Saturday, April 4, 2009

tentang 3 venus

wani ardy ada idea gila.
bintang jatuh tahun ini dikecilkan fokusnya, khas untuk 3 performer.

3 venus.
bersempena nama planet itu.

wani ardy,
anna raffali,
dan aku.

aku harap aku tidak mencomotkan pentas mereka.

fuh.
seram.

apa pun, wajib aku tekankan betapa aku rasa haru dan pana. sudi sekali aku diangkat sama taraf mereka: komposer musik yang sangat asli dan santai. aku? kaki tibai. haha.

malam ini, mereka akan datang rumah. kami akan sama2 jamming dan rakamkan satu lagu yang mengkolaborasi kami bertiga. nanti aku minta izin mereka untuk bubuhkan di sini. dapat kamu2 dengarkan dan larutkan dalam hati. mana tahu, kalau2 kamu hendak datang, boleh sama2 kita dengungkan.

lagu itu, bagi aku, sangat sesuai untuk para gadis yang gemar hidup untuk memberi puas pada dunia. lagu itu, dicatat coret, demi untuk mengkhabarkan: hey gadis, tenang saja, kita manusia biasa.

aku suka.
harap nanti kalian juga.
:)

syafiq dan tri sedang gila main musik di belakang aku ini. sekali sekala, aku selit2 berbual bahasa alam. dari cerita dinosaur sampai kisah nabi segan minta tuhan untuk sedikitkan lagi bilangan solat.

hahaha.
ini baru betul.
betul2 ke laut berborak kali ini.

subuh esok akan ke sabah.
balik sabah, mula kerja baru.
secara visualnya, sudah sempurna.

kecuali yang paling aku mahukan.
tapi hendak minta apa lagi.
aku patut malu asyik ingin2 itu ini.

tidak apa.
aku harap manusia yang mahu buang anak, tersesat ke depan rumah aku.
aku janji akan jaga dia elok.

*diam*

ah. apa pun, datang nanti bintang jatuh 09.
tarikhnya perlu tanya wani.
aku sendiri tidak pasti.

dan tahniah noe.
selamat diusap suami.
:)

hari ini macam lain la.
entah bagaimana, aku dapat rasa elus angin di pipi aku,
menyambut selamat datang.

it's always great when you hear a hello.
kan?

25 comments:

puspaSARI said...

i love you kak ;). and i miss you
;(

[siti] said...

wah. kamu, wany dan anna. pasti gabungan yang ada keajaiban tersendiri. kapan? kabarkan ya.

chykeenzachary said...

anak..
usahalah...

jgn malu untuk meminta bila kau selalu memberi =)

joegrimjow said...

wahh
xsabo2 nak denga
nanti post la ek

nazreena nadia said...

kak fynn i l0ve ur writings.
nyaman dibaca
=))

alia said...

yep...
hello~!!
(^_^)
senyum lah...
even if nobody is saying hello to u~!

[suke senyum, dpt pahala sedekah byk2]

afy sufy. said...

yeayyy
ol d best kakfynn
nk ikot balik sabah bole?
rindu sama negeri bawah bayu itu

:)
tidak sabar untuk mendengar

adilahalim ; said...

kak fynn,
sounds interesting pasal 3venus tu.
lekas update ya ?
nak tau lagi.

:)

senget said...

ouw wany...
i miss wany..
harap dapat ketemu dengan 3venus dibintang jatuh jika berkesempatan.. :)
i really adore u.. :)

hatifragile said...

nakkkkk!!!hehe

hatifragile said...

nakkkkk!!!hehe

iYda Juhar said...

wahhhhhhhhhhh.
tak sabar nak g Bintang Jatuh.

wehuuuuuu!!

Eerie Liuvyx said...

wah,
menarik ini
tiga venus
3 kepala
3 gadis
pasti kaboom=)

Tini Rahim said...

great collaboration!

i cannot wait!

pelangi said...

wah kak fynn bakal bergabung bersama wany?pasti hebat. wany memang talented. lama tidak ketemu dia.
nanti kak fynn jumpa dia sampaikan salam rindu ya.

jangan lupa cepat2 update tentang 3venus ya. =)

Sara Musfira said...

Good to hear that Kak Fynn.

=]

LaDy_ZeRa said...

say hello to kak fynn~~

;)

hazwan said...

hari tu jumpe wani n anna di borders. wani kata akan perform di Anexxe dan tempat agak limited.

eh,akak fynn best la. setaraf tak setaraf tu tiada siapa tentukan. janji performance tiptop.

puisi tepi jalan satu!

can't wait for it!

zera said...

beshnye ade lagu bru dr kak fynn nanti..
tak sabar nak dengar..
hehe..
wish u ol da best!!
(^_^)

zera said...

gud lux kak fynn..
tak sabar nak dengar lagu kak fynn..
=)

shy said...

insyaAllah fynn...
rezeki itu ada..
yg penting harus terus percaya pada qada' dan qadarNya...

"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIAdatangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari!Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

insyaAllah..

Anonymous said...

kak fynn;

selamat datang ke bawah bayu ini.
:)

bisa saja kita ketemu.

-i.l.a-

DonCorleone said...

Nak tengok insya-Allah. As you know...am always hunting.

Ayyman Rahim said...

Nak tengok! Hidup nampak gembira sekali ya sekarang? Alhamdullilah.

Alif Iskandar Tareh said...

sedang sabar menunggu hari bintang jatuh 2009!