Tuesday, January 29, 2013

bencana


menjadi rakyat malaysia--
bencana yang paling durjana adalah banjir, tanah runtuh dan seumpama.

malam tadi,
sedang kami anak-beranak bersantai depan televisyen--
pandangan mata aku berayun kiri kanan.
badan rasa goyang.
pening berbuai walau xkencang.

aku dongak.
lampu jurai berlari2 kiri-kanan.
aku panggil suami.
aku bilang--
gempa bumi.

lekas2, kami ke tingkap.
masih berasa. ligat kepala aku mencari akal.
hendak buat apa?

dan tiba2 semua berhenti.
sepuluh ke lima belas saat paling lama aku rasa.
sempat juga berfikir mati.
perkara pertama yang lalu dalam kepala--
nasib baik kami telah selesai isya' awal2 tadi.

*hela nafas*

di mana2 dalam internet dan berita, dilaporkan ini adalah minor. kecil. xada apa2.

mereka pesan--
goyang yang ngeri malam tadi--
adalah halus--
berbanding apa yang menanti summer nanti.

bersedia untuk 'the every once in a hundred year phenomena', katanya. berjaga2 untuk 'a destructive earthquake' beberapa bulan lagi.

*tarik nafas*
*hela berat*

sebagaimana biasa, wahai rabbi,
aku bubuhkan untung nasib aku anak suami di tanganmu.

engkau paling besar.
tak ada apa dalam dunia ini akan berlaku--
tanpa engkau mempersetujui.

dan engkau jua--
paling mengetahui apa jua yang kau izin dan beri.

No comments: