tadi aku menjawab email seorang kawan yang bertanya tentang hidup penuh senyum aku ini.
sebenarnya, bagaimana aku bisa melalui transformasi 360 darjah daripada seorang yang suicidal kepada seorang yang sangat bahagia?
*gelak kecil*
jawapannya sangat mudah.
klise.
semua orang tahu.
bagaimana?
redha.
pasrah.
menerima.
*senyum*
betul tak?
nasihat basi, kan?
tapi itulah dia.
siapa yang benar2 mengenalnya?
*diam*
contohnya, ketika arwah mak dipanggil tuhan dulu, aku bilang pada orang yang sibuk tentang airmata aku yang tidak henti berbulan2: "ye, angah redha"
semata2 untuk menutup bibir mereka dari terus mendesak menyuruh aku menerima hakikat aku tidak punya seorang bunda lagi untuk memujuk tangis.
aku redha.
atau ketika hari konvo yang aku perlu pergi sendiri tanpa keluarga untuk bergambar2 bodoh di tepi logo universiti sambil memegang jambak bunga yang membazir dan coklat untuk meraikan kejayaan menamatkan pembelajaran bertahun2.
sendiri, mengambil skrol, langsung tidak menangis meski sebaik tamat majlis aku terus ke tempat kerja menenggelamkan diri dalam kesibukan.
aku redha.
juga waktu doktor memberi preskripsi sebulan sekali untuk aku terima darah manusia yang entah siapa2 zaman sekolah dulu, atau terima padah senggugut yang maha dahsyat di setiap bulan kerana darah keluar tidak terganti.
tidak apalah. walaupun ramai yang tidak mengerti kenapa aku ini sentiasa lemah dah tidak mampu. hingga ada masanya aku dikatakan bermain2 gila.
aku redha.
ah. bulsyit.
redha pada bibir sahaja.
semua orang boleh mengaku begitu.
seperti ketika melafaz syahadah. sanggupkan kau mati untuk kesaksian itu? sanggup ibu ayah kau dikelar untuk kesaksian itu? percaya tuhan akan bantu kamu di waktu2 sebegitu?
jangan khilaf memahami, bukan aku mempersoalkan iman kamu2. tapi berapa ramai antara kita yang bijak berkata di bibir sahaja2?
"aku cinta kau. aku sanggup bikin apa saja untuk kau?"
betul?
pernah buat?
"kalau kau mati, aku tak mungkin jumpa pengganti."
aku beri kau paling lama setahun, pasti kau sudah mula mengelek teman baru yang kononnya begitu prihatin, maka hatimu terbuka sedikit.
ah bicara bibir.
*diam*
redha.
jujur aku beritahu, aku sendiri tidak menyangka aku mampu untuk memasrah diri sebegini. meletak setiap satunya di tangan tuhan, dengan yakin berbisik padanya yang pasti mendengar setiap halus suara: "tuhan, aku give-up. sekarang, kita lakukan cara kamu"
dan tulus ikhlas kata2 aku itu dibalas pada hari yang sama mengikut tarikh islam (beza hari adalah antara maghrib, bukan?)
betapa tuhan itu maha kool.
waima untuk aku yang sentiasa lupa dan kejam pada hak aku padanya.
hey hey hey, siapa kata kita tidak perlu usaha? gila kah? tuhan sudah pesan berkali2 dalam bisikannya melalui rasul kita, takkan diubah sesuatu kaum kecuali atas usaha sendiri.
ingat?
masalahnya, kita ini manusia, yang diambil dari perkataan insan, yang dikata-akarkan perkataan naasian, bermakna pelupa.
kita lupa, usaha itu membantu takdir. menunjukkan betapa kita benar2 mahukannya. bukan satu ketentuan! bukan!
seperti seorang guru yang memberi markah lebih kepada muridnya kerana tekun. kasihan atas faktor melihat anak itu terlalu mencuba. sedangkan seorang manusia bernama guru itu bersifat mengasihani begitu, apa lagi tuhan kita yang sememangnya terbukti yang terpaling mengasihani.
hari2 kau ucap itu. takkan tidak kau perasan?
dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani.
kasih pada kita yang muslim.
kasihan pada mereka yang masih belum muslim.
tidak mahu percaya pada tulisan takdir bermakna kamu hilang satu tiang iman. tiada iman, luruhlah mata kamu sebagai seorang islam.
maafkan aku yang terlalu keras dan memandai berbual hal ini. tapi aku kira, tidak ada salahnya berkongsi kisah aku yang sudah merasa bahagia ini. ya. benar. aku bahagia.
rahsianya?
redha.
pernah kamu tanya diri kamu, kenapa kita sukar untuk redha?
kerana hidup kita telah terlalu ditunjuk dengan definasi sesuatu kebahagiaan. kita hidup dengan expectation. dengan harapan yang terlalu difokuskan.
ini semua idea celaka manusia ideologis luar sana.
berkereta itu menyenangkan.
-sehingga hendak ke kedai depan pun, kalau tidak ada sekurang2nya motor skuter, sanggup tidak mahu pergi.
romantis itu wajib dalam pasangan.
