
prcaya usaha.
jaga diri ya .

yoks said...

sentiasalah senang menghadapi dugaanNya.
baik buruk ada hikmahnya.

Bintang said...

dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

manusia tidak pernah tinggal dengan ujianNya.

bersabarlah.

"Allah tidak membebanni seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Al-Baqarah:286)

mesti compliant dengan treatment,oke.

:)

azhari azmi said...

wow this one is really deep!
thanks for sharing this one..
i can barely imagine what are you facing right now.
but i can gasp the idea though.
"penyabar-->seorang yg kuat".
become one!

Munzir CK said...

sabar dan tabahkan diri kak fynn!

s h y q said...

sbr fynn ... Allah menguji ...

Unknown said...

hi fynn mmg amat kuat ape yg kamu tanggung tp ingat la bahawa ada lagi org yg lebih susah dari kita...

sekurang2 kamu sudah ader suami dan ramai lagi org d luar sana yg dying for that...we have to try to accept all the kelemahan our partner so that the relationship become stronger...in fact kita pun bukanlah sempurna jugak kaan...

pasal anak pulak, itu semua adalah kerja Yang Maha Esa...bila kita ditakdirkan untuk itu maka dpat la kita dalam apa keadaaan sekalipun...kita hanyalah perlu berusaha berdoa dan tawakal kepadaNya..

semoga my little words can help you to cheer up...take care...

Milimilo said...

congratz utk nyawa baru yg bakal menjenguk ke muka bumi..n n juz be strong ;)

cik_ah82 said...

aduh..
bergenang air mata baca entry ni..
be strong dear..;)

Anonymous said...

bukan mudah nak menjadi manusia kak!

be strong..

hargai apa yg kita ada skrg..
dan berdoa utk kekal bersama org tesayang..
sakit yg dtg menguji kita..
sakit yg dtg ada hikmahnya..

suatu hari ada SIRNA utk kalian..

pasti !!

berdoa...
meminta pada yg SATU..

Anonymous said...

**tarik nafas dalam-dalam**

kak fynn kuat kn?

**senyum**

[+]

tini rahim--yup,klip 2 sgt 'indah'..

Sara Musfira said...

Istighfar byk2 kakFynn.

:)

Eerie Liuvyx said...

be strong*

zzzzz said...

(kalaulah ada kata2 yang lebih sesuai untuk mengekspresikan perasaan sekarang, tapi tak jumpa lagi.)
maka,diam.

tc.good entri.keem 'em coming.

Anonymous said...

kakak,

tabah.

aku juga dulu ada kehidupan di ruang uterus..

namun..

demi untuk terus hidup.

aku terus bertahan.

mahu dioperasi..

namun tak mungkin..

aku belum bersuami..

.maka aku akan terus bertahan.

sampai nafas terakhir.


morphin hanya yang sesuai untuk tahan sakit...

tapi aku tak pernah ambil lagi..

takut ketagihan.

maaf kakak.

kenapa kamu tak pernah balas msg.

sentiasa sokong kamu.

Nurul Binti Ibunya said...

syahdu!!!
ingat Allah sentiasa berada di samping Makhluk-Nya..
yakin!
be strong..
eh..
dah memang kuat pon..
hehe

Ayyman Rahim said...

Kuat kak, kuat!

nana said...

be strong kak.
*hugshugs*

dialicious said...

setiap penyakit ada ubatnya kan?kalo ubat doktor x jalan,cuba traditional.kalo traditional pun x jalan,kdg2 ada miracle tau..percayalah!dan bertuah kamu dinikahi oleh suami kamu yg sgt mencintai.Si Dia tau kamu kuat!

iNz said...

Allah selalu bersama-sama dgn org2 yg sabar kak fynn.

u can do it. u can pass every tests He puts on u.

=)

semoga Allah kuatkan akak selalu. setiap masa. ;)

Anonymous said...

salam kakfynn. org beriman takkan dibiarkan mengatakan 'aku sudah beriman' tanpa diuji.. bersabarlah. sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.

*sory. ayat ciplak. copy paste drp AlQuran*

Sofia Nin said...

be strong
as always :)

Anonymous said...

Saya minta maaf saya menangis baca entri ni.

iYda Juhar said...

go fynn jamal go !!!

wehuuuuuuuuuu !!

sa'diyah said...

sa'diyah still sayang kak fynn. hehe

nikuze said...

bawak bersabar fynn. insyaallah pasti ada jernihnya dihujung nanti. aku terlalu kagumi kamu menjunjung kasih seorang suami. kamu buatkan aku terasa ingin kahwin sekarang. bersabar....kamu masih punya suami yang penyayang...itu sudah pasti...

nikuze said...

fynn...kamu sudah cukup kuat...ini hanya sedikit ujia dari Tuhan..mahu melihat kesetiaan kamu padaNya. aku sahabat jauh (walaupun kenal kamu melalui blog kamu) doakan kebahagiaan dan ketenangan untuk kamu

wani said...

"ada hidupan dalam rahim aku. hidupan yang bukan diharapkan, hidupan yang tidak dihendakkan.

sebesar separuh penumbuk, setebal separuh jantung."

kak fynn,

cyst ke?
kna operate x?
kuat, k~~~

:)

sepet_kuku said...

salam...Fynn..

Fynn...yg memberi kekuatan..

Alhamdulillah...ada sesuatu didalam rahim Fynn,walaupun ianya tidak pernah diinginkan...disini ujian buat sang suami...disini ujian kasih sayang kalian,disini ujian teguhnya janji-janji yg mungkin penah dilafazkan...

Fynn...yg memberi kekuatan..

Jangan pernah rebah..
Jangan pernah penat..
Jangan pernah undur..
Jangan pernah membenci...kerana..sekarang...Fynn sudah ada seseorang utk berkongsi rasa,berkongsi cerita,senyum bersama,sedih bersama...

Pasti...beri ruang buat Tri...pasti ia mengerti...

Anak...pasti dtg...anugerah Ilahi..buat Fynn dan Tri..

kalau takdir bukan dari Rahimmu...tak mengapa...dari mana-mana rahim pun...ia tetap anak buat kamu..

Sabar dan senyum...terus kuat..

Sarah B. said...

fynn...

****HUGS****

LaDy_ZeRa said...

kak fynn..

be strong..the baby is the gift from HIM..

smoga kak fynn bhgia dgn hubby hingga ke akhir hayat..

Niksu Rashid said...

kadang-kadang dgn teman lelaki pun mahu dimanjakan, apatah lagi bersama suami.

betul hal zuriat mmg sensitif untuk mana-mana perempuan. sy pun takut kalau tiba-tiba ada halangnya.

terus kuat kak fynn. terus doa. pastinya ada sinar di sebalik sesuatu itu.

terima kasih. kak fynn memang inspirasi.

Hann Haidar said...

Fynn,

Hidup ini satu jalan, teruskan sahaja jalan yang telah disediakan untuk kita.

Thank God for dirty dishes, they have a tale to tell.

*senyum sikit?

Qistin Fadzin said...

entri ni buat air mata aku menitik di atas laptop... pukul 8 pg di ofis smlm...(jujur. nasib baik bos xnampak)

(malu utk mengaku diri aku sama dgn kamu...)tp, aku juga gembeng... aku juga terlalu gagah, dan terlalu lemah... ramai mereka benci kemurahan air mata kita...

fynn, nobody would want to be the burden to someone they love... kalau tri di tempat kamu ~ dia yg menanggung sakit itu ~ apa sakit hati kamu melihat dia bermurung sedih kerana ditakdirkan menyusahkan kamu? sedang kamu sejuta kali rela dibebankan demi si dia?

~hugs~

aina syaqilah said...

kakak, sabar
pasti ada hikmah

btw, imy !

I.N.T.A.N said...

salam,
fynn,
sy turut nangis.ikut sedih.tp bkn itu yg kamu perlukan, sy paham.

tiada lagi perkataan lain yg lebih agung, mungkin fynn udah jemu muak, rata2 semuanya berkata yg sama. tp sabarlah fynn sayang. tabahkan hatimu. hebatnya ujian dr Allah krn menguji sejauh mana sabar hamba-hamba-Nya. fynn beruntung ada suami dan keluarga-keluarga di sisi.

sabarlah, Insya Allah ada hikmah di sebalik semua ini.sy xtahu.fynn juga tidak..yang tahu cuma Dia.

Sarah H said...

Menyerah lah untuk menang.

madumerahjambu said...

be strong kak fynn~
Tuhan itu menguji kite~
tanda DIA ingat pd kite kn~
manusia tdk sempurna~
tp ketidaksempurnaan itu yg buat kite syg mereka~
(^_^)
take care kak fynn..

SiR ZaY said...

be strong..
saya bkn doktor..
tapi mudah-mudahan..
menjadi doktor...dlm masa bbrpa tahun
kalau saya sudah menjadi doktor
sudah lama saya menghubungi kamu
untuk merawat kamu..
tapi saya belum sampai di situ
cuma..saya hanya mmpu berdoa untuk kamu..
berharap doktor terhebat ke depan merawat kamu..
juga supaya YG BERKUASA itu..
membantu kamu..
"ujian yg diberi DIA mnnjkkn kamu mendapat perhatian dari DIA"
mgkn skarang bkn rezeki kamu..
tapi nanti..ia pasti akan hadir..

Anonymous said...

kAk fynn SaYang..

akU pErnAH raSa sAma macam kamu,
ingin seseorang yg sudah menjadi temanku, begitu dan begini,
namun, sekadar keinginan, aku tidak bisa memaksa dan meminta yang bukan dia, cuba menerima seadanya mungkin lebih bahagia.. hati penat meminta, namun jika bukan dia.. pun hati terluka.
tabahkan diri,
emosi tak stabil dan senang terguris masa berbadan dua.

N D Z said...

Sabar dan Allah akan tunjukkan jalan tenangkan fikiran.

p/s:i cried when i watched tht Family video.

Anonymous said...

hai fynn
xtau nk ckp pe snanye
sbb mmg xreti nk m'comfortkn org
cume mampu m'jadi good listener
sbb tu bg kumen ni
jd kamu tau saye ade d cni untok dnga mslh2 kamu
take care
=))

-nazira-

Anonymous said...

kak,
terima kasih yang tak terhingga untuk entry ini.

semoga kekuatan itu sentiasa bersama fynn jamal

-nimy-