Monday, April 27, 2009

nanti aku khabarkan yang sekarang







susah jadi aku.

waima aku ini begitu mesra alam dan periuh masyarakat, aku ini kalut bila hendak cerita tentang diri sendiri. biasanya aku akan biarkan dahulu dan ambil masa. biasanya sampai orang sudah tidak mahu tahu. biasanya aku simpan seorang2 sahaja.

maka sebenarnya, perkataan 'update' yang biasa digunapakai untuk blogawati seperti aku nyatanya tidak tepat.

benar, aku suka berhikayat ttg aku hampir setiap hari di sini. tapi yang jujurnya, apa yang aku kisahkan selalunya cuma di permukaan. hal2 mudah dan am. mana2 plot diri aku yang agak mencelaru dan mendasar ke lubuk, rutinnya aku bualkan dalam rahsia.

bermakna kalau aku sedang bercerita tentang itik berenang, besar kemungkinan aku sedang memaki pak atan di hujung kedai.
haha.

kalau dengan kawan rapat macam fatin dan ira pun aku bijak cover line, apa lagi dalam blog yang memang tidak membisakan orang lihat riak mata aku.
:)

alah. aku tak rasa cuma aku berbuat begitu.
pasti ada juga di antara kita yang punya masalah yang sama.
mengaku sajalah.
kan kan kan?
siap ada yang bikin akaun blog atas nama pena. tak mahu dikenal orang.

*senyum nakal*
oh, been there, done that.
hehe.

tapi bagi kamu2 yang tidak, baguslah.
kamu lebih mudah dari kami2 yang komplikasi ini.
tahniah.

*tepuk bahu kamu*

apa pun, atas alasan di ataslah aku hendak minta maaf kerana tidak reti untuk bercerita dengan teliti apa yang telah terjadi pada diri aku lewat beberapa hari ini.

ish.
macammana hendak cakap ya.

sabtu dan ahad lepas adalah hujung minggu yang terpaling magnifisi.
terlalu indah, sampaikan di pulangnya kami dari ipoh malam sabtu itu, ketika wani dan tri sudah bergelimpang tidur, aku ujar pada syafiq yang sedang melayan soldier of fortune nyanyian deep purple secara loop:

aku tak nak tidur. aku takut hari ini habis.

*diam*

pernah tidak kalian rasa begitu penuh, tapi tidak mampu hendak meluah apa2?
yang termampu cuma senyum dan berseringai sendiri, mengharapkan ada yang mengerti tanpa perlu engkau cerita padanya?

beberapa hari lalu ini, itu yang aku rasa.

begitu banyak muzik,
begitu banyak karya,
begitu banyak perasaan sama,
begitu banyak adorasi segala.

aku takut aku tidak mampu menceritakan apa yang aku rasa sesempurna realiti apa yang aku rasakan. bahasa aku belum cukup untuk aku lukiskan panorama sebenar hidup aku akhir2 ini.

nak cerita,
tapi nanti2lah.

macam baru bangun dari mimpi yang teramat membahagia,
bibir kita katup, telinga kita tutup,
cukuplah sekadar memegang remang perasaan prasedar itu.
sudah cukup.
sudah cukup.

kimia.

(kreditfoto: alan)

19 comments:

Sara Musfira said...

Terlalu gembira ya kak?huhu. Istighfar. Nnt khabarkan.

:)

amirnazrin said...

aku pun teringin sgt nak rasa peresaan macam tu.perasaan yang takde words or phrase boleh ungkapkan.datuk nenek kita dulu belum ciptakan.macam fynn kata,sampai taknak tido sbb takut hari tu habis..
seriyes,teringin gile.

ochs widdle said...

yeah.
mungkin kerana tidak mahu banyak komplikasi dan lebih bebas meluah rasa.
mungkin sebab itu nama pena jadi pilihan.
lagi pun.masih tidak cukup kekuatan untuk berdiri atas nama sendiri,menggunakan wajah sendiri.

memang sedih.

.L A L A. said...

kak fynn, dila tumpang gembira untuk kamu.

:)

N.I said...

bukan semua yang kita ada, yang kita rasa kita boleh dgn senang terbuka bicara tentangnya~

kalau dicerita juga, takkan semua yang tahu faham.

saya lalui perkara lebih kurang.
yang dicerita cuma dasar.
yang disimpan semua akar.

