Wednesday, September 10, 2008

tentang wang lebur.

pecintanovelrealiti tanya:
"hey fynn. tak cerita pun hantaran u"

lodeh pula kata:
"berapa kamu habis untuk majlis sekecil itu agaknya"

growl85 minta:
"tolong remind me apa yang perlu ada untuk kahwin. for estimation"

adeh.
serba salah.

cerita karang, ada sang-tanpa-nama kata riak.
tak cerita, ada yang tanya.

maka, saya harap, diulang: SAYA HARAP kalau kamu tidak mahu tahu atau tidak berminat untuk mendengar, datang esok hari untuk entri lain ok? agak ramai teman2 saya yang mahu tahu kalkulus kasar untuk suatu majlis keraian nikah.

saya ulang: ini untuk anda yang mahu tahu.
maaf, ok.

bismillah. semoga apa yang tertulis ini tidak mendatangkan fitnah atau hasad sesiapa.

--------------------------------

ingat tidak, pada entri2 lepas, ada saya kisahkan tentang abah yang sama sekali tidak redha dengan hubungan kilat ini? atas dasar risau dan takut anak tengahnya ini dipermainkan, dan untuk melihat sejauh mana hendaknya tri pada saya, dia telah menetapkan hantaran tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit.

mungkin, dia harapkan tri akan berpatah balik dari inginnya menyunting saya.
sejujurnya, saya kira tri akan melepaskan angannya itu juga.

sebaliknya, tri sudi memberi hadiah rm11,111.11 atas izin ayahanda saya.
tanda terima kasih, katanya.

yang manisnya, selepas bersua tri untuk kali pertama itu, terus abah tidak kisah berapa jumlah yang mahu diberi. tapi tri berkeras dengan nilai dijanjikan.

"untuk isteri saya", kata dia.
"pandai2lah"

perancangan awalnya adalah untuk diadakan majlis pada januari pertama awal tahun hadapan. namun, atas sebab bunda saya dihospitalkan kerana terjatuh dan terpatah kakinya, kami percepatkan ke 31 ogos lepas.

untuk 3 bulan, ibu tidak bisa menjejak tanah. tentunya, abah tidak keruan terpaksa menguruskan majlis sendirian. lagi cepat, lagi bagus. tiada serabut.

tambah lagi, aku sudah berhenti mensyarah tengah ogos lalu. tinggal di tumah tri tanpa ikatan akan menyorakkan kak bedah dan kak peah kiri kanan. maka seeloknya, kami pantaskan penyatuan.

mengotakan impian saya untuk mempunyai majlis yang kecil, wang itu cuma dipakai tidak sampai 3 ribu: termasuk hiasan rumah dan makan2 keluarga. lebihan nanti, saya simpan untuk ke negara hijau november nanti.

:)

sayang sekali, majlis sekecil itu tidak mampu menampung ramai taulan. makanya, saya hanya menjemput beberapa rakan rapat, tidak kawan2 biasa. natijahnya, pelbagai tohmahan saya dapat dari mereka2.

"tak ingat kawan"
"kawin tak jemput"
"bunting, agaknya"
"peliknya, majlis dibuat diam2"

saya cuma senyum dan tidak endahkan.
kalau kau benar2 kawan, tidak mungkin keluar persoalan itu, bukan?

hah.
manusia sungguh kelakar.

hantaran kami cuma satu dulang dibalas satu.
cukuplah.

saya berikan tri dslr sony alpha a350, bersama cincin yang termeterai nama kami.
"fintri"

tri membalas dengan pda htc, cincin bersama berlian hearts on fire, yang mana di dalam batu itu sendiri terukir 8 buah hati dan 8 corak api menyimbolkan maraknya rasa, dan sebuah kunci untuk toyota wish.

*diam*

saya sebenarnya malu untuk terima itu-itu semua. saya terlalu ditatang oleh setiap ahli keluarganya, sudah melampau cukup.

rezeki, kan?

