cahaya bocor di jam 5.50 pagi.
bangkit.
tunai apa yang perlu.
pandang tingkap yang akan bengkak dengan siang.
tarik langsir agar terlindung dan terus gelap.
pandang anak dan suami yang kembali ke katil utama.
kucup jendul ubun2 kedua2.
keluar dari kamar.
katup pintunya.
pergi ke bilik air.
buka air paling sejuk.
simbah muka.
biar segar automatis.
pergi ke dapur.
masukkan air panas dari tarmos ke bekas air.
isi semula tarmos.
pergi ke pantry.
angkat baju2 yang terampai sejak semalam.
bubuh dalam bakul.
alihkan ke atas sofa di bilik depan.
bawa bakul ke mesin basuh.
keluarkan baju.
bawa ke pantry.
jemur.
pergi ke dapur.
ambil perkakasan pam susu.
tuang air panas 200ml dengan air suam 400ml.
telan ubat susu.
bawa perkakasan ke depan.
pergi ke depan.
minum air sehingga habis.
pam susu.
bawa susu yang ada ke dapur.
simpan di peti beku.
label.
keluarkan bawang, bawang putih dan apa2 saja yang relevan untuk dimasak.
persiap.
tanak nasi.
masak.
tutup kuali.
tulis nota instruksi sebagai panduan.
selitkan lafaz cinta di celah2.
pergi ke bilik air.
mandi.
berus gigi.
basuh muka.
pergi ke depan.
kemas sambil keringkan badan.
simpan semua mainan.
buang tisu2 lap muntah anak.
susun semula ruang santai.
pergi ke bilik.
pakai baju.
solek nipis.
kucup ubun2 anak dan suami.
lafaz setiap kasih dan rayu ditunggu pulang.
pergi ke pintu.
sarung kot sejuk.
sangkut beg di bahu.
pakai jam.
pakai cincin tanda dimiliki suami.
pakai cermin mata hitam.
sarung kasut berjalan.
capai sampah di tong.
bungkus.
keluar pintu.
tunggu lif.
keluar lif.
buang sampah di ruang sampah.
terus menapak ke tempat kerja.
pergi sekolah.
laksana tuntutan.
sediakan kerja2 untuk esok.
bersiap balik.
pulang ke rumah.
langkah besar.
singgah kedai runcit.
beli barang untuk dimasak.
sampai rumah.
tunggu lif.
masuk lif.
keluar lif.
masuk rumah.
tanggal cermin mata hitam.
tanggal cincin tanda dimiliki suami.
tanggal jam.
lurutkan beg dari bahu.
pergi ke depan.
dukung anak.
leset suami.
gurau senda sehingga puas.
pergi ke dapur.
persiap.
masak.
tidurkan anak.
makan.
pergi ke depan.
buka tv.
lipat baju.
kongsi apa terjadi sepanjang hari dengan suami.
skype dengan keluarga.
susun baju di almari.
gosok baju kerja.
pergi ke mesin basuh.
basuh baju.
pergi ke dapur.
keluarkan protein dari peti beku untuk dimasak esok.
pergi ke depan.
kucup ubun2 anak dan suami.
bisik selamat tidur.
pergi ke bilik.
rebahkan kepala.
senyum.
bersyukur atas nikmat yang ada.
tidur.
hari2.
15 comments:
Alhamdulillah syukur buat kamu... 1 nikmat yang belum saya perolehi... 1 hari nanti insya-Allah...
Alhamdulillah! :')
Jadi isteri mak,
Walaupun asekla duk ulang rutin yg sama xkn pernah jemu kan?
guideline for a day. :)
Alhamdulillah.
Melalui rutin yang membahagiakan tu kak :D
apa lagi yang mampu aku kata, kak.
sebab kerap ulang baca tulisan lama akak, inilah yang akak mahu selama ini.
penuhi passion sendiri untuk mengajar.
sayangi dan layan suami dan anak ibarat raja dan puteranya.
bagai sudah terbayangkan indah katil permaisuri untuk akak di syurga kelak.
semoga situ tempat akak nanti :)
Fiffy love you, akak. wuwuwuwuwuwu
awak belum pernah gagal untuk buat saya renung jauh lepas baca tulisan awak. semoga tuhan panjangkan bahagia awak.
terima kasih :)
best gilo ado bini mcm akak. aha :D
(;
Smbil baca serius boleh, malah mampu terbayang.
.Indah.
Alhamdulillah.
chumel..=)
akak, pil milk booster tu brand apa akak amik?ok..mewah x susu
fynn, kenapa aku rasa x bahagia buat benda2 yg kau listkan tu? kenapa aku rs dunia ni x adil bila mana dah la aku yg bekerja, aku pulak kena berpenat lelah di rumah. mcm seolah2 xde rehat utk wanita bergelar ibu dan isteri. aku dh cuba utk tipu diri sendiri mengatakan aku bahagia buat semua. aku cinta anak dan suami so aku rela bersusah2. tapi masalahnya aku gagal. aku gagal utk tipu diri aku utk berasa bahagia bila aku sorg2 bgn di subuh2 hari menyiapkan segala2nya walhal suami bersenang lenang tidur. serius aku x rasa bahagia. aku ni golongan manusia x bersyukur ke? dah 4thn dah aku cuba utk rasa tidak jemu, utk rasa gembira, tapi x berjaya. sighhh...
anon,
aku xtau apa yg mampu aku pujukkan.
tp, apa yang aku bisa cakapkan--
ikhlaskan.
arau semuanya sekadar yang tersia2kan.
:')
semoga suatu hari nanti aku mampu untuk menjadi seperti kau kak..doakan aku ya..peluk cium juna..minta tolong juna doakan supaya suatu hari nanti kami akan diberi rezeki anak..
sungguh..
adakala aku tak mampu bertahan dengan persoalan orang..tapi aku kuatkan hati dengan satu pegangan..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya kan..semoga akak terus bahagia bersama kekasih2 akak..semoga tuhan beri kesempatan untuk bertemu bersama bakti arjuna fitri..barakallah....
rutin yang sama hari2 tanpa jemu! itulah kekuatan wanita!
Post a Comment