=)

azzahari said...

on the way balik dari wuhuu09,saya tersenyum sorang2..alan disebelah memandang sinis..
setuju dgn katamu fynn,banyak bedanya diantara melihat di youtube dengan melihat didepan mata..saya xpandai menulis atau melontar kata tapi apa yang saya tahu - saya puas.



pendapat peribadi: terlalu banyak perkara yang ingin kita kongsi bersama,namun ada kalanya kita perlu `simpan` sedikit untuk privasi diri.

afy sufy. said...

tidak sabar untuk mendapat khabar itu
suka nmpk kakfynn d gmbr terakhir
:D

kontanG said...

fynn post ni utk kamu..tpi aku jumpe diri aku disitu..=p

salam pertermuan..perkenalan

ohvee said...

ada suatu hari 13 mei 2006, tidak mahu tidur pada itu hari. tidak mahu ada rasa lena mahupun mengantuk.

pagi hari 14 mei 2006, mahu ulangi semua. tp tidak ada yg serupa.

nothings could be the same.

:)

lidah said...

yang ni bile ni dol?

Baronhawk said...

Srikandi Fynn,

Seni adalah darah budaya dan sepi itu penghulu jiwa.

Darah, titik peluh dan perjalanan seni bisa membawa kita mengalir pantas menyusur alur dan liku. Banyak dugaannya tapi kadang-kadang akan tiba saat ketika, tompok hikmat di dalam tinta cerita hidup kita.

Macam yang saudari rasa di sini. Sedapkan amukan dadah, rasa ganja bila berseni? Siapa yang tak pernah panjat pentas tak akan rasa.

Sunguh anggun, ampuh dan tulus kalau dapat operasi dan lihat hati seseorang ketika itu.

Semoga saudari selalu mendapatkan tahap wali sembilan ini dan tidak tergoda oleh persundalan seni yang mungkin mencemar saat-saat begini.

Tapi saudari juga betul, Kadang-kadang jiwa berisi tak semestinya nak kita kongsi. Cukuplah dari kilauan luaran bagi orang tengok ceria muka sebab rasa hati. Tapi jiwa kita kadang-kadang elok saja dibiar sepi seronok sendiri meratah saat dan ketika ini.

Tapi kadang-kadang senyum simpul tu tak apalah bagi sedikit kegembiraan kita biar dunia rasa. Kang kedekut pula.

Tahniah, syabas, tapi iri hati ada jugak. Ha ha ha. Selamat berseni dan selamat seadanya buat Fynn rakan dan keluarga.

Hazlan.

chik star said...

sye terlepas sewaktu di ipoh kemarin.
:(

alanamir said...

terhasil karya dari detik ati yg berkata-kata dek maha kuasa tapi tidak dapat diluahkan dengan kata2 apa yang kurasa untuk tetapan kamu semua.
aku cuba hasilkan karya yang terbaik kerna aku ngerti belum lagi terungkai isi serta kulit didalam hati ini.

Anonymous said...

kadang-kadang takut aku baca komen para pembaca/peminat fynn ni. madah depa buat aku rasa nak pencen.

Ayyman Rahim said...

Suka baca blog ni, ada warna warni, waktu suka dan waktu duka :)

fadzarafidelic said...

siut la fynn...wani ...syafiq...
meninggalkan ku sendirian!

Nurul Binti Ibunya said...

berada di sebalik nama pena itu mungkin lebih indah dari berada pada nama sendiri..
ya,lebih indah.
komplikasi membuat jiwa aku lebih tenang dari ketenangan yang sebenarnya membingit.
kepercayaan itu sukar bukan?
perasaan taknak tido sebab takut hari itu habis?
sy tahu apa rasanya..
-peace-

Sofia Nin said...

ngeeee
suka suka
entri begini buat rasa ingin terbang dan menjadi kunang kunang??

hehe. :P

Yana said...

hye,
nice wording there..
bahasa sgt indah..
impress with u :)
but, sgt frust wen i saw totally the same entry wif urs..plagiarism huh
n she did earn alot of credits wif dat..
sng aje just copypaste dis entry n google it..there u go!
sgt tidak adil bukan :S
nwy, love yr blog..
keep writing~
xOxO