*diam*

ada suara sumbang mengatakan "eleh, padanlah mahu sama tri. orang senang"
aduh...

demi allah, tidak saya tahu siapa dia sehinggalah setuju dinikahkan. itu pun, pada mata kasar, langsung tidak terlihat. keluarga tri tidak bermegah dengan kereta hebat, rumah mereka biasa2, baju mereka tidak juga prada atau versace.

mereka orang biasa.

ayah dan mama polis detektif.
tri buka perniagaan dengan wang yang dipinjam dari mereka.
malamnya ayah imam, mama dan tri berniaga.
hujung minggu, semua berniaga.

yang saya tahu dari awal cuma:
ayah dan mama sangat romantik. sudah melewati usia 50-an masih jalan meramas tangan. mama lemas dicium ayah hampir di tiap masa terluang. ayah tak henti2 memuji mama yang paling cantik dalam dunia. adik2nya sangat mesra. yang bongsu pelajar A1 dan tahfiz.

bagi saya, keluarga dia cukup sempurna di mata saya.

pernah, saya tanyakan pada ayah, "kenapa digaji para pekerja 1500 ringgit bulan2? kerja mereka mudah"

aku katakan kerana dahulu, sebaik keluar universiti, aku cuma dibayar 1600. inikan pula sekadar menghantar lauk ke pelanggan?

ayah kata, "fynn kena ingat. kita bukan sekadar memberi dia makan. tapi anak isterinya juga. niatkan untuk sedekah"

*ternganga mulut*

mungkin atas dasar itu juga aku dilimpah dengan macam2 kesenangan. boleh aku katakan, sejak berkenalan dengan tri, aku hampir tidak keluar sesen pun. hendak ke negara orang ini pun, diuruskan tri.

aku tidak pernah berhenti bersyukur pada tuhan atas keindahan materi yang tidak pernah aku rasa ini. aku belajar dari tri, ia semua tidak kekal. alhamdulillah, sedikit2, aku tidak seperti fynnjamal yang dulu, yang sibuk mengira bajet dan wang keluar masuk.

wang, kawan2, sementara semata.

TAPI, sebanyak mana benarnya wang tidak memberi kebahagiaan, tanpanya, tak mungkin kita tidak rasa serabutan.

ingat,
beramallah seumpama mati di esok hari.
berkerjalah bagai hidup seribu tahun lagi.

*diam*

aku rasa, dan aku agak pasti, hantaran itu adalah kompromi tri untuk menutup bibir2 bising yang menuduh majlis kecil aku kerana perut aku ada isi haram. dan majlis kecil aku kerana sudah tertebuk tupai. dan majlis kecil aku kerana abah tidak memberi izin aku mahu bersatu.

yang bukan dia tidak mampu, cuma fynnjamal tidak mahu sesuatu yang jula-juli.
cukup sekadar kecil, tapi berseri.

kesimpulannya, untuk majlis sekecil saya, paling2 hanya 4 ribu sahaja. makan untuk seratus orang, pelamin kecil tapi manis, bunga2an mewangi suasana.

yang mahal adalah harga fitnah durjana.

hantaran adalah untuk kita, bukan untuk orang2 di luar sana. kalau ada, belilah. kalau tidak berapa mampu, nanti2lah.

apa makna majlis yang ke langit, andai di hujung malam, pengantin bermasam muka menarik rasa? kalau diberi, ambil. kalau tiada, usah diminta.

tiada yang lebih tajam dari perkara yang diungkit2.

makcik2 yang mengata (dalam entri2 lepas) ada yang datang. semua diam. tidak berkata apa. mungkin tuhan sudah memberi sedar padanya.

biar mati anak, jangan mati adat itu mencarut saja.
adat mati, boleh dicari.
anak mati, tak berganti.

tri, suamiku, kekasihku,
terima kasih.
untuk setiap maudu' itu.

...

tapi saya rasa, kan, kekasih,
lebih saya hargai senyum kamu di tiap pagi
dan belai tidur dengan petikan gitar kamu
juga ciuman manis di ubun2 dan pipi.

jauh lebih mahal.
tidak terbayar harganya.

:)

maka kawan2, fikirlah. majlis besar dengan limpahan berkoyan2,
atau kecil sekadar ada sekadar comel untuk kenangan.

dua2 elok. dua2 cantik.
yang penting kemampuan.

jangan kerana hendak bertanding, suami kamu korbankan.
hidup bersama mati berdua, kan?

bukan hidup berhutang, mati berbunuh.

*senyum*

35 comments:

obor obor said...

betul tu akak... smoga hubungan ini kekal hingga akhirnya.. ameen.

Sue Anna Joe said...

Dulu ingat masa Fynn bawak Kelisa, eksaited nak naik. Ni saya rasa eksaited pulak mau naik Toyota Wish nieh. Woooooosh!

