Tuesday, September 16, 2008

ramadhan dan porno percuma.

kembara jalanraya memang sangat seronok. tambah lagi andai idea meredah ribuan batu itu datang dari situasi spontan.

*senyum*

gila la.

perjalanan ke siam, berlegar2 tanpa tujuan memang seronok. aku memang gemar aktiviti begini. kalau ada rock climbing atau flying fox mesti lagi layan. cerita tipikal la. sesat. sukar cari makanan. karaoke. tiada yang baru.

cuma aku mau beritahu betapa aku ini sakai dan jakon.

begini, sebaik masuk ke hotel dengan makanan yang dibungkus, aku dan tri hendak makan sekali bersama ayah dan mama di bilik mereka. seperti biasa, perkara pertama yang dicari selain dari penghawa dingin adalah television.

ayah yang memegang alat kawalan jauh dengan pantas memasangnya, sementara aku dan mama menyediakan makanan yang baru dibeli. tri mengemas sedikit2 barang, kerana nantinya kami akan ke bilik lain. ayah terus membantu tri.

sedang aku elok menyusun nasi, aku tepandang skrin tv. aku tergamam. keras. tidak tahu mahu buat apa.

seperti siaran2 normal, di kotak berwarna hitam itu, jelas gambar seorang perempuan sedang memberi servis yang maha terbaik pada seorang jejaka.

ye, siaran porno secara percuma di siaran nombor lima.
tahi!
argh!
apa mau bikin, ni!!!

dengan rilek, aku bertanya pada ayah,
"err.. ni kita nak menghadap ni sambil makan ke, yah?'

bersembur air liur aku gelak.
diikuti semua yang mula memandang.

"kitorg makan bilik je la ok?"
keluar dengan pantas sambil membawa nasi yang dibungkus kembali dalam kadar paling pantas.

ayah dan mama gelak dengan sangat kuat, aku dan tri di lif masih mampu mendengarnya.

adui...
sumpah beku aku ketika itu.
nasib baik sudah kahwin.
haha.

*kenyit mata pada sue anna joe dan mentallyaddicted*

pergh.
cuba kalian fikir, kalau jadi pada kamu,
apa mau bikin?













maaf, dua tiga menjak ini, aku punya terlalu byk gambar yang dinaikkan di puisitepijalan. harap kalian okay.

:)

22 comments:

Ili Khalil said...

Kahkahkahkah. Tu la semenjak 2 menjak makin byk gmbar up di sini. Kira honeymoon skali lah ni..

Aku gembira untuk kau, Fynn..

FATENEDAN said...

*bazaar ramadan:


'makcik,soto fynn jamal ada?'

'gile budak ni..$^$##8@!2#^%%'


.......rendu...

Hanna Rabittah said...

ok je kak fynni!!!
tiada masalah....

#23 said...

wahh, gembiranya. seronok melihat kakak ketawa dan bahagia bersama dia. :)

HaNi said...

hahaha lawak, suka melihat gembira kamu. dan suka selipar putih kamu.
doa kamu bahagia sampai bila2

Hally said...

bestnya dh kawin...

eeee tak sabar..

=)

-icha03- said...

sangat oke
sangat suke
sangat besh..!!!!

Ainul Anne said...

lagi banyak gambar lagi best ;)
seronoknye!

y u z said...

wahh topi new zealand~!

anda berdua sangat comel bersama. =)

sahabat gunung said...

Assalammualaikum.

Apa khabar Fynnn. lama tak dengar berita... tup-tup terbuka blog nie, AWAK dah kahwin.

Tahniah dari saya dan kawan-kawan lain di Tingkat 28, PWTC.

Semoga kehadiran suami tercinta akan menyemarakkan lagi semangat Fynn, kami kawan-kawan di sini tumpang gembira.

Semoga Fynn akan terus berbahagia dan dikurniaan dengan rahmat dari Allah hendaknya.

Pourpres~ said...

wahhh elephant so bloody close. tak takut ke. huish hishk tsk blegh :))

RedAnna said...

huhu..no comment bout the siaran 5
but more photos are alwayszzz welcome darlin...bole jamu mata dikala tension gila bangat kat office ahaks!

chik star said...

siyus,
saye happy tgk gmbar2 fynn dn fmly nih.
:)

*nnti truk lg gmbar. k :)

Anonymous said...

sangat comel..aku suka..

Sue Anna Joe said...

Weh, korang tak curik-curik ke tgk free porn. *kenyit balik*

Ahaha. Silap sebab bulan puasa! Kalau tak wooo. Happy nieh.

Tetiba teringat Eeman, dia mesti suka. Ahahaha.

Haih, happy nieh tgk kamu happy. I love the snow cap thingy, NZ!! Comey, and I see the Wishh. Road trip! Bestnyaaa! More more more.

Video? Takda? Nak gak.

Anonymous said...

comel lar komen si edan ni.

*senyum panjang giler*

any, upload lar lagik banyak pictures both of you k!
gambar kawin mana lagik fynn??

lurve..lurve.

~zayna.

Anonymous said...

sis, u r so damn cute!
happy always ya....

Amira Zafirah said...

mmg okay sangat. takesah tgk gmbr bahgia banyak2. anyway, mertua mu rok mcm mu jugak deyh. haha :D

hatrikirana said...

parents mentua yg memg 'rock'!
sungguh bertuah kamu... thihihi... kt selatan thailand tgh ribut berperang, kamu leh g honeymun ke sana... x sangka... lantak lah nk jd apa pun dgn dunia politik ni, janji kamu bahgia ke anak cucu kan?
doa aku slalu bt kamu...

rahiza said...

*kenyit dua kali*
ni mesti balik bilik korang layan ni...muehehehehe :P

fynn, bestnyaaa tgk kamu, nampak happy sangat! saya tidak berkesempatan berbulan madu lagi, hajatnya mahu ke pulau, tunggu di tahun hadapan saja.

gadishebat. said...

nk byk2 je lg kfynn..
sronok tgk gmbr..
kitorg kt sinikan semua special untuk kfynn :)

Suka Bebel said...

wah...honeymoon secara berjemaah.hehe...naik wish baru lagik.dah lama tak online, sibuk kerja dan cover kerja akibat demam parah minggu lepas.salam bahagia