Wednesday, September 10, 2008

31 yang paling menyebakkan

malam itu aku tidak boleh tidur. jam telah mengesahkan hari sudah masuk 31 ogos 2008. merdeka tanah melayu pada dekad2 dulu.

ainul, midge dan eeman, teman 4 tahun di universiti merangkap mak andam dan inang2 ada tidur bersama di bilik pengantin.

rasa pelik. 26 tahun bilik itu hanya dihuni abah dan emak, yang kemudiannya diganti ibu. tiba2 dinamakan kamar aku. kelakar.

ainul sudah tidur kepenatan dek mengemas. midge sedang termenung sambil menonton wall-E. dia memang manusia gemuruh. pasti, sedang ketakutan dengan tanggungjawab esoknya: mengandam aku.

meski pun ramai menasihatkan aku untuk mengabil mak andam professional, aku yakin pada midge. tambah pula, aku tidak berapa berminat ditampal tebal dengan solekan. lebih manis sekadar memberi highlight kepada wajah sebenar.

aku tidak mahu anak2 aku nanti tanya : kenapa daddy bergambar dengan ziana zain, mummy? atau "siti nurhaliza datang ke mummy nikah dulu?"

solekan tidak patut mengubah wajah kamu.

*diam*
tapi itu pendapat aku lah.

((salah cakap kang, penuh komen box bawah ni))

hehe.

eeman dengan baik hati memberi spa percuma. hampir 2 jam juga tubuh aku habis disental digenyeh. naik seri, katanya. aku senyum saja. kerja aku: baring dan layankan.

seorang2 mula tidur, selepas itu.

jam sudah hampir 3 pagi. aku termenung atas katil. esok paginya aku akan menjadi milik orang. hanya tuhan tahu betapa gagahnya getar gigil temulang aku detik itu.

sudah sedia kah?
akan dijaga kah?
kekal sama kah?
tetap bahagia kah?

menakutkan.

benarkah 3 bulan itu cukup untuk aku korbankan seorang aku? apakah ini pengorbanan atau satu kerahmatan? apakah aku gila? atau aku antara yang beruntung bertemu kekasih ke syurga dalam masa sepantas itu?

dalam serabutan itu, telefon bernyanyi.
tri juga tidak tidur.

*senyum*

"takut?"
"hmm"
"sempat lagi kalau nak cabut"
gelak besar.

talian diputuskan.
kun fayakun.

aku tidur terus, dalam redha.
semua pada jarimu, tuhan.

bangkit pagi itu terus menjerit:
"aku nak kawen!!!"
bersilang2 dengan gelak ketawa ainul dan midge. eeman tidur rumah kawan lain.

mula disiapkan sebagai seorang mempelai dari jam 7 pagi. semuanya dibuat perlahan2. midge tidk mahu ada distraksi. setiap gemalai berus mengambil masa yang lebih.

terasa begitu dimanjakan.
seronok.
bukan selalu.

:)

jam 11, final touch.

keluarga tri sudah lama di masjid. suasana tiba2 jadi kelam kabut. semua tidak tentu arah. abah ketuk pintu. minta mahu masuk.

aku tidak mungkin lupa saat itu. yang abah di muka pintu memandang aku bertudung dan berbaju kurung serba putih dikilaukan batu2 kecil halus. mata kami tertembung. dan kebetulan, seklise dalam panggung, selendang dipasangkan oleh midge: penghabisan persalinan aku untuk majlis nikah.

abah pandang aku dan terus keluar.
tidak memuji.
tidak berkata apa.

aku terdiam.
aku pingin senyum kamu, ayahanda...
*airmata berlinang*

tiba2 ateh, adik yang paling rapat dengan arwah mak masuk ke bilik bersama anak2nya yang agak rapat sama aku.

mereka juga diam tidak berkata apa.
dan seperti abah, mereka terus keluar.

alia, anak ateh, datang semula pada aku.
"you look exactly like your mother"

fak.

solekan dari jam 7 tadi sudah menghancur. airmata bercucur2 tanpa belas kasihan. ainul genggam jemari aku. di masa itu, kecy sudah penuh dalam bilik pengantin.

kuat, fynn!

keluar dari bilik, aku pergi kepada abah yang sudah merah matanya.
"cantik tak bah?"

dia senyum dan menjawab sayu.
"cantik..."

kami jalan berpegang tangan ke pintu depan.
itu kali terakhir aku keluar dari rumah sebagai tanggungannya.
sebagai anak gadis yang mesti dipeliharanya.
yang harus dijaganya.

"sebaik pulang nanti, awak sudah milik fitri", kata abah.

ahhh...
saje je!!

sampai masjid kota tinggi, terpandang tri yang segak lengkap sepersalinan pengantin. manis sekali, bagi saya. dialah suami yang paling kacak dalam dunia. hehe.

menunggu kadi selama setengah jam terlewat kerana terpaksa menyertai perbarisan merdeka adalah satu dugaan yang agak satirikal. waktu yang genting begini, jadi kelakar kerana situasi tersebut. ada2 saja.

sebaik tiba, kami semua terus berada dalam keadaan sedia untuk dinikahkan. tri duduk di hadapan, sepuluh kaki dari tempat aku bersimpuh. macam2 yang mesti dibuat. tandatangan sana, tandatangan sini. isi borang sana. isi borang sini.

tibalah ketika datangnya beliau kepada aku, untuk bertanya: kamu redhakah untuk dikahwinkan dengan hazrilfitri bin hadzir?

aku nyaris tergelak. teringat moksu berseloroh pagi tadi, menyuruh aku menggayakan saadiah yang malu2 sambil menjerit "ohh!" andai ditanya. seolah malu2.

dem betul.
dengan senyum lebar menahan gelak, aku sahut: "saya redha"

makcik2 di belakang mengusik: "amboi. suka betul"

*sengih*
hampeh.

selesai semua itu, barulah tri akan memegang jemari kadi untuk melafaz akadnya. tapi kadi pula terus ke tepi memberi ruang di hadapan tri.

dia tidak mahu kahwinkan aku kah?

aku jengah depan. tidak aku duga, tri beralih sedikit ke kiri. menghulur jabatnya pada abah. aku terasa mahu pengsan. sebaknya, hanya tuhan yang tahu.

dari dulu, aku pernah minta abah menikahkan aku, bukan kadi. bagi aku, lebih indah begitu. namun abah sentiasa mengelak. "tengoklah". "malulah". "nantilah".

dan hari itu, dia yang melepaskan aku. dia yang memberi aku pada suami. menghulurkan untuk dijaga ditatang dikasih dicinta.

tiba2 aku rasa masih terlalu awal untuk aku menjadi milik yang lain.

*diam*

entri ini adalah untuk aku sendiri, sebagai peringatan untuk seorang aku dan kamu2 di luar sana. abah pernah bilang, "anak perempuan, kita jagalah macammana pun, bila datang orang lelaki, terus dia tak toleh lagi".

*airmata semakin laju*

abah tetap kekasih aku dari dulu. lelaki yang masih aku cinta sehingga hari ini. hero. perkasa. sempurna.

tri takkan mampu menggantikan dia, dan dia tahu itu. abah tetap, masih dan akan kekal teratas dalam jiwa aku.

genggam aku pada jemari abah ketika lafaz taklik tri masih panas aku rasa kini. dialah itu, yang menerima aku di curam mana pun jatuh aku. dialah itu, yang menjulang aku di masa semua menghenyak nyawa aku. dalah itu, abah aku itu.

tri, aku cinta kamu, tapi kamu tetap second best.
he-he.

siapa suruh kahwin dengan seorang daddy's girl.
:)



betul ke kita dah kawen ni?
haha.

34 comments:

QaSiyh said...

Tahniah...
doa kakak bahagia...

Anonymous said...

sekali lagi.

sekalai lagi kak fynn membuat air mata ini mengalir.

syahdu benar entri kamu yang satu ini. hinggakan saya menangis di dalam gelap di waktu pagi buta ini. betapa bahagianya saat itu...

alhamdulillah semuanya sudah selamat untuk kamu berdua. semoga bahagia di hari yang mendatang.

- izza

Anonymous said...

Ya Allah, soo sweetnya entry ni.

Mungkin ini jugak apa yang akan aku rasa bila sampai waktunya nanti.

*amin*

well, i must said i agree with you fynn.
Segagah mana pun our other half dimata kita,
Dan sedalam mana pun cinta
Ia takkan mampu tandingi indahnya ciptaan tuhan
Insan bergelar 'ayah' kan?

*bestnye dengar citer pengantin baru ni, senyum*

~zayna

-MiNt- said...

kak fynn!

tak tau kenapa,
mata berair baca entry nie.

So schweet...

-MiNt- said...
This comment has been removed by the author.
mentallyaddicted said...

Fynn, tersentuh baca penulisan ini. Dan ya, saya turut tersentuh bila ayah sendiri yang melepaskan akad kepada bakal suami pada masa itu. Sedih dan berlinang mata lalu menitis airmata kegembiraan. Ceh umpama drama pun ada :P

Oh jangan lupa perjuangan kita tau fyn. Hahahahahaha :[

jangandekatiaku said...

sangat syahdu nya entri ni..
almost crying.
congrats fynn
:)

chik Star said...

k.fynn,

sebak saye bace entry ni.
gembire,sedih semue bercampor.

Wani Ardy said...

saya meremang dan bergenang pada masa yang sama.

how is that possible?

Zeti Zainal said...

Hi Kak Fynn,

I'm not sure whether you still remember me or not but I was your junior back in Uni days.

You made me cry with this beautiful entry.

Congratulations Kak fynn..wish you a blessed and wonderful marriage.

All the best in NZ.

princessanna said...

syahdu....

princessanna said...

fyn, ko semalam buat as rasa 2 hari lepas cam nak jerit " aku nak kaweeeennnnn!!!!"...tiba2 hari ni nak jerit "abaaah.... cek syg abah... tapi cek nak kawin.."huhuhu anyway, walaupon kita dah kawin, and walaupon mak ayah kita dah jatuh tangga kedua and ketiga selepas suami, kita tetap kena jaga semua kebajikan mereka sedaya mungkin.. and we will always love them..tak gitu?

Syah Saliman said...

s ed ih

ge m bir a


hello abang tri,jika membaca,mmg la baca ehheh haa jaga kak fynn molek2

-MiNt- said...
This comment has been removed by the author.
elly_yang_comel said...

hai fynn.salam perkenalan.

anyway, tak pernah2 baca blog2 orang sampai terasa nak menitik air mata nie mcm elly baca entri fynn yang satu nie.Ya Allah..elly bakal dinikahkan 2bulan setengah lagi dengan jejaka pilihan hati elly.terasa kesedihan tu dah mula menyelubungi hati elly nie..

lepas nie tanggungjawab dah beralih arah...

ape pun...sesedih mana pun kita, ni la hakikat yang perlu dihadapi oleh setiap wanita...

anyway...semoga bahagia ke akhir hayat.tempoh perkenalan tidak penting andai hati sudah berkata..dia lah pilihan hatimu...

Farah Rosni said...

sungguh, saya menangis membaca entri ini. entah untuk kali ke berapa setelah membaca semua entri kak fynn sejak berbulan dulu. *gara-gara along lah ni*.

setelah lihat jatuh bgn seorang fynn jamal, saya harap bahagia ini lama, kekal. amin.

teringat yang saya pernah bagi tahu ummi, saya mahu cari suami seperti abah yang pada mana saya tahu tak mungkin akan berjumpa org sepertinya. sedikit sama pun tak ada. teringat juga angan-angan yang mahu dinikahkan oleh abah.

ahh, gatal! tak cukup umur lagi ni.

