Friday, September 14, 2012

semula

lama aku tak menulis.
lama gila.

terlalu lama--

sampai aku lupa cara2 dan kaedah2 nak menulis.

*pause*


terima kasih tuan presiden negara kontang yang mula terbuka dengan fenomena blogging.

hak menulis yang mewakili kebebasan bersuara rakyat kini mula dibagi sedikit demi sedikit.

aku syukur.


kerana menjadi rakyat malaysia yang sudah terbiasa, berada di sini pada dua tahun pertama dulu yang terkongkong dan terkekang dari dunia bebas internet-- aku nyaris hampir gila.


tapi itulah.

pendekar yang paling tangkas pun kalau tak berpencak sekian lama akan tumpul rancaknya.
keris akan karat.
langkah jadi berat.

pendekar tua--

akulah dia.

dan sebenarnya--

aku sedikit merasakan malas pun ada.
ramai yang terlalu mula merasakan penulisan adalah forte mereka.
tak ramai mampu pergi pada mereka dan mengatakan di depan muka:
"mungkin cuma engkau yang rasa".

tapi bagus juga.

dari mereka main rempit, jadi pelacur percuma,
lagi elok mereka jadi hipster.

haha.


tapi nah.

ini pencak aku.
kemenyan kembali diasapi.
kekuda semula dikemasi.

sedia.

aku kembali semula.

:)

7 comments:

-icha03- said...

yeaaaaaaayyy

i rindu u tau
cepat
tulis!!

Miss Fifi said...

kak fynn,tulis lah bnyk2 lagi.
sngt suka bce apa yg kak fynn tulis.

yg rebah,boleh berdiri balik.
yg sedih,boleh terus senyum ^^,

Anem Arnamee said...

yeah! pena sudah mula menari :)

fuedz maleyque said...

rindu akak!

ainzoo said...

welcome back
*laung ramai2 smbil sambil buat ombak :) *

Aien said...

:)

nuridrin said...

welcome home.
we've been waiting.