Sungguh sweet diamond hearts on fire tu. Very the symbolic. Mesti cantik di jari jemari mu yang panjang itu.

Alhamdulillah, suma tu rezeki. :) Dan hopefully lepas ni melimpah-limpah lagi rezekimu. Both material dan bukan material. Hihi, and hopefully a beautiful baby! Eee tak sabarnya.

Anyways, nanti we should meet up reramai before you leave for NZ alrite? Pastu tinggal kita punya laki skejap bawak pusing naik Wish. Okay tak? Ahahahha.

Mwahssss!

tri said...

mmm..

jgn kau puja,
jgn kau hina,
ikhlasku..
dan jujurku..

mollyjinxed said...

adeh.. tabah sungguh kamu dgn fitnah tu semua kan?

kenapa pulak nk buat majlis yang grand tuk puaskan hati org?

yg akhirnya dpt kutukan,kritikan.. kan?

all the best cik fynn..

moga bahagia hingga ke anak cucu!

Pourpres~ said...

simple wedding is the best. it was sweet and beautiful, from the pics. and macam dream come true je kawin dpt hantaran dslr :D

Azira Anhar said...

nak jugak wat majlis camnie arrhh nanti.

-tapi lambat lagi.

semoga berbahagia selalu.

RedAnna said...

very sweet..i always agree on a simple wedding.. walaupon kecil, tapi indah, walaupon tak mewah, tapi seri, biar tak ramai, asalkan majlis lancar.. i always try to say dat to mom, it just so hard.. sometimes...

ohvee said...

yeps fynn;)
ape yg u cakap tu btol.
belanja perkahwinan tak semestinya puluh2 ribu yg mungkin membuatkan si dia pening kepala dgn budget mcm2.
so, ape yg kite buat biarla sekadar ikut kemampuan.

:)

~ChEnTa~ said...

oh fyn..aku cemburu.. :p
semoga kau terus bahagia.

mochitsuki said...

terkesima dgn ayat kamu..
wang bukan segala..

Suka Bebel said...

wah! nombor yg cantit tu!hehe...dapat wish lagi.hmmm...pedulikan apa orang kata, yang penting hati nurani kita pasti dengan apa yang dilakukan. teruskan menulis walau warna apa pun bumi yang kaupijak ok?

Anonymous said...

banyak lagi yang akan mendatang... siapkan diri..
untuk jadi ber3, ber4, ber5..

rezki tu dari Tuhan.. diberi syukur.. ditarik? usaha lagi..

teruskan je lah fynn apa-apa yang ko & suami nak buat.. dulik la kata orang....

JET said...

Fynn.
Nak kawin jugakk.

Anonymous said...

kak fynn,
entry ini sangat bererti.

kakak baik.
semoga tuhan kasi anugerah paling baik nanti. harap harap twin! =D

SayaBudakPemalas said...

saya selalu mengagumi kak fynn..walopun tak knal secara dkat..

jatuh bgn kak fynn dan akhirnya skang diulit bahagia.. ;)

jgn marah ek kalo saya kata kak fynn idola saya. ;)

smoge hari2 mndatangkn sntiasa menceriakn idup kak fynn.

Farah Rosni said...

persetankan mereka. kita tau sapa kita.

setiap yg terjdi ada hikmah kan? mungkin inilah hikmah jatuh bangun kak fynn dulu.

bak kata ummi dulu yang kini sudah jadi impian saya. biar majlis tu kecil. pentingnya, kenangan kita hari itu.

Anonymous said...

majlis yg romantis.

sungguh memberi makna dan inspirasi.

kak peah dan cik bedah juga kak keyah memang ada di mana2.depan mata dan di belakang juga.
pasti,mereka mata dan telinga syaitan


JAP JAP!!!!

jelessssssssssssss!!.toyota wish+hearts on fire..

jap,syah ada terpikir nama anak kalau kak fynn dpt baby.hahaha

muhammad iskandar faraq.
ah hensem!

tp syah bebudak lagi.
he-he
(jelir lidah)

didi said...

tersentuh membaca entry kali ini.
k.fynn benar2 tabah menghadapi semua ini.
manusia yang sabar dan baik, sentiasa di lindungi Allah.
walauapapun cacian dan hinaan, allah pasti lindungi umatnya.

sabar menghadapi dugaan yeah.
wang bukan segala2nya.

berbahagia selalu k.fynn :)
semoga di cucuri rahmat :)

Amin.

*gembira*

A D.O.U.B.L.E P T.O T.H.E L E said...

Oh...I wish i have a WISH.. hohoh! =)

Boleh ke lepak sama kat New Zealand?...December ada ke? Hehe...

All the best Kakak! =)

Sarah H said...

Syukur, fynn.
Asalkan yg wajib dh jalan, ckup la kan.

Anonymous said...

kakak, tadi petang Si Buta dari Gelanggang Puitis sms.

katanya ,


"sampaikan salam sama Fynn kalau terserempak dengan dia!".

lalu saya kata,

"kak Fynn suda quit sini, dia sudah nikah 31 Ogos lalu and gonna move to NZ soon".

betapa sedih tak dapat sempat diajar oleh kakak disini, tapi betapa suka kakak sekarang umpama di syurga. terus bahagia. saya doakan, kat mana pon. =D

ainfazrin said...

Subhanallah.

kak, setiap kali baca entri, selalu berdoa semoga yang elok-elok diberi pada kakak.

dan juga buat kite percaya yang rezeki Allah beri pada hambaNya, berbeda setiapnya.

Subhanallah. Semoga niat kak fynn berkongsi cerita ni dapat timbulkan rasa insaf dan bersyukur dengan kurnia Allah.

haish. bila lah kite pulak nak jumpa yang sesuai untuk diri kite ni. :)

syuxx said...

terkesima sebentar membaca ayat ini:

pernah, saya tanyakan pada ayah, "kenapa digaji para pekerja 1500 ringgit bulan2? kerja mereka mudah"

aku katakan kerana dahulu, sebaik keluar universiti, aku cuma dibayar 1600. inikan pula sekadar menghantar lauk ke pelanggan?

ayah kata, "fynn kena ingat. kita bukan sekadar memberi dia makan. tapi anak isterinya juga. niatkan untuk sedekah"

oh, baik sungguh hati dan budi.

hatifragile said...

da lame bace blog neh..tapi hari neh tergerak nak tulis sedikit..

act..most of the time reading this blog...mesti basah pipi..tak taw nape..terharu...cemburu dengan semuanya..dengan cinta agung yang maseh ujud dalam dunia sekarang neh..

kaseh sayang adelah segalanya...macam tak percaya..tapi itulah realiti disini..

wah!!sgt sejuk tangan menaip sedikit neh..bedebar jeh..mcm tgh jawab test..haha..

all da best untuk semuanya...semoga ALLAH itu selalu memberkati..

dah tak larat nak type lagilah! haha..sejok sgt tgn neh..shaking!!!haha

hatifragile said...

*act..bukan baru tergerak..
baru berani..heheh

BuLan said...

semoga sis fynn kekal sehingga akhir hayat
:)
harap2 dpt keluarga mentua mcm sis fyn gak tidak bermegah2 dan baik hati

Diana Jamal said...

Kak Fynn!
Taniah!
Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupan anda berdua.
Bahagia keakhir zaman.
taniah!

Mo Nazmi Ahmad. said...

nanti kat tanchap sapa nak nyanyi lagu lagu puisi mcm fynn?!

Tuan Azmil Abdullah said...

I enjoy your writings, in blogs and in poetry.

Just to let you know :)

Congratulations on your wedding!

Nurul Binti Ibunya said...

hehe...
how sweet..
semoga Allah itu akan memelihara kalian berdua hendaknya..
amin..
Ingat Allah sentiasa ada bersama kita..
ignore je manusia2 y xleh nk mggunakan akal dorang...haha..
asyik nk megutuk+fitnah
x ingat mati..
hehe..
papon..
semoga berbahagia hendaknya..

Anonymous said...

Salam...

Saya serupa macam awak.. Mahukan majlis yg simple tetapi sweet..

Saya tonton puisi2 awak di youtube.. *banjir air mata*

kadang-kadang, apa yang awak puisiakan reflects tentang apa yang pernah saya rasa.. cuma bezanya, mungkin saya tak cukup berani untuk meluah segala...

semoga perkahwinan ini berkekalan selamanya.. take care.

lullaby said...

.........
tulisan awak sungguh terharu

Anonymous said...

so sweet..

Cik Fathiyah said...

seperti watak di dalam novel. itula rezekimu. selamat pengantin baru. maaf jika terlewat.

Snow, said...

omg, sangat touched bila bace :')