Suka Bebel said...

bulu tengkuk aku meremang baca part akad tu.rasa nak menangis pun ada.mesti ayahmu bangga. semoga kenangan terindah ini permulaan bagi sesuatu yang lebih indah ok?take care

SYFNS said...

entri ini sungguh menyayat hati. sy hampir menangis. kak, semoga berbahagia ya. :)

cikyin said...

begitukah perasaannye bila dinikahkan oleh ayah sendri?
tetiba mata aku pun bergenang.

(nk kawin nye tatau bila, tp perasaan sayu tu dh mula terasa)

mollyjinxed said...

alahmak
sebak lak rasa bile baca post ni

:)

jetsetter said...

seryes sedih :(

misshetrek said...

kfynn..
sayu sedih sebak..
abah tetap yang pertama untuk saya jugak!
xtaulaa mcm mane nanti kalau nak kawen..
kekasih mau di cepatkan semuanya..
tapi entahlaa..
masih terlalu awal..

lady M A D lady said...

i din even bother nak baca ppls komen.
just nak cakp, part abah akad and all i stop reading sbbmata da banjir.

sweethOneY said...

syahdunya entry ni
rasa meremang bace
cam nak ngalir je air mata

T_T

::Fariz Kongz:: said...

on great entry...
mmg syahdu btol la...
tahniah n semoga bahagia.....

fazra said...

kak fynn..
saya doakan kak fynn bahagia ye dengan suami kak fynn;)
sebak saya baca entri ni.
huu.
sebaksebaksebak.

anyway,hope kak fynn&suami happy and kekal sampai bila-bila.
Aamin

;)

rudy bluehikari said...

Ada sebak. Ada tawa. Ada sedih. Ada gembira entri ini. Semua tergaul rasa. Jangan lupa lekat entri ini dalam album kahwin. Boleh dibaca anak2 nanti. Tahniah.

cucutokjanggut125z said...

sadisnya membaca entry akak ni..
macamtulah pompuan... dari kecik sampai besar emak ngan abah yang tatang.. bila dah tiba masa kita akan ke keluarga yang lain pulak..
huhu

i n - c h a n said...

assalamualaikum kak fynn.

saya silent reader yg rasa tak boleh berhenti menangis baca entri ini. entri akak ini membuat saya terfikir bagaimana ayah saya mahu menikahkan anak tunggal perempuan dia seorang ini. father-daughter relationship is one of the kind.special.indescribable.:)

walaupun agak terlambat, selamat pengantin baru dan moga bahagia sehingga ke akhir hayat.

amoi chantek said...

:'( terharu..

nasuhanurani said...

setitik-setitik air mata berderai

rasasayang said...

saya tak kenal pun akak ni

tp entry ini buat saya menangis

sangat terharu

raisadora said...

Alhamdulillah anda jumpa jodoh anda...moga kekal selamanya dunia akhirat amin... sedih sbb sempat merasa apa yg anda rasa menanti hari cuma ending x sama... x sempat sampai di upacara keramaian jodoh belum tiba tp xpa pasti ada hikmahnya... Positive thinking...

huEda said...

hai kak fynn.

akk berjaya wat air mata air meleleh. syahdu sangat. yup! me too. daddy's girl. terlalu rapat ngn abah. but he alraedy passed away ramadhan this year. time tu sy kat kolej jb, bergegas balik umah. xsempat nak jumpe.

u make me cry again. ay bygkan abah yg akan jadi wali dan melepaskan sy d hari perkahwinan kelak. sempat tgk sy berbaju pengantin, mcm2 lagi la. dan berharap die akan lps kan sy 1 ari nnti.

yup! mcm akk. xde sape leh gantikan tempat abah. suami xkan gantikan tempat bapa yang cukup sempurna. yang sentiasa bersabar dan menyayangi kita walaupun kita seorang anak yg degil, keras kepale, nakak, manje.

congrat kak fynn. may Allah bless you (: