lama tak tulis status tentang random kindness.
nah.
baca kejap.
"pahala mendoakan orang lain"
dari abi al dardak (ra)--
bahawasanya rasulullah (saw) bersabda:
sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya--
TANPA diketahui saudara tersebut,
berkatalah malaikat yang bertugas itu:
"amin! dan engkau PULA akan beroleh seperti itu
juga".
*senyum angkat2 kening*
hari ini balik kerja, atau balik dari makan luar, atau lepas
selesai beli belah di pasaraya--
pandang SIAPA2 sahaja dengan kasih--
dan doakan APA SAHAJA untuk mereka.
murahkan rezeki dia,
panjangkan umurnya,
amankan serabut dia,
cukupkan nafsunya.
demi tuhan andai ikhlas kau lakukan--
malam ini tidur engkau yang terpaling nyenyak senyenyaknya.
hendak lebih manis?
lafazkan yang empat baris tadi pada musuh2 yang mereka2 yang
membenci kita.
MAGIS.
No comments:
Post a Comment