Wednesday, September 17, 2008

wang itu bahagia?

situasi:
klinik gigi iman.

plot:
kakak di kaunter yang sedang mengisi borang mengajukan soalan pada aku.
"kerja apa, dik?"
"surirumah"

*gelak berjemaah*

"ok. betul2 la dik. kerja?"

*muka jujur*
"surirumah"
"owh"

haha.
siapa2 yang kenal aku pasti tahu cita2 aku dari kecil adalah untuk menjadi sorang suri sepenuh masa. mungkin ada antara kalian yang tidak mengerti, tapi perasaan menunggu suami pulang dari kerja, memakan bersama masakan yang disediakan khas untuknya, bangun sahur semata2 menemannya (walau selera langsung tidak ada), rasa yang seumpamanya.

aduhai.

teringat ketika baru2 melepaskan jawatan pensyarah bulan lepas. asyik sebak dan sensitif; sibuk memikir malu tidak menyumbang apa2 dalam keluarga.

haih.

aku, yang sudah ligat mencari wang dari zaman belajar. mendapat bulan2 dua ribu ringgit malaysia semata2 mengajar anak2 kuala lumpur. aku susun jadual kelas agar habis tengahari. jam 3 hingga 6, aku ke rumah pertama. rehat sebentar. jam 8 sudah jejak rumah seterusnya sehingga langit menyentuh 10 malam.

hari2.
sabtu ahad pun aku pukul rata.

kereta perlu dibayar.
ptptn aku tidak langsung usik.
aku beri bulat2 pada abah.
along selalu minta duit.

duit itu segala2nya.

sebelum tamat belajar, aku sudah berjaya mendapat kerja untuk sebuah kompeni antarabangsa. makanya, tidak sampai seminggu tamat belajar, aku sudah dipanggil untuk lapor diri.

kerja gah. bangga abah ibu untuk dipromosikan. bekerja sampai ke beijing. makan mewah, gala sana-sini dan berkawan dengan orang2 bisnes yang kaya-raya. hebat.

duit itu segala2nya.

hampir genap setahun, aku penat. masuk kerja tengahari dan pulang hampir tengah malam bukan suatu yang praktikal untuk seorang aku. menulis sudah jauh dari fynnjamal. tidak boleh jadi.

aku minta sebuah sekolah swasta elit yang pelajarnya terdiri dari anak menteri2 dan raja2. aku cuma sempat bercuti seminggu sebelum dipanggil masuk pejabat. tidak sampai 6 bulan, satu universiti tempatan meminta aku menjadi tenaga pengajar mereka.

aku suka. sangat suka mendidik. persetanlah engkau yang menulis di blog kalian aku ini tidak layak menjadi manusia yang memberi ilmu, tapi aku tahu, dan pelajar2 aku tahu betapa aku sangat bahagia menjadi bintang di mata mereka.

tidak apa. aku bukan mengajar kamu pun, kan? cumanya, bodohlah andai kamu fikir aku ini tipikal cikgu sapiah yang cuma tahu berbual tentang kuih. dan bodohlah kalau kamu rasa aku akan bersikap sang penulis di puisitepijalan di situ?

pernah dengar perkataan professionalisme?
haih.

sekadar tambahan, untuk kamu2 yang ingin tahu, aku ini gurunya yang tidak akan berganjak ke topik baru sehingga semua mengerti. yang kalau ada yang tidak memahami, tidak mungkin saya berhenti memberi contoh dan kes. yang juga akan memarahi mereka yang memberi pandangan sinis lepada mereka yang tidak menangkap ilmu hari tersebut.

aku ini guru yang tidak peduli tentang kedatangan, tapi menerangkan kalau terlalu selalu hilang, ruginya pada mereka kerana biasanya soalan2 aku terbit dari bibir aku, bukan teks wajib. aku juga itu yang tidak memaksa kamu gila mendapat A+, cukup sekadar menaikkan satu gred lebih baik, kerana tidak semua manusia lahir genius dan ilmu yang dipaksa datang tidak pernah sudi kekal lama.

aku bukan pensyarah kamu.
aku mengajar konsep dan idea.
bukan hafalan.
aku menggalak berkenalan dengan dunia, hidup dan mati.
bukan apa yang keluar ketika final nanti.

dan jangan nasihatkan aku untuk menukar perspektif tentang cara aku, kerana, andai kau perlu tahu, kelas aku biasanya mendapat purata peningkatan mendadak yang agak tinggi.

aku mahu memberi amal jariah.
bukan skema jawapan untuk masa depan yang cerah.

kawan2, ilmu itu sesuatu yang mesti kita mahu.
bukan dicekam lehernya dan ditengking untuk hadir.

ah... indahnya mendidik.

*diam*

pindah ke nilai, aku menjadi manusia baru.
tanpa kerja.
tanpa kawan2.
tanpa hidup dahulu.

terasa loser.

hinggakan satu hari itu pada bulan lepas, aku menangis di paha tri. takut. risau dikatakan menyusahkan.

tri senyum sambil membelai aku. berkata yang indah2 dan memujuk hati.

"saya lagi suka kamu jauh dari semua itu.
wang bukan segalanya.
ada, kita guna.
tidak ada, kita cari.
saya kan ada?"

wang bukan segalanya.

berminggu juga baru termakan pujuk sendiri. sudah giat mengerah peluh memerah darah untuk sekeping 50 sen. maka aku menjadi seorang manusia yang taksub dengan kira2.

maka entri kali ini aku tutupkan dengan ucapan khas untuk engkau. (oh ya. sila beritahu bos yang kau agung2kan itu ya)

aku halalkan.

hutang kau pada aku, yang kau dengan tidak malu biarkan, semata untuk mengejar neon kuala lumpur itu, simpan saja. okay? mulai sekarang, kau bebas dengan dunia kau. pecutlah dan tangkap bintang jatuh di hujung sana.

semoga kau sedar satu hari nanti, semua itu hanya kilat dan refleksi air sungai semata2.
kasihan.
sangat kasihan.

*diam*

sesudah kahwin, dunia kita akan jadi beda.
mungkin kamu tidak percaya, tapi bila hari itu datang, kamu pasti ingat kata2 saya.

kawan yang dulu bagai urat, kini sekadar angin bertiup sekali sekala.
kerja yang dulu memberi nyawa, kini hanyalah suatu tambahan mata.
dunia yang dulu pelangi berwarna-warni, kini biasa dan rupanya tiada apa.

hiduplah dengan berkat.
dengan redha tuhan.
dengan senyum dan lampu hijau dari dia.

selama ini dia terlalu baik sama kita.
kita saja yang lupa.
kan?

hey kawan2 di sini. sekali lagi,
wang bukan segala2nya.
tapi perlu ada.

wang bukan bahagia.
tapi bahagia mahu wang.

23 comments:

-icha03- said...

seronok borak dgn kamu smlm
mcm mane surprise nye ?
sungguh? surprise?

wang
wang
wang

letih pikir kan psl dia
haiihhh

Anonymous said...

hmmm

*terdiam*

matahati said...

SUARA HATI YANG LANTANG..

Anonymous said...

saya juga pernah bervita2 mau jadi suri rumah sepenuh masa. heh.

alangkah bagus dapat guru seperti kamu kak fynn. yg tidak menganjak topik selagi kami tidak faham sepenuh nya. bukan guru yang kami hadapkan sekarang. hanya maukan kami mendapat A+ dengan cara mengajar nya yg entah bila akn kami faham.

saya sgt setuju dgn ayat2 terakhir itu.

nuridrin said...

benar, wang bukan segalanya,
tapi memang perlu ada..
mahu jadi suri rumah kan?
semoga jadi yang terbaik di hati-hati setiap yang di rumah!

paperheART said...

:) he is right. ada pakai, takda carik. dont make it so much of a problem kan?

i too want to be a full time house wife... we cant deny kenapa perempuan dicipta...

heyy newzealand huh? tak sampai lagi dah bertopi niii~!!! semangat niii...

Sarah H said...

Mendidik memang menyeronokkan :)

Sohaib Zikri said...

ya..fynn

setuju dengan kamu.
wang bukan segalanya.
cinta juga bukan segalanya.
ALLAH saja yang segalanya.

emme~ said...

sissy.
nilai di mana yer..?!

Sue Anna Joe said...

I would like to have lotsa money. Me and Pitt. Nak duit, tuk travel sana sini. See the world. Best tu.

The material world is tempting, pi mall, tengok tv plasma, wow, for me tengok camera equipment yang best, wow, pitt tengok basikal yang beriban harganya, wow. Sumalah wow. Tipu kalau kata duit dan material tak best. Dan tipu kalau I kata I tak teringin.

TAPI. It's not everything. I wouldn't exchange it for the love we have. Peluk Pitt pon, dah rasa terlalu bahagia, money can't buy. Well except for the duit hantaranlah kan. Wahahaha.

Ntahla Fynn. Dunia ni so much temptation. Kita manusia, lihat orang ada sesuatu, kita teringin juga. Tak kisahlah, material ke, cinta ke.

But the most important thing, kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Only then, we can feel happy living in this material world.

Babe, lu wat open house tak. Nanti datanglah ma house kay. Kalau boleh nak kumpul the girls. Kamu beraya di sini atau di Kota?

amosss said...

kak fynn,

sy dtg ke puisitepijalan ni dgn perasaan sedih, sepi dan gundah-gulana sekali lg. berharapan kak fynn dpt ceriakan hati sy seperti selalu.

setelah membaca entri ini, berkurangan rasa yg tidak menyenangkan itu dari dalam hati.

kak fynn membuatkan sy fikir.

sy juga sebenarnya suka akan profesion itu - surirumah. tapi, tiap kali takut untuk melontarkan jawapan itu pada mak dan ayah kerana bimbang akan mengecewakan mereka. iyalah, mereka yg menyekolahkan sy hingga ke tahap ini, sudah lulus, mahu menjadi surirumah pula. hmm...apa pendapat kak fynn?

oh, sy sudah mendaftar diri di blogger. juga mempunyai blog sendiri, tp lebih ke arah membuat review filem. jika kelapangan, sudikah andainya kak fynn singgah?

salam ikhlas untuk kak fynn.

-izza

p.s.: sy kdg kala suka untuk tinggal di bandar kecil seperti nilai. tenang dari kesibukan kota. mungkin sy agak kolot haha ;)

Anonymous said...

kak fynn
baca entri kamu yang ini...terasa tak sabar nak ke dunia yg lagi satu itu...yg siang dan malam kita hanya berteman suami bukan lagi bulan dan matahari yg dipuja dahulu...membaca nya sahaja dah membuai rasa bahagia...kalau di dlam nya seprti kamu pasti lebih2 lagi bahagianya kan?

Nurul Binti Ibunya said...

tul2..
xyah nk pressure kan student nk giler2 dpt A+..walhal..ngajar x de meaning pon..
xmemberi kesan..
watpa blaja kalo ilmu tu kita xleh nk amalkan lam kehidupan kita..
mb bkn time blaja..
wang bkn segala2nya..
tp..
sesetengah org menganggap..
segala2nya..perlu wang..
tu y da timbul isu:
manusia xda akl..
org y x berotak..
hanya wujud org..bkn manusia..
ada beza manusia n orang..
haha..
wang jika terlebih sudah d hambakan diri boleh jadi bon nuklear..virus y paling kejam..
mkn setiap hati manusia.
eh..apa la aku merepek meraban neh..
tp k.fynn..teruskan ngan kehidupan anda..ingat.y kekal hanya di sana..d tempat tertinggi..
kini..
waktu ini..
hanya dunia semata2..
satu tempat persinggahan..
percubaan..
perkenalan..
manusia..

Anonymous said...

kak fynn dah duk nilai ke? jom assalam bistro!

Rhona Rozlan said...

fynn dah berhenti kerja eh? bestnya jadi surirumah.

anak mesti comel (tiba-tiba).

[siti] said...

mengingat afina yang akan trus bertanya2 dan bertanya pada lecturer hingga faham dlm kelas, sy percaya begitu juga cari dia mendidik murid2nya.

yang penting nya soalan2 itu yang buat saya terus2 ingat pada dia, meski tak pernah dulu berbicara sama2.

Pourpres~ said...

menurut kata Garfield

Money may not bring me happiness
But it will rent it for a long time

:p

Anonymous said...

my love dont cost a thing..lalala ;p
wang??sape wang?awang??bahagia ke dia??ahahaha..

wang..bikin manusia lupa..
wang..bikin cinta itu dusta..
wang..bikin akal itu tiada..
wang bikin..bikin duit raye!!
hoyeah..hoyeah!!
sasuke..sasuke..sasuke (saya suke) WANG!! (^_^)
wang..bikin bikini juga..hohohoh

kakfynn..tau wat ketupat x??
lontong?rendang?
kueh kepit?kueh tart?kueh teow?
nakkkkkk...

jetsetter said...

Hey..org pun selalu gelak kan I.bila I kata nak jd" IBU& SURI RUMAH"
Senasib kita

tri said...

sayang..

bagi sy, wang tu penting sgt. sbb sy tak berduit skang ni. haha! dan kamu byk tolong sy dgn wang juga. apa yg ada skang ni, bukan dari saya. ia dari kita. jika hilangnya kamu, maka pejamlah saya dari dunia mewah sementara ini.

p/s: semenjak bertemu fynnjamal, aku asyik nak p shopping je, padahal aku ni bukannye kaki shopping. tetiba aku rasa seronok nak buat benda yg aku tak gemar suatu ketika dulu. hehe. fynnjamal, kamu mmg jin ajaib.

rahiza said...

wang itu bukan bahagia tapi keperluan untuk kebahagiaan. kot?

aku pelik bila ada yang pening kepala semata memikirkan tiada wang.
sudahlah tiada, tidak mahu dicari atau diusaha, manakan tidak pening kepala. cuma perlu diingat selalu, wang boleh dicari. kasih sayang?

HajarAznam said...

aku setuju dgn kamu berkaitan mengajar itu sama seperti amal jariah..ilmu yang baik itu jik adiperturunkan dan diamalkan oleh yang menerimanya maka pahala itulah buat kita =)

Anonymous said...

fynn..aku ni.heheh

ye saye penah masuk kelas dia suke2..dan suke :)