Saturday, September 6, 2008

kawan.

tah apa khabar kecy di KL.

baca komen dari arm tadi, tiba2 hidung rasa penuh. mata jadi panas. jari jadi keras. adui... rindu betul la sama semua. sekor2 syaitan di KL sana.

kuala lumpow.

tak ubah bagai new york bagi para americans.
neonnya.
kekejamannya.
kemaafannya.
peluangnya.

bezanya cuma kapasiti.

yang kalah budaya, berlambak.
yang tak kalah, menjadi rojak.

*diam*

rindu betul lah.
jatuh bangun dulu sama2.
makan sepinggan.
tidur sebantal.
tv sesiaran.
internet berebutan.

"internet lepas dia: fynn!! chopp!!"
"pergi mandi la!"
"takpe, nanti fynn jemput"
"jom la. makan apa yang ada"

dan ayat kegemaran aku:
"kamu ok tak?"

haih...

majlis di kota tinggi tempoh hari memang sangat kecil. terlalu kecil untuk dibandingkan dengan sesiapa. meski tidak se-cokia kawin koboi yang cuma ada wali dan tok kadi, pernikahan aku memang ringkas dan serba biasa.

itu, sesungguhnya, memang pilihan aku.

dan benar. dengan hadirnya teman2 yang sekerat, majlis sekecil itu aku kira telah menjadi salah satu suasana yang paling memberi makna. tidak ada kompang. tidak ada kugiran.

cuma selawat dan hingar gurauan teman2 yang meneman sepanjang hari.

entri ini untuk kamu2 yang hadir, dari jauh, dengan penuh kepenatan. semata2 untuk aku yang sentiasa menjengkelkan ini.

ha-ha.
*airmata di dagu, aku tak mahu seka*

titis2 kali ini, untuk kalian.
beriring doa untuk tuhan, agar datang bahagia untuk kamu, nanti2.

sayu.

seolah baru sahaja terkekeh2 di atas banana di PD. seperti baru sama2 mengharung kemalangan dua tiga kali dengan kereta saya. macam tidak sangka. sudah berlalu begitu lama.

saya bahagia di kota kecil ini. tapi jangan pula difikir saya lari dan pergi. sudah masa untuk saya bertumpu pada keluarga dan suami. tetap, kalian hidup dalam hati ini.

mungkin, satu2 akan mula berumah tangga. dan dalam 5 tahun, kecy akan ada mula ada sang kenit2 berlari2 dan bermain sama. anak2 kita semua.

siapa tahu. kan?

erm...
*fikir sebentar*

ah, nantilah.
yang lain itu akan saya khabarkan di lain masa.

tunggu di entri nanti. saya ada berita untuk kawan2 saya di sini pula.

futnot:
kepada kawan2 yang memberi komen. bukan saya tidak mahu membalas komentar anda, demi Allah saya baca setiap satunya. cuma sy tidak tahu bagaimana mahu memberi respon. selain dari terima kasih. dan banyak dari anda berjaya membikin saya sebak dan haru.

you guys really make my day.

kalau kita jumpa ramai2 nak tak?
eh, apa aku merapu ni.

12 comments:

Pourpres~ said...

orang kawin ni entry happy je memanjang. envious :)

Anonymous said...

nakkkkkkk!!!!!! =D

Farah Rosni said...

sama-sama

ahh. da tak tau nak ckp ape. doa aja yg boleh dipanjatkan semoga bahagia ini kekal.

Anonymous said...

i wish i was you, kak fynn =)

dikelilingi sahabat yang begitu setia bersama.

itulah impian saya dari kecil. tapi, buat masa ini, impian itu belum menjadi kenyataan kerana sahabat datang dan pergi.

kak fynn, teruskan menulis. kerana tulisan kamu memberikan harapan pada saya.

-izza

Anonymous said...

ayat kamu yg terakhir tu buatkan aku segera ingin jadik org pertama beri komen pd entri kamu ni.

aku sgt ingin ketemu kamu berdua. ingin kenal kamu berdua.

sbb kamu fynn, aku org yg tak penah minat dgn puisi, bukan org yg puitis, tetiba bleh sangkut dgn port kamu ini. hehe pelik sungguh.

tapi series, aku ingin turut serta, boleh ye?

anuarsalleh said...

Terngiang lagu Lemon Tree dengan Wonderwall, ternampak ada budak kecik conteng kertas atau tisu depan aku.selalunya sambil membebel²...
Glad to know ;)

Anonymous said...

Selamat pengantin baru fynn.

Anonymous said...

nak juga berjumpa.

;)

-izza.

FATENEDAN said...

aku yg selalu ditnya 'kamo ok tak?' dan kemalangn deduanya juga bersama aku..so tht means aku ni suey..hahahak..tanks utk kamo juga sbb masa ssh dan sedih aku kamo bersama..menjadi kakak dan aku adik yg mengade2 yang selalu perlu disuruh segala..hahahak..

selalu dan selamanya,syg kamo..

Anonymous said...

hope happy sokmo kak!
:D

-arep-

KOPI AIS said...

dear kak fynn,

i enjoyed your blog soo much..
tahniah kerana selamat dinikahkan..
kak fynn orang kota tinggi ke???
saya pun orang kota tinggi jugak..

Suka Bebel said...

mau buat gathering? bagus tu.boleh kenal lagi mesra kan? moga bahagia selamanya lah ye?