Friday, October 25, 2013

makan bior berkongsi, kata abah

abah pernah cakap:

benda--
kalau dah tengah ramai2--
selipar jepun celup tepung goreng pun sedap.

*senyum*

31 tahun hidup cermat membubuh lekat pegangan ini di celahan jari.

benda--
macammana sedikit--
cuma akan lazat kalau dikongsi.

tapi aku lupa--
tak semua orang suka bila kita sua benda ke dia.
walau apa pun niat hati kita,
kita cuma boleh hulur ke mulut dia--
tak ada apa2 janji dia akan nganga.

macam kawan amerika aku tempoh hari yang nyaris muntah bila aku jemput dia makan sambal paru.

itu baru pelawa.
belum terus sua.

haha.

tapi hendak buat macammana.
kalau hanna si perempuan amerika itu mau muntah berlambak--
takkan aku perlu buang seperiuk paru yang aku masak sepenuh rasa?
kalau bukan untuk dia--
aku pelawa siapa yang hendak.

itu cerita paru.
cuba ganti dengan konsep ilmu.

*senyum nipis*

bubuh sahajalah ilmu atas sudu.
duduklah di mana2 sudut atas lantai mana hendakmu.
tunggu.

pegang sahaja sudunya--
dalam kuda2 bersedia mahu menyua.
kalau ada yang mahu--
pandailah mereka menganga.

kita yang ada sudu ni--
jangan haloba nak simpan semua.
nanti basi--
rugi.


salam pagi.

No comments: