Sunday, January 20, 2013

susu


salam, adik2 dan kakak2 sekalian.

lewat beberapa menjak ini, sepertinya fenomena mengambil anak angkat ini menjadi biasa.

alhamdulillah. sedikit2, berkuranglah kerja malaikat maut di longkang2 dan jamban2 juga sungai2 tempat2 lokasi dikutip ruh anak2 tak dihendakkan. pada mereka2 yang mencari keselamatan anak mereka juga, dengan adanya ibu2 dan bapa2 angkat yang redha menjaganya sepenuh hati-- legalah sedikit risaunya.

namun sedikit teguran.
:)

tidak seperti ibu2 dan bapa2 sebenar, kita tidak memiliki 9 bulan persediaan. telah allah jadikan lumrahnya dan fitrahnya, tempoh itu memberi ruang untuk para ibu dan bapa memberi teraoi pada mental dan fizikal.

kita--
tidak ada.

jarang untuk ibu bapa angkat memiliki masa yang layak dan setimpal. segalanya adalah tergesa2, berserabut dan menyemakkan.

benar, setiap anak datang dengan rezekinya. NAMUN, kejilah kita andai terlalu landai dalam proses ini. maka izinkan aku membuat senarai kecil, apa yang PALING asas untuk kita tahu-- andai benar memang hati berkeras sudah untuk mengambil amanah orang untuk kita tumpangjagakan.

1) rezeki susu badan.

tidak seperti ibu2 kandung, kita tidak ada pilihan untuk memilih susu badan atau formula. perlu diingatkan-- adalah BATAL wudhu' antara mereka dan kita. tak kiralah dari umur sehari kita bela. bila mana dia telah bukan lagi mumaiz, bersentuh kulit dengan mereka akan membatalkan air sembahyang kita.

maka, BILA MANA kamu ketahui seorang bayi menanti kamu untuk menjadi bundanya, aku SERU, usahakan susu dari tubuhmu.

fakta: tahukah anda, seorang wanita, tak kiralah pernah atau tidak mengandung, monopos atau tidak, sakit atau tidak-- MAMPU mengeluarkan susu?

itulah indahnya tubuh wanita. tuhan adalah sehebat2 jurutera biologi. hakikatnya, semua orang perempuan mampu mengeluarkan susu. bezanya cuma sedikit atau tidak. disiplin dan perlu hendak.

cukup lima kali kenyangnya. kemudian hendak berhenti, terpulanglah. wallahi aku dahulu pun setiap kali dalam usaha cuma setitik dua. tapi di setiap hari itulah aku simpan dengan azam, arjuna perlu haknya. alhamdulillah. memang makan berbulan utk cukup 5 kali kenyang (mazhab shafie), tapi betapa mudahnya ketika di antara maghrib dan isya' dapat memberi perhatian pada dia yang ada di sebelah setiap masa.

jangan ragu2. seorang kenalan yang survived leukemia MAMPU menyusukan anak angkatnya. seorang lagi lahir dengan ketumbuhan di buah dadanya MAMPU menyusukan anaknya. tak ayah jauh2. ziela jalil yang sudah berusia itu pun MAMPU menyusukan anaknya.

doktor ada. AKU ada. sini. tanya.
titik tolaknya--
hendak tak hendak.
dan disiplin tidak.
itu saja.

2) keluarga besar

mengambil anak angkat BUKAN cuma keputusan kamu, wahai ibu2 dan bapa2 angkat sekalian. tapi keputusan seluruh ahli keluarga besar kita.

mertua kita, ipar-duai kita, bapa kita, mak kita, adik-beradik kita. mereka ada hak untuk diberitahu DULU. seperti iita, mereka juga PERLU dipersiapkan mentalnya.

bukan sekali anak angkat dipulangkan kerana keluarga tidak mampu menerima hakikat siapa anak kita. kawan2, kaau kita hendak ubah mata masyarakat, kita perlu pandang keluarga kita. apakah mereka juga seperti masyarakat di luar sana?

maka aku rayu, pujuklah keluarga kita, hulurkan kata2 pesanan dari allah-- berkoyan kalaamullah dan ayat2 dia dan rasulullah buat kita guna di masa2 begini.

kata kita mungkin tak ada harga.
tapi kata tuhan?
moga2 terbuka hati mereka.

TAPI.
andai dengan kata tuhan JUGA gagal terpujukkan,
aku minta ibu2 dan bapa2 angkat redha.
anggapkan ini adalah cara tuhan mengajar sabar.

jangan pentingkan diri sendiri.
jangan sedihkan kita sahaja.
runsingkan nanti2 anak2 kita dipulau keluarga.
sayukan dia dilayan macam celaka.

astaghfirullah.
tolonglah.
fikirkan anak2 kita--
baru hati kita.

ibrahim alaihissalam berpuluh tahun x berzuriat.
apalah kita--
apalah sangat.

3) kemudahan

tidaklah perlu dibagi katil emas. tapi cukuplah andai elok dan terjaga. fitrahnya, pasangan yang tak dikurniakan anak, tuhan permudahkan rezeki lain. harta, mungkin. atau kerjaya. atau perniagaan. apa saja.

anak angkat BUKAN aksesori. BUKAN sesuatu yang beli dari almari gucci untuk dipakai2 depan orang kemudian terbiar bila berseorang.

siapa pun kita sebelum datangnya dia--
tidak lagi relevan.
anak kita--
adalah segalanya;
datang DULU baru apa2.

tidak lagi kariermu,
bukan lagi hobimu,
jauh sekali nafsu harianmu.

anak--
datang dulu.

duit simpanan dia perlu ada. xbanyak sistem yang terbuka untuk anak angkat. selagi belum sah atas kertas anak angkat kita itu anak kita, banyak yang susah untuk diuruskan. insuran, contohnya.

selain itu, fikirkan juga pembesaran anak kita. sekolah di mana? bagaimana ibu bapa komuniti? cikgu2nya jenis apa? renungkanlah situasi tatkala ada rakan sekelas bertanya "kenapa bin kau lain dari nama ayah kau sekarang ini?". apa kala mereka berlari kita dengan airmata-- APAKAH jawapan yang mampu kau bagi pada dia?

4) kandung dan angkat

aku percaya pada jodoh. dan aku berpegang pada kun fayakuun. kaau tertulis sehingga mati anak kita bersama kita-- datanglah petir taufan, tetap dia tak ke mana2.

kepada ibu2 dan bapa2 angkat di luar sana,
anak2 yang kita ada ini--
kita pinjam dari orang yang meminjam dari allah.
maka redha.
dan kuatlah.

kalau kita sendiri tak mapu berpisah dari anak kita--
bayangkan ibunya yang mengusung dia berbulan lamanya.

bila datang bab ini, memang ramai yang tidak setuju. pengalaman keluarga angkat yang berhabis beribu ringgit, berperah kasih sayang dan nyawa-- kemudian diambil semula begitu2 sahaja.

aku mengerti.
maka atas itulah aku berpesan yang ini:
cintakan manusia KERANA allah.

dia lebih tahu.

andai diambil semula hadiah yang sekejapan ini--
belajar untuk redha.
belajar untuk cukup.
belajar untuk bilang--
engkau jua yang tahu apa adanya.

*senyum*

tuhan itu paling tahu setiap zarah di celah langit dan di bumi.
TAKKANLAH dia tak nampak cinta yang terpancar terus ke semesta dari dalam hati kita ini.

kan...?

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum, so fynn Juna tu anak susuan fynn ke?

nak jawab ok. xnak jawab itu hak fynn.

siapa lah aku, hanya anonymous yg ingin tahu. (nak berpuitis jugaK)

Puan Ida said...

kisah juna ni sama macam saya. saya pun anak angkat. alhamdulillah, saya bahagia dengan keluarga kedua duanya. masa kecik lagi parents angkat dah bagitau dan perkenalkan sy dengan keluarga kandung, bawak ziarah setiap beberapa bulan. seawal usia 4 tahun sy dah tau saya ada 2 keluarga. tapi biasalah, budak2 kan takut nak berpisah dgn parents yg dia kenal sejak bukak mata. tapi berkat kesabaran dan usaha parents angkat saya, habis je SPM, sy sendiri pegi melawat dan ziarah keluarga kandung without ditemani atau dipaksa, dipujuk rayu oleh sesiapa pun. sy mula faham, tak guna nak denial atau ignore mcm tu jugak.darah ini darah yang sama..sy pun nak berbakti apa ada pada org tua yg membawa syurga saya bersama.alhamdulillah, perhubungan kami semua sgt erat.

zaman paling pailang adalah zaman sekolah. kawan2 semua sebok nak korek cerita disebalik surat beranak saya yg gedabak besar A4 tu.org lain kan kecik je surat beranaknya.soalan paling annoying selalu orang tanya "ibu ko mandul eh?sebab tu dia amek ko?" wtf. kalaulah ibu saya tak ambil saya 24 tahun yang lalu, sekarang sy mungkin seorang budak perempuan yang result spmnya ala ala dan part time menoreh getah di kebun emak.mungkin saya tak merasa hidup senang dan mewah kasih sayang.

apa yg sy cuba sampaikan pd kak fynn.jgnlah takut pada realiti. dedahkan kebenaran pada juna seawal yang boleh. biasakan dia kenal dengan ibu bapa kandung dia..dan adik2 dia..insya allah, juna xkan lari hatinya dari akak sekeluarga. jgn dibiarkan juna tau sendiri atau dari mulut2 manusia lain, bimbang dia takboleh hendel kejutan, pastu merajuk membawa diri. being an adopted child is not that terrible. Plus, we are gifted.

:)

*maaf membebel panjang*

Anonymous said...

salam fynn.
i'm a newbie of ur blog and a fan too. kita punya nasib yg sama. belum terpilih utk menjadi ibu. maybe sbb tu saya suka baca blog fynn :)
saya nak tanya about susu. fynn ambil suntikan hormon ke? if you can share your experience.
appreciate it. much.
thanks!

fynn jamal said...

anon,

ya. juna anak susuan saya.
kalau mau tanya2, email sahaja.

saya jawab personal.
:)

fynnjamal82@gmail.com