-sehingga sang kekasih jadi serabut kerana hendak memenuhkan hendak kita yang merapu2. jujurnya, apa gunanya bunga mawar berwarna merah itu selain digantung terbalik dan dikeringkan, semata2 untuk menjadi perangkap sawang di tepi bilik?
ibubapa perlu bahagia hari2 dan menjadi kool.
-sehingga kita menipu diri sendiri yang semua manusia ada masalahnya. seolah kkita ini terlalu sempurna untuk mahukan sesuatu yang sempurna juga.
siapa kita untuk mengetahui konsekuensi sesuatu perkara?
"aku belajar macam orang gila, soalan senang. aku yakin A+ dalam tangan"
"sudah siap semua perancangan. baju sanding, pelamin semua. ahad ini tinggal kahwin sahaja"
kun fayakun.
kalau tuhan takdirkan penanda kertas kamu berada dalam proses penceraian, yang dia tidak langsung ada mood untuk memberi markah indah?
kalau tuhan sudah tuliskan bapa pengantin lelaki meninggal sehari sebelum majlis pernikahan, kau rasa majlis akan diteruskan?
susah mahu bualkan tentang redha. kerana aku pasti aku ini masih jauh dari tahap tertinggi itu. tapi untuk skop jodoh, aku telah depang tangan aku minta disambut dia yang maha tahu itu. dan lihat. betapa baik tuhan aku pada aku.
siapa bilang aku akan terus bahagia begini?
mungkin tiga empat tahun lagi tri bertemu seseorang yang mampu menggoyah cintanya?
mungkin nanti aku muak dengan hidup berkeluarga?
mungkin satu hari depan tri bertemu kemalangan dan tempang kedua kakinya?
mungkin juga aku akan mati ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja?
siapa tahu?
mana kau tahu memang pilihanmu itu terbaik? kenapa sedih marah bila kau tidak dapat dijodoh bersama? siapa engkau untuk terlalu yakin tentang hujung harimu?
mulai hari ini, mari sama2 amalkan:
wallahu 'alam.
kerana memang hanya dia yang maha tahu.
yang pasti,
aku perlu lebih yakin, lebih menerima dan lebih redha.
tuhan sudah tulis autobiografi aku in advance lama dah.
sejak dari zaman roh lagi.
kan?
sekarang ini, kawan2,
sabar.
25 comments:
i dear..found U thru blog-hopping.Totally agree.
It's true..redha..
Usaha selagi mampu,berdoa ketika hayat..:)
hye kakak..
terima kasih kerana memberi pendapat tentang hdup..
yg sgt berguna..
yg penting sabar..
-always and forever-
words r nicely put here...
:D
Terang2 tuhan dah kata yg Redha itu adalah jalan kepada segala masalah yg timbul atau yang belum timbul.
kun fayakun =)
salam k.fyn..
sye bahgia tgok akak..
yg tabh..hadapi sume dugaan..
akak..m'egatkn sye spye xlupa org yg sush..sdih..malang dri kter..
2 jer nk ckp..sye doakn akak..
bahgia dn d'lindungi allah..
aminnnnn..
sori kalo ggu akak.
absurd..
i just went through a rough day today. everything went beyond south. i dare to say i almost gave up. i regretted the whole idea of continuing my studies and i just want to be home. after all, i have found the person i want to spend the rest of my life with and i want to be a wife and a mother. but that got me thinking, why was i even here in the first place? i wanted to be able to stand on my own before free falling to a life with higher responsibility (read: wife/mother).
i have to finish this. ya allah forgive me for complaining too much. before all that, i wish to become a good muslimmah. please guide me through.
thanks fynn, you always manage to put a smile on my face. sorry for rambling.
assalamualaikum
kak fynn,
dah lama nak ckp ni.
huhu
ok 1st.
saya baru berumur 19 tahun
umur yg masih muda untuk memahami kehidupan yg macam2.
betul
bila baca blog kaka fynn, dari mula sampai akhir,buat saya faham.bukan saya sorang yg mengalami masalah.
melepaskan org yg kita syg,menerima hakikat org yg kita syg dah berjumpa sama org lain,emosi yg x tentu hala,kena deal dgn pelajaran,family yang ntah belum tentu, dan masalah plg besar, bergantung hidup dgn ubat. sume tuh mungkin nampak senang bg org lain
ramai yg marah saya,x reti bersifat redha, menerima qada' dan qadar. dan saya cuma mampu tunduk, berkata memang senang. saya yang menanggung,saya yang cuba jadi kuat,walaupun org sekeliling sy hilang,nikmat yg dulunya banyak,1 1 ditarik balik,tuhan sungguh2 menguji saya,dan saya redha. mungkin saya belumm faham makna redha tu sepenuhnya, tapi insyaallah,slowly saya akan cuba latih diri.
mujur jugak sy byk kawan2 di uni tmpt sy belaja (rasanya kak fynn juga di uia ek?)yang buat saya rasa faham,tuhan masih syg kita,tuhan rindukan kita,masalh ini cuma benda kecil supaya kita jadi kuat
so kak fynn,thanks sebab postkan entry ni, and congrats,walopun ilang matahari,kaka fynn da boleh tersenyum,sebab matahari kak fynn yg sekarang ni, sgt syg2 ngan kaka fynn.
tahniah n thanks
salam
eh kak fynn,maaf kalau slh.maybe bukan uia.cuma agak sahaja.huhu
beautiful. impeccable. bersyukur la kita diberikan kesedaran, epiphany dari tuhan first hand, kerana ade segolongan yang seumur hidup pun tidak dapat kecapi kesedaran tahap itu.
Tuhan tidak lupa, tidak tinggalkan kita, tidak memilih kasih. Kita yang lupakan dia. Dan pada saat kita sedar yang in the end of the day, hanya satu entiti yang sentiasa menjaga kita, yang will never screw us up, dan hanya satu itu yang kita perlu risaukan apa fikirannya.
Tuhan sentiasa bagi clues and signs, up to us untuk pilih melihat ataupun tidak, terima atau pun tidak.
Tinggalkan saja ayat, "God forsake me". God never leaves us. Kita yang lupakan tuhan. Dan tiba saat kita sedar yg AHAD itulah yang sentiasa bersama kita di saat semua yang fana screws us up, baru kita sedar kebesaran Tuhan.
Alhamdulillah. :)
kak fynn!!
hati saye sangat lah berbunge-bunge..
i mean i'm very happy that u're happy..
alhamdulillah..
may Allah bless both of u..fynn and tri..
and semoge Allah kurniakan kamu berdua twins yang sgt cute+kool macam mak abah die..
amin!
Fynn, kau sudah lebih banyak ke arah Tuhan sekarang.. Ikatan halal memang bahagia kan?
link blog kak Fynn..suka baca
wallahu 'alam. fynn, kita hidup ni sementara, aku takut mati. namun aku sentiasa leka utk akhirat. semoga kita semua lebih yakin, lebih menerima dan lebih redha :p
betul tu kak fynn.. saya setuju..
dulu, saya hidup berlandaskan expectation yang tinggi termasuklah dlm bab cinta dan jodoh.
hingga satu hari, saya bertemu dgn si dia yang mengajar saya erti menerima seadanya, bersyukur dan redha.
saya sangka saya takkan bahagia sebab takde satu pun dlm diri dia yg menepati ciri2 lelaki idaman saya dr segi fizikal. wlu saya menolaknya berkali-kali, tapi dia tetap datang dan berusaha memenangi hati saya.
tapi hari ini, dia beri saya kebahagiaan yg tak pernah saya nikmati dlm hubungan2 yg sebelum ini. dia begitu ikhlas, sentiasa bersyukur dan begitu menghargai kehidupannya.
ya.. betul..
kita harus pasrah, redha, bersyukur dan menerima segala seadanya. percayalah, kita akan jauh lebih bahagia.
terima kaseh.
saya ingin baiki kekurangan dalam hubungan saya dan Tuhan.
sama-sama kita semua menaiktaraf hubungan kita dgn Tuhan.
-izza.
*terdiam,terpana,terkesima*
ecen.
ye apa-apa pun,kun fayakun.
syah sudah belajar redha dr ting 3.sejak pmr x cantik.semua abg kakak straight a's.dan sekarang tgh usaha utk spm.takut.
pernah dgr tak kak fynn ada org suke ckp " alaaa..dak takdir.nak buat macam mana,kita haruslaah redhaa akan takdir"
ergh.ni tak faham erti redha.sebab sebgi manusia,kita tak boleh menyalahkan takdir.sebab Tuhan janji akan mengubah takdir dan nasib sesorang islam sekiranya dia berusaha kan?
luvv u.. write more!
Erm.. Fynn,
Kalau pusing 360 darjah, bukan ke mengadap arah yang sama lagi?
;)
ini ilmu.
harus simpan
=))
wow ur words are really beautiful..
since u r now a housewife, why dont start writing a novel..
I bet all puisitepijalan readers will be supporting u and be the first one to grab ur novel..
idea yang bernas kan? hihi :D
Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."- kitab taurat
sesungguhnya
kamu telah menempuh dugaan hidup dgn tabah seorang diri.
salam perkenalan
tima kasih lagik fynn.
benar kata kau itu.
usaha itu mesti.
dan redha itu pun mesti.
terima seadanya, sbb Dia lebey tau ape yg terbaik utk hambaNya kan.
mungkin blum msanye utk aku bahgia mcm kau.
tp aku tetap syukur, dgn segala nikmat lain yg diberikan.
jgn pandang satu pintu yg tertutup saje, sedangkan pintu lain byk terbuka mengalukan kita.
p/s : fynn, kau tak berminat jadik kaunselor ke? ;-)
t_T thanks...
kak fynn...
aisha selalu pk sesuatu niih...
aisha takot kawen...
sebab??
takot mati 2-3 hari sebelum majlis..
macam yang selalu kuar dalam paper tuuh..
takot jugak bile dah kawen, pasangan kite pulak mati...
dan kite??
ahh kak fynn...
takotnye idop.....
aisha takot kak fynn... :(
Post a Comment