Tuesday, September 9, 2008

confirmed.

sudah tetap.
november pertama ini nanti aku pergi.

wahai teman2 puisitepijalan.

tri dan aku mahu lari buat sementara ke negeri orang. merantau. kalau mendapat izin tuhan, mahu terus menapak di sana. andai tidak, mungkin pulang dalam beberapa purnama sahaja.

tengoklah dulu.

di sana, rumah sudah ada.
di sana, kerja sudah ada.
di sana, kereta sudah ada.
di sana, semua sudah ada.

kecuali ayah bonda dan keluarga.

abah dan ibu sudah redha dari sebelum nikah lagi. mereka tidak pelik. dari kecil aku ini memang tidak pernah tinggal di rumah sendiri. lebih selesa di asrama. di negeri lain. di tempat lain. ke sana ke mari.

jauh bau bunga, dekat bau tahi.
biasa la kan?

makanya, bila berjauhan, rindu pada keluarga akan rasa lebih sedap dan manis.

ayah dan mama tri pula sedikit keberatan. anak perempuan baru, kata mereka. tidak puas berkasih. ahh.. jauh dalam sudut hati, aku sangat sebak. ada benar juga. baru lagi, sudah mahu berangkat.

dilema.

di satu tangan, aku sudah naik jelak sama malaysia. ops.. pembetulan. manusia2 dalam malaysia. di satu tangan lain, ada faktor2 yang akan membikin aku tak mahu pergi ke mana2 langsung.

patriotik tetap ada. tidak semestinya di negara orang, aku tidak cinta negara sendiri.

entahlah.

*diam*

harap kalian tahu, ini bukan penyata untuk bermegah. (percayalah, sudah ada yang bilang begitu). aku tulis ini untuk memaklum pada kamu yang aku tidak lagi akan duduk di sini.

jangan silap tafsirkan.

*diam lagi*

gila la. berhenti kerja yang sangat menjanjikan. semata untuk lari bersama kekasih.
untuk pergi dari hingar manusia. ke tempat tidak ramai insan kak bedah dan kak peah. kalau pun ada, lingua franca berbeza akan membataskan semua.

berbaloikah?

*diam*

syurga bersama dia, kan?
*senyum*

new zealand,
sambut kami.

22 comments:

[siti] said...

wah. nz, bley jumpa si aidil!! dia masih di sana, visa diminta extend.

rokiah said...

k.fynn mahu menetap di nz? wohhh. seronok. and btw. kamu berdua sgt sweet.

nuridrin said...

kalau pergi jangan tinggal kami di sini ya?
november lame lagi..
hehehe..

Hanna Rabittah said...

dah sampai new zealand jgnlupas update blog!!!!

kami di sini ttp mahu kan berita kau fynn

Anonymous said...

oh my God.

tak sangka kak fynn merantau ke sana. bertuah sungguh badan, sebab kat sana kata orang cantik benar.

selamat jalan dan selamat menempuhi hidup yg baru...

jangan lupakan kami pengunjung puisitepijalan ini.

akan kami merindui kamu.

-izza

BuLan said...

nz??
seronok.best.gumbira.syiok
tambah2 dgn org tersayang.
wish u all da best sis !

Anonymous said...

ok this is fun. hey you... come and visit me in adelaide. dah dekat sangat tuh.

or perhaps i yg visit u ker.

hehe.

* fynnnnnn...bestnyer!!!*

chik star said...

InsyaAllah.

rezeki ada di mana2.
apelagi dengan suami tercinta.
:]

Ad Lee said...

Malaysia ke, NZ ke, India ke, kami tahu yang kak fynn pastinya berada di syurga bersamanya. as long as ur in good hands and always happy, we here are happy for you.

didi said...

jgn lupa update puisitepi jalan sampai di sana kelak :)

::sYieQo:: said...

hey kak fynn! saye juge sdg brada d nz! ehehe...which part of nz kak fynn nk dtg?? syikin kt christchurch!

Anonymous said...

selepas 2,3 bulan di sana, sila sambut saya pula nanti. hehe.

Anonymous said...

nz bestla.romantik apaaa...
he he

kecewa x dpt jumpa kak fynn.
mungkin,satu masa .
mungkin,aku sudah tua bila masanya tiba.

Farah Rosni said...

jauh nya sampai ke new zealand.

sampai di sana jangan lupa kami di puisitepijalan.

Suka Bebel said...

wah! ini br merantau betul.nak join leh tak?best tu jln jauh2 negeri org,eh negara dah tu.hehe

#23 said...

pindah nz? ahh, tdk berkesempatan mahu tengok kakak buat persembahan, tengok akak di depan mata sy. pasti lmbt lg pulang ke sini. tp jgn lupa utk update blog ya, semoga kita bisa mengetahui perkembangan kakak di sana. :)

FATENEDAN said...

beshnya..

jaohnya..

lamanya..

hurmm..rendunya..

gadishebat. said...

bulan 11 lmbt lg..
n blog ni masih boleh jadi tempat berhubung kan?
hehehe..
syoklaa dapat pegi sana..

Unknown said...

Fynn dear,

enjoy NZ, it's a lovely place! (i miss it)

paperheART said...

hey darling,

nz n oz isnt far, i'll find my way there to u... and you, to sydney, alright?

unlike you, i dont know how to shed tears... but they seem to act like waterfall whenever i visit your blogs.

Amak said...

isk. jeles.

nak nangis baca blog kak fyn skang ni.
nangis sbb...tah. perasaan bercampur campur. benci sebab tak dpt bahgia macam kamu, seronok tgok kamu seronok. rasa macam nak rasa.

isk!

AMIRAH ANWAR said...

new zealand best kak fynn.parents sy cerita pun rase geram.kebab kat sane best.sampai sane make sure cari kebaba die dulu.
hehehe
:P