Thursday, September 4, 2008

malam yang belum pertama.

lain, tau.

terbuka mata, terpandang suami.
terregang bibir, merekah senyum sendiri.
hendak bergolek, terikat di jari.
hendak bangkit, ditarik kembali.

ah...
andailah aku tahu bahagianya ditautkan nikah.
sudah lama aku sujud di kaki ayahanda minta disatukan.

kerana tiada yang lebih menenangkan selain merasa ada dan diperlukan.

pagi dinikahkan.
malamnya terus bersahur puasa.

ada teman mengusik2.
ramai makcik2 memberi amaran.

"jangan terlajak, pengantin.
awak tu baru disatukan."

pasti, dan tidak ada lain, merujuk malam pertama bersebelahan.

aku senyum.
"ah. apa takut. elok2 datang bulan"

ditambah lagi:
"ah... kasihan pengantin jantan. gigit jarilah seminggu menahan"

suami melihat, senyum dan melihat diri aku dengan mata yang dikecilkan.
jemarinya kemas memegang bersilang2 jari2 aku.

aku pandang mereka, aku bilang begini.

"kita ada seumur hidup tidur bersama.
apalah salah didedikasikan bulan yang satu ini untuk Dia?
lagi pula, Dia juga yang temukan kita berdua.

kan?"

suami aku melihat semua,
memandang aku ke anak mata.

"ni mesti dah senggugut ni"

haha.

33 comments:

Anonymous said...

i am happy for you fynn.reli i am.

teringat kembali saat pertama kenal.berbaju kuning tak pakai tut. terkinja kinja kejar baling telur.sampai terlondeh2 sluar.

lepas tue diselang seli, dengan suka duka, susah senang, makan sepinggan tidur sebantal,

tup-tup, dah kawin.

saat tue sume terimbas.saat airmata kamu jatuh.sy tumpang sedih.nk nangis, tak bleh, jadi OP of the day lak.

wut ever it, i hope u enjor ur new life, n as a friend, i will pray for ur happiness.

semoga KAWAN SAMPAI MATI akan kekal.

ARM

Sue Anna Joe said...

Ooooh the anticipation! Nanti dah habis seminggu nieh, akan malatop. Ahahahaha.

Haih, bahagianya. Tak puas rasa kahwin ni.

And yeah, bahagia yang teramat-amat sangat. Tak terkata...

I'm so happy that you're happy. We're all happy!!! Weeeee.

y u z said...

manis.

sepanjang coretan aku tersenyum.

=)

Unknown said...

alamak.terlalu romantis untuk belasan thn membaca.rawr rawr !!
ahaa

#23 said...

"apalah salah didedikasikan bulan yang satu ini untuk Dia?"

setuju dgn kakak. (:

Ainul Anne said...

seronok.
gembira.
bahagia.

saya pun mahu kawin juga,boleh?
:D

weirdwEEda said...

nikmat suatu pwekahwinan hehehe selamat berbahagia fynn...jangan tinggal kitaoorg kat puisitepijalan ni eyhhhh

Anonymous said...

kan dah ckp. nikah itus sedap :-P

-dinGin-

Suka Bebel said...

ni yang buat rasa nak kawen cepat2 ni. Tahniah lagi sekali

Anonymous said...

haha tergelak pulak aku dibuatnye.
waduh bahgia amat aku rsa.
bila pulak giliran aku ya.

tasekM said...

cepat dapat anak ni... :)

ziarah ke rumah kamu.

Farah Rosni said...

ahh, kedengaran sgt bahagia. moga sentiasa dilingkari bahagia dan kasih-Nya.

Hanna Rabittah said...
This comment has been removed by the author.
Hanna Rabittah said...

chisss jeles nye kau dah kahwin!!
nak kahwinn jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
cari kan satu utk aku fynn!

heheheh

Hanna Rabittah said...

chisss jeles nye kau dah kahwin!!
nak kahwinn jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
cari kan satu utk aku fynn!

heheheh

Anonymous said...

tak sabar rasanya mahu disatukan.XD

ochs widdle said...

huhuhuhuhuh...........


chumel la kamu ni kak fynn


*senyum mengenang manisnya saat itu.
tp entah bila pula akn tiba
giliran ku.

haih.

::sYieQo:: said...

sweet nyee~! (-_^)
smgo ramadhan mmbawa keberkatan kpd hubungan korg...

psss~ nk mntk izin link kn blog ni boley kn?? (^_^)

Lily Abdullah said...

semoga bahagia.

aku peminat diam fynn.

Afrezal Karim said...

hie.. nice blog.. keep up blogging dear :)

nuridrin said...

entry sudah mula bunga²
tanda bahagia..
selamat meneruskan ibadah puasa kak fynn!
dan selamat terus bahagia begini..

syima said...

KAK FYNN!!!

JELESnyeeeeee.. nk ikut nk ikut.

ok g carik dlu. tata.

CONGRATULATIONS!!!

astig said...

aku terasa seperti ingin sujud di kaki ayahnda minta utk dinikahi... tetapi dengan siapa?

Anonymous said...

kakak!..

ini adalah post yg tersangat indah n meaningful sgt2!..

baca sekali sudah mampu buat saya tersenyum sendiri dan berfikir tak perlu jauh,krn terus tertanam di hati dan kepale..

love this post!..

nak kawennn!!!...hahaha

hatrikirana said...

indahnya...
nak juga mengikat ikatan hingga tersimpul rapi dan tujuannya menyucikan segalanya kerana Dia...

Hanafiah Ghazali said...

woit. kisah dalam kelambu. 18SX. censored. hahaha.

memang yang halal itu sentiasa indah bukan?

Dearests said...

Benar Fynn. Hidup sbg suami isteri indah sungguh.

Tahniah Pengantin baru.

Anis.

Marina Ina said...

aww!!! hehe

. said...

kak fyn. congratss. :)

l.i.f.e said...

so sweet

:)) menghadapi situasi yang sama selepas nikah dulu

semoga kekal bahagia fynn

Anonymous said...

kak fynn,

catatan kamu kali ini memang mendalam.

satu entri saja sudah cukup membuat air mata bergenang kerana gembira. walaupun tak kenal rapat, saya bahagia kerana kamu membenarkan kami semua menumpang rasa kebahagiaan kamu.

pada saya yang dirundung malang ini, ianya satu anugerah yang tidak ternilai. terima kasih kerana kak fynn membuat saya tersenyum.

selamat pengantin baru.

-izza

gadishebat. said...

bahagia bahagia n bahagia.
kesian tri gigit jari aje.
hehehe..
;P

farra said...

sdeyh~

never thought of a wedding cud be dis nice and sweet and touching.

